0 PENDAHULUAN
Pendidikan bukan sahaja berbentuk formal tetapi juga dalam bentuk tidak formal.
Justeru itu, Panitia Sains dengan kerjasama Panitia Matematik telah merancang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Ecotourism Kuala Sepetang, Perak dan
IPG Bainun dan Perpustakaan dan Galeri Universiti Sains Malaysia . Apa yang berbeza
di sini adalah sukatannya lebih menyeluruh dan lebih kepada aktiviti yang
mengembangkan potensi diri dari segi minat, bakat dan kepimpinan diri. Selain itu juga,
curahan-curahan maklumat yang berguna juga boleh diterapkan dengan pengisian slot
yang bermanfaat.
Antara slot bagi mengisi program Tingkatan 4 adalah lawatan ke Perpustakaan Hamzah
Sendut dan Galeri USM. Institusi pengajian tinggi yang terpilih adalah Universiti Sains
Malaysia (USM) Pulau Pinang. Melalui lawatan ini adalah diharapkan dapat
mendedahkan kepada pelajar mengenai kemudahan dan penggunaan perpustakaan
yang amat berinformatif dalam mengakses maklumat.
Di samping itu, pelajar juga dapat mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan di pusat
pengajian tinggi tersebut. Hal ini membolehkan pelajar dapat menyediakan diri mereka
dengan lebih baik serta dapat menimbulkan minat dalam bidang-bidang tertentu.
Pihak sekolah berharap melalui lawatan akan dapat memupuk minat pelajar untuk
menimba ilmu dan menjadi dalam bidang akademik dan dapat mendorong pelajar
berfikir aras tinggi.
Para pelajar juga akan dibawa ke kawasan Hutan Payau Bakau di Kuala Sepetang ,
Perak untuk melihat bagaimana pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan paya bakau
dilakukan. Aktiviti ini membolehkan pelajar mengalami sendiri penanaman pokok bakau
dan dapat menambah pengetahuan dalam subjek Biologi dan Sains khusus Bab
Dinamik Ekosistem.
2.0 MATLAMAT
6.1 Pelajar akan dipilih berdasarkan sikap dan tingkahlaku yang baik
6.2 Pelajar akan diberi taklimat mengenai keselamatan semasa lawatan dijalankan
6.3 Pelajar perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bagi
mengelakan sebarang kesulitan semasa aktiviti lawatan dijalankan.
6.4 Pelajar perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa sebelum mengikuti lawatan
tersebut.
7.0 JAWATAN KUASA
JAWATANKUASA INDUK
JAWATANKUASA PELAKSANA
Sumber Kewangan
Pendapatan:
Perbelanjaan
11.0 PENUTUP
Program bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan membuka minda pelajar pada
dunia luar. Melalui program ini juga ,pelajar-pelajar akan dapat mengenalpasti bakat dan
potensi melalui aktivti-aktiviti yang akan dijalankan.Pihak sekolah berharap agar
program ini akan dapat mencapai objektif seterusnya dapat memberi kesan positif
kepada pelajar.
…………………………… ……………………………….
(PN SITI HAFIZA BT ABDUL RAHMAN) (PN NOOR SHAIDATUN NIZA BT SHUIB)
Ketua Panitia Sains dan Biologi Penolong Kanan Ko Kurikulum
SMK POKOK SENA 2. SMK POKOK SENA 2
……………………………………. …………………………..
( PUAN ZAKIAH BT KASIM ) (PUAN FARIHAH BT HUSAIN)
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PENGETUA
SMK POKOK SENA 2 SMK POKOK SENA 2.
Tarikh: Tarikh :