Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN PENDUDUK JALAN TEKUKUR

BANDAR PUTRA, 81000 KULAI JOHOR


www.jalantekukur.blogspot.com

Rujukan kami: PPJT/001/01/2008(1)

Pengerusi,
Persatuan Penduduk Jalan Tekukur,
Bandar Putra, 81000,
KulaiJaya,
Johor Darul Takzim
__________________________________________________________________________________

Kementerian Penerangan Malaysia,


Jabatan Penerangan Kulaijaya
81000, KulaiJaya
Johor Darul Takzim 1 November 2008

Tuan,

Memohon Peminjaman Peralatan P.A Sistem

Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk Jalan Tekukur, Bandar Putra ingin memohon jasa
baik tuan bagi meminjam peralatan P.A Sistem milik Jabatan Penerangan.

2. Tujuan kami memohon ini adalah untuk mengadakan Majlis Jalinan Mesra untuk penduduk Jalan
Tekukur. Untuk makluman pihak tuan, Persatuan Penduduk Jalan Tekukur baru sahaja ditubuhkan dan
kami tidak mempunyai dana untuk menyewa atau membeli peralatan P.A Sistem. Pihak kami turut
mengundang Tuan Haji Kamarulzaman B. Ali, ADUN Bukit Permai untuk merasmikan Majlis Jalinan
Mesra nanti.

3. Berikut maklumat untuk panduan pihak tuan;

Tempat: Taman Permainan Jalan Tekukur (Berhadapan Jalan Tekukur 1)


Bilangan diperlukan: Set P.A Sistem
Tarikh Majlis Jamuan Mesra: 20/12/08 (8.30 pagi)
4. Diharapkan permohonan kami ini dapat dipertimbangkan sewajarnya oleh pihak tuan. Segala
kerjasama dan pertimbangan pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang berkhidmat

......................................

ENCIK SAMSUDIN BIN AMAN


(Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Tekukur
Bandar Putra, KulaiJaya)
S.K- Setiausaha

Anda mungkin juga menyukai