Anda di halaman 1dari 6

1.

Soalan 2 :
Anda sebagai pentadbir, bercadang hendak melaksanakan professional development
(pembangunan professional) berkaitan dengan penggunaan ICT. Huraikan dengan jelas
bagaimana anda melaksanakannya.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) atau Continuing Professional Development


(CPD) adalah satu kaedah yang sistematik untuk pengekalan, peningkatan dan pengembangan ilmu
pengetahuan dan kemahiran individu yang amat diperlukan bagi seseorang ahli profesional dalam
menjalankan kerja-kerja harian mereka (Ayati, 2004). Tujuan utama CPD kepada ahli profesional tidak
lain adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli profesional dengan ilmu dan informasi
terkini dalam bidang masing-masing disamping untuk mengekalkan ilmu pengetahuan yang sediada.

Menurut Dato’ Sri Dr. Khair Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
“Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah agenda utama KPM kerana guru berkualiti
merupakan nadi kepada kejayaan pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara yang mempunyai kaitan
secara langsung dengan keberhasilan murid. Guru perlu secara berterusan sepanjang tempoh
perkhidmatan melengkapkan dan dilengkapi dengan ciri-ciri pendidik profesional abad ke-21 bagi
memastikan mereka kekal relevan dan efektif dalam ekosistem pendidikan yang dinamik, mencabar dan
sentiasa menuntut keberhasilan murid yang holistik serta menepati kualiti gobal”

Dalam bidang pendidikan, Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah usaha


bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau
dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta amalan profesional
keguruan melalui program yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran
berterusan dan laluan kerjaya.
Objektif utama program PPB ialah untuk;

i. Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan /pengurusan pendidikan secara berterusan.


ii. Memastikan pegawai perkhidmatan Pendidikan (PPP) memperoleh (acquire), menambahbaik
(improve), menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan PdP,
keberhasilan serta kemenjadian murid.
iii. Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi sesi latihan,
pembelajaran dan pembangunan kendiri.
iv. Memenuhi keperluan PPP mengikuti kursus wajib PPB sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh gred semasa.

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) dibangunkan bagi melengkapi usaha-


usaha pembangunan profesionalisme kepada guru dan pemimpin sekolah. Aktiviti pembangunan
profesionalisme sedia ada yang dikenali sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/LDP) dan
Latihan Pembangunan Staf (LPS) telah dimantapkan seiring dengan amalan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (PPB). Pelan PPB bertujuan mentransformasikan amalan ini bagi
meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan. Guru dan
pemimpin sekolah yang kompeten dan berkualiti adalah faktor penentu kepada keberhasilan murid.
Kompetensi dan kualiti guru dan pemimpin sekolah dapat ditingkatkan melalui pelibatan secara formal
dan tidak formal dalam aktiviti PPB. Pelan ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pertama
menjelaskan transformasi amalan dan pelaksanaan PPB dan bahagian kedua mengandungi kit PPB
yang mencadangkan strategi pelaksanaan PPB yang boleh digunakan oleh guru dan pemimpin sekolah.

Dalam konteks negara kita, amalan PPB merangkumi kedua-dua inisiatif, iaitu inisiatif kendiri dan
inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM berhasrat untuk mentransformasikan amalan
PPB dengan meningkatkan PPB inisiatif kendiri. Mulai tahun 2014, KPM memperkenalkan Pelan PPB
untuk guru dan pemimpin sekolah bagi mengupayakan dan memberi autonomi kepada mereka
meningkatkan kebertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap pembangunan profesionalisme secara
kendiri. Pembelajaran atau latihan berterusan perlu dan seharusnya menjadi amalan kepada warga guru
dan pemimpin sekolah agar sentiasa berada pada tahap profesionalisme yang sentiasa relevan dengan
perkembangan semasa.

2
Berikut merupakan contoh atau aktiviti Pembangunan Profesional Berterusan yang boleh dilaksanakan
oleh pemimpin sekolah.

i. Komuniti Pembelajaran Profesional /Professional Learning Communities (PLC)


ii. Kursus/ bengkel/ wacana ilmu
iii. Penyelidikan/ inovasi/
iv. Ulasan buku/ penulisan dan pengkaryaan
v. Portal e-Guru
vi. Peningkatan akademik
vii. Lawatan penanda aras
viii. Coaching and mentoring

Sebagai pentadbir atau pemimpin sekolah, saya bercadang hendak melaksanakan


Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) melalui program Komuniti Pembelajaran Profesional
atau Profesional Learning Communities (PLC) berkaitan dengan penggunaan ICT. PLC merupakan
aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong usaha
meningkatkan pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif
dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah merealisasikan aspirasi
Pelan Pembangunan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Professional Learning Community
(PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan
dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid
mereka (Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006,).

PLC merujuk amalan kolaboratif dalam kalangan pendidik yang komited dan secara bersama-
sama menetapkan matlamat atau membina wawasan dan berusaha secara kolektif mencapai matlamat
yang ditetapkan. Contohnya, matlamat bagi guru adalah untuk memastikan pembelajaran murid
dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi membangunkan murid yang holistik manakala bagi
kepimpinan dan pakar bidang khusus, matlamatnya adalah untuk memastikan rakan pemimpin dan rakan
kepakaran sentiasa cemerlang dan berwibawa. Kerjasama bagi mencapai matlamat yang sama ini
menggalakkan rasa kesepunyaan nilai, misi, kejelekitan dan memberikan peluang kepada guru dan
pemimpin sekolah untuk melibatkan diri dalam meningkatkan pembelajaran mereka sendiri. Hasilnya,
pembangunan profesionalisme dapat ditingkatkan secara berterusan sepanjang kerjaya.

3
Terdapat lima strategi utama dalam PLC seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan huraiannya ialah
seperti Jadual 2

Rajah 1 : Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional atau Profesional Learning Communities (PLC)

Strategi PLC Penerangan

1) Dialog reflektif (Reflective Dialogue)

i. Menggunakan protokol Mesyuarat bulanan untuk membincangkan artikel mengenai


perbincangan (Using pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran.
Discussion Protocols)

ii. Kelab Buku (Book Clubs) Sekumpulan guru membaca dan membincang artikel atau
buku setiap bulan.

iii. Kumpulan Belajar Belajar atau berbincang suatu topik yang khusus. Sebagai
(Study Groups) contoh, kemahiran berfikir, pelbagai kecerdasan atau kajian
tentang minda.

iv. Kritikan Video Pengajaran Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru.
Guru (Video Critiques of (Gunakan kaedah placemat).
Teaching Moments)

2) Penswastaan Amalan (DePrivatization of Practice)

i. Jejak Pembelajaran Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran


(Learning Walks) guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan
protoKol atau fokus yang spesifik.

4
ii. Bimbingan Rakan Sebaya Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan
Guru atau Pembimbing menggunakan kitaran prakonferens, pemerhatian dan
Instruksi (Peer Coaching/ pascakonferens (pre-conference, observation, post-conference
Instructional Coaches) cycle)

iii. Belajar menggunakan Sekumpulan guru secara usahasama membina satu


Rancangan Pengajaran rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran /
Harian (Lesson Study) memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan
semasa sesi pengajaran.

iv. Sesi Perkongsian Guru Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi
(Teacher Sharing Sessions) amalan pengajaran terbaik

3) Fokus Secara Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid


(Collective Focus on Student Learning)

i. Analisis Data Secara kolektif mengkaji dan membincangkan data agregat


(Data Analysis) murid. Tujuannya adalah untuk mencari pola atau tema agar
dapat membuat keputusan tentang penambahbaikan dalam
bidang kurikulum atau mengkategorikan kembali dalam
kumpulan yang berbeza

ii. Pemetaan Kurikulum Membangunkan peta kurikulum mengikut topik,


(Curriculum Mapping standard dan aktiviti untuk setiap mata pelajaran untuk
dijadikan panduan instruksi serta untuk berkongsi dengan
murid dan ibubapa.

iii. Pentaksiran Serentak Guru yang mengajar dalam tahun atau tingkatan yang sama
(Common Assessments) menyediakan pentaksiran serentak yang diselaraskan dengan
standard dan indikator.

iv. Kumpulan Rakan Kritikal Menggunakan protokol untuk mengkaji dan membincangkan
(Critical Friends Groups) hasil kerja murid

4) Kolaborasi (Collaboration)

i. Pasukan Melintang & Mengelola mesyuarat mengikut tahun atau tingkatan untuk
Menegak perancangan bersama. Di samping itu mengendalikan
(Horizontal and Vertical mesyuarat mengikut panitia agar koordinasi dan
Teams) kesinambungan antara tahun dan tingkatan dapat dicapai.

ii. Induksi Guru Baharu Memastikan sokongan dan panduan berbentuk pedagogi,
/Pementoran (New Teacher prosedur dan peribadi untuk staf baharu dalam profesion atau
Induction / Mentoring) organisasi

5
iii. Unit atau Projek antara Merangka unit dan projek antara pelbagai disiplin dan mata
Pelbagai Bidang pelajaran.
(Interdisiciplinary Units and
Projects)

iv. Kumpulan Penyelesai Satu kumpulan guru yang bersama-sama membincangkan


Masalah suatu masalah.
(Problem Solving Groups) Seorang guru memberi deskripsi tentang suatu masalah. Guru-
guru yang lain pula meminta penjelasan dan mengemukakan
cadangan.

5) Norma dan Nilai Dikongsi Bersama (Shared Norms and Values)

i. Aktiviti Visi Melibatkan staf dalam aktiviti untuk membangunkan gambaran


(Vision Activity) masa depan organisasi.
Bagaimanakah keadaan bilik darjah dan sekolah lima tahun
dari sekarang?

ii. Panduan Berasaskan Membangunkan satu set prinsip untuk dijadikan panduan
Prinsip (Guiding Principles) dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan.

iii. Aktiviti Nilai Mengelolakan aktiviti kumpulan kecil untuk membincangkan


(Value Activities) nilai organisasi.

iv. Strategi &Tradisi yang Bersetuju dengan strategi dan tradisi yang dikongsi bersama
Dikongsi Bersama agar dapat menumpukan fokus dan mengukuhkan matlamat
(Common Rituals and serta sasaran.
Strategies) Sebagai contoh, meraikan kejayaan dan peningkatan prestasi
secara kerap.

Jadual 2 : Strategi utama dalam PLC

Guru berkualiti adalah pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan negara. Dalam menjana
guru yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara, maka pemimpin sekolah harus berusaha untuk
menyediakan program pembangunan yang dapat meningkatkan tahap profesionalisme guru seiring
dengan keperluan dan perkembangan semasa, memandangkan guru yang profesional akan dapat
menghasilkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan pelajar yang berkualiti. Justeru
itu, kejayaan pemimpin sekolah dalam mengurus sumber manusia akan menentukan sama ada
sesebuah organisasi sekolah akan berkembang maju atau sebaliknya dalam menghadapi
perkembangan dan cabaran global pada abad ke-21 yang semakin pesat.

Anda mungkin juga menyukai