Anda di halaman 1dari 2

3.

3 Kerangka Kajian

Teori behavioris ini menekankan tentang tingkah laku manusia di mana ia dapat dilihat, diukur
dan dinilai. Apa yang penting, teori ini melihat tingkah laku manusia merupakan satu tindakan
kepada rangsangan yang diberikan. Dalam hal ini kanak-kanak akan bertindak di atas satu
rangsangan yang diberikan bagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai contoh
seorang kanak-kanak yang malas untuk membaca. Kanak-kanak tersebut dijanjikan hadiah
untuk menarik minatnya untuk membaca. Hadiah merupakan rangsangan agar kanak-kanak
tersebut untuk membaca. Bagi mengukuhkan keadaan ini, pengekalan hadiah penting bagi
merubah tingkah laku ke arah yang diingini dalam tempoh waktu yang diberikan.
Menurut teori behavioris, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil daripada
pengalaman. Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan
perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang
berupa stimulus dan output yang berupa tindak balas. Stimulus adalah apa saja yang
diberikan guru kepada murid, sedangkan tindak balas berupa reaksi atau tanggapan murid
terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Teori ini mengutamakan pengukuran,
kerana pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya
perubahan tingkah laku tersebut. Kesimpulannya, pembelajaran adalah perubahan kekal
yang berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan latihan dan pengalaman yang
dilaluinya.
Berdasarkan bacaan-bacaan dan rujukan yang diutarakan dalam kajian literatur, kajian ini
bolehlah dikatakan mendapati bahawa teori-teori dan model-model yang dibincangkan
adalah sesuai dan dilaksanakan beberapa kajian yang berkaitan dengan topik yang
dibincangkan. Oleh itu, kerangka teoritikal kajian dibina bagi melihat perkaitan di antara teori
yang dipilih bagi melihat hala tuju kajian yang akan dilaksanakan.

Rajah 1: Kerangka Kerangka Teori


Pengurusan
Tingkah Laku

TEORI

Model 1 Model 3
MODEL
Model 2 Model 4

Modifikasi

Perubahan
Tingkah laku