Anda di halaman 1dari 15

PRAKTIKAL 1

TOPIK: Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Siratan Makanan

OBJEKTIF:

i. Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang


berbeza.
ii. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di
dalam tanah.

PENGENALAN:

Ekosistem merupakan satu sistem ekologi yang terbentuk hasil daripada


hubungan yang saling bergantung antara hidupan dan persekitarannya. Ianya
merangkumi tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang bekerja bersama serta saling
memainkan peranan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga.

Organisma yang tinggal di dalam tanah memerlukan air dan udara untuk hidup.
Bahan seperti air, udara, bahan organik yang terkandung dalam tanah membolehkan
flora, bakteria, fungi dan fauna kecil seperti cacing dan serangga dapat hidup dalam
tanah. Makrofauna didefinisikan sebagai semua haiwan invertebrata yang diasingkan
menggunakan penapis dengan saiz jaringan 0.5 atau 1.0 mm (Baker dan Wolff, 1987).
Makrofauna bertindak sebagai pengurai akan menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan
yang telah mati dan mempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada
cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. Sebahagian dari tenaga tersebut
akan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan.

Kami telah memilih lokasi untuk mengambil sampel tanah ialah di kebun bunga
blok akademik dan kawasan prasekolah. Kami perlu membandingkan contoh sampel
kandungan tanah yang mengandungi biota tanah di antara dua lokasi yang berbeza.
Justeru, sebanyak 30 g tanah telah diambil dari setiap lokasi untuk dianalisis.
ALAT DAN BAHAN:

Serampang tiga mata, sudip tanah, besen, bikar, dulang, corong Tulgren, beg plastik,
air, etanol.

PROSEDUR:
DAPATAN/PEMERHATIAN:

Ciri-ciri Lokasi 1 (Kebun bunga Lokasi 2 (Prasekolah)


Blok Akademik)
Jenis tumbuh-tumbuhan Tumbuhan monokotiledon, Tumbuhan dikotiledon,
tidak berkayu berkayu
Tahap keredupan Terbuka, kurang redup Redup
Kelembapan tanah Lembap Sederhana
Kepadatan tanah Sederhana Padat
Tekstur tanah Tanah lembut Tanah keras
Habitat Cacing, serangga Cacing, serangga
Jadual 1: Ciri-ciri sampel tanah.
Lokasi 1 Lokasi 2
Makrofauna besar Isipadu tanah = Isipadu tanah =
30g 30g
Cacing tanah (besar)

3 1

Cacing tanah (kecil)

2 -

Belalang

1 -

Semut merah

Banyak 1

Labah-labah

1 -

Lipas tanah

1 -
Anai-anai

Banyak -

Lalat

1 -

Ulat beluncas

- 1

Lokasi 1 Lokasi 2
Makrofauna kecil Isipadu tanah = Isipadu tanah =
30g 30g
Springtail

Hama

1 1

Jadual 2: Bilangan makrofauna besar dan kecil yang dijumpai di kedua-kedua lokasi.
Kumpulan Lokasi 1 Lokasi 2
Isipadu tanah = 30g Isipadu tanah = 30g

A (berkaki enam) Banyak 1


B (berkaki lapan) 1 -
C (berkaki banyak) - 1
D (tidak berkaki) 5 1
E (badan bersegmen) Banyak -
F (berkulit keras) - -
G(berkulit lembap) 5 -

Jadual 3: Pengelasan makrofauna berdasarkan ciri-ciri fizikal

Antara langkah berjaga-jaga yang diambil ialah

i. Menggunakan alat untuk mengambil sampel tanah dengan berhati-hati.


ii. Mengendalikan organisma makrofauna yang dijumpai dengan berhati-hati
supaya ia berada dalam keadaan yang asal unuk dianalisa ciri-ciri fizikalnya.

KESIMPULAN:

Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna yang
lebih banyak. Tanah yang subur mempunyai faktor dan keadaan yang membolehkan
organisma untuk hidup dalam tanah tersebut. Sampel tanah A (tanah kebun blok
akademik) mempunyai makrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah B
(kawasan prasekolah). Sampel tanah A lebih subur berbanding sampel tanah B
SOALAN:

1. Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu ) makrofauna


daripada tanah daripada dua lokasi yang berbeza? Bolehkah anda cadangkan
mengapa mungkin ada perbezaan. Apakah parameter tanah yang anda boleh ukur
untuk menerangkan perbezaan tersebut?

Di awal eksperimen, kami telah membuat pemerhatian terhadap makrofauna


yang ditemui daripada tanah dari dua lokasi yang berbeza dan kami mendapati terdapat
perbezaan dari segi bilangan dan jenis. Lokasi yang berbeza mempunyai komponen
persekitaran yang berbeza yang boleh dibahagikan kepada empat iaitu cuaca,
makanan, tempat tinggal dan organisma lain. Pelbagai komponen persekitaran ini akan
mempengaruhi kepelbagaian makrofauna yang wujud di persekitaran tersebut.

Kami telah menggunakan dua sampel tanah dari dua lokasi yang berbeza.
Sampel tanah pertama (Sampel A) diambil dari kebun bunga di blok akademik
manakala sampel tanah kedua (Sampel B) diambil dari kawasan prasekolah.

Dalam eksperimen ini, kami mendapati bahawa jenis makrofauna yang berbeza
terdapat di lokasi berbeza dengan mengambil kira faktor tahap keredupan lokasi,
kelembapan, kepadatan serta tekstur tanah.

Lokasi sampel A ialah di kawasan terbuka namun tanahnya agak lembap


walaupun terdedah kepada cahaya matahari. Sampel B pula dari lokasi yang agak
kering walaupun berada di bawah teduhan yang redup. Keadaan ini memberi
gambaran mengapa Sampel A mempunyai jumlah makrofauna yang lebih banyak
berbanding sampel B. Kelembapan tanah yang tinggi, tekstur yang lembut serta tanah
yang kurang padat di sampel A menjadikan ianya sesuai sebagai habitat makrofauna
seperti cacing, anai-anai, semut, belalang, labah-labah dan lipas tanah. Keadaan tanah
yang kurang lembap, tekstur agak keras dan padat menyebabkan ianya menjadi habitat
kepada beberapa jenis makrofauna sahaja seperti semut, ulat beluncas dan cacing
dalam bilangan yang sedikit. Makrofauna akan lebih tertumpu di kawasan yang lembap
dan lembut untuk mengelakkan badan mereka kehilangan air lalu mati.
2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah.

. Makrofauna ialah haiwan yang mempunyai badan selebar 2mm, dapat dilihat
dengan mata kasar dan dikenalpasti sebagai jurutera ekosistem kerana mereka
mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang lebih
spesifik bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti
membuat lubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga (Biological Resources,
2011).

Makrofauna berfungsi untuk memelihara sifat fizikal dan biologikal tanah, di


mana ia memelihara tanah melalui proses penguraian tumbuhan dan haiwan yang telah
mati. Hasil penguraian ini seterusnya akan diserap ke dalam tanah untuk ditukarkan
kepada nutrien tanah seperti kalsium, nitrogen, fosforus, potasium, magnesium dan
lain-lain. Oleh itu, nutrien dapat dikembalkan ke dalam tanah bagi memelihara
keseimbangan ekosistem tanah di dalamnya.

Setiap makrofauna mempunyai peranan yang tertentu dalam mengawal atur ciri
fizikal dan proses kimia dalam tanah. Cacing berfungsi sebagai agen penyubur tanah.
Tanah yang didiami oleh cacing akan mempunyai ruang pengudaraan yang baik kerana
cacing selalu bergerak dan menembusi tanah. Ia juga berperanan sebagai pengurai
yang baik kepada sampah organik seperti daun-daun dan ranting kering yang terdapat
pada tanah. Seterusnya, hasil kotoran cacing tersebut dijadikan sebagai nutrien kepada
tanah.
3. Pada rajah rangkaian makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh:
fungi, nematode dan sebagainya). Apa yang mereka lakukan (pemangsa,
pengurai daun dan sebagainya) dan terangkan bagaimanakah cara tenaga
disalurkan cth. Dimanakan tenaga itu dikumpulkan dan dimanakah tenaga itu
berakhir (ie. Yang utama dalam rantaian makanan). Apa yang terjadi kepada
tenaga dan nutrien apabila organisma yang utama dalam rantaian makanan mati?
Masukkan rajah ini dalam laporan anda.

Rajah di atas menunjukkan rantaian makanan tanah. Rumput yang berperanan


sebagai pengeluar pertama, memerangkap cahaya untuk menghasilkan makanan
melalui proses fotosintesis. Haiwan, pegurai dan detritivor yang dikenali sebagai
pengguna merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar dalam
memperoleh tenaga. Tenaga akan dipindahkan kepada pengguna primer, seterusnya
pengguna sekunder dan tertier. Kebiasaannya, bilangan setiap peringkat adalah
semakin berkurang kerana 90% daripada tenaga yang dipindahkan itu bebas ke
persekitaran sebagai haba. Tenaga tersebut semakin berkurangan, dipindahkan dari
satu fasa ke fasa yang lain, sehingga akhirnya hilang dan perlu digantikan semula
melalui tenaga yang diperolehi dari cahaya matahari.
Antara rantai makanan yang boleh dikenalpasti berdasarkan siratan makanan di
atas ialah:

Rumput  Nematode  Arthropod  Arthropod  Burung pemangsa kecil

Tumbuhan merupakan bahan organik di mana akar tumbuhan akan dimakan


oleh nematode (pengguna primer) seperti cacing tanah. Pada peringkat kedua, tenaga
dipindahkan dari pengurai kepada arthropod (pengguna sekunder) dan arthropod
pemangsa. Seterusnya, pada peringkat terakhir, tenaga dipindahkan dari arthropod
kepada haiwan pemangsa seperti tikus atau burung. Apabila organisma di puncak
siratan makanan mati (burung dan tikus), tenaga yang tersimpan dalam tubuh haiwan
tersebut tidak akan hilang, sebaliknya ia akan kembali kepada tanah sebagai sumber
nutrien tanah. Ulat akan berfungsi sebagai pengurai semulajadi, memakan bangkai
haiwan yang telah mati tadi. Sepanjang proses pemindahan tenaga dari satu tahap ke
tahap yang lain, 90% daripadanya terbebas ke persekitaran sebagai haba.
4. Kumpulan organisma mana yang membentuk mesofauna? Kumpulan mana
yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan
utama ini?

Organisma yang membentuk mesofauna terdiri daripada organisma bersaiz


antara 0.1 mm dan 2 mm. Contoh organisma dalam kumpulan ini adalah seperti cacing
tanah, arthropods dan nematode yang besar. Ianya masih boleh dilihat oleh mata kasar
atau dengan bantuan kanta pembesar walaupun saiznya kecil dan ada yang sukar
dilihat. Kumpulan organisma yang membentuk mikrofauna pula ialah haiwan halus dan
organisma uniselular yang berukuran kurang daripada 0.1 mm. Organisma uniselular ini
dapat dilihat dengan menggunakan bantuan mikroskop.

Fungsi utama kedua-dua kumpulan ini adalah pengurai. Ia dapat menukar daun
reput (litter transformer) melalui proses penguraian daun-daun serta ranting reput dan
juga bahan organik hasil daripada penghadaman bahan oleh. Mesofauna ini
menguraikan bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan. Mereka
ini juga akan memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk
menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan ini
menyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial, seterusnya menguraikan lagi bahan
organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain
(BiologicalResources, 2011). Contoh kumpulan yang membentuk organisma
mesofauna termasuklah nematodes, oligochaete worms, sn larvae dan mikroarthropod.
5. Rangkaian makanan boleh menunjukkan biologikal yang kompleks, dan juga
kesuburan tanah. Terangkan bagaimana pihak pengurusan tanah meningkatkan
kesuburan tanah

Pengurusan tanah yang tidak betul atau tidak baik akan menjejaskan kualiti dan
kesuburan tanah, seterusnya menyebabkan tanah tidak lagi stabil dan kesuburannya
terjejas serta tidak efisien. Antara cara untuk memulihara dan meningkatkan kesuburan
tanah adalah dengan menanam tanaman tutup bumi seperti jenis kekacang di ladang
kelapa sawit dan getah. Tanaman ini dapat menguatkan struktur tanah dan
menambahkan kesuburan tanah melalui proses pengikatan nitrogen.

Seterusnya, penggunaan racun organik untuk menggantikan racun serangga


serta racun rumpai dapat menjamin kualiti pertanian. Contoh racun organik adalah
penggunaan lada hitam dan bawang putih. Kebaikan menggunakan bahan-bahan ini
ialah kita dapat menentukan keaktifannya dan menyediakan mengikut keadaan yang
diperlukan. Cara ini adalah sesuai dan amat praktikal untuk diguna pakai oleh petani-
petani berskala kecil, tambahan pula bahan-bahan ini adalah mudah didapati di negara
kita. Bagi mengatasi masalah rumpai dan rumput, petani-petani haruslah mencari satu
jalan yang sesuai tanpa menjejaskan hasil tanaman mereka. Di samping racun organik,
baja organik juga mampu meningkatkan aktiviti mikrob dan hidupan tanah yang lain,
seterusnya meningkatkan proses penguraian dan menambahkan kesuburan tanah.

Penggunaan sisa tanaman seperti jerami padi dan pelepah kelapa sawit sebagai
bahan sungkapan pada batas sayur mampu menambahkan kesuburan tanah apabila
berlaku pereputan dan menjadi humus untuk kesuburan tanah. Selain itu, pembajakan
mengikut kontur juga dapat diaplikasikan. Ianya dapat mengurangkan keterlarutan
keresapan tanih. Perkara ini membolehkan air meresap ke dalam tanah dan
mengurangkan kehilangan nutrien dan bahan organik.
6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah.
Apakah servis yang ekosistem jalankan?

Tanah mnegandungi pelbagai jenis mikro-organisma di dalamnya. Biota tanah,


termasuk mikro-organisma (bakteria, kulit dan alga) dan haiwan tanah (protozoa,
nematod, hama, springtails, labah-labah, serangga dan cacing tanah) memberi manfaat
kepada produktiviti tanah dan menyumbang kepada kelangsungan ekosistem yang lain-
lain.
Biota berperanan dalam menyumbang kepada kesuburan tanah. Ianya
membantu untuk membentuk saluran atau aliran oksigen daripada terowong yang
berfragmen di dalam tanah. Contoh yang paling mudah untuk didapati ialah lubang
cacing dalam tanah. Cacing akan memakan tanah, lantas meninggalkan longgokan
tanah halus yang dikenali sebagai buangan cacing. Longgokan tanah ini akan
melonggarkan tanah dan membantu membaiki kesuburan tanah.

Di samping itu, biota tanah boleh meningkatkan pemineralan nitrogen melalui


kesan terus atau tidak terus ke atas komunitimikrobioal. Bangkai haiwan dan tumbuhan
juga dapat diuraikan seterusnya menggerakkan fosforus di dalam tanah (Tunira
Bhadauria dan Krishan Gopal Saxena, 2009).

Paras PH tanah dapat diubah mengikut kesesuaian dengan wujudnya biota


tanah melalui aktiviti domestik mereka. Ianya juga dapat meningkatkan produktiviti
pertanian dengan kitaran nutrien asas yang diperlukan dalam semua ekosistem
termasuklah nitrogren, kaslium dan potassium.
RUJUKAN:

Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological Surveys Of Estuaries And Coast. Cambridge University
Press: Cambridge.

Choong, N.M.,Lee, S.C. & Liew, S.L. (1997). Biologi STPM Jilid II. Selangor. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Jenny H. (1994). Factors Of Soil Formation: A System Of Quantitative Pedology. UK: Dover
Publications.

Kamaludin A. Rashid. (2012). College Biology. (Edisi Pertama). Shah Alam. IPTA
Publications Sdn. Bhd.

Wong, T.C., Teh, L.H. & Hasimah Azit. (2012). Biologi Tingkatan 5. Selangor. IMS Books
Trading Sdn. Bhd.

Microbiology Online. (2011). Bacteria. [Online], [Diakses: 20 Jan 2018]. Boleh didapati:
http://www.microbiologyonline.org.uk/about-microbiology/introducing-
microbes/bacteria

Microbe World. (2013). Bacteria: What They Look Alike? . [Online], [Diakses: 22 Jan 2018].
Boleh didapati: http://www.microbeworld.org/types-of-microbes/bacteria

Efimia Hatzidimitriou. (2015). Acetic Acid Bacteria. Jilid 1 [Online]. [Diakses: 22 Jan 2018].
Boleh didapati: http://www.aabacteria.org/
LAMPIRAN