Anda di halaman 1dari 4

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Ulasan Jurnal
Aplikasi Teknologi ICT Hijau di Pejabat
Ezanee Mohamed Elias, Azizi Abu Bakar, Santhirassegaran a/l S.R Nadarajan

1. PENDAHULUAN
Jurnal yang dipilih ini ditulis oleh Ezainee Mohamed Lias, Santhirasegaran a/l S.R.
Nadarajan dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik dan Azizi Abu
Bakar dari Pusat Pengajian Pengurusan Islam dan diterbitkan melalui Journal of
Technology and Operations Management 7(1),63-77 pada tahun 2012 adalah
berjumlah empat belas (14) muka surat.

2. OBJEKTIF
Objektif kertas ini adalah untuk mengulas jurnal yang dipilih berdasarkan kekuatan,
kelemahan dan kesahan (validity) artikel ini yang dijelaskan melalui interprestasi dan
analisis ringkas bagi memastikan jurnal tersebut mendapat penilaian secara
menyeluruh.

3. TEMA
Tema jurnal ini ialah, pengurusan penggunaan ICT dan penjimatan tenaga elektrik.
Jurnal ini dihasilkan adalah khusus kepada mereka yang menggunakan peralatan ICT
di pejabat seperti pekerja sektor awam secara keseluruhan tetapi diperincikan hanya
kepada IPTA yang berada di utara Malaysia sahaja. Merujuk kepada jurnal ini,
persoalan yang cuba dibincangkan oleh penulis ialah mengenai apakah tahap
pengetahuan mengenai aplikasi teknologi ICT Hijau dikalangan pekerja pejabat di
IPTA dan tahap aplikasi atau praktis penerimaan teknologi ICT hijau yang telah
diimplementasikan oleh institusi pengajian tinggi tersebut.

Merujuk kepada jurnal ini, penulis menggunakan pendekatan pengumpulan secara

1
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM
data kualitatif untuk memastikan keputusan yang diperolehi adalah tepat dan boleh
dipercayai. Oleh kerana jurnal ini merupakan kajian kes ke atas tiga buah IPTA di
utara Semenanjung Malaysia, maka kaedah yang digunakan adalah melalui
perbandingan bagi ketiga-tiga kes secara pengumpulan data dan temubual yang
dikaitkan dengan konsep kesedaran teknologi ICT hijau.

4. KRITIKAL KOMEN
Berdasarkan jurnal ini, penulis dengan jelas menerangkan bahawa mengaplikasikan
teknologi ICT hijau di pejabat untuk menjimatkan tenaga elektrik terutamanya dan
kesedaran menjaga alam sekitar merupakan satu perkara yang positif. ( Halim Man,
2012) menyatakan bahawa aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan
alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api
alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh
dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalan-amalan
hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa
kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat
menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang.
Penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja
atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang
boleh, bermula dengan perkara-perkara yang mudah kita laksanakan. Pandangan ini
turut disokong oleh (Mohd Yusof, 2010) yang menegaskan peningkatan dalam
kecekapan penggunaan tenaga boleh dilakukan jika peralatan ICT digunakan secara
lebih cekap. Oleh itu, fokus utama bagi industri ICT masa kini ialah penghasilan
produk dan perkhidmatan baru dengan intensiti tenaga yang efisien sebagai salah
satu prosedur untuk mengurangkan masalah berkaitan pemanasan global. Selain itu,
Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan telah mengeluarkan Garis Panduan
Penggunaan ICT kearah ICT Hijau yang merangkumi unsur ekonomi, alam sekitar
dan sosial seperti yang digariskan dalam lima (5) objektif yang berikut: 1)
Mengurangkan kadar peningkatan guna tenaga dan pada masa yang sama

2
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM
meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara. 2) Untuk membantu
pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya
kepada ekonomi negara. 3) Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam
pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau
di persada antarabangsa. 4) Untuk memastikan pembangunan mapan dan
memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang dan 5) Untuk meningkatkan
pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan
penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Di dalam jurnal ini, penulis juga memberi pendedahan kepada pembaca dengan
meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan amalan penjimatan
tenaga dan pengurusan teknologi ICT dengan baik. Kajian yang dilakukan ke atas
respondan menunjukkan betapa rendah tahap kesedaran para pekerja di IPTA
terhadap penjimatan tenaga ini dan tahap penerimaan mereka kepada pembaharuan
yang telah digariskan oleh KETTHA iaitu Prosedur Aplikasi Teknologi ICT Hijau
yang mempunyai 13 prosedur yang boleh dipraktiskan dalam persekitaran pejabat
demi merealisasikan aplikasi teknologi ICT hijau.

5. KESIMPULAN
Kajian ini secara keseluruhannya telah berjaya membuktikan dan membuka mata
juga minda para pembaca mengenai kesedaran untuk mengaplikasikan Teknologi
ICT Hijau dalam kehidupan harian dan di pejabat terutamanya. Selain itu, langkah-
langkah dan program-program yang dilakukan oleh pihak kerajaan turut didedahkan
dan menunjukkan mereka juga turut berusaha menangani masalah isu pembaziran
tenaga elektrik dan usaha memupuk amalan aplikasi teknologi ICT Hijau. Secara
tidak lansung menunjukkan penggunaan ICT Hijau merupakan langkah strategik
Kerajaan untuk menyokong Dasar Teknologi Hijau.
RUJUKAN

Ezanee M. E., Azizi A. B. & Santhirasegaran S. N. (2012). Aplikasi Tekncologi ICT Hijau
di Pejabat. Journal of Technology and Operations Management 7(1), 63-77 (2012)
3
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Mohd Yusuf, H.O. (2010). Media dan Alam Sekitar. Jurnal Hadari, 2 (2), 1-17

Muhamad Addin bin Burhanuddin. Pengurusan tenaga di Universiti Utara Malaysia :


Tahap kesedaran pelajar terhadap kecekapan tenaga elektrik. Tesis Ijazah Sarjana
Sains (Pengurusan Teknologi) yang tidak diterbitkan, Pusat Pengajian Siswazah,
Universiti Utara Malaysia

Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Garis Panduan Penggunaan ICT ke arah ICT
Hijau

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sarawak. (bil.3 September-Disember 2009).


Citra:Buletin Suku Tahunan Intan Sarawak, m/s