Anda di halaman 1dari 2

-mengumumkan ketibaan En Ahmad Suhaizan b Pandak diiringi pentadbir sk kubu

masuk ke dewan

Semua hadirin dipersilakan untuk duduk.

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara


.

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum wbt.

Yang Berbahagia,
En Ahmad Suhaizan b Pandak,
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK PM

Yang Dihormati
Pn Rodzean
Penolong Kanan Pentadbiran
Sk Kubu

Yang dihormati
Pn. Shamsinar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Ramzdan
Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-Rakan Guru Dan murid-murid Yang Dikasihi Sekalian.

Doa Dari perlis pusapa ku mohon,


Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat,

Kalau pergi tanjung keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke
hadrat Ilahi. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang
berbahagia ustaz .Junaidi bagi mengetua bacaan doa.

Dipersilakan.
Amin ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz junaidi.di atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah swt.

HADIRIN YANG DIMULIAKAN,


Sebelum Tirai Ceramah Dibuka, Sebelum Bengkel Bermula, Suka Saya
Membacakan Biodata Penceramah Kita Pada Hari Ini.

1. Nama Diberi Encik Ahmad Suhaizan b Pandak


2. Beliau Merupakan Anak Kelahiran Negeri Perak
3. Beliau Mempunyai Kelulusan Ijazah (Akedemik)
_______________________________________________________
4. Di (Unversiti)_______________________________________
5. Dan Kini Menjawat Jawatan Sebagai (Jawatan)
_______________________________________________.

Tanpa Membuang Masa Lagi, Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan


Encik Ahmad Suhaizan b Pandak Untuk Menyampaikan Ceramah Beliau.
Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan.

Seterusnya, Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis mempersilakan Pn Rodzean


diiringi Pn Shamsinar untuk menyampaikan cenderahati dan sijil kepada Encik
Ahmad Suhaizan b Pandak.
Terima Kasih di atas penyampaian cenderamata tersebut.
Maka dengan itu berakhirlah sudah Bengkel ....................................................

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari di susun maaf dipinta.

Sebelum itu, para hadirin dipersilakan naik ke atas pentas untuk sesi bergambar.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih

Pihak majlis mempersilakan para pentadbir untuk mengiringi Yang Berbahagia,


Encik Ahmad Suhaizan b Pandak, ke dewan makan untuk menikmati sedikit
jamuan ringan.

Dipersilakan.
Untuk itu,
Sekian sahaja daripada saya Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum
Warah matullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai