Anda di halaman 1dari 9

ALEXANDER GRAHAM BELL

Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922) ialah


seorang saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali
kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak".[1] Bapa, datuk
dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-kerja
berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya
pekak, maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.[2]Kajian Bell
mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen
dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell
dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.
Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk
kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander
Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National
Geographic.[4] Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling
terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan
enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau.[5] Sewaktu Bell meninggal dunia,
semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk
menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi
mewujudkan telefon."[6]
MARK ZUCKERBERG

Mark Zuckerberg merupakan pengasas Facebook - sebuah perkhidmatan


rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif
Facebook.

Pengguna Facebook kini meningkat kepada 250 juta orang. Jumlah ini sebagai
ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan. Palo Alto,
ibu pejabat Facebook di California ditubuhkan pada 2004. Facebook
mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.
Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta)
untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital
Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas
Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta)
untuk satu unit saham biasa Facebook.
Syarikat gergasi perisian komputer Amerika Syarikat, Microsoft telah membeli 1.6 %
dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007
STEVE JOBS

Steven Paul "Steve" Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011)[3][7][8][1] ialah
seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan
pengasas,[9] pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc.[10][11] Jobs juga pernah menjadi
ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga menganggotai lembaga
pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh
Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story(1995).[12]
Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike
Markkula,[9] dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu
barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal
1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi
komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada
lahirnya Macintosh.[13][14] Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga
pengarah pada tahun 1984,[15][16] Jobs meletak jawatan dari Apple lalu
menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus
dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, Apple membeli
NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat
sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986,
beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya
menjadi Pixar Animation Studios.[17] Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang
saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney
companypada tahun 2006.[18] Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu
terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.[19][20][21][22]
Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang
usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan
kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh
estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya
memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa
yang sama. Pada 24 Ogos 2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya
sebagai KPE Apple dan bakal digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau,
Jobs dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple.
Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia
pada usia 56 tahun.
LARRY PAGE

Google merupakan sebuah syarikat awam Amerika Syarikat, yang mendapat untung
dari iklan yang berkaitan dengan enjin gelintar Internet, e-mel, pemetaan dalam
talian, produktiviti pejabat, rangkaian sosial dan perkhidmatan berkongsi video.
Google pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7
September 1998. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai
19,786 orang pekerja sepenuh masa setakat 31 Mac 2009. Eric Schmidt,
bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Novell, merupakan CEO Google sekarang,
semenjak penubuh syarikat ini Larry Page meletak jawatan.
Nama "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol,"[5][6] yang merujuk kepada
10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam Bahasa
Inggeris dibubuh dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English
Dictionary, bermaksud "menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh
maklumat dari Internet."[7][8]
Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry
Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California [9].
Misi Google adalah "untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh
dicapai dan berguna secara universal". Slogan tidak rasmi syarikat ini, diciptakan
oleh mantan pekerja dan jurutera pertama Gmail Paulus Buchheit, adalah "Jangan
jahat". Kritik terhadap Google termasuk kebimbangan tentang privasi maklumat
peribadi, hak cipta, dan sensor.
BILL GATES

William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali
sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft
Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua
Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation ,
syarikat perisian terbesar di dunia.
Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam
revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan
berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan
beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau
dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.
Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang
besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang
ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.
Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13
tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga [1][2]. Pada tahun
2008, kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat
ke-3 selepas Iddin dan Zayid
GUGLIEMO MARCONI

Guglielmo Marconi (25 April 1874 – 20 Julai 1937) ialah seorang jurutera
elektrik Itali dan peraih hadiah Nobel, terkenal setelah mengembangkan suatu
sistem telegrafi tanpa kabel yang dikenal sebagai "radio". Beliau menerimanya
bersama Karl Ferdinand Braun tahun 1909.

Guglielmo Marconi lahir di Bologna, Itali pada 25 April 1874, anak lelaki kedua
daripada Giuseppe Marconi, seorang lelaki Itali kaya-raya dan Annie Jameson yang
berdarah Ireland. Beliau menamatkan pendidikannya di Livorno.
Guglielmo Marconi bernikah dengan Maria Cristina Bezzi-Scali pada 15
Jun 1927 dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Maria Elettra
Elena Anna Marconi.
Marconi meninggal dunia pada 20 Julai 1937 di Rom, Itali.
CHARLES BABBAGE

Charles Babbage (26 Disember 1791 – 18 Oktober 1871) adalah seorang ahli
matematik, ahli falsafah analisis, jurutera jentera dan ahli (proto-) sains komputerInggeris,
yang memulakan idea tentang komputer boleh atur cara. Sebilangan bahagian
mekanismenya yang belum siap kini dipamerkan di Muzium Sains London. Pada 1991,
sebuah enjin beza yang dibina berdasarkan pelan asal Babbage pada toleransi yang
mampu tercapai pada abad ke-19 berfungsi dengan sempurna, dan membuktikan bahawa
mesin Babbage boleh jalan. Sembilan tahun kemudian, Muzium Sains
menyelesaikan pencetak Babbage yang telah direka bentuk untuk enjin bezanya;
kerumitannya adalah mengkagumkan bagi sebuah peranti abad ke-19.

Disebabkan oleh kesedarannya terhadap kadar kesilapan tinggi dalam pengiraan jadual-
jadual matematik, Babbage hendak mencari kaedah mekanik untuk melakukan pengiraan
tersebut agar menghapuskan kesilapan punca manusia. Tiga faktor yang berbeza kelihatan
mempengaruhinya:

 ketidaksukaan terhadap keadaan tidak kemas;


 pengalamannya tentang jadual-jadual logaritma; dan
 kerja-kerja yang dilakuan oleh Wilhelm Schickard, Blaise Pascal, dan Gottfried
Leibniz terhadap mesin pengiraan.
Babbage membincangkan prinsip-prinsip enjin pengiraannya buat pertama kali dalam
sepucuk surat kepada Sir Humphry Davy pada tahun 1822.Enjin-enjin Babbage adalah
antara komputer mekanik yang pertama. Sebahagian besar enjin-enjinnya tidak siap, akibat
masalah kewangan dan persoalan personaliti. Babbage sedar bahawa sebuah mesin akan
melakukan kerja dengan lebih baik dan lebih boleh dipercayai, berbanding dengan seorang
manusia. Beliau membina sebilangan mesin berkuasa stim yang lebih kurang dapat
melakukan kerja itu; pengiraannya dapat dijenterakan pada setakatnya. Walaupun mesin-
mesin Babbage merupakan mesin raksasa mekanik, persamaan seni bina asasnya dengan
komputer moden sangat menghairankan: ingatan data dan atur cara berasingan, operasinya
berasaskan arahan, unit kawalan boleh membuat lompatan bersyarat, dan mesin itu
mempunyai sebuah unit I/O yang berasingan.
Rekaan-rekaan Babbage yang lain termasuk: cegamata, kereta dinamometer, tolok
landasan piawai, kadar pos seragam, lampu hijab untuk rumah api, serta oftalmoskop
heliograf.
LEE BYUNGCHUL

Lee Byungchul ialah pengasas Samsung Groups. Dia ialah anak kepada keluarga
pemilik tanah. Dia menggunakan kekayaan yang diperolehi untuk membuka sebuah
kilang beras untuk pelaburan pertamanya. Perniagaannya itu tidak mendatangkan
pelaburan yang menggalakkan maka dia menubuhkan pula perniagaan lori
di Taegu pada 1 Mac 1938, yang diberi nama Samsung. Dia menghadiri kolej
di Universiti Waseda di Tokyo, walaupun dia tidak berjaya menamatkan ijazahnya.
Kumpulan satelitnya yang terbaru adalah CheilJedang Group, Hansol
Group, Saehan Media Group (bankrap), dan Shinsegae Group.
PAVEL DUROV

Pavel Durov merupakan pengasas Telegram yang semakin popular dalam kalangan
pengguna telefon pintar seluruh dunia.Pavel dilahirkan di Saint Petersburg, Rusia pada
10 Oktober 1984 namun membesar di Turin, Itali bersama bapanya iaitu seorang ilmuan
sejarah dan linguistik.

Mendapat jolokan 'Mark Zuckerberg' di negara kelahirannya, Pavel merupakan graduan


dari Saint Petersburg University dan pernah menghasilkan aplikasi perpustakaan dalam
talian. Sebelum membangunkan Telegram, Pavel sudah berkecimpung dalam dunia
media sosial. Pada tahun 2006 dia bersama seorang sahabat lamanya, Vyacheslav
Mirilashvili mencipta laman sesawang media sosial untuk Rusia, VKontakte.
Sehingga Februari 2007, VKontakte digunakan lebih 100,000 orang dan keuntungannya
mencecah AS$260 juta (RM1.1 bilion). Aplikasi itu menggunakan warna asas seperti
Facebook iaitu biru dan putih.

Bagaimanapun, selepas tujuh tahun Pavel menjual sebahagian saham Vkontakte


kepada sebuah perusahaan internet Rusia iaitu Mail.ru. Pada masa sama dia meletak
jawatan sebagai Pengarah Urusan VKontakte. Hal itu kerana desakan kerajaan Rusia
yang memaksa dia memberikan data seteru politik negara itu. Pavel akhirnya melarikan
diri dari Rusia. Pada tahun 2014, Pavel mencipta aplikasi Telegram bersama
abangnya, Nikolai Durov dan pada tahun sama dia dinobatkan sebagai salah seorang
usahawan teknologi Eropah Utara paling berpengaruh bawah usia 30 tahun.
Pada awal kemunculan Telegram, Pavel membelanjakan AS$1 juta (RM4.2 juta)
sebulan untuk menggerakkan aplikasi itu.

Anda mungkin juga menyukai