Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan
guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan baru untuk
membolehkan mereka mengikut peredaran zaman ( Mohammed Sani 2005). Istilah etika atau
ethic berpunca daripada perkatan Greek ‘ethos’ yang bermaksud perwatakan atau
keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar
akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan
etika adalah akhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan merujuk kepada tingkah laku baik
sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak.

Nancy Yun Kuat (2010) menerusi kajiannya yang bertajuk Tingkah laku pengajaran
efektif dan kualiti etika dalam kalangan guru PPSMI menyatakan bahawa menurut sarjana
barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai
baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan
dan keburukan seseorag. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese, etika dikatakan sebagai
kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat
dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dari sudut
pandangan ahli falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai
dan kelakuan manusia.

Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi.
Guru merupakan seorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didiknya hingga ke
akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya tersendiri di mana guru
dianggap segala-galanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang
yang dihormati serta disegani dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, profesion perguruan
abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang diperkatakan seperti isu penyalahgunaan
dadah, salah laku seks, rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit mental dan sebagainya.
Berdasarkan isu Cikgu Y di sekolah tersebut yang mempromosi pemasaran berbilang tingkat
(MLM) kepada warga sekolahnya, jelas sekali merupakan satu perbuatan yang salah dalam
profesion sebagai seorang guru. Terdapat beberapa faktor serta peraturan yang telah
dilakukan oleh Cikgu Y.
1. Mencemar Etika Guru
Tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Y sememangnya telah mencemar etika
perguruan. Dalam Etika Guru, terdapat beberapa kod yang perlu dipatuhi oleh guru.
Berdasarkan tindakannya itu, Cikgu Y telah melanggar Kod Etika Profesion Keguruan
yang ke-4 iaitu tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya
(Masrom, 2003). Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua
kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian. Apabila beliau terlibat dalam aktiviti tersebut, maka secara tidak
langsung akan menyebabkan tanggungjawabnya pada murid dan sekolah akan
terabai. Akibatnya, Cikgu Y terpaksa membahagikan tanggungjawabnya kepada
aktiviti tersebut dan juga pada murid sekolah. Cikgu Y akan kehilangan fokus dalam
pekerjaan utamanya iaitu mengajar anak murid di sekolah. Oleh yang demikian,
tindakan Cikgu Y yang terlibat dalam aktiviti tersebut amat tidak wajar kerana telah
melanggar salah satu daripada Kod Etika Profesion Keguruan. Menurut Dr.Neil de
Grasse Tyson berkata bahawa:

“ The enthusiastic teacher is fundamental to igniting flames of interest


in any student in any subjek. So that’s not a special need within the
call for science literacy. That’s a need for all teachers in all subject”.

(Omar Abdull Kareem dan Khuan Wai Bing, 2010)

2. Melanggar Peraturan
Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan pekerjaan luar atau kerja
sampingan yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau keuntungan sama ada dalam
bentuk upah atau keuntungan. Seperti situasi Cikgu Y, beliau telah melibatkan diri dalam kerja
sambila MLM. MLM merupakan salah satu pekerjaan sambilan yang mendatangkan pulangan
pada setiap bulan dan akan meningkat jumlahnya apabila seseorang ahli dapat menarik minat
lebih ramai orang lain untuk terlibat sama. Tatasusila (Etika) Profesion Perguruan Malaysia
yang ke-4 iaitu tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profession perguruan, 4.2
menyatakan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru. Berdasarkan tindakannya, jelas sekali Cikgu Y telah melanggar peraturan yang
telah dinyatakan tersebut. Kecekapan utama yang perlu ditumpukan oleh Cikgu Y adalah
dalam bidang perguruan, bukannya bekerja sambilan sebagai ahli MLM. Oleh yang demikian,
tindakannya tersebut jelas menunjukkan bahawa Cikgu Y sepatutnya diberi hukuman atas
perbuatannya yang melanggar peraturan tersebut.
3. Menggangu Proses Perancangan PdP Di Dalam Kelas
Guru yang membuat kerja sambilan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai
pekerjaan kedua di mana kebiasaannya dilakukan pada luar waktu sekolah sebagai tambahan
pendapatan pekerjaan utamanya. Jika di luar waktu sekolah Cikgu Y masih melakukan
pekerjaan, maka beliau akan bertumpu kepada dua pekerjaan dalam masa satu hari. Perkara
ini akan mengganggu PdP Cikgu Y bersama dengan murid di dalam kelas. Hal ini demikian
kerana Cikgu Y seharusnya menggunakan masa di luar waktu sekolah untuk membuat
perancangan serta persediaan untuk mengajar anak-anak muridnya pada hari keesokannya.
Jadi, masanya untuk membuat persediaan serta perancangan tidak dapat dilakukan kerana
terpaksa memberi tumpuan kepada aktiviti MLM. Tambahan pula, proses PdP pada hari ini
memerlukan perancangan dan persiapan bahan yang rapi sebelum memulakan pengajaran
kerana keperluan murid pada masa kini amat memerlukan kelainan dari permulaan hingga
penamat PdP. Sebagai contoh, penggunaan BBM yang mantap membolehkan sesuatu
suasana PdP yang menarik dapat diwujudkan dan murid tidak akan bosan.

4. Menunjukkan Contoh Yang Tidak Baik Kepada Murid


Antara peranan dan sifat-sifat seorang guru yang melayakkan dirinya untuk menjadi “role
model” atau contoh tauladan yang baik kepada masyarakat dan pelajar itu ialah
dapat dilihat melalui pelbagai peranan yang dipikulnya sama ada secara langsung
mahupun tidak secara langsung. Antaranya ialah pembentukan murid. Murid merupakan
golongan yang paling mudah terpengaruh daripada sifat guru. Murid akan lebih cenderung
untuk melakukan apa sahaja yang guru lakukan kerana mempunyai matlamat tertentu.
Apabila sesuatu pengaruh yang baik diberikan kepada murid, maka pembentukan murid akan
menjadi baik. Manakala apabila pengaruh yang tidak baik ditunjuk dan diberikan kepada
murid, maka hasilnya akan dapat dilihat sebaliknya. Melalui tindakan Cikgu Y yang melibatkan
diri dalam kerja sambilan sebagai ahli MLM semasa sekolah dan di luar waktu sekolah, murid
akan terikut akan tingkah lakunya tersebut. Hal ini demikian kerana pengaruh yang dibawa
oleh Cikgu Y menyebabkan murid membuat tafsiran bahawa kerja sambilan di dalam
mahupun luar waktu sekolah adalah satu perkara yang biasa. Oleh itu, murid juga akan mula
terlibat dengan kegiatan pekerjaan sampingan atau berniaga sama ada di dalam sekolah
mahupun di luar sekolah.
Kesimpulan

Namun demikian, atas keprihatinan kementerian terhadap keperluan para guru dalam
meningkatkan kadar pendapatan, pihak kementerian telah membenarkan para pendidik untuk
membuat kerja sambilan di luar waktu sekolah dengan syarat aktiviti yang dijalankan tidak
bertentangan dengan kepentingan dirinya sebagai penjawat awam.

Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan dalaman bagi memastikan
aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (AA Rahman, 2008). Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan
itu dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduan yang terperinci mengenai pengendalian
dan syarat-syarat khusus kepada pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga sambilan
bagi anggota Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai cadangan, Cikgu Y perlu berbincang
dengan guru besar sekolahnya bagi mempertimbangkan tentang kerja sambilan yang
dilakukan olehnya. Guru besar berhak untuk memutuskan sama ada perkara tersebut
diluluskan atau sebaliknya.

Sebagai kesimpulannya, kerja sampingan boleh dilakukan oleh guru tetapi


pertimbangan yang sewajarnya haruslah diberikan supaya kerja sampingan tersebut tidak
mengganggu tugas hakiki guru di sekolah. Setiap guru harus secara bertanggungjawab
terhadap tugas sebenar di sekolah dan menjadikan kerja sampingan benar-benar sebagai
sampingan. Guru sebaliknya tidak boleh sama sekali menjadikan tugas hakiki di sekolah
sebagai kerja sampingan. Namun demikian, kebenaran ini juga telah disalah ertikan oleh guru
dengan melakukan pekerjaan jenayah sebagai kerja sampingan yang menyalahi undang-
undang.
Rujukan

Al-Qudsy, S. H. S. I., Rahman, A. A., & bin Mohd Zain, M. I. (2008).


Pengukuhan nilai dan profesionalisme di kalangan penjawat
awam ke arah efektif governan di Malaysia. Jurnal Syariah, 17(3).

Buntat, Y., & Masrom, Z. (2003). Amalan etika profesion perguruan di kalangan
guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai Johor.
Satu Tinjauan. Jurnal Teknologi, 6, 65-74.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1995). Kamus dwibahasa, bahasa Inggeris-bahasa


Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ibrahim, S. S., & Sani, M. (2012). Standard kompetensi guru Malaysia.

Muhammed, A. R. (2016). News framing of ethno-political issues and


conflict behaviours: Etnic conflict pathways model(Doctoral
dissertation, Universiti Utara Malaysia).

Ng, N. Y. K. (2010). Tingkah laku pengajaran efektif dan kualiti etika


dalam kalangan guru PPSMI di daerah Beluran, Sabah
(Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia).

Omar Abdull Kareem, Khuan Wai Bing (2010) Perkembangan Profesional Guru Secara
Berterusan:Perspektif Pembangunan Sumber Manusia. Diperolehi pada 3 Ogos 2010
daripada http://www.scribd.com.