Anda di halaman 1dari 3

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN

MTQSS PERINGKAT PBU 2017

TAJUK : PERANG UHUD


KATEGORI : LELAKI NO GILIRAN : 1

TEKS CATATAN
‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
Terima kasih pengerusi majlis,barisan hakim yang arif lagi
bijaksana,penjaga masa yang budiman,guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Marilah kita sama-sama hayati kisah yang akan saya sampaikan
pada hari ini. KATA-KATA
ALUAN
Wahai kawan –kawan dengar ini cerita,
Kisah perang uhud menang dalam kalah,
Kesan tidak mendengar arahan ketua,
Akhirnya tentera muslimin menerima padah. NASYID

Inilah tajuk kisah yang akan saya sampaikan hari ini iaitu mengenai
Peperangan Uhud.
Hadirin yang dikasihi Allah,

Peperangan Uhud berlaku pada bulan Syawal Tahun 3 Hijrah. Dinamakan


Uhud, mengambil sempena berlaku di kawasan Bukit Uhud berhampiran ISI PERTAMA
Madinah.
Seramai 1000 orang tentera muslimin dipimpin Rasulullah terlibat, tetapi
300 orang berpaling tadah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubay.
Manakala tentera Quraisy berjumlah 3000 orang, diketuai oleh Abu
Sufyan Al-Harb.

Allah berfirman dalam surah As-Soof, ayat 4.

DALIL 1

“ Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan-Nya dalam


barisan yang teratur”
Sambutan maulidur Rasul yang menjadi agenda tahunan negara, tanda ISU SEMASA 1
kecintaan kita kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w
Oleh itu, Beriman kepada Rasul merupakan Rukun Iman yang kedua. Kita PENGAJARAN
1
sebagai umat Islam wajib beriman kepada Rasul dan mengamalkannya
dalam kehidupan.
Kawan-kawan sekalian,
ISI KE-2
Mengapakah tercetusnya Peperangan Uhud?

Di hati Kaum Quraisy hasad menular,


1
Dendam membara kerana Badar, Pantun
Perang pertama mereka kalah besar,
Uhud menjadi medan yang mereka sasar.

Tambahan pula,laluan perdagangan bukan lagi hak mereka malah


penduduk Madinah menguasainya.Faktor tersebut mendorong kaum
Quraisy merancang untuk melakukan serangan balas kepada kaum
Muslimin

Sabda Nabi s.a.w :


ُّ‫للا أ َلَد‬
ِ ‫الر ُج ِل ِإلَى‬
َّ ‫ض‬ ُ َ‫أ َ ْبغ‬
DALIL KE-2

" ‫ص ِام‬َ ‫ْال ِخ‬


Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang menaruh dendam
kesumat”
Hadis Riwayat Muslim

Kes tembakan sekeluarga 4 beranak di Bayan Baru kerana dendam amat ISU
menginsafkan kita semua. SEMASA 2

Oleh itu kawan-kawan,jauhilah sifat dendam dalam kehidupan. PENGAJARAN


2
Kawan-kawan sekalian,
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
ISI KE – 3
Strategi dirancang penuh bijaksana
3 kumpulan dibahagi tentera
Sayap kiri kanan penyerang berbisa
Kumpulan pemanah benteng utama
Sajak
Kepada pemanah, Rasul berpesan
Tetap dipuncak walau apa keadaan
Quraisy bertempiaran membunga Kemenangan
Meninggalkan bukit mendapatkan harta rampasan

Surah Al-Anfal ayat : 45

…. ‫ي َ ا أ َي ُّ َه ا ال َّ ِذ ي َن آ َم ن ُ وا إ ِ ذ َا ل َ قِ ي ت ُ ْم ف ِ ئ َة ف َ ا ث ْ ب ُت ُو ا‬ DALIL 3

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan


musuh maka, tetapkanlah hati kamu….

PRAY FOR ROHINGYA, itulah antara usaha negara Islam di rantau ini ISU SEMASA 3
dalam membantu masyarakat Islam Myanmar yang ditindas kejam.

2
Oleh itu, Mari sama-sama kita memperkuatkan ikatan persaudaraan Islam PENGAJARAN
sesame kita. Sesungguhnya mukmin itu bersaudara. 3

Kawan-kawan…

Melihat tentera muslimin leka dengan rampasan perang, tentera ISI KE-4
Quraisy kembali menyerang. Terkejut dengan serangan tersebut dan
tersebar pula fitnah kewafatan Rasulullah.

Tentera Islam menjadi huru hara


Disangka menang, kecundang rupanya
luka parah mengundang duka, syair
70 syahid menambah sengsara.

Kekalahan diterima penuh redha

Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran : ayat 166


ِ َ‫صابَ ُك ْم يَ ْو َم ْالتَقَى ْال َج ْمع‬
‫ان فَبِإ ِ ْذ ِن ه‬
ِ‫َّللا‬ َ َ ‫“ َو َما أ‬
“ Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, maka
DALIL 4
kekalahan itu adalah dengan izin Allah”

Ketaatan rakyat Turki kepada perdana menteri mereka telah berjaya


menggagalkan rampasan kuasa. ISU SEMASA 4

Ya kawan-kawan,
Taatilah pemimpin kita selagi dia tidak menyuruh kita melakukan PENGAJARAN
kemaksiatan. 4
Ramai tentera Islam syahid di medan Uhud termasuklah bapa saudara
Rasulullah iaitu Hamzah Bin Abdul Mutalib dan ramai juga yang cedera ISI KE-5
termasuklah Rasulullah sendiri. Ini dikisahkan dalam al Quran.

Firman Allah SWT dalam Surah ali Imran: Ayat 140:

ٌ ‫س ْالقَ ْو َم قَ ْر‬
…ۚ ُ ‫ح ِمثْلُه‬ ٌ ‫س ْس ُك ْم قَ ْر‬
َّ ‫ح فَقَدْ َم‬ َ ‫إِ ْن يَ ْم‬
Mafhumnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka
(tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu)
itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam DALIL 5
peperangan Badar).
Ya…kawan-kawan, demikianlah kisah Perang Uhud.Meskipun tentera Islam
mengalami kekalahan, namun peperangan tersebut dapat menguji
keimanan yang benar. Sekian, terima kasih. PENUTUP

‫وباهلل توفيق والهداية والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai