Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Guru seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di Sekolah. Hal ini kerana profesionalisme guru dapat memberikan kefahaman
kepada pelajar di dalam kelas. Selain itu, hasil pembelajaran juga tercapai disebabkan oleh
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru yang profesional. Menurut Sufean
Hussein (1995) dalam Azhar et al (2007) mentakrifkan profesionalisme sebagai suatu nilai yang
berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang
bermatlamat untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab.
Profesionalisme boleh dirujuk sebagai kerjaya yang mempunyai komitmen yang tinggi.

Tahap profesionalisme guru novis semasa pelaksanaan proses pembelajaran dan


pengajaran di Sekolah amat dititiberatkan. Hal ini kerana cabaran guru novis sangat tinggi
terutamanya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru novis atau guru
permulaan yang baru menamatkan program pendidikan dikenali sebagai guru novis Khalid
(2009). Guru permulaan seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi yang meliputi
aspek kesedian, pengetahuan dan motivasi guru permulaan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Keadaan ini amat mempengaruhi hasil pembelajaran dan seterusnya peningkatan
pencapaian pelajar. Oleh itu, guru novis hendaklah menyahut cabaran iaitu melengkapkan diri
dengan persediaan sebelum pengajaran, pengetahuan yang luas mengenai topik yang hendak
diajar dan motivasi yang tinggi bagi mempamerkan keyakinan diri dan kesungguhan semasa
mengajar. Terdapat beberapa peranan guru novis dalam merealisasikan aspirasi sebagai guru
yang berwibawa berdasarkan peringkat perkembangan guru.
1. Meningkatkan pengetahuan dalam ilmu pedagogi.

Menurut Ahmad Yusuf kasim et al (2010) pengetahuan merupakan komponen teras dalam
pendidikan sesuatu matapelajaran di sekolah menengah. Setiap guru perlu merancang
pengajaran dengan teliti dan sentiasa membuat reflektif sebagai proses pengajaran suapaya
boleh menjadikan proses pemgajaran adalah sesuatu yang bermakna dan memberi kesan
kepada pembelajaran murid. Perkembangan murid juga dipengaruhi oleh tahap pendedahannya
kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Mok Soon Sang, 2002). Guru
novis yang mengajar sesuatu mata pelajaran harus menguasai secara keseluruhan bidang ilmu
ini agar dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang benar kepada pelajar-pelajarnya.
Keprofesionalan guru novis dari segi kedalaman ilmu pengetahuan amat penting di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Latihan atau aktiviti yang khusus dalam meningkatkan
kemahiran pedagogi perlu dikuasai oleh setiap guru novis. Setiap guru novis dapat menilai
keberkesanan proses PdP yang telah dijalankan olehnya dalam fasa praktikum. Sesi refleksi
setelah tamat PdP membolehkannya mengenalpasti kelemahan yang ada. Oleh yang demikian,
dengan latihan dan aktiviti dalam pengajaran semasa praktikum, guru novis akan sentiasa
memperbaiki kelemahan yang ada serta mempelajari ilmu pedagogi yang baru untuk
diaplikasikan semasa PdP yang akan datang.

2. Mendapatkan sokongan dan bimbingan.

Kebanyakan guru permulaan dikatakan pasif, tidak kreatif, membosankan, tidak inovatif, tidak
imaginatif dan tidak dapat merangsang pembelajaran murid. Mereka dikatakan tidak dapat
menggunakan ilmu dan idea yang dipelajari di institut perguruan di dalam situasi bilik darjah yang
sebenarnya. Oleh itu, guru novis perlu memainkan peranan dengan mendapatkan sokongan dan
bimbingan daripada pensyarah, tutor atau guru mentor. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan
bimbingan serta bantuan yang menyeluruh dan efektif supaya dapat mencapai penguasaan
kepada aras kompenten. Guru novis sememangnya bertanggungjawab dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, masalah tersebut tidak akan selesai sekiranya guru
tersebut menggunakan cara yang salah. Oleh yang demikian, dengan adanya bantuan daripada
pensyarah, tutor atau guru mentor, mereka dapat membantu guru novis bagi memberi cara
penyelesaian yang lebih berkesan agar guru novis menyelesaikan masalah tersebut dengan
jayanya. Di sini kita dapat lihat bahawa berlaku scaffolding antara guru novis dan juga pensyarah
mahupun guru mentor. Pensyarah atau guru mentor akan memberikan bantuan secara umum
untuk memberikan jalan kepada guru novis bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

3. Menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan

Pada peringkat permulaan atau novis, seringkali guru pada peringkat ini mendapat banyak
tawaran untuk menghadiri kursus semasa program latihan keguruan. Kursus-kursus ini
ditawarkan kepada mereka bertujuan untuk menyeimbangkan teori dan amali kerana latihan
praktikal membenarkan pengalaman langsung serta pembelajaran secara aktif atau hands-on.
Kursus yang diberikan bertujuan untuk meningkatkan lagi amalan guru novis ke arah lebih
profesional. Walau bagaimanapun, pengetahuan baru yang diterima dalam kursus tersebut perlu
dilaksanakan semasa latihan praktikal di sekolah.

4. Mengenali dan memahami ciri murid

Sebagai ibu atau bapa kepada murid, seorang guru bukan sekadar mengenali nama sahaja akan
tetapi harus memahami sedalam-dalamnya atau menjiwai mereka. Dalam hal ini, ia bermaksud
guru sepatutnya memahami kehendak (needs), sikap, perangai atau tingkahlaku yang
merangkumi aspek kekuatan (strength) dan kelemahan (weakness) murid mengikut tahap umur
masing-masing. Hal ini demikian kerana sebagai seorang guru, kita perlu mengenali setiap anak
murid di dalam kelas. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi
individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yanglain mungkin terdapat sesama individu
dalam sesuatu kumpulan. Dalam sesebuah kelas selalunya terdapat beberapa orang murid yang
agak pasif daripada murid yang lain. Kebanyakan murid yang pasif ini mempunyai masalah yang
tersendiri. Mereka lebih cenderung untuk mendiamkan diri kerana malu dan tiada tempat bagi
berkongsi masalah yang dihadapi. Oleh itu, guru perlu mendekati murid tersebut untuk
mengenalpasti, mendengar dan menyelesaikan masalahnya.
5. Menceburi bidang kokurikulum dengan aktif

Dalam kajian Chee Kim Mang yang bertajuk Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institut
Perguruan (2008), berdasarkan dapatan hasil kajiannya, keputusan yang amat
memberansangkan di mana kebanyakkan guru permulaan berjaya melepasi tahap dalam
pengurusan kokurikulum di sekolah. Selain daripada bidang akademik, seorang guru novis perlu
aktif dalam bidang kokurikulum seperti kelab dan persatuan, sukan dan unit beruniform. Hal ini
demikian kerana keseimbangan kurikulum dan kokurikulum bukan sahaja tertumpu pada murid,
malah juga kepada guru. Sebagai seorang guru novis, kita perlu melibatkan diri dalam bidang
kokurikulum sekolah. Dalam bidang ini, guru novis boleh mengambil peluang untuk mentadbir
sesebuah kelab, persatuan atau unit beruniform sekolah. Di sini kita akan dapat lihat sejauhmana
tahap pengurusan kita dalam mentadbir bidang kokurikulum. Segala kelemahan boleh ditangani
dengan bantuan daripada guru pakar di sekolah.

6. Meningkatkan daya kreatif dan inovatif

Guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai keadaan untuk membolehkan murid
menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pendidik yang berdaya kreatif dapat
mengintegrasikan atau menggabungjalinkan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam
penyampaian semasa PdP dijalankan. Penciptaan, pengubahsuaian dan penghasilan bahan
serta corak pembelajaran menjadikan ia lebih inovatif serta mampu melibatkan murid dalam
setiap aktiviti yang diadakan. Daya kreatif dan inovatif juga boleh diukur semasa guru tersebut
menyelesaikan sesuatu masalah sama ada dalam kelas atau luar kelas. Guru novis boleh
menyelesaikan masalah mengikut kreativitinya. Tambahan pula, Pelan pembangunan pendidikan
Malaysia 2013-2025 juga sangat menekankan supaya setiap guru dapat mengamalkan gaya
Pembelajaran Abad Ke-21 di dalam kelas. Pelbagai langkah dan cara yang boleh dilakukan bagi
melaksanakan PA 21 oleh guru novis. Penggunaan teknologi ICT juga merupakan salah satu
daripada langkah yang disarankan dalam PA21 untuk digunakan semasa PdP dijalankan.
7. Meningkatkan personaliti dan ciri guru yang baik
Guru berkesan didefinisikan sebagai pendidik yang baik dan dapat memberikan kesan kepada
pelajarnya daripada segi personaliti dan seterusnya mampu membawa perubahan tingkah laku
kepada pelajarnya (Khairul Anuar, 2012). Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula
terlalu lembut dengan para muridnya. Kita harus mengetahui bahawa setiap murid akan suka
kepada guru yang mempunyai unsur kecindan dalam penyampaian. Elemen kecindan ini ialah
kata-kata atau pelakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan semata-mata bertujuan
untuk menimbulkan rasa ceria dan seronok serta menghilangkan tekanan sewaktu berlakunya
proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini seharusnya berlaku apabila seseorang guru
baharu itu mula melangkah ke bilik darjah pada hari pertama dan dilakukan secara santai melalui
proses komunikasi dan interaksi dua hala. Cara pemakaian, komunikasi, penampilan guru novis
di sekolah amat diberi penekanan. Hal ini demikian kerana guru novis sememangnya menjadi
model bagi murid-murid. Murid lebih cenderung untuk mengikut cara guru yang mereka suka.
Oleh yang demikian, personaliti dan ciri guru yang baik perlu ada pada setiap guru novis supaya
tidak menyalahi etika guru dan profesion keguruan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh
terhadap perkembangan pembelajaran murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka akan
memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjaya memandangkan sebahagian besar masa
seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas (Sufean Hussin, 1993).

Memandangkan guru permulaan ini baru menceburkan diri dalam profesion keguruan,
maka potensi mereka untuk meningkatkan keterampilan diri mereka melalui pelbagai jenis
program perkembangan profesionalisme yang berterusan di masa-masa depan terbuka luas
untuk mereka menangani cabaran-cabaran di masa depan. Justeru itu, guru novis seharusnya
melengkapkan diri dengan pengetahuan secukupnya. Selain itu, guru juga perlu mengikuti
perkembangan terkini dan sentiasa menambahkkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa.
Hal ini kerana, pelajar pada masa kini tidak sama dengan pelajar pada masa dahulu. Keadaan
ini disebabkan oleh kecanggihan teknologi yang tinggi membolehkan pelajar memperolehi
maklumat dan pengetahuan yang luas. Akibatnya pelajar lebih berpengetahuan dari guru. Oleh
itu, guru novis harus melengkapkan diri dengan pengetahuan yang secukupnya dan sentiasa
meningkatkan ilmu pengetahuan mengikut arus kemodenan.
Rujukan

Azhar bin Muhammad, Abdul Hafiz bin Abdullah, Azmi Shah bin Suratman,
Kamaril Azmi bin Jasmi dan Mohd Ismail Mustari (2007). Tahap
Profesionalisme guru- guru pelatih pendidikan Islam dalam Latihan
Praktikum. Shah Alam: Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial.

Hussin, S., & dan Pustaka, D. B. (1993). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem, Dan Falsafah

https://www.learning-theories.com/vygotskys-social-learning-theory.html

Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur.


Selangor: Prentice Hall. Pearson (M). Sdn. Bhd.

Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025.


Online)(www. moe. gov. my).

Mang, C. K. (2008). KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH


INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF
PENTADBIR SEKOLAH. Journal of Educators & Education/Jurnal
Pendidik dan Pendidikan, 23.

Mok Soon Sang(2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma


Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Rahman, K. A. A. (2012). Disposisi Guru Berkesan: Personaliti dan


Kemahiran Komunikasi (Effective Teacher Dispositions: Personality
Traits and Communication Skills). Akademika, 82(2).