Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala pujian hanyalah milik Allah


SWT. Tuhan yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. Setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan ke atas Maha Pencipta yang telah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik
sepanjang tugasan ini disiapkan. Selawat dan salam diucapkan kepada junjungan mulia
Nabi Muhammad SAW. Betapa indah dan suci ajaran yang telah disampaikan oleh baginda
Rasulullah SAW kepada hambanya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Khairul bin Ismail dan En. Ahmed Nasir
bin Abdul Muthalif, pensyarah subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme
Keguruan (EDU 3083) yang telah membantu dari awal sehingga kerja kursus ini berjaya
disiapkan. Nasihat dan tunjuk ajar dari beliau sangat berguna kepada saya sangatlah
dihargai. Ribuan penghargaan juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu En.
Khozari bin Idris dan Puan Rufiah binti Turat yang telah memberi sokongan dan dorongan
yang padu kepada diri saya. Doa yang berterusan dan kata-kata motivasi dari kedua-dua
individu yang saya sayangi ini menyebabkan saya lebih bersemangat untuk menyiapkan
tugasan EDU3083 dengan bersungguh-sungguh.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada rakan-rakan
PISMP Pemulihan ambilan Jun 2014 yang sering berkongsi maklumat dan pandangan serta
idea yang bernas terutamanya bagi tugasan penulisan ilmiah. Perkongsian ilmu dan
pandangan dari kalian memudahkan saya dalam memenuhi tuntutan tugasan EDU 3083
Seterusnya, ribuan terima kasih kepada semua unit PISMP ambilan Jun 2014 yang turut
berkongsi idea dan membantu sepanjang proses perlaksanaan kerja kursus ini.

Tanpa bantuan dan kerjasama dari pelbagai pihak, sudah pasti tugasan ini tidak
berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan. Semoga kebaikan dan keikhlasan kalian
dibalas oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai