Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Saya Kalpana A/P R Mohan ingin mengambil peluang keemasan ini untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua insan mulia yang sudi meluangkan masa
bagi membantu menyiapkan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran (EDUP 3073). Terlebih
dahulu saya menyusun sepuluh jari saya untuk bersyukur kepada Tuhan kerana dengan
limpah kurniaannya, saya dapat menyempurnakan kerja kursus ini dengan lancar.
Seterusnya saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar
SK Pasukan Polis Hutan kerana mengizinkan kami untuk melaksanakan temubual bersama-
sama dengan guru di sana. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas yang sudi berkongsi idea dan maklumat tentang kerja kursus ini. Saya juga ingin
berterima kasih kepada Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dan
Perpustakaan Awam Taiping kerana membantu saya mencari segala sumber dan rujukan
yang diperlukan dalam kerja kursus ini.
Tidak ketinggalan juga, saya juga ingin merakamkan penghargaan ini kepada ahli
keluarga tersayang yang sentiasa memberi dorongan, sokongan dan nasihat kepada saya
setiap kali saya menghadapi masalah ketika membuat kerja kursus ini. Akhir sekali, terima
kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam usaha menjayakan kerja kursus ini.