Anda di halaman 1dari 16

Minggu transisi pelajar tahun 1 2012

SJK(T) LADANG BUNTAR,

09800, SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.

§¾º¢Â Ũ¸ò ¾Á¢úôÀûÇ¢, Òó¾¡÷ §¾¡ð¼õ.

PROGRAM TRANSISI

TAHUN 1

TEMPOH : 3 -19 JANUARI 2012

JAWATAN KUASA PERLAKSANAAN

PENGERUSI : PN.J.UTHAA KUMARI

N.PENGERUSI : EN.M.KALAIMANY

SETIAUSAHA : CIK.K.PUNITHA MALAR

P.SETIAUSAHA : PN.A.NITHIA

AJK :

· PN.R.KALAISELVI
· EN.V.SHANMUGAM

· EN.K.TANGESWARAN

PENGENALAN

Program Transisi Prasekolah ke Tahun satu merupakan program yang bertujuan untuk membantu murid
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih
formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa sama program ini juga memastikan agar semua murid
tahun satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat
memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Tujuan program:

1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan baru dalam masa
yang singkat.

2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara
menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun 1.

3. Meningkatakan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.

Objektif;

1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.

2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.

3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses.

4. Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.

5. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas

Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif
melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu sama lain serta penglibatan
menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukan minda cerdas.Dalam masa yang
sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka malalui aktiviti-
aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.Selain dari itu,
malalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap
keyakinan diri dalam kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang
ada atau yang dibawa dari prasekolah.

Mata Bercahaya:

Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama
dengan kawan-kawan,suasana,persekitaran dan guru-guru yang baru.Semangat dan minat mereka akan
terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti –aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan
sebarang permasalahan kepada sekolah,guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka.Keadaan ini dapat
diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

RANCANGAN TRANSISI MINGGU PERTAMA 2012 (SELASA)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.15 PERHIMPUNAN Tapak perhimpunan Guru bertugas

8.15-9.15 A.Menyambut kedatangan murid. Bilik Darjah Guru mengikut jadual

B.Pengurusan kelas

1)Menanda kedatangan.

2)Sesi suai kenal

9.15-10.15 A.Penerangan mengenai adab di Bilik darjah Guru mengikut jadual


sekolah.

1)Memberi salam kepada guru.

2)Membaca doa sebelum


memulakan P&P

3)Tidak membuat bising.

10.15- REHAT
10.45

10.45- A.Memperkenalkan bilik utama di Tandas Guru mengikut jadual


11.45 sekolah.
Pejabat
Tandas

Pejabat

11.45- A.Kenali rakan. Bilik darjah Guru mengikut jadual


12.15
1)Berkenalan dengan rakan baru di
kiri kanan

2)Nyanyian dalam kumpulan.

Murid berkenalan anatara satu sama


lain.

12.15-1.15 Berkenaan dengan mesra Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Murid berkumpul ikut nombor.

2)Murid memperkenalkan diri.

(nama ahli keluarga, hobi, cita-cita,


makanan kegemaran)

3)Tanya murid tentang aktiviti hari


ini.

RANCANGAN TRANSISI MINGGU PERTAMA 2012 (RABU)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.45 A.Menyambut kedatangan Bilik Darjah Guru mengikut jadual

B.Pengurusan Kelas.

1)Membaca doa

2)Menanda kedatangan.

3)Pengucapan bertatasusila

8.45-9.45 A.Pengurusn diri. Bilik Darjah Guru mengikut jadual

1)Cara menyikat rambut.

2)Cara penjagaan kuku.

3)Cara mengikat tali kasut.


4)Cara memakai tanda nama.

9.45-10.15 A.Memperkenalkan bilik utama Bilik Guru Guru mengikut jadual


sekolah.
Pusat sumber
Bilik guru.

Pusat Sumber

10.15- REHAT
10.45

10.45- A.Aktiviti nyayian . Bilik darjah Guru mengikut jadual


11.45
1)Buat kumpulan mengikut warna
belon.

2)Menyanyi lagu secara kumpulan.

3)pertandingan tiub belon.

11.45- A.Berkenalan dengan mesra Tempat membuat Guru mengikut jadual.


12.45 aktiviti
1)Menunjukkan pergerakan haiwan.

2)Kumpulan hijau

Lompat seperti katak.

Kumpulan merah

Berlari seperti kuda.

RANCANGAN TRANSISI MINGGU PERTAMA 2012 (KHAMIS)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.45 A.Menyambut kedatangan murid. Bilik Darjah Guru mengikut jadual

B.Pengurusan Kelas

1)Membaca doa.

2)Menanda kedatngan.

3)Mengenali dan menyebut nama


rakan.
8.45-9.45 A.Menamakan haiwan. Bilik Darjah Guru mengikut jadual

1.Menyebut nama haiwan.

2.Meniru bunyi haiwan.

3.Mewarna gambar haiwan

9.45-10.15 A.Sekolahku. Bilik darjah Guru mengikut jadual

Menyebut nama sekolah.

Berbual apa yang ada di sekolah

10.15- REHAT
10.45

10.45- A.Bercerita kisah teladan.(Singa dan Bilik darjah Guru mengikut jadual
11.45 tikus)

1.Bersoaljawab tentang cerita.

2)pengajaran daripada cerita,

3)Nilai murni yang terdapat dalam


cerita.

11.45- A.Nyanyian lagu ABC. Bilik darjah Guru mengikut jadual.


12.45
1)Mengenali huruf besar dan huruf
kecil.

2)Aktiviti kumpulan(mengelaskan
huruf besar dan huruf kecil.

3)Tanya murid tentang aktiviti hari


ini.

RANCANGAN TRANSISI MINGGU KEDUA 2012 (AHAD)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.15 PERHIMPUNAN Dataran Perhimpunan

8.45-9.45 A.Menyambut kedatangan murid Bilik Darjah Guru mengikut jadual

B.Pengurusan kelas
1) Menanda kedatangan.

2) Memeriksa kebersihan dan


kekemasan murid.

3)Penerangan tentang kebersihan diri.

9.45-10.15 A.Bercerita kisah teladan Bilik Darjah Guru mengikut jadual

(cth: Arnab dan kura-kura)

1.bersoaljawab tentang cerita.

2)Pengajaran daripada cerita.

3)Nilai murni yang terdapat dalam


cerita.

10.15-10.45 REHAT

10.45-11.45 A.keselamatan diri. Bilik darjah Guru mengikut jadual

1) Penerangan mengenai keselamatan


diri di

sekolah dan di dalam kelas

11.45-12.45 A.Mengenai benda-benda di dalam Bilik darjah Guru mengikut jadual


kelas.

1)Menyebut nama benda dalam kelas.

2)Mencari benda bersembunyi.

12.45-1.15 A.Dinamika kumpulan Bilik Darjah Guru mengikut jadual

1)Mengenal bentuk

2)Menyambung titik-titik mengikut


bentuk dan mewarna.
RANCANGAN TRANSISI MINGGU KEDUA 2012 (ISNIN)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.45 A.Menyambut kedatangan murid. Bilik Darjah Guru mengikut jadual

B.Pengurusan kelas.

1)Menanda kedatangan.

2)Budaya sekolah.

(Beri salam, sikap dan pakaian)

8.45-9.45 A.Mewarna, menggunting dan menampal Bilik Darjah Guru mengikut jadual
gambar bunga.

1)Menilai hasil kerja.

2)Bersoaljawab mengenai hasil kerja murid.

9.45-10.15 A.Pendidikan kesihatan. Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Penerangan tentang kebersihan diri.

2)Cara membasuh tangan dengan betul.

3)Memeriksa kebersihan diri sendiri.

10.15-10.45 REHAT

10.45-11.45 Bercerita mengenai buah-buahan Bilik darjah Guru mengikut jadual


tempatan.

1)Bersoaljawab tentang buah-buahan.

2)Mewarna gambar buah.

11.45-12.45 A.Mengadakan pergerakan lokomotor. Bilik darjah Guru mengikut jadual.

1)Berjalan seperti kura-kura.

2)Melompat seperti kanggaru.

3)Permainan kecil.

RANCANGAN TRANSISI MINGGU KEDUA 2012 (SELASA)


MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.45 A.Menyambut kedatnagn murid. Luar bilik darjah Guru mengikut jadual

B.Pengurusan kelas.

1)Menanda kedatangan.

2)Cara keluar kelas dan tempat berkumpul.

8.45-9.45 Persembahan LCD Bilik Darjah Guru mengikut jadual

Cerita moral

9.45-10.15 Persemahan murid Bilik darjah Guru mengikut jadual

(poison box)

10.15-10.45 REHAT

10.45-11.45 Memperkenalkan huruf-huruf kecil. Bilik darjah Guru mengikut jadual

Mencantumkan titik-titik menjadi huruf.

11.45-12.45 A.Menulis nama. Bilik darjah Guru mengikut jadual.

1)Menanyakan nama murid.

2)Menulis nama sendiri.

3)menghias nama dalam kertas lukisan.

RANCANGAN TRANSISI MINGGU KEDUA 2012 (RABU)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.45 A.Peraturan sekolah Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Menepati masa.

2)Menghormati guru-guru.

3)Peraturan di kantin

8.45-9.45 A.Menyanyi lagu. Bilik Darjah Guru mengikut jadual


1)Nyanyi lagu negaraku.

2)Mewarna gambar Jalur Gemilang.

9.45-10.15 A.Bina kumpulan. Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Bersalam dan berkenalan.

2)Murid menyoal rakan dalam kumpulan


untuk mengumpul maklumat.

3)Menanyakan nama, warna kegemaran,


tempat tinggal dan sebagainya.

4)Membuat pembentangan.

10.15-10.45 REHAT

10.45-11.45 Bina kumpulan untuk permainan. Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Guru akan member kad kepada seorang


murid dalam kumpulan tersebut.

2)Murid itu akan melakonkan kepada


kumpulannya untuk mendapatkan
jawapan.

11.45-12.45 A. Pertandingan kumpulan. Bilik darjah Guru mengikut jadual.

1)Menulis huruf dalam kumpulan.

2)Menguji pengetahuan sedia ada.

RANCANGAN TRANSISI MINGGU KEDUA 2012 (KHAMIS)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.45 A.Menyambut kedatangan murid. Bilik darjah Guru mengikut jadual

B.Pengurusan kelas.

1)Menanda kedatangan.

2)Budaya sekolah.

8.45-9.45 A.Mengenali anggota badan Bilik Darjah Guru mengikut jadual

1)Kepentingan menjaga kebersihan


anggota badan.

2)Menyanyi lagu bangun pagi.

9.45-10.15 A.Mengenali rakan baru. Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Bersopan dalam kelas.

2)Mengenali Guru Besar.

3)Mengenali Penolong Kanan.

4)Mengenali guru matapelajaran.

10.15-10.45 REHAT

10.45-11.45 A.Pendidikan Seni. Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Murid melukis benda-benda yang


terdapat dalam kelas.

2)Mewarna benda-benda tersebut.

3)Meneka nama benda-benda tersebut.

11.45-12.45 A.Mengingat kembali apa yang diajar. Luar kelas Guru mengikut jadual.

1)Menyanyi

RANCANGAN TRANSISI MINGGU KETIGA 2012 (ISNIN)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.45 A.Rutin kelas Bilik darjah Guru mengikut jadual

Doa

1)Murid akan melukis ahli keluarga dan


menamakan mereka.

2)Memupuk nilai kasih sayang.

8.45-9.45 Permainan (Jigsaw puzzle) Bilik Darjah Guru mengikut jadual

10Murid-murid akan mencantumkan huruf-


huruf yang telag dipotong.
2)Membaca huruf-huruf yang dicantumkan
oleh murid .

3)Guru member ganjaran.

9.45-10.15 A.Mengira gambar. Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Murid akan mengira gambar yang disebut


oleh guru.

2)Murid akan mengira dan menyebut


jumlahnya.

3)Murid akan menukar gambar dengan


kumpulan lain dan mengira lagi.

10.15-10.45 REHAT

10.45-11.45 A.Menyanyi sambil menari. Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Murid-murid akan menyanyi lagu yang


telah belajar di Prasekolah.

11.45-12.45 Setiap murid akan mengira nombor Padang sekolah Guru mengikut jadual.
sehingga 20

RANCANGAN TRANSISI MINGGU KETIGA 2012 (SELASA)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.45 A.Menyambut kedatangan murid. Bilik darjah Guru mengikut jadual

B.Pengurusan kelas.

1)Menanda kedatangan.

2)Budaya sekolah.

(Beri salam, sikap dan pakaian)

8.45-9.45 A.Menyanyi lagu. Bilik Darjah Guru mengikut jadual

1)Menyanyi lagu Negaraku.

2)Penjelasan tentang lagu Negara Ku.


9.45-10.15 A.Pendidikan Moral. Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Penerangan tentang nilai-nilai moral.

2)Murid-murid bercerita.

10.15-10.45 REHAT

10.45-11.45 A.Mengenali makanan yang berkhasiat. Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Bersoaljawab tentang makanan


berkhasiat.

2)Mewarna gambar.

11.45-12.45 A.Rutin kelas. Bilik darjah Guru mengikut jadual.

1)Membersih kelas.

2)mengemaskan barangan

B.Bersurai

RANCANGAN TRANSISI MINGGU KETIGA 2012 (RABU)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.45 A.Menyambut kedatangn murid. Bilik darjah Guru mengikut jadual

B.Pengurusan kelas.

1)Menanda kedatangan.

2)Budaya sekolah.

8.45-9.45 A.Permainan kumpulan. Bilik Darjah Guru mengikut jadual

9.45-10.15 A.latihan menulis. Bilik darjah Guru mengikut jadual

(Bahasa Tamil)

10.15-10.45 REHAT

10.45-11.45 A.Latihan Menulis Bilik darjah Guru mengikut jadual

(Bahasa Malaysia)
11.45-12.45 A.Rutin kelas. Bilik darjah Guru mengikut jadual.

1)Membersihkan kelas.

2)Mengemas barangan.

B.Bersurai.

RANCANGAN TRANSISI MINGGU KETIGA 2012 (KHAMIS)

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

7.45-8.45 A.Menyambut kedatangan murid. Bilik darjah Guru mengikut jadual

B.Pengurusan kelas.

1)Menanda kedatangan.

2) Budaya sekolah.

8.45-9.45 A.Permainan dalam kumpulan. Bilik Darjah Guru mengikut jadual

9.45-10.15 Majlis penutup Bilik darjah Guru mengikut jadual

Ucapan Guru besar.

Persembahan murid.

Penyampaian hadiah dan jamuan.

10.15-10.45 REHAT

10.45-12.45 A.Rutin kelas Bilik darjah Guru mengikut jadual

1)Membersih kelas

2)Mengemaskan barangan.

3)Bersurai.

SJK(T) LADANG BUNTAR ,09800 SERDANG , KEDAH.

MINIT MESYUARAT PERTAMA JAWATAN KUASA TRANSISI

BAGI TAHUN 2012


Tarikh 28-12-2012

Masa 10.00 pagi

Tempat Perpustakaan sekolah

Kehadiran Pn.J.Uthaa Kumari

En.M.Kalaimany

En.V.Shanmugam

Pn.A.Nithia

Pn.Kalaiselvi

Cik.Punitha Malar

En.Tangeswaran

1.0) Ucapan Aluan Penyelaras

1.1 Penyelaras mengucapkan selamat sejahtera kepada semua guru dan mengalu-alukan

kedatangan guru-guru ke mesyuarat Program Transisi 2012

1.2 Penyelaras memaklumkan Program transisi perlu dilaksanakan selama 3 minggu.

Berdasarkan Kurikulum Standart Sekolah Rendah melalui Program Transisi murid-murid dapat
menghayati nilai-nilai murni dan membangun model insan dalam semua aspek, selain itu, program ini
dapat meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.

2.0) Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

2.1 Tiada

3.0) Perkara-perkara berbangkit

3.1 Tiada

4.0) Agenda

4.1 Satu jawatankuasa dilantik demi pelaksanaan Program Transisi 2012. Jawatan kuasa ini perlu

Menjalankan program transisi selama 3 minggu dengan berpandukan rancangan transisi.

Seterusnya memastikan murid-murid tahun 1 perlu bebas bergaul dengan rakan, guru dan

orang lain dengan gaya perbualan yang bermoral.


4.2 Guru-guru yang terlibat haruslah memerhati penglibatan murid dalam aspek bertutur,

mendengar, membaca dan menulis.

4.3 Dokumen standard kurikulum dan rancangan tahunan hendaklah disediakan sebelum tamat

program transisi. Ini bertujuan memudahkan guru-guru dapat melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan mudah.

5.0)Rancangan Tahunan 2012

5.1 Satu perjumpaan ibubapa ataupun waris diadakan untuk memberitahu pelaksanaan KSSR.

5.2 satu motivasi untuk murid-murid tahun satu dilaksanakan.

6.0 Hal-hal lain

6.1 Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

…………………………

(Cik.K.Punitha Malar)

Anda mungkin juga menyukai