Anda di halaman 1dari 7

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

INDAH NIAN MALAM INI

WARGA SK SG ROKAM BERSERI-SERI

JAMUAN AKHIR TAHUN SAMA DIRAI

KITA MULAKAN DENGAN CERIA DI HATI

MERAH DAN HITAM MENAWAN SEKALI

TEMA JAMUAN MALAM INI

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERPISAHAN KITA MULAI

MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA…

YG BERUSAHA PN HAJAH RAFIAH BINTI ABD RAZAK ,GURU BESAR SK SUNGAI


ROKAM

YANG DIHORMATI

IR. NASARUDDIN BIN..........................

YDP PIBG SK SG ROKAM

PN SABARIAH BINTI SAMSUDDIN

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


PN FATIMAH ZAHARAH BINTI GHAZALI,

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

TN HJ AB RAHMAN BIN ARIFFIN

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

TN HJ ZAFIAN BIN KASSIM

PENOLONG KANAN PETANG

YANG DIRAIKAN

PN HJH AINUN NUR BINTI ABDUL RAHMAN

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

.....................................................................

.....................................................................

.....................................................................

RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SK SG ROKAM

TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YG DIKASIHI SEKALIAN…

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA DIMALAM YG


BERBAHAGIA DAN PENUH INDAH INI, KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL
BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERPISAHAN
2013.

HADIRIN SEKALIAN…
TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN,BUKAN SAHAJA UNTUK MAJLIS MAKAN-MAKAN
,IA JUGA MENJADI MEDAN TERAKHIR BAGI KITA UNTUK BERAMAH MESRA
SESAMA KITA, DEMI MEMPERERATKAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA
LAIN SETELAH BERPENAT LELAH DENGAN PENGLIBATAN DLM PELBAGAI
AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPANJANG TAHUN 2013.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN

***BACAAN DOA***

HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENJELANG RAYA MENCARI BULUH

BULUH DICARI DI HUTAN SEPI

ANGKAT TANGAN JARI SEPULUH

MEMOHON DOA MAJLIS DIBERKATI

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA MLM INI,,DIPERSILAKAN


USTAZ............................................... UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG
BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN
MASING-MASING.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA


USTAZ...........................................ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

***PARA HADIRIN SEKALIAN***


***UCAPAN YDP PIBG***

TANPA MELENGAHKAN MASA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA


MEMPERSILAKAN IR. NASARUDDIN BIN.........................YDP PIBG UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN TERIMA KASIH KEPADA YDP PIBG IR. NASARUDDIN


BIN...................ATAS UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI.

SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT, PUAN


JAMALIAH BINTI IBRAHIM SELAKU PENGERUSI KELAB BALKIS SK SG ROKAM
2013 UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS
MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN


JAMALIAH BINTI IBRAHIM.

***UCAPAN YANG DIRAIKAN***

***UCAPAN GURU BESAR***

MAJLIS SETERUSNYA, DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG


BERUSAHA, PN HAJAH RAFIAH BINTI ABD RAZAK UNTUK MENYAMPAIKAN
UCAPAN.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…


MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN GURU BESAR.

***PERSEMBAHAN DAN JAMUAN MAKAN***

PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH

GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA

DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH

TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN

BUAH KERANJI DALAM PERAHU

SURUH MAKAN KITA MAKAN

JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU


HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS
DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN
STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.

DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN


MENJEMPUT………………………………………UNTUK MENYAMPAIKAN
LAGU………………………...DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT


………………………………………………………………………………………………………
……DIPERSILAKAN.

SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN NYAYIAN DARIPADA


…………………………………………………..MAJLIS DENGAN SUKACITANYA
DIPERSILAKAN.

KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN


PERSEMBAHAN………………………………………………….DENGAN SEGALA
HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

***PENUTUP***

HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA CABUTAN BERTUAH


/PERSEMBAHAN ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.
JARI DISUSUN MAAF DIPINTA

SALAH SILAP HARAP DIMAAFI

TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA

JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI

INI SEKADAR PENGHIBUR SAJA

MENJADI KENANGAN YANG ABADI

SEMOGA PERSAHABATAN LEBIH TERSIMPUL RAPI.

UBI MANIS UBI KELADI

KALAU ADA DITAMBAH LAGI

SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI

KITA PASTI BERJUMPA LAGI

DI 31 DIS MERYUARAT GURU PERTAMA KALI.

.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…