Anda di halaman 1dari 3

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DENGAN MENGAMBIL KIRA

PEDAGOGI RASULULLAH

Pedagogi adalah satu penyelidikan secara sainstifik mengenai pengajaran guru di sekolah untuk
mengenal pasti bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan, pengurusan bilik
darjah, organisasi sekolah serta komunikasi antara guru dan murid. Pedagogi berasal daripada perkataan
Greek iaitu pedagogue, bermaksud guru yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-
tugas pengajaran secara berkesan.

Dalam sistem pendidikan formal masa kini, bidang pedagogi telah menjadi satu keperluan
penting untuk guru mendalaminya. Selain itu, konsep pedagogi perlu ditentukan oleh seorang guru
dengan bijak dan sistematik, khususnya dalam (P&P) mereka. Ia bertujuan untuk mencorak dan
merangsang P&P yang dapat menarik perhatian murid. Oleh itu, dalam P&P Pendidikan Islam amat
penting bagi seorang Guru Pendidikan Islam (GPI) untuk mengaplikasikan pedagogi yang bersandarkan
kepada sebuah konsep iaitu pedagogi Rasulullah SAW dalam penyampaian ilmu menjadi mudah dan
mampu diaplikasikan oleh murid-murid dengan jayanya.

Di samping itu, kita semua ketahui bahawa Rasulullah SAW merupakan ikon pendidik terulung
sepanjang zaman. Malah kemuliaan dan kehebatan baginda SAW dalam membangunkan generasi
berilmu dan bertamadun juga diakui oleh golongan bukan Islam. Baginda SAW telah menyampaikan ilmu
kepada umatnya dengan berkesan melalui dakwah baginda SAW. Selain itu, baginda SAW juga berjaya
mengeluarkan ummahnya daripada kepompong kejahilan, sehinggakan umatnya mampu mengikuti dan
mengamalkan ajaran yang dibawanya iaitu Islam lalu menjadi generasi yang cemerlang dan mempunyai
akhlak yang mulia.

Meneliti kepada pedagogi yang dibawa oleh baginda SAW, terdapat beberapa aspek dan dasar
yang dititikberatkan oleh baginda SAW iaitu akidah, tauhid dan akhlak. Perkara-perkara ini sentiasa
menjadi tunjang dalam pendidikan baginda SAW. Ianya penting untuk membentuk kepercayaan
umatnya terhadap Allah SWT dan hal-hal berkaitan dengan-Nya. Oleh itu, seorang GPI perlu memahami
perkara dasar ini untuk menerapkannya dalam P&P Pendidikan Islam agar pengajaran lebih berkesan
dan mampu mengukuhkan kepercayaan murid kepada Tuhan (Allah SWT) serta menjadikan Islam
pegangan agama setiap muridnya.

Namun demikian, apakah pengertian ketiga-tiga aspek dasar berikut? Bermula dengan akidah
yang bermaksud keimanan yang teguh dan yakin tanpa adanya sedikit keraguan dalam hati seseorang
itu. Manakala tauhid ialah mengakui keesaan Allah SWT dalam setiap perkara serta yang berkaitan
dengan perkara rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wa sifat. Selain itu, akhlak pula bermaksud sifat-sifat
semulajadi yang wujud dalam diri seseorang individu itu sehingga melahirkan tingkah laku secara
spontan sama ada baik atau buruk sesuatu amalan dan perbuatan itu. Ketiga-tiga perkara inilah
merupakan dasar sesuatu ilmu yang perlu didalami dan difahami oleh seorang GPI untuk P&P
Pendidikan Islam bagi membentuk keyakinan murid-murid tanpa ada sedikit keraguan terhadap Allah
SWT dan Rasulullah SAW.

Dalam penyampaian ketiga-tiga dasar ilmu ini kepada ummah, pelbagai inisiatif yang telah
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW iaitu menggunakan kemahiran yang dapat menarik minat serta
kefahaman murid dalam memahami mata pelajaran Pendidikan Islam dengan mudah dan berkesan.
Menurut Noornajihan Jaafar dan Ab. Halim Tamuri di dalam kertas penyelidikan mereka yang bertajuk
“Pedagogi Rasulullah SAW dalam Pengajaran”, terdapat empat teknik atau kemahiran yang digunakan
oleh Rasulullah SAW, antaranya ialah kemahiran menyampaikan kuliah, kemahiran bercerita, kemahiran
bersoal jawab dan kemahiran menjalankan aktiviti. Kemahiran-kemahiran ini merupakan kaedah utama
yang perlu dipelajari dan dilaksanakan oleh seorang GPI agar murid dapat memberi respon dan impak
yang positif dalam proses P&P mereka.

Melalui kaedah kemahiran pertama iaitu kemahiran menyampaikan kuliah, seorang GPI perlu
memberi penerangan dan syarahan yang jelas dan ringkas kepada murid tentang sesuatu isi pengajaran
yang ingin disampaikan secara lisan kepada bilangan murid yang ramai. Kaedah ini juga telah
dilaksanakan oleh baginda SAW, di mana pada ketika itu baginda diperintahkan oleh Allah SWT
berdakwah secara terang-terangan kepada kaum Quraisy. Maka kemahiran ini sesuai dilaksanakan
dalam P&P Pendidikan Islam kerana ia perlu kepada syarahan yang ringkas tetapi padat isi
pengajarannya dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyampaikannya.

Selain itu, seorang GPI perlu mempunyai kemahiran dalam memahami ilmu al-Quran dan hadis
kerana dua sumber ini merupakan rujukan terpenting dalam P&P Pendidikan Islam. Setiap penerangan
yang disampaikan perlu didasari dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menjadi bukti kukuh kepada
sesuatu ilmu itu. Malah ia juga perlu diterjemahkan dengan bahasa mudah agar murid dapat menerima
dan memahami dengan jelas, ringkas dan tidak menyimpang daripada maksud sebenar P&P.
Baginda SAW sentiasa menyuruh umatnya melaksanakan segala perkara yang diperintahkan
oleh Allah SWT dan meninggalkan segala yang terlarang dalam agama Allah SWT ini.

Selain itu, baginda SAW juga amat menekankan adab dalam menuntut ilmu.

Dalam penyebaran pendidikan Islam baginda SAW sentiasa memperkenalkan tuhan yang
menciptakan sekalian alam ini dengan wahyu yang dibawanya iaitu al-Quran. Setiap kali baginda SAW
berbicara dengan umatnya pasti akan ditafsirkan satu demi satu ayat al-Quran yang disampaikan oleh
baginda SAW. Ianya jelas dan lebih difahami oleh mereka kerana baginda SAW sentiasa merungkai
segala maksud yang tersirat di sebalik penyampaian wahyu Allah SWT.

sentiasa mengulangi pengajaran yang dibawa oleh baginda SAW sendiri setiap kali pertemuan
bersama pengikutnya agar mereka sentiasa mengingati dan tidak lalai dalam ajaran yang dibawa oleh
baginda SAW. Maka dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam adalah penting kita sentiasa
memperkenalkan siapa tuhan yang menciptakan kita kepada murid kerana kita adalah khalifah yang
dijadikan oleh Allah SWT untuk memakmur bumi ini. Selain itu, pengajaran itu perlu sentiasa diulangi
dan diajari satu persatu agar murid dapat menerima sesuatu ilmu dengan baik. Misalnya, dengan
mengajarkan kepada mereka kalimah dua kalimah shahadah untuk dijadikan rutin harian mereka.
Perbuatan ini akan menjadikan akidah mereka lebih mantap dan iman mereka juga dapat
dipertingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai