Anda di halaman 1dari 79

DISPERSI KARBON NANO DALAM ETILENA GLIKOL:

FORMULASI, KESTABILAN DAN SIFAT-SIFAT TERMAL

AMIRAH BINTI ABDULLAH

IMRAN SYAKIR

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA


PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Termal-Bendalir) dengan Kepujian”

IMRAN SYAKIR Tandatangan : ........................................

Penyelia : IMRAN SYAKIR BIN MOHAMAD

Tarikh : ........................................
DISPERSI KARBON NANO DALAM ETILENA GLIKOL:

FORMULASI, KESTABILAN DAN SIFAT-SIFAT TERMAL

AMIRAH BINTI ABDULLAH

IMRAN SYAKIR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
(Termal-Bendalir) dengan Kepujian

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

JUNE 2015
ii

PENGAKUAN

“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan
yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.”

IMRAN SYAKIR
Tandatangan : ................................................

Penulis : AMIRAH BINTI ABDULLAH

Tarikh : ...............................................
iii

Khas Buat,

IMRAN SYAKIR
Emak dan Abah Tercinta

dan Keluarga Tersayang


iii

IMRAN SYAKIR
iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, di panjatkan kesyukuran yang tidak terkira padaMu Ya Allah


kerana dengan limpah dan inayahMu, masih dikurniakan nikmat iman dan Islam
serta diberi kesempatan, peluang dan kemudahan bagi menjalankan kajian Projek
Sarjana Muda II. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
ahli keluarga baginda serta para sahabat yang bertungkus lumus menegakkan Islam
hingga adanya apa yang kita lihat sekarang.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu tercinta dan ahli keluarga
yang menjadi tulang belakang saya demi menjayakan projek ini. Jutaan terima kasih
yang tidak terhingga buat penyelia saya, En. Imran Syakir bin Mohamad yang telah

IMRAN SYAKIR
banyak membantu serta tidak jemu-jemu memberi bimbingan, nasihat dan dorongan
sepanjang tempoh kajian dijalankan. Tidak dilupakan juga kepada penyelia bersama,
Dr. Norli binti Abdullah yang turut membantu saya dalam kajian ini. Sekalung
penghargaan juga diberikan kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti
Teknikal Malaysia Melaka yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk
menggunakan barang-barang makmal demi menjayakan kajian ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang saya kasihi dan cintai yang banyak
memberi dorongan, kata-kata semangat serta bantuan semasa dalam proses kajian
tugasan ini. Jasa kalian amatlah dihargai.

Juga penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga Allah membalas jasa kalian
semua.
v

ABSTRAK

Bendalir konvensional seperti etilena glikol merupakan bendalir yang sering


diaplikasikan dalam bidang industri. Misalnya, etilena glikol digunakan dalam sistem
penyejukan automotif. Namun, etilena glikol mempunyai keupayaan yang sangat
terhad dari sudut prestasi sifat-sifat termal. Oleh yang demikian, satu inisiatif diambil
dengan menambah CNT yang mempunyai sifat termal yang baik dalam etilena
glikol. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini ialah memformulasikan
bendalir antara CNT, PVP dan etilena glikol demi mendapatkan bendalir nano yang
stabil sebelum menganalisis prestasi sifat-sifat termal. Dalam kajian ini, formulasi
antara semua bahan telah dilakukan terlebih dahulu sebelum kesemua bahan tersebut

IMRAN SYAKIR
dilarutkan dengan menggunakan penghomogen mekanikal. Setelah bendalir nano
terhasil dan telah menjalani proses ultrasonikator dan ujian kestabilan dengan
menggunakan STR, maka analisis terhadap sifat-sifat termal telah dilakukan dengan
menggunakan TC KD2-Pro, viskometer dan bom kalorimeter pada tiga suhu berbeza
iaitu 6 °C, 25 °C dan 40 °C. Berdasarkan kajian ini, sifat termal kekonduksian termal
tidak menunjukkan sebarang peningkatan melalui penambahan CNT dalam bendalir.
Namun, ujian kelikatan dan ujian haba tentu menunjukkan peningkatan yang baik.
Manakala, melalui ujian kecekapan pemindahan haba terdapat penurunan nilai
berlaku pada suhu 40 °C iaitu pada sampel BN15 dan BN17. Natijahnya, terdapat
beberapa faktor yang dapat mempengaruhi sifat-sifat termal dalam kajian ini iaitu
kepekatan CNT, suhu dan saiz partikel dalam bendalir nano.
vi

ABSTRACT

Conventional fluid like ethylene glycol always used in industry field. For
example, in automotive field ethylene glycol is used in cooling system. But, ethylene
glycol has a limit in thermal properties. Then, a solution is needed to solve this
problem by adding CNT which have good thermal properties into the ethylene
glycol. The objective for this research is formulization between CNT, PVP and
ethylene glycol to get the stabilization of nanofluids before analyse the thermal
properties. In this research, the formulization between the parameter has been done
before use the mechanical homogenizer. Then, the ultrasonicator process and
stability test was conducted by STR when the nanofluids were done. While, the

IMRAN SYAKIR
analysis on the thermal properties was done by using the TC KD2-Pro, viscometer
and calorimeter bomb on three different temperatures which are 6 °C, 25 °C dan 40
°C. On this research, the thermal conductivity test does not showed any enhancement
even though CNT was added into the fluids. But, for the viscosity test and specific
heat test it showed the enhancement was occurs. Whilst, the heat transfer coefficient
test showed decrement occurred on 40 °C which is on BN15 and BN17 samples. In
conclusion, it has a few factors that affect the thermal properties which are the
concentration of CNT, temperature and the size of particles.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT


DEKLARASI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii

IMRAN SYAKIR
BAB I
SENARAI SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN
xiii
xiv

1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Penyataan Masalah 1
1.2 Objektif 2
1.3 Skop Kajian 2

BAB II KAJIAN ILMIAH 3


2.0 Pengenalan 3
2.1 Bendalir Nano 3
2.1.1 Definisi Bendalir Nano 3
2.1.2 Aplikasi Bendalir Nano 4
2.1.2.1 Bidang Elektronik 5
2.1.2.2 Bidang Automotif 5
2.1.2.3 Sistem Pemanasan dalam Bangunan 6
viii

BAB PERKARA MUKA SURAT


2.2. Karbon Nano Tiub 6
2.2.1 Jenis-Jenis Karbon Nano Tiub 8
2.2.1.1 Karbon Nano Tiub
Berdinding Tunggal 8
2.2.1.2 Karbon Nano Tiub
Berbilang Dinding 9
2.3 Ejen Dispersi 9
2.3.1 Polivinilpirrolidon, (PVP) 10
2.4 Sintesis Bendalir Nano 11
2.4.1 Proses Penyediaan Satu Langkah 11
2.4.2 Proses Penyediaan Langkah Dua 12
2.5 Kestabilan Bendalir Nano 13
2.5.1 Kaedah Ujian Kestabilan 13
Bendalir Nano
2.5.1.1 Kaedah Pemendapan 13

IMRAN SYAKIR 2.5.1.2 Kaedah Pengemparan


2.5.1.3 Kaedah Analisis Spektrum
2.5.1.4 Kaedah Analisis Potensi Zeta
2.5.2 Kaedah Peningkatan Kestabilan
14
14
15
16
2.5.2.1 Penambahan Surfaktan 16
2.5.2.2 Teknik Pengubahsuaian Permukaan 16
2.6 Kekonduksian Termal 17
2.7 Haba Tentu 18
2.8 Kelikatan 19
2.9 Kecekapan Pemindahan Haba 20
ix

BAB PERKARA MUKA SURAT


BAB III KAEDAH KAJIAN 22
3.0 Pengenalan 22
3.1 Carta Aliran 23
3.2 Penggunaan Parameter 24
3.2.1 Sifat-sifat Bendalir Asas 25
3.2.2 Sifat-sifat CNT 25
3.2.3 Sifat-sifat Ejen Dispersi 26
3.2.4 Formulasi antara
CNT-Nanoamor, Polivinilpirrolidon,
PVP dan Etilena Glikol 26
3.3 Peralatan Eksperimen 27
3.3.1 pH Meter 27
3.3.2 Alat Uji Kestabilan,(STR) 27
3.3.3 TC KD2-Pro 28
3.3.4 Bom Kalorimeter 29

IMRAN SYAKIR
3.4
3.3.5 Viskometer
3.3.6 Ultrasonikator
3.3.7 Penghomogen Mekanikal
Prosedur Eksperimen
30
30
31
32
3.4.1 Sintesis Bendalir Nano 32
3.5 Langkah-Langkah Keselamatan 33

BAB IV DATA DAN ANALISIS 34


4.0 Pengenalan 34
4.1 Data dan Analisis 35
4.2.1 Ujian Kestabilan 35
4.2.2 Ujian Kekonduksian Termal 37
4.2.3 Ujian Kelikatan 41
4.2.4 Ujian Kecekapan Pemindahan Haba 44
4.2.4.1 Peningkatan
Kecekapan Pemindahan Haba 47
4.2.5 Ujian Haba Tentu 49
4.2.5.1 Peningkatan Haba Tentu 49
x

BIL PERKARA MUKA SURAT


BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN 52
5.0 Kesimpulan 52
5.1 Cadangan 53
RUJUKAN 54
BIBLIOGRAFI 59
LAMPIRAN 60

IMRAN SYAKIR
xi

SENARAI JADUAL

BIL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kekonduksian Termal Etilena Glikol dan Air 17


3.1 Sifat-sifat Etilena Glikol 25
3.2 Sifat-sifat CNT Nanoamor 25
3.3 Contoh Formulasi MWCNT, PVP dan Etilena Glikol 27
4.1 Kestabilan Sampel Bendalir Nano 36
4.2 Ujian Kekonduksian Termal pada Suhu 6 °C, 25 °C dan 40 °C 38

IMRAN SYAKIR
4.3
4.4
4.5
4.6
Ujian Kelikatan pada Suhu 6 °C, 25 °C dan 40 °C
Ujian Kecekapan Pemindahan Haba pada Suhu 6°C
Ujian Kecekapan Pemindahan Haba pada Suhu 25 °C
Ujian Kecekapan Pemindahan Haba pada Suhu 40 °C
41
45
45
46
4.7 Suhu Purata Sampel pada Suhu 6 °C, 25 °C dan 40 °C 46
4.8 Peningkatan Kecekapan Pemindahan Haba padaSuhu 6 °C, 25 °C dan
40 °C 47
4.9 Ujian Haba Tentu 49
4.10 Peningkatan Haba Tentu 50
xii

SENARAI RAJAH

BIL. TAJUK MUKA SURAT

2.1 Karbon Nano tiub (CNT) 7


2.2 Karbon Nano Tiub Berdinding Tunggal (SWCNT) 8
2.3 Karbon Nano Tiub Berbilang Dinding (MWCNT) 9
2.4 Struktur Polivinilpirrolidon (PVP) 11
2.5 Kesan Saiz Partikel Nano dan Kepekatan pada Haba
Tentu Bendalir Nano 19

IMRAN SYAKIR
2.6
2.7

3.1
Kelikatan Bendalir Nano melawan Suhu Berbeza
Kecekapan Pemindahan Haba sebagai Fungsi pada Nano
Pecahan Isipadu Partikel Nano
Carta Aliran
20

21
23
3.2 Alat Uji kestabilan (STR) 28
3.3 TC KD2-Pro 29
3.4 Bom Kalorimeter 29
3.5 Viskometer 30
3.6 Ultrasonikator 31
3.7 Penghomogen Mekanikal 31
4.1 Graf Kekonduksian Termal pada Suhu (a) 6°C , (b) 25°C
dan (c) 40°C 40
4.2 Graf Kelikatan pada Suhu (a) 6°C , (b) 25°C dan (c) 40°C 43
4.3 Graf Perbezaan Suhu ,∆T terhadap CNT wt% pada Suhu 6°C, 25°C
dan 40°C 48
4.4 Graf Haba Tentu melawan CNT (wt%) 51
xiii

SENARAI SIMBOL

BN - Bendalir Nano
CNT - Karbon Nano Tiub
EG - Etilena Glikol
KT - Kekonduksian Termal
MWCNT - Karbon Nano Tiub Berbilang Dinding
PVP - Polivinilpirrolidon
Smasuk - Suhu Masuk
Skeluar - Suhu Keluar
SDS - Sodium Dodecyl Sulfate

IMRAN SYAKIR
SWCNT - Karbon Nano Tiub Berdinding Tunggal
xiv

SENARAI LAMPIRAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


A Carta Gantt PSM I 60
B Cara Pengiraan 61

IMRAN SYAKIR
1

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Abad ke-21 merupakan zaman perkembangan teknologi dan banyak


perubahan dapat dilihat dalam setiap bidang industri di seluruh dunia. Malah, pada
era sekarang, bendalir nano mempunyai kepentingan dalam bidang industri,

IMRAN SYAKIR
kejuruteraan dan bidang perubatan. Hal ini disebabkan bendalir nano mempunyai
potensi dalam meningkatkan sifat-sifat termal dan dapat meningkatkan prestasi
sistem penyejukan. Lazimnya, etilena glikol lebih meluas digunakan dalam bidang
automotif sebagai bendalir yang dapat meningkatkan sistem penyejukan automotif
tersebut. Namun, tahap kecekapan sifat-sifat termal dalam etilena glikol kurang
memuaskan. Sehubungan dengan itu, satu inisiatif lain perlu diambil untuk
meningkatkan kembali sifat-sifat termal dalam etilena glikol. Kajian terhadap
dispersi karbon nano dalam etilena glikol merupakan salah satu cara untuk
memperbaiki dan meningkatkan sifat-sifat termal dalam bendalir tersebut.

1.1 PENYATAAN MASALAH

Bendalir konvensional seperti etilena glikol mempunyai keupayaan yang


sangat terhad dari sudut prestasi sifat-sifat termal. Justeru, penambahan zarah pepejal
seperti karbon nano tiub yang mempunyai sifat termal yang tinggi ke dalam etilena
glikol dijangka dapat meningkatkan keupayaan prestasi sifat-sifat termal bendalir
2

tersebut. Selain itu, saiz zarah pepejal yang sangat kecil serta kehadiran kumpulan
berfungsi seperti hidroksil dipermukaan zarah pepejal yang digunakan dijangka
memudahkan berlakunya proses dispersi dalam bendalir nano yang disediakan.

Selain itu, kestabilan bendalir nano juga merupakan permasalahan yang


dihadapi dalam kajian ini. Inisiatif yang diambil ialah melalui penghitungan nisbah
antara CNT Nanoamor, polivinilpirrolidon (PVP) dan etilena glikol demi
mendapatkan kestabilan sesuatu bendalir nano.

1.2 OBJEKTIF

i. Memformulasikan bendalir nano dengan menggunakan karbon nano


tiub (MWCNT) dan polivinilpirrolidon (PVP) dalam etilena glikol.
ii. Mendapatkan kestabilan bendalir nano melalui formulasi bendalir
nano.

IMRAN SYAKIR
1.3
iii. Menganalisis prestasi sifat-sifat termal bendalir nano.

SKOP KAJIAN

i. Penyediaan nisbah MWCNT : PVP dalam etilena glikol.


ii. Ujian kestabilan serakkan zarah pepejal karbon nano dalam bendalir
nano yang disediakan menggunakan alat uji kestabilan, stability test
rig (STR) untuk tempoh 100 jam .
iii. Menganalisis prestasi sifat-sifat termal bendalir nano iaitu:
a. Kekonduksian termal, Thermal conductivity
b. Haba tentu, Specific heat
c. Kelikatan, Viscosity
d. Kecekapan pemindahan haba, Heat transfer coefficient
3

BAB II

KAJIAN ILMIAH

2.0 PENGENALAN

Dalam bab ini, kajian terhadap jurnal-jurnal terdahulu dapat meningkatkan


kefahaman mengenai kajian yang bakal dijalankan iaitu dispersi karbon nano dalam
etilena glikol yang memerlukan kaedah formulasi pada parameter-parameter yang

IMRAN SYAKIR
digunakan sebelum menentukan kestabilan dan sifat-sifat termal dalam parameter
tersebut. Oleh yang demikian, pemahaman terhadap bendalir nano, karbon nano tiub
dan kaedah sintesis bendalir nano perlu diutamakan. Selain itu, penekanan terhadap
ejen dispersi dan sifat-sifat termal seperti kekonduksian termal, haba tentu, kelikatan,
dan kecekapan pemindahan haba juga perlu dititikberatkan.

2.1 BENDALIR NANO

2.1.1 Definisi Bendalir Nano

Sayantan dan Somjit (2013) menyatakan pada tahun 1995, saintis Choi
merupakan orang pertama yang berjaya menghasilkan bendalir nano. Objektif utama
(Sadollah et al. 2010) penghasilan bendalir nano ialah untuk mencapai sifat-sifat
termal yang paling tinggi pada kepekatan bendalir yang sedikit (sebaik-baiknya
isipadu <1%) melalui dispersi yang seragam dan kestabilan partikel nano (sebaik-
4

baiknya <10nm) dalam bendalir perumah, (host fluid). Bendalir nano adalah
merupakan bendalir yang mempunyai partikel-partikel yang bersaiz nanometer, ianya
selalu dikenali sebagai partikel nano. Partikel nano yang digunakan di dalam bendalir
nano selalunya diperbuat daripada logam, oksida, karbida atau CNT.

Dalam kajian terkini (Maris et al. 2011), para penyelidik berpendapat bahawa
saiz bendalir nano yang terlampau kecil telah menyebabkan bendalir nano tersebut
mempunyai kestabilan yang tinggi. Malah, pecahan isipadu bendalir nano yang kecil
dapat meningkatkan lagi sifat pemindahan haba dalam bendalir nano itu sendiri.

Selain itu, apabila partikel-partikel nano dalam bendalir nano tersebut telah
melalui proses dipersi yang sempurna, impak yang dapat dilihat ialah peningkatan
keberkesanan dalam kekonduksian termal, pemindahan haba dan kestabilan berlaku.
Tambahan lagi, ianya turut memberi impak positif pada saluran penyejukan bersaiz
mikro (micro channel cooling) iaitu tidak tersumbat dan lain-lain lagi. Malah,
partikel nano yang mempunyai luas permukaan yang lebih besar berbanding partikel

IMRAN SYAKIR
mikro dapat memberikan kesan pemindahan haba yang lebih tinggi walaupun jumlah
atau isipadu partikelnya adalah sama.

Sayantan dan Somjit (2013) menyatakan bendalir nano boleh dikategorikan


kepada dua jenis iaitu bendalir nano logam (metallic nanofluids) dan bendalir nano
bukan logam (nonmetallic nanofluids). Bendalir nano logam dapat disediakan
melalui dispersi partikel-partikel nano yang terdiri daripada aluminium, tembaga,
nikel dan lain-lain. Sementara, bendalir nano bukan logam pula merupakan partikel-
partikel nano yang diperbuat daripada bahan bukan logam seperti oksida logam,
alotrop karbon dan CNT.

2.1.2 Aplikasi Bendalir Nano

Disebabkan bendalir nano mempunyai sifat termal yang baik seperti


konduktiviti yang tinggi, pemindahan haba yang efisien dan lain-lain lagi. Ianya telah
digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan lagi kualiti
sesuatu produk itu misalnya meningkatkan sifat-sifat termal.
5

2.1.2.1 Bidang Elektronik

Reka bentuk komponen elektrik yang lebih kompleks dan ketumpatan cip
telah membuatkan berlakunya kesukaran dalam proses pembebasan haba dalam
sesuatu sistem elektronik. Terdapat dua cara untuk meningkatkan pembebasan haba
pada peralatan elektronik iaitu melalui peningkatkan kecekapan pemindahan haba
dan mengoptimumkan bentuk geometri alat penyejukan pada peralatan elektronik.
Oleh yang demikian, penggunaan bendalir nano amatlah digalakkan untuk digunakan
pada bahan pendingin elektronik. Hal ini kerana, menurut kajian-kajian lepas
menyatakan bahawa bendalir nano mampu meningkatkan kecekapan pemindahan
haba. Justeru, Jang dan Choi (2006) telah mereka bentuk sebuah pendingin baru yang
menggabungkan saluran mikro sink haba (microchannel heat sink) dengan bendalir
nano. Hasil daripada penciptaan ini menyebabkan prestasi penyejukan pada peralatan
elektronik meningkat tinggi jika dibandingkan peralatan elektronik yang
menggunakan air sebagai bahan pendingin.

IMRAN SYAKIR
2.1.2.2 Bidang Automotif

Bendalir nano mempunyai sifat takat didih yang tinggi. Justeru, ianya boleh
digunakan untuk meningkatkan suhu normal pendingin dan mengurangkan suhu
melalui sistem bahan pendingin yang sedia ada. Kajian Kole et al. 2010 terhadap
kekonduksian termal dan kelikatan pada bahan pendingin adalah dengan
menyediakan bendalir nano berasaskan Al2O3 sebagai bahan pendingin mengikut
piawai (HP KOOLGARD) sebagai bendalir asas.

Menurut Waterloo (2008), lazimnya sistem penyejukan dalam bidang


automotif menglibatkan radiator kereta (car radiator) yang berfungsi sebagai alat
yang membebaskan haba daripada enjin kereta. Bahan pendingin yang sering
digunakan dalam radiator kereta ialah air dan etilena glikol. Namun , air dan etilena
glikol mempunyai sistem pemindahan haba yang kurang baik. Justeru itu, melalui
kajian Leong et al. (2010), pemindahan haba meningkat sebanyak 3.8% melalui
6

penambahan partikel tembaga dalam etilena glikol yang berfungsi sebagai bendalir
asas.

2.1.2.3 Sistem Pemanasan dalam Bangunan (Heating Buildings and Reducing


Pollution)

Bendalir nano boleh memainkan peranan dalam sistem pemanasan bangunan.


Kulkarni et al. (2009) telah menjalankan kajian melalui penilaian terhadap
bagaimana sesebuah bangunan itu boleh mendapat haba dalam kawasan yang sejuk.
Dalam kawasan yang mempunyai iklim yang sejuk, pengunaan etilena glikol atau
propilin (propylene) glikol yang dicampur dengan air pada perkadaran yang berbeza
dijadikan sebagai bendalir pemindahan haba pada nisbah 60:40. Hasil daripada
kajian itu menunjukkan bahawa penggunaan bendalir nano di dalam penukar haba
(heat exchanger) mampu mengurangkan isipadu dan kadar aliran jisim. Oleh yang
demikian, kuasa pengepam dapat dijimatkan.

IMRAN SYAKIR
Tambahan lagi, penggunaan bendalir nano hanya memerlukan sistem
pemanasan bersaiz kecil yang mampu memberikan jumlah tenaga termal yang sama
seperti menggunakan sistem pemanasan konvensional yang bersaiz besar. Melalui
penggunaan sistem pemanasan yang lebih kecil akan mengurangkan pengunaan
tenaga malah akan mengurangkan pencemaran pada persekitaran.

2.2 KARBON NANO TIUB (CNT)

Pada tahun 1991, Iijima merupakan orang pertama yang menjumpai karbon
nano tiub dan pada awalnya karbon nano tiub ini dikenali sebagai “buckytubes”.
Karbon nano tiub (CNT), adalah tiub panjang daripada alotrop karbon, mempunyai
molekul karbon yang nipis, dinding karbon tiub berbentuk heksagon dan di hujung
tiub tersebut mempunyai gelang yang berbentuk pentagon. Ianya dapat dilihat pada
Rajah 2.1. Selain itu, CNT juga didapati mempunyai permukaan hidrofobik yang
7

dapat meningkatkan kecenderungan sesuatu partikel nano untuk mengaggregat dan


berlakunya mendakan di dalam bendalir asas tersebut (Risby et al. 2012).

Rajah 2.1 : Karbon nano tiub (CNT)


(Sumber: Tom Grace, 2003)

Makmal Kebangsaan Argonne telah berjaya meningkatkan kekonduksian


termal melalui penambahan partikel-partikel nano di dalam bendalir konvensional.
Dalam kajian ini, bendalir asas yang digunakan adalah etilena glikol dan partikel

IMRAN SYAKIR
nano yang digunakan adalah CNT. Kehadiran CNT yang mempunyai sifat-sifat yang
menarik dapat meningkatkan sifat-sifat termal sesuatu bendalir. Misalnya, CNT
mempunyai kekuatan mekanikal (mechanical strength), kestabilan kimia (chemical
stability), kekonduksian termal dan elektrik. Menurut Marquis dan Chibante (2005),
CNT mempunyai kekonduksian termal yang sangat tinggi iaitu antara 1800 W/mK
hingga 2000 W/mK. Malah, CNT juga mempunyai sifat fizikal sebagai peranti
elektronik apabila diletakkan dua jenis karbon nano yang mempunyai struktur fizikal
yang sedikit berbeza dan disatukan bersama (Wang et al. 2003).
8

2.2.1 Jenis- Jenis Karbon Nano Tiub

2.2.1.1 Karbon Nano Tiub Berdinding Tunggal (Single Walled Carbon Nano Tubes,
SWCNTs)

Karbon nano tiub berdinding tunggal, SWCNT berbentuk silinder yang


berukuran nano meter yang dilitupi oleh grafin tunggal pada sekelilingnya. Susunan
antara struktur-struktur karbon nano tiub berdinding tunggal adalah rapat antara satu
sama lain. Ini disebabkan daya Van Der Waals wujud dalam penyusunan struktur
tersebut.

Selain itu, SWCNT juga mempunyai sifat kekonduksian termal yang bagus.
Misalnya, dispersi SWCNT dalam etilena glikol hanya menggunakan pecahan
isipadu kurang daripada 1% dan telah memberi impak yang besar dari segi
kekonduksian termal iaitu peningkatan sebanyak 150%. Tambahan lagi, disebabkan

IMRAN SYAKIR
struktur molekul khususnya rangkaian struktur karbon SWCNT ialah sp2
membuatkan SWCNT mempunyai kekuatan mekanikal yang bagus, kestabilan kimia
dan kekonduksian elektrikal yang tinggi (Taylor et al. 2011). Justeru itu, SWCNT
selalu diaplikasikan dalam peralatan elektrik nano (Ranakoti et al. 2012). Rajah 2.2
menunjukkan struktur SWCNT.

Rajah 2.2 : Karbon nano tiub berdinding tunggal, SWCNT


(Sumber: Patel 2008)
9

2.2.1.2 Karbon Nano Tiub Berbilang Dinding (Multiwalled Carbon Nano Tubes,
MWCNT)

Karbon Nano Tiub Berbilang Dinding (MWCNT) terdiri daripada lapisan-


lapisan grafin yang meliputi struktur yang berbentuk seperti silinder. Menurut Iijima
(1991), penemuan MWCNT adalah dua tahun lebih awal daripada SWCNT dan
ianya mempunyai ketebalan melebihi SWCNT. Selain itu, MWCNT dapat dihasilkan
tanpa memerlukan pemangkin dan ianya mempunyai struktur yang begitu komplek.
Menurut Chico 1996, eksperimen pertama yang melibatkan karbon nano tiub telah
berjaya membuktikan bahawa karbon nano tiub adalah dalam bentuk MWCNT.

MWCNT dapat diaplikasikan dalam bidang industri plastik yang mana


MWCNT digunakan sebagai bahan tambahan dalam penghasilan plastik demi
meningkatkan kualiti penghasilan bahan tersebut. Dalam Rajah 2.3, ia menunjukkan
struktur MWCNT.

IMRAN SYAKIR
Rajah 2.3 : Karbon nano tiub berbilang dinding
(Multiwalled Carbon Nanotube MWCNT)
(Sumber: Ross, 2008)

2.3 EJEN DISPERSI

Dalam kajian ini, surfaktan memainkan peranan dalam membantu proses


dispersi CNT dalam etilena glikol. Penambahan surfaktan akan menyebabkan
tegangan permukaan bendalir perumah menjadi rendah dan dispersi partikel-partikel
dalam bendalir nano semakin meningkat (Sayantan dan Somjit, 2013). Menurut
10

Murshed S.M (2008) ejen dispersi mempunyai sebatian berkutub dan kumpulan
berkutub iaitu kumpulan kepala berkutub (hidrofilik) dan kumpulan ekor berkutub
(hidrofobik) yang dapat membantu proses dispersi. Secara amnya, surfaktan atau
ejen dispersi digunakan untuk menstabilkan bendalir nano. Hal ini kerana, untuk
mengelakkan berlakunya pemendapan atau pengagglomeratan yang boleh
mengganggu sifat-sifat termal dalam sesuatu bendalir nano. Terdapat berbagai jenis
ejen dispersi yang digunakan dalam bendalir nano antaranya ialah natrium dedosil
sulfat (sodium dodecyl sulfate, SDS) dan polivinilpirrolidon (PVP). SDS adalah
sebatian yang sering digunakan dalam produk kebersihan dan mampu mengubah
permukaan hidrofobik CNT untuk memberi kestabilan bendalir. Namun, dalam
kajian ini PVP dipilih sebagai ejen dispersi dalam bendalir nano disebabkan PVP
mampu larut dalam bendalir yang bersuhu sejuk dan memberi kestabilan yang baik
dalam bendalir nano.

2.3.1 Polivinilpirrolidon (PVP)

IMRAN SYAKIR
Polivinilpirrolidon (PVP) didefinisikan sebagai polimer yang mempunyai
nilai rintangan yang tinggi (Yuqing et al. 2004). Pada awalnya, PVP digunakan
sebagai penggantian plasma darah namun pada era kini, PVP telah digunakan secara
meluas dalam bidang industri. Fungsi PVP adalah untuk meningkatkan nilai
kestabilan sesuatu bendalir, membantu proses dispersi dalam bendalir. Seperti dalam
kajian ini, PVP digunakan untuk membantu proses dispersi karbon nano dalam
etilena glikol.

Selain itu, PVP juga turut dikenali sebagai Povidon mahupun Polividon. PVP
digolongkan dalam polimer hidrofilik yang berfungsi sebagai koloid pelindung yang
boleh membuatkan kemampuan proses dispersi bertambah baik dan isipadu
pengendapan juga dapat ditingkatkan. Melalui pempolimeran radikal vinilpirrolidon
(vinylpyrrolidone) larutan PVP dapat dihasilkan. Struktur PVP ditunjukkan seperti
dalam Rajah 2.4.
11

Rajah 2.4 : Struktur polivinilpirrolidon (PVP)


(Sumber: Sahooli, 2012)

Tambahan lagi, PVP juga mempunyai sifat seperti tiada bau, kadar larut di
dalam air yang begitu baik, mempunyai kestabilan kimia dan bukan toksik yang
boleh mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar. Oleh sebab itu, PVP sering
digunakan sebagai ejen dispersi dalam penghasilan sesuatu bendalir nano.

2.4 SINTESIS BENDALIR NANO

IMRAN SYAKIR
Penyediaan bendalir nano adalah langkah pertama untuk menjalankan
eksperimen terhadap bendalir nano. Wei dan Huaqing (2012) menyatakan terdapat
dua kaedah utama yang selalu digunakan oleh para saintis dan para penyelidik untuk
mengsintesis bendalir nano iaitu melalui proses penyediaan satu langkah (single-step
preparation process) dan proses penyediaan dua langkah (two-step preparation
process).

2.4.1 Proses Penyediaan Satu Langkah (Single-Step Preparation Process)

Eastman et al. (2001) mengaplikasikan proses penyediaan satu langkah dalam


menghasilkan bendalir nano. Ini kerana, proses ini dapat mengurangkan berlakunya
pengagglomeratan pada partikel-partikel nano. Tambahan lagi, proses ini terdiri
daripada penghasilan bendalir dan dispersi partikel-partikel dalam bendalir secara
serentak. Oleh yang demikian, kaedah ini sangat sesuai untuk penyediaan bendalir
nano logam seperti bendalir nano tembaga disebabkan dapat meningkatkan
12

kestabilan bendalir tersebut. Akoh et al. (2007) telah menggunakan kaedah


penyejatan terus satu langkah (single-step direct evaporation method) dalam
kajiannya. Proses ini juga biasa dikenali sebagai VEROS (Vacuum Evaporation onto
a Running Oil Substrate). Namun, disebabkan mempunyai kesukaran dalam
mengasingkan atau memisahkan partikel daripada bendalir Eastmen et al. (1997)
telah membuat perubahan dalam kaedah VEROS, iaitu wap tembaga terus
dikondensasi ke dalam partikel-pertikel nano melalui pengaliran wap etilena glikol
yang bertekanan rendah (Sayantan dan Somjit 2013). Manakala, Zu et al. (2004)
telah menjalankan kajian dalam penyediaan bendalir nano tembaga melalui
pengurangan CuSO4.5H2O dengan NaH2PO2.H2O di dalam etilena glikol di bawah
penyinaran gelombang mikro.

Di samping itu, proses atau kaedah ini turut mempunyai kelemahan iaitu
bendalir yang mempunyai tekanan wap yang rendah sahaja yang boleh dilakukan
melalui proses ini dan memerlukan kos yang tinggi.

IMRAN SYAKIR
2.4.2 Proses Penyediaan Langkah Dua (Two-Step Preparation Process)

Proses penyediaan dua langkah merupakan proses yang digunakan secara


meluas dalam sintesis bendalir nano dengan mencampurkan bendalir asas dengan
serbuk nano yang mempunyai sifat mekanik, fizikal dan kimia yang berbeza seperti
pengisaran sol-gel dan kaedah fasa wap (Sayantan dan Somjit 2013). Alat yang
digunakan dalam proses ini ialah penggetar ultrasonik untuk mengacau serbuk nano
dengan bendalir perumah. Kekerapan melakukan proses ultrasonikator akan dapat
mengurangkan berlakunya aglomerat sesuatu partikel.

Eastmen et al. (1997), Lee et al. (1999) dan Wang et al. (1999) telah
menggunakan proses ini untuk menghasilkan bendalir nano alumina. Kim et al.
(2005) juga turut menghasilkan bendalir nano melalui proses penyediaan dua
langkah dengan menggunakan CuO dalam etilena glikol melalui proses sonikasi
tanpa menggunakan ejen dispersi. Menurut Sayantan dan Somjit (2013) sintesis
karbon nano tiub berasaskan bendalir nano turut dapat menggunakan kaedah ini
13

melalui penggunaan SWCNT dan MWCNT dalam bendalir asas tanpa menggunakan
ejen dispersi dan menggunakan ejen dispersi.

2.5 KESTABILAN BENDALIR NANO

Kestabilan amatlah memainkan peranan yang penting dalam sistem bendalir


nano. Ini kerana melalui kestabilan sesuatu bendalir nano itu akan mencapai tahap
termal yang bagus seperti kekonduksian termal yang tinggi, kelikatan yang tinggi
dan lain-lain lagi. Selain itu, bendalir nano juga boleh kehilangan upaya atau potensi
dalam pemindahan haba disebabkan pemendapan atau pun agglomerat.

2.5.1 Kaedah Ujian Kestabilan Bendalir Nano

IMRAN SYAKIR
2.5.1.1 Kaedah Pemendapan (Sedimentation Method).

Kaedah pemendapan merupakan satu kaedah asas atau kaedah utama dalam
penilaian kestabilan bendalir nano. Untuk memulakan kaedah penmendapan partikel
nano di dalam bendalir nano, satu daya luaran akan diaplikasikan kepadanya. Berat
endapan mahupun isipadu endapan mempunyai pengaruh terhadap kestabilan
bendalir nano. Sesuatu bendalir nano itu akan dianggap mempunyai kestabilan yang
baik jika kepekatan partikel supernatan malar dengan masa. Para penyelidik
menggunakan prinsip pemendapan di dalam kajiannya tersendiri untuk mengkaji
kestabilan grafit (Zhu et al. 2007). Di samping itu, penggunaan kamera merupakan
satu alat yang sesuai untuk menangkap gambar pemendapan untuk memudahkan
penyelidik untuk memerhati kestabilan sesuatu bendalir nano itu. Pengunaan kamera
untuk menangkap foto sampel pemendapan telah dilakukan oleh Wei et al. (2009).
14

2.5.1.2 Kaedah Pengemparan (Centrifugation Method)

Kaedah pemendapan mengambil masa yang lama untuk menguji kestabilan


sesuatu bendalir nano. Disebabkan hal demikian, salah satu alternatif lain telah
diambil demi menjimatkan masa dalam menguji kestabilan iaitu kaedah
pengemparan. Ini dibuktikan melalui Singh et al. (2008) yang menggunakan kaedah
pengemparan dalam mengkaji kestabilan bendalir perak dengan mengurangkan
AgNO3 dan menggunakan ejen penstabilan iaitu PVP. Keputusan yang didapati
daripada kajian ini ialah kestabilan bendalir nano perak mencapai tahap yang terbaik
disebabkan pengaruh ejen penstabilan yang menyebabkan partikel yang mengalami
proses pengaglomeratan menurun melalui kesan sterik. Tambahan lagi, kestabilan
bendalir nano dalam kajian ini bertahan melebihi satu bulan dan lebih dari 10 jam di
bawah pengemparan pada 3000 rpm tanpa pengendapan.

2.5.1.3 Kaedah Analisis Spektrum (Spectral Analysis Method)

IMRAN SYAKIR
Kaedah ini juga dikenali sebagai analisis serapan spectrum (spectral
absorbency analysis) (Wei dan Huaqing 2012). Secara amnya, kaedah ini
mempunyai hubungan atau pengaruh di antara keamatan penyerapan dan kepekatan
partikel-partikel nano dalam bendalir. Analisis spektrum dengan menggunakan
spektrofotometer UV-vis adalah kaedah yang digunakan dalam proses ini (Sayantan
dan Somjit 2013). Hwang et al. (2007) telah menjalankan eksperimen terhadap
dispersi alumina, Al2O3 dan tembaga, Cu dengan menggunakan kaedah pemendapan
malah turut menggunakan alternatif analisis spektrum selepas 24 jam eksperimen
dengan menggunakan alat spektrofotometer.

Di samping itu, jika bahan- bahan nano yang mengalami dispersi di dalam
bendalir mempunyai kriteria jalur penyerapan panjang gelombang antara 190 nm
hingga 1100 nm, ia merupakan kaedah yang mudah untuk dinilai kestabilan bendalir
nano dengan menggunakan analisis UV-vis (Wei dan Huaqing 2012). Dalam kajian
Hwang et al. (2012) mengenai kestabilan bendalir menggunakan spektrofotometer
UV-vis, dipercayai bahawa kestabilan bendalir nano amatlah dipengaruhi oleh sifat-
sifat partikel yang terampai dan bendalir asas misalnya morfologi partikel.
15

2.5.1.4 Kaedah Analisis Potensi Zeta (Zeta Potential Analysis)

Kaedah ini merupakan perbezaan potensi di antara medium dispersi dan


lapisan pegun bendalir yang melekat pada partikel dispersi. Kesan daripada potensi
zeta, ianya menyebabkan nilai zeta boleh dikaitkan dengan kestabilan dispersi
berkoloid. Oleh yang demikian, koloid yang mempunyai potensi zeta yang tinggi
tidak kira sama ada positif mahupun negatif mempunyai kadar kestabilan elektrik.
Manakala koloid yang mempunyai nilai potensi zeta yang rendah cenderung untuk
mengalami pembekuan. Menurut Wei dan Huaqing (2012), koloid dengan potensi
zeta di antara 40 mV hingga 60 mV mempunyai kestabilan bendalir nano yang baik
dan jika koloid dengan potensi zeta itu mempunyai nilai lebih daripada 60 mV ia
menunjukkan bendalir nano tersebut mempunyai kestabilan yang teramat baik.

Zhu et al. (2009) telah menjalankan eksperimen terhadap pengukuran potensi


zeta terhadap bendalir nano Al2O3-H2O pada keadaan nilai pH yang berbeza dan
kepekatan natrium dodesilbenzen sulfonat, (sodium dodecylbenzene sulfonate, SDS)

IMRAN SYAKIR
yang turut berbeza. Selain itu, pengukuran potensi zeta turut diaplikasikan untuk
mengkaji mekanisme penyerapan surfaktan pada permukaan MWCNT.

Natijahnya, kesemua kaedah yang telah dinyatakan seperti di atas boleh


disatukan di dalam satu eksperimen demi mengkaji kestabilan bendalir nano.
Misalnya, penyelidik Li et al. telah menjalankan kajian terhadap sifat dispersi
terampai nano tembaga akueus (aqueous copper nanosuspensions) pada nilai pH
yang berbeza, jenis dispersi yang berbeza mahupun kepekatan yang berbeza dengan
menggunakan kaedah analisis potensi zeta, analisis spektrum dan pemendapan.
16

2.5.2 Kaedah Peningkatkan Kestabilan

2.5.2.1 Penambahan Surfaktan

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, surfaktan atau ejen dispersi
merupakan bahan yang dapat meningkatkan kestabilan bendalir nano. Malah, melalui
penambahan surfaktan turut dapat membuatkan tegangan permukaan bendalir
perumah menurun dan peningkatan dalam perendaman partikel-partikel nano akan
terhasil.

Penambahan surfaktan juga memberi kesan kepada pengendapan iaitu


menghalang daripada berlakunya proses pengendapan secara pantas. Tambahan lagi,
surfaktan juga dapat meningkatkan rintangan haba (thermal resistance) di antara
partikel-partikel nano dan bendalir asas. Beberapa contoh jenis surfaktan ialah
natrium dodesil sulfat (sodium dodecyl sulfate, SDS), garam dan asid oleik,

IMRAN SYAKIR
polivinilpirrolidon (PVP), Gam Arab (Gum Arabic) dan lain-lain lagi (Zhu et al.
2008).

Walaupun penggunaan surfaktan dapat meningkatkan kestabilan sesuatu


bendalir nano itu, namun kaedah ini tidak boleh diguna pakai pada bendalir nano
yang terlibat dalam kajian atau eksperimen yang memerlukan suhu yang terlampau
tinggi. Hal ini disebabkan, suhu yang tinggi akan menganggu dan memecahkan
ikatan antara partikel-partikel nano dan surfaktan.

2.5.2.2 Teknik Pengubahsuaian Permukaan.

Penggunaan partikel atau zarah nano yang tergolong dalam kumpulan


berfungsi (functional group) di dalam bendalir asas dapat membuatkan kestabilan
bendalir nano itu bertahan dengan lebih lama dan ia merupakan teknik bebas
surfaktan (surfactant-free technique) (Wei dan Huanqing 2012). Beberapa kajian
telah dilakukan oleh para penyelidik dengan menggunakan kaedah ini. Antaranya
ialah, Yang et al. (2010) telah mencantumkan silana (silanes) terus ke permukaan
17

partikel silika (SiO2) yang tergolong dalam kumpulan berfungsi dalam larutan asal
partikel nano.

Seterusnya, kajian yang dilakukan penyelidik dengan menggunakan teknik


pengubahsuaian permukaan ialah Hwang et al. (2007) yang menjalankan kajian
reaksi mekanokimia (mechanochemical) yang telah menyebabkan kumpulan
berfungsi hidrofilik (hydrophilic functional groups) misalnya -COOH dan -OH
terhasil pada permukaan tiub nano.

2.6 KEKONDUKSIAN TERMAL

Prestasi pemindahan haba dalam sistem termal dapat ditingkatkan melalui


beberapa cara iaitu meningkatkan kawasan pemindahan haba, meningkatkan
perbezaan suhu di antara bendalir-bendalir dan meningkatkan kekonduksian termal.
Walau bagaimanapun, hanya satu kaedah yang sering digunakan oleh para saintis

IMRAN SYAKIR
mahupun para penyelidik iaitu peningkatan kekonduksian termal. Menurut
Mahmoodi (2001), beliau menyatakan bahawa di dalam sistem termal industri, kadar
pemindahan haba dapat ditingkatkan melalui peningkatan kekonduksian termal
bendalir. Penyelidikan Raghu et al. 2009 menunjukkan bahawa peningkatan
kekonduksian termal bergantung pada sesuatu suhu dan saiz partikel.

Jadual 2.1 : Kekonduksian termal etilena glikol dan air


(Sumber: Maria et al. 2011)
Etilena Glikol (EG) Air
Suhu (K) K (Wm-1K-1) Suhu (K) K (Wm-1K-1)
283.15 0.2433 283.15 0.5784
303.15 0.2463 303.15 0.6259
323.15 0.2494 323.15 0.6345
K : Kekonduksian Termal
(K) : Unit Kelvin

Berdasarkan Jadual 2.1, ia menunjukkan keputusan eksperimen kekonduksian


termal terhadap etilena glikol dan air yang merupakan bendalir asas dalam kajian
18

Maria et al. (2011). Terbukti bahawa suhu memainkan peranan dalam peningkatan
kekonduksian termal. Hipotesis semakin tinggi suhu sesuatu bendalir, semakin tinggi
kekonduksian termal dapat diguna pakai untuk sesuatu eksperimen yang melibatkan
sifat termal ini. Peningkatan kekonduksian termal dalam suhu yang tinggi dibuktikan
dalam Hukum Wiedemam-Franz, Wiedemann-Franz Law seperti dalam Persamaan
2.1.

K
 LT (2.1)
σ

Yang mana,
K = Kekonduksian Termal
L = Nombor Lorenz
σ = Kekonduksian Elektrikal
T = Suhu

IMRAN SYAKIR
Dari sudut lain, peningkatan saiz sesuatu partikel di dalam bendalir nano akan
membentuk struktur berkelompok yang akan memendekkan laluan pengaliran haba
dan akan meningkatkan nilai kekonduksian termal. Menurut kajian Shyam et al.
(2008), bendalir nano mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kekonduksian
termal melalui kepekatan partikel nano yang rendah. Ianya dapat dibuktikan melalui
kajian Wang et al. 1999 menyatakan kepekatan partikel nano sebanyak 0.1% dapat
memberi kesan peningkatan sebnayak 40% terhadap kekonduksian termal.

2.7 HABA TENTU

Haba tentu dapat ditakrifkan sebagai bilangan tenaga atau haba yang
diperlukan untuk meningkatkan suhu bahan sebanyak 1 °C. Unit bagi haba tentu,
ialah J/kgK. Fungsi haba tentu adalah untuk mengenal pasti tenaga yang diserap dan
dilepaskan walaupun perubahan entalpi berlaku sebelum perubahan suhu (Gunn et
al. 2005). Menurut Zhou et al. (2010) kepekatan bendalir nano memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi haba tentu. Misalnya, proses dispersi Al2O3 telah
mengurangkan haba tentu di dalam air. Walau bagaimanapun, penambahan partikel
19

atau zarah nano dalam sesuatu bendalir juga tidak memberi keputusan haba tentu
yang konsisten (Shin et al. 2011).

Satu kajian telah dilakukan melalui penggunaan zink oksida dan aluminum
dalam campuran air dan etilena glikol sebagai bendalir asas telah memberi keputusan
bahawa penurunan nilai haba tentu berlaku apabila berlakunya penambahan partikel-
partikel nano (Das et al. 2009). Lu dan Huang (2013) menyatakan bahawa saiz
partikel-partikel nano yang besar dan kepekatan yang tinggi juga menyebabkan nilai
haba tentu berkurangan dan ianya dapat dilihat di Rajah 2.5.

IMRAN SYAKIR
Rajah 2.5 : Kesan saiz partikel nano dan kepekatan pada haba tentu bendalir nano
(Sumber: Lu dan Huang, 2013)

2.8 KELIKATAN

Menurut Narendra et al. (2012) bendalir asas yang menggunakan etilena


glikol menunjukkan sifat-sifat Newtonan pada kadar ricih (shear rate) 0.5×104 rad/s
dan menunjukkan bahawa kelikatan bendalir nano bergantung kepada suhu dan
kepekatan partikel. Justeru itu, faktor suhu turut mempengaruhi kelikatan bendalir
nano iaitu menurut Kanagaraj et al. (2008), kelikatan akan menurun jika suhu
bendalir nano itu meningkat. Ini disebabkan, apabila CNT sudah dicampurkan dalam
etilena glikol ia akan menyebabkan kumpulan berfungsi lain turut terhasil. Malah,
jika suhu etilena glikol meningkat ia akan menyebabkan hubungan antara CNT dan
20

bendalir putus lalu mengakibatkan berlakunya penurunan kelikatan. Namun,


kelikatan akan meningkat jika kepekatan CNT bertambah.

Berdasarkan Rajah 2.6 ia menunjukkan kelikatan bendalir nano meningkat


disebabkan kepekatan CNT pada kadar ricih 200 rad/s, dan ini menunjukkan fakta
mengenai pengaruh kepekatan CNT akan mempengaruhi kelikatan.

IMRAN SYAKIR Rajah 2.6 : Kelikatan bendalir nano melawan suhu berbeza
(Sumber: Narendra et al 2012).

2.9 KECEKAPAN PEMINDAHAN HABA

Pencampuran bendalir-bendalir nano yang mempunyai kekonduksian termal


di dalam bendalir asas bukan sahaja dapat meningkatkan lagi kekonduksian termal
malah turut juga memberi impak kepada peningkatan kecekapan pemindahan haba
(Narendra et al. 2012). Berdasarkan Rajah 2.7, ianya menunjukkan keseluruhan
kecekapan pemindahan haba dengan kesan pecahan isipadu partikel ( particle volume
fraction). Lantas ianya menunjukkan bahawa hubungan di antara kecekapan
pemindahan haba dan pecahan isipadu partikel adalah berkait rapat dan mempunyai
hubungan selari.
21

Rajah 2.7 : Kecekapan pemindahan haba sebagai fungsi pada pecahan isipadu
partikel nano
(Sumber: Fadhilal et al. 2013)

Tambahan lagi, kepekatan partikel juga dapat meningkatkan kecekapan


pemindahan haba. Ianya bermula dari 9% peningkatan, dan berterusan meningkat
kepada 92% dengan 10% partikel-partikel nano terampai. Manakala, melalui kajian
yang dilakukan oleh Mare T. et al. (2011) ia membuktikan bahawa perolakan
kecekapan pemindahan haba CNT dapat ditingkatkan sebanyak 50% dalam

IMRAN SYAKIR
perbandingan air pada nilai nombor Reynolds yang sama. Selain itu, suhu yang
tinggi dan pengaliran udara juga cenderung untuk meningkatkan kadar pemindahan
haba.
22

BAB III

KAEDAH KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Dalam bab ini, pendedahan terhadap kaedah kajian yang digunakan akan
dinyatakan dengan lebih lanjut. Kajian ini menggunakan CNT-Nanoamor, PVP dan
etilena glikol sebagai bahan utama dalam menghasilkan bendalir nano. Oleh yang

IMRAN SYAKIR
demikian, ujian kestabilan bendalir nano perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum
ujian sifat-sifat termal dijalankan. Kajian terhadap dispersi nano karbon dalam
etilena glikol menggunakan beberapa jenis peralatan antaranya ialah alat uji
kestabilan (stability test rig, STR), TC KD2-Pro, bom kalorimeter, viskometer dan
lain-lain lagi. Kesemua alat yang digunakan dapat mengukur nilai sesuatu sifat-sifat
termal.
23

3.1 CARTA ALIRAN

KAJIAN ILMIAH

PENYEDIAAN BAHAN EKSPERIMEN


1. Menyediakan sampel larutan
bendalir nano iaitu : CNT + PVP +
Etilena Glikol sebanyak 40 ml.

TIDAK STABIL
UJIAN
KESTABILAN

STABIL

IMRAN SYAKIR
ANALISIS SIFAT TERMAL
1. Kekonduksian termal, thermal conductivity
2. Haba Tentu, specific heat
3. Kelikatan, viscosity
4. Kecekapan pemindahan haba, heat transfer
coefficient

PENILAIAN DATA

PENULISAN LAPORAN

Rajah 3.1 Carta Aliran


24

Rajah 3.1, menunjukkan proses aliran kajian yang bermula dengan kajian
ilmiah yang bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai kajian ini
iaitu dispersi karbon nano dalam etilena glikol. Kemudian, penyediaan bahan larutan
antara campuran CNT, ejen dispersi dan etilena glikol dilakukan. Namun, formulasi
antara kesemua bahan larutan perlu disediakan terlebih dahulu sebelum terhasilnya
sesuatu bendalir nano. Formulasi amat penting di dalam kajian ini disebabkan
melalui formulasi antara kesemua bahan dapat menentukan kestabilan larutan
tersebut. Selepas itu, ujian kestabilan dilakukan dengan menggunakan alat uji
kestabilan, STR. Berdasarkan eksperimen yang dilakukan sebelum ini, ujian
kestabilan dilakukan selepas tempoh 100 jam. Setelah kestabilan sesuatu larutan itu
tercapai, larutan tersebut akan dianalisis sifat-sifat termalnya iaitu kekonduksian
termal, spesifik haba, kelikatan, dan kecekapan pemindahan haba. Namun jika
kestabilan larutan tersebut tidak tercapai, formulasi antara CNT, ejen dispersi dan
etilena glikol perlu dilakukan semula sehingga kestabilan bendalir nano tercapai.

IMRAN SYAKIR
3.2 PENGGUNAAN PARAMETER

Parameter utama yang digunakan di dalam kajian ini ialah CNT, ejen dispersi
dan etilena glikol. CNT yang digunakan dalam eksperimen ini ialah CNT Nanoamor
yang telah dihasilkan oleh Nanostructures & Amorphous Materials Inc. Manakala,
ejen dispersi yang digunakan dalam kajian ini untuk memudahkan proses dispersi
antara karbon nano dan etilena glikol ialah polivinilpirrolidon (PVP). Etilena glikol
pula merupakan bendalir asas yang digunakan dalam kajian ini. Pemilihan etilena
glikol sebagai bendalir asas dalam kajian ini kerana ianya mempunyai nilai haba
tentu separuh daripada haba tentu air iaitu sebanyak 2.089 kJ/kg K.J.

Justeru, objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan


formulasi nisbah yang tepat dalam dispersi karbon nano dengan etilena glikol dan
menentukan kestabilan pencampuran bahan tersebut. Malah melalui kestabilan
larutan tersebut sifat-sifat termal akan dapat ditentukan.
25

3.2.1 Sifat-sifat Bendalir Asas

Berdasarkan Jadual 3.1, ia menunjukkan sifat-sifat etilena glikol yang


digunakan sebagai bendalir asas dalam kajian ini. Etilena glikol mempunyai sifat
termal yang baik berbanding bendalir konvensional yang lain. Bendalir asas ini
diperolehi dari Polyscientific Enterprise Sdn. Bhd.

Jadual 3.1: Sifat-sifat etilena glikol


Parameter Nilai
Ketulenan, Purity Minimum 99.0%
Ketumpatan, Density 1.112-1.114 g/cm3
Klorida, Chloride ≤ 0.0002 %
Besi, Iron ≤ 0.0002 %
Air ≤ 0.3%

IMRAN SYAKIR
3.2.2 Sifat-sifat CNT

Dalam kajian ini, CNT-Nanoamor dipilih kerana ia didapati dapat


meningkatkan sifat-sifat termal sesuatu bendalir. Justeru itu, prestasi sesuatu aplikasi
itu akan menjadi lebih bagus dan efisien. Berdasarkan perakuan analisis, Jadual 3.2
menunjukkan sifat-sifat CNT-Nanoamor yang tergolong dalam karbon nano tiub
berbilang dinding, Multiwalled Carbon Nanotube (MWCNT).

Jadual 3.2 : Sifat-sifat CNT Nanoamor


(Sumber: Nanostructures & Amorphous Materials Inc)
Sifat CNT Nilai
Diameter luar 10-30 nm
Diameter dalam 5-10 nm
Panjang 10-30 µm
Warna Hitam
Ketumpatan 2.1 g/cm3
Luas permukaan 40-300 cm3/g
26

3.2.3 Sifat-sifat Ejen Dispersi

Ejen dispersi merupakan bahan yang dapat membantu proses dispersi antara
karbon nano tiub dan etilena glikol. Sifat ejen dispersi iaitu Polivinilpirrolidon, PVP
yang dapat meningkatkan kestabilan sesuatu bendalir nano merupakan faktor utama
ia dipilih untuk digunakan dalam kajian ini. Selain itu, PVP juga dapat merendahkan
tegangan permukaan sesuatu bendalir nano dan akan menyebabkan bendalir nano
tersebut mengalami proses dispersi sepenuhnya. Menurut J&K Scientific Ltd, (2008)
nilai ketumpatan PVP ialah 1.2 g/cm3.

3.2.4 Formulasi antara CNT-Nanoamor, Polivinilpirrolidon, PVP dan Etilena


Glikol

Tujuan kajian ini dijalankan untuk memformulasikan bendalir nano dengan


menggunakan karbon nano tiub, (MWCNT) dan polivinilpirrolidon (PVP) dalam

IMRAN SYAKIR
etilena glikol. Dalam kajian ini, formulasi berat peratus yang digunakan adalah
daripada 0.1 wt% hingga 1.0 wt% untuk MWCNT iaitu CNT-Nanoamor. Manakala
nilai PVP adalah sebanyak 10 wt% daripada nilai peratus berat MWCNT.
Persamaan (3.1) dan Persamaan (3.2), menunjukkan formulasi yang boleh diguna
pakai dalam menghitung nilai nisbah bendalir nano dalam kajian ini. Contoh
pengiraan dapat dilihat pada Lampiran B. Jumlah bendalir nano yang dihasilkan
adalah sebanyak 40 g ataupun 40 ml.

MWCNT wt%
Berat MWCNT =  44 g (3.1)
100
Berat MWCNT
Jumlah Bendalir Nano (ml) = (3.2)
Ketumpatan MWCNT
27

Jadual 3.3 : Contoh formulasi MWCNT, PVP dan etilena glikol


Kod MWCNT PVP Jisim Jisim Jisim Jumlah
wt% wt% MWCNT PVP Etilena Bendalir
(g) (g) Glikol Nano
(g) (g)
1 0.1 0.010 0.044 0.0044 43.95 44.00

2 0.2 0.020 0.088 0.008 43.90 44.00

3 0.3 0.030 0.1320 0.01320 43.85 44.00

3.3.1 PERALATAN EKSPERIMEN

3.3.1 pH Meter

Selepas proses dispersi dilakukan dengan menggunakan peralatan ultrasonik.

IMRAN SYAKIR
Sampel larutan tersebut perlu diukur nilai pH dengan menggunakan pH meter. Nilai
pH juga mempunyai peranan dalam menentukan kestabilan sesebuah sampel larutan
untuk mendapatkan sifat-sifat termal yang bagus.

3.3.2 Alat Uji Kestabilan (Stability Test Rig ,STR)

Alat Uji Kestabilan, (STR) digunakan untuk menentukan kestabilan sesuatu


bendalir nano. Proses ini dilakukan setelah bendalir nano tersebut menjalani
pengukuran pH. Bendalir nano akan diletakkan dalam STR tersebut untuk melihat
samada berlakunya mendakan atau pengaglomeratan dalam bendalir nano tersebut.
Kestabilan sesuatu bendalir nano dapat dilihat melalui pencahayaan lampu pada alat
STR tersebut dan ia dapat dilihat pada Rajah 3.2. Jika sesuatu bendalir nano itu
mencapai tahap kestabilan yang baik, kesemua lampu pada alat STR tersebut akan
menunjukkan tindak balas yang positif iaitu lampu pada alat tersebut akan menyala.
Namun, jika bendalir nano tersebut mengalami proses mendakan, lampu pada alat
tersebut tidak akan menyala dan ia menunjukkan ketidakstabilan berlaku pada
bendalir nano tersebut.
28

Rajah 3.2 : Alat uji kestabilan (Stability Test Rig, STR)

3.3.3 TC KD2-Pro

Rajah 3.3 menunjukkan alat TC KD2-Pro yang digunakan untuk mengukur


kekonduksian termal pada bendalir nano yang disediakan. TC KD2-Pro merupakan
peralatan yang dihasilkan daripada syarikat Decagon Devices Inc. Tambahan lagi,

IMRAN SYAKIR
peralatan ini terdiri daripada beberapa sensor dan kawalan yang boleh diguna pakai
pada apa-apa jenis bahan. Sensor jarum tunggal (single needle sensor) yang terdapat
pada TC KD2-Pro dapat mengukur nilai kekonduksian termal dan keberintangan,
resistivity pada bendalir atau sampel larutan tersebut. Manakala, sensor jarum
berganda (dual-needle sensor) pula dapat mengukur kekonduksian termal,
keberintangan, kapasiti isipadu haba tentu (volumetric specific heat capacity) dan
kadar kemeresapan (diffusivity).

Sensor yang digunakan dalam kajian ini ialah sensor KS-1. Ini kerana, sensor
ini mampu mengukur nilai kekonduksian termal pada sampel bendalir. Sensor ini
mempunyai jarum bersaiz 1.3 mm dan 6 cm panjang. Tambahan lagi, untuk
menghalang berlakunya perolakan bebas (free convection) dalam bendalir nano
sensor KS-1 hanya mengaplikasikan jumlah haba yang sedikit pada jarum sensor
tersebut supaya dapat mengelakkan berlakunya ralat dalam ujian kekonduksian
termal. Justeru, untuk mendapatkan nilai kekonduksian termal, sensor ini diletakkan
dalam sampel bendalir nano dalam tempoh satu minit. Ketetapan dalam alat ini boleh
dilaras secara manual oleh pengguna.
29

Rajah 3.3 : TC KD2-Pro

3.3.4 Bom Kalorimeter

Rajah 3.4 menunjukkan bom kalorimeter yang berfungsi untuk menentukan


nilai entalpi pembakaran pada bendalir nano. Oleh yang demikian, bom kalorimeter
dapat digunakan untuk menguji haba tentu pada sampel larutan melalui pembakaran
sampel pada keadaan atmosfera oksigen di dalam sebuah bekas yang tertutup yang

IMRAN SYAKIR
dikelilingi dengan air. Oleh yang demikian, tenaga yang dibebaskan melalui
pembakaran itu akan diserap oleh kalorimeter dan memberi kesan pada perubahan
suhu. Dalam kajian ini, bom kalorimeter jenama IKA model C 200 digunakan dalam
menentukan nilai haba tentu sampel bendalir nano. Alat ini beroperasi pada nilai
voltan dari 100 V hingga 240 V dengan mempunyai nilai frekuensi dari 50 Hz
hingga 60 Hz. Manakala, nilai kuasa yang diguna pakai pada alat ini ialah sebanyak
120 W.

Rajah 3.4: Bom kalorimeter


30

3.3.5 Viskometer

Rajah 3.5 menunjukkan viskometer DV-II+ Pro keluaran Brookfield


Engineering Laboratories yang digunakan untuk mengukur kelikatan sesuatu bahan.
Melalui eksperimen ini, bendalir nano yang diperlukan dalam ujian kelikatan adalah
sebanyak 6.7 ml. Viskometer ini mempunyai ketetapan secara manual. Alat ini
ditetapkan ketetapannya melalui gandingan gelendong mengunci-EZ (EZ-lock
spindle coupling) yang dikenakan pada gelendong alatan viskometer tersebut. Selain
itu, kelajuan yang ditetapkan pada alat ini ialah sebanyak 60 rpm dalam mengukur
kelikatan bendalir nano.

IMRAN SYAKIR Rajah 3.5 : Viskometer

3.3.6 Ultrasonikator

Ultrasonikator merupakan alat yang digunakan untuk mengurangkan proses


pengaglomeratan dalam sampel bendalir nano dan turut membantu dalam proses
dispersi CNT dalam etilena glikol. Oleh yang demikian, alat ini dapat membantu
sampel bendalir nano mencapai kestabilan yang bagus. Kesemua sampel bendalir
nano harus menjalani proses ultrasonikator sebelum menjalani sebarang kajian sifat-
sifat termal. Ini kerana, untuk mengelakkan berlaku ralat pada hasil kajian sifat-sifat
termal tersebut. Rajah 3.6 menunjukkan proses ultrasonikator di mana kesemua
sampel akan direndam dalam alat tersebut dalam tempoh satu jam.
31

Rajah 3.6 : Ultrasonikator

3.3.7 Penghomogen Mekanikal (Mechanical Homogenizer)

Penghomogen mekanikal pada Rajah 3.7 digunakan untuk menyeragamkan


campuran CNT-Nanoamor, PVP dan etilena glikol supaya membentuk larutan yang
sempurna. Alat ini ditetapkan kelajuannya pada 10000 rpm untuk mengacau larutan
bendalir tersebut dalam masa lima minit. Malah, penghomogen mekanikal turut

IMRAN SYAKIR
mengaplikasikan daya ricih putaran (rotational shear force) dalam proses homogen
pada sampel bendalir nano yang disediakan.

Rajah 3.7 : Penghomogen mekanikal


32

3.4 PROSEDUR EKSPERIMEN

3.4.1 Sintesis Bendalir Nano

i. CNT-Nanoamor, PVP dan etilena glikol diformulasi dengan


menggunakan nisbah peratus berat (wt%) dalam penghasilan
bendalir nano.
ii. Kesemua bahan yang digunakan akan ditimbang dengan
menggunakan alat penimbang digital mengikut nilai nisbah yang
dihitung dengan menggunakan persamaan 3.1 dan persamaan 3.2.
iii. Setelah itu, kesemua bahan itu akan melalui proses homogen
untuk melarutkan bahan-bahan tersebut dalam satu larutan.
Penghomogen mekanikal yang digunakan ditetapkan pada
kelajuan 10000 rpm dalam masa lima minit.
iv. Proses ultrasonikator dijalankan selama satu jam. Justeru itu,

IMRAN SYAKIR v.
pastikan suhu air dalam alat ultrasonikator tersebut menyamai
suhu bilik supaya tidak mengganggu reaksi partikel-partikel nano
dalam sampel bendalir.
Periksa nilai pH bendalir nano dan pastikan nilai pH hanya ± 9.
Jika nilai pH tidak tercapai, pengubahsuaian larutan dibenarkan
dengan menambah natrium hidroksida (NaOH) atau asid nitrik
(HNO3) ke dalam bendalir nano.
vi. Proses kestabilan dilakukan dalam tempoh 100 jam.
vii. Ujian sifat-sifat termal dijalankan setelah kestabilan tercapai pada
tiga suhu berbeza iaitu 6 °C, 25 °C dan 40 °C.
viii. Ujian kekonduksian termal menggunakan TC KD2-Pro dan
viskometer digunakan dalam ujian kelikatan.
ix. Ujian kecekapan pemindahan haba dan haba tentu hanya perlu
dilakukan pada tiga sampel terbaik berdasarkan hasil yang
didapati daripada ujian kekonduksian termal dan kelikatan.
33

3.5 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Di dalam setiap eksperimen, langkah-langkah keselamatan perlu diambil


tindakan untuk memastikan keselamatan para pengguna makmal. Oleh yang
demikian, dalam kajian ini langkah keselamatan yang perlu diambil ialah pemakaian
topeng muka dan sarung tangan. Ini disebabkan bahan yang digunakan seperti CNT-
Nanoamor dan PVP adalah berbentuk serbuk. Disebabkan saiz bahan tersebut yang
terlalu kecil ia akan menyebabkan bahan tersebut mudah masuk ke dalam paru-paru
ketika bernafas. Impak daripada penyedutan tersebut akan menyebabkan kerosakan
pada paru-paru dan jantung akan terjadi. Selain itu, pastikan bahan eksperimen yang
tertumpah di atas meja atau lantai dibersihkan secara teliti. Bersihkan tangan dengan
pencuci sebelum meninggalkan makmal.

IMRAN SYAKIR
34

BAB IV

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.0 PENGENALAN

Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, kesemua keputusan hasil


eksperimen ujian kestabilan bendalir nano dan ujian sifat-sifat termal bendalir nano
seperti kekonduksian termal, kelikatan dan kecekapan pemindahan haba telah

IMRAN SYAKIR
dikumpulkan dan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan graf. Sesetengah data yang
diperolehi daripada hasil eksperimen menunjukkan persamaan keputusan dengan
kajian terdahulu yang terdapat dalam kajian ilmiah. Oleh yang demikian, ianya
menunjukkan bahawa hasil kajian ataupun eksperimen ini mencapai jangkaan yang
ingin diperoleh. Malah, peningkatan mahupun penurunan prestasi bendalir nano turut
berlaku dan dapat dilihat dalam ujian kekonduksian termal, kelikatan dan
pemindahan haba. Melalui maklumat yang telah didapati hasil daripada hasil
eksperimen tersebut akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bab ini.
35

4.1 DATA DAN ANALISIS

4.2.1 Ujian Kestabilan

Ujian kestabilan dilakukan setelah kesemua sampel ditinggalkan dalam


tempoh 100 jam selepas proses penghasilan bendalir nano selesai. Ujian ini
memerlukan alat uji kestabilan, (STR) untuk melihat kestabilan sesuatu bendalir nano
itu tercapai mahupun tidak. Ketidakstabilan bendalir nano dapat dilihat melalui
pemendapan yang berlaku pada bahagian bawah bendalir nano. Oleh yang demikian,
bendalir nano yang tidak mempunyai kestabilan tidak akan melalui ujian
kekonduksian termal disebabkan pemendapan yang berlaku akan mempengaruhi
keputusan hasil eksperimen. Berdasarkan bab sebelum ini telah dijelaskan bahawa
alat yang digunakan dalam ujian kekonduksian termal ialah KD2-Pro. Berdasarkan
Jadual 4.1, ia menunjukkan keputusan kestabilan sampel bendalir nano yang
dilakukan melalui kaedah cuba dan ralat (try and error) dengan berpandukan kajian

IMRAN SYAKIR
terdahulu.

Jadual 4.1 menunjukkan enam sampel pertama iaitu BN01, BN02, BN03,
BN04, BN05 dan BN06 yang diformulasikan menggunakan PVP sebanyak 10 wt%,
20 wt%, 30 wt%, 40 wt%, 50 wt%, 60 wt%, dan 80 wt% pada kuantiti karbon nano
tiub (CNT) sebanyak 0.1 wt%. Kesemua sampel tersebut menunjukkan kestabilan
yang baik walaupun sudah melebihi tempoh selama 100 jam. Tambahan lagi, untuk
menjamin keadaan kestabilan sesuatu sampel itu terus kekal walaupun peratus berat
(wt%) CNT bertambah, beberapa sampel bendalir nano telah dihasilkan iaitu BN07,
BN08, BN09, BN10, BN11, BN12 dan BN13 dengan menggunakan kuantiti CNT
sebanyak 0.8 wt% pada kuantiti PVP yang sama seperti enam sampel pertama iaitu
sebanyak 10 wt%. Hasil daripada sampel-sampel tersebut turut menunjukkan
kestabilan yang kekal pada kuantiti CNT yang tinggi selepas tempoh 100 jam.

Oleh yang demikian, kuantiti PVP yang digunakan untuk menghasilkan


sampel bendalir nano yang akan menghadapi ujian sifat-sifat termal ialah sebanyak
10 wt% disebabkan hasil kajian BN01 dan BN07 menunjukkan kestabilan sampel
bendalir nano itu terus kekal walaupun nilai CNT bertambah. Justeru itu, dapat
36

dilihat pada Jadual 4.1, BN14 hingga BN23 adalah sampel bendalir nano yang dipilih
untuk menghadapi kesemua ujian sifat-sifat termal dengan menggunakan kuantiti
CNT bermula daripada 0.1 wt% hingga 1.0 wt%.

Jadual 4.1 : Kestabilan sampel bendalir nano


Kod CNT PVP Bendalir Kestabilan
(wt%) (wt%) Asas 24 Jam 72 Jam >100
(ml) Jam
BN01 0.10 0.02000 39.4853 Stabil Stabil Stabil
BN02 0.10 0.03000 39.4814 Stabil Stabil Stabil
BN03 0.10 0.04000 39.4774 Stabil Stabil Stabil
BN04 0.10 0.05000 39.4735 Stabil Stabil Stabil
BN05 0.10 0.06000 39.4695 Stabil Stabil Stabil
BN06 0.10 0.08000 39.4616 Stabil Stabil Stabil
BN07 0.80 0.08000 39.1849 Stabil Stabil Stabil
BN08 0.80 0.1600 39.1533 Stabil Stabil Stabil
BN09 0.80 0.2400 39.1216 Stabil Stabil Stabil
BN10 0.80 0.3200 39.0900 Stabil Stabil Stabil
BN11 0.80 0.4000 39.0584 Stabil Stabil Stabil

IMRAN SYAKIR
BN12 0.80 0.4800 39.0268 Stabil Stabil Stabil
BN13 0.80 0.6400 38.9635 Stabil Stabil Stabil
BN14 0.10 0.01000 39.4893 Stabil Stabil Stabil
BN15 0.20 0.02000 39.4458 Stabil Stabil Stabil
BN16 0.30 0.03000 39.4023 Stabil Stabil Stabil
BN17 0.40 0.04000 39.3588 Stabil Stabil Stabil
BN18 0.50 0.05000 39.3154 Stabil Stabil Stabil
BN19 0.60 0.06000 39.2719 Stabil Stabil Stabil
BN20 0.70 0.07000 39.2284 Stabil Stabil Stabil
BN21 0.80 0.08000 39.1849 Stabil Stabil Stabil
BN22 0.90 0.09000 39.1414 Stabil Stabil Stabil
BN23 1.0 0.1000 39.0979 Stabil Stabil Stabil

Melalui ujian kestabilan bendalir nano, beberapa parameter yang


mempengaruhi kestabilan perlu dititikberatkan. Misalnya, PVP yang digunakan
sebagai ejen dispersi dalam proses penghasilan bendalir nano dan proses
ultrasonikator. Menurut Fendler (2001), penggunaan PVP semasa proses formulasi
dapat meningkatkan kestabilan sesuatu bendalir nano. Hal ini disebabkan, sifat ejen
dispersi yang dapat mengurangkan partikel dalam bendalir nano daripada mengalami
proses pengagglomeratan. Impak daripada proses pengagglomeratan ini akan
menyebabkan berlakunya pemendapan dan ianya akan memberi pengaruh terhadap
37

prestasi sesuatu sistem mahupun sifat-sifat termal. Manakala, proses ultrasonikator


juga memainkan peranan penting dalam kestabilan bendalir nano. Ultrasonikator
berperanan untuk memudahkan berlakunya dispersi nanokarbon dalam etilena glikol
melalui pemutusan partikel-partikel dalam bendalir daripadanya berlakunya
pemendapan mahupun agglomerat. Namun, jika proses ultrasonikator terlalu lama ia
juga akan mengakibatkan berlakunya semula agglomerasi pada bendalir tersebut
(Rouxel et al. 2011).

4.2.2 Ujian Kekonduksian Termal

Setelah ujian kestabilan dilakukan dan beberapa sampel telah terpilih maka
ujian kekonduksian termal dapat dijalankan. Eksperimen untuk mendapatkan nilai
kekonduksian termal sampel bendalir nano dilakukan pada tiga keadaan suhu yang
berbeza iaitu 6 °C, 25 °C dan 40 °C. Ini disebabkan untuk melihat perbezaan
peningkatan nilai kekonduksian termal pada suhu yang berbeza. Berdasarkan Jadual

IMRAN SYAKIR
4.2, ianya menunjukkan hasil kajian kekonduksian termal sampel bendalir nano pada
suhu yang berbeza. Nilai kekonduksian termal etilena glikol diambil terlebih dahulu
untuk mengetahui nilai piawai sebenar. Hal ini untuk membandingkan nilai-nilai
kekonduksian termal sampel bendalir nano dengan nilai piawai sebenar dengan
melihat peningkatan yang berlaku apabila berlakunya penambahan karbon nano
dalam etilena glikol. Justeru itu, dapat dilihat pada Jadual 4.2 bahawa, nilai piawai
kekonduksian termal meningkat apabila suhu semakin meningkat. Namun, dapat juga
dilihat pada Jadual 4.2 hasil daripada ujian kekonduksian bagi sampel bendalir nano
tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada nilai piawai sebenar.
38

Jadual 4.2 : Ujian kekonduksian termal pada suhu 6 °C, 25 °C dan 40 °C


Kod CNT Kekonduksian Termal (W/m.K)
(wt%) pada Suhu (°C)
6 °C 25 °C 40 °C
Piawai - 0.2180 0.2310 0.2450
BN14 0.1 0.1713 0.1730 0.1843
BN15 0.2 0.1723 0.1710 0.2033
BN16 0.3 0.1643 0.1546 0.1770
BN17 0.4 0.2133 0.1993 0.2096
BN18 0.5 0.1913 0.1760 0.2043
BN19 0.6 0.1516 0.1640 0.1816
BN20 0.7 0.1860 0.1583 0.1846
BN21 0.8 0.2063 0.1756 0.1743
BN22 0.9 0.1680 0.1646 0.2040
BN23 1.0 0.2060 0.1833 0.1693

Rajah 4.1 (a) menunjukkan kekonduksian termal sampel bendalir nano pada
suhu 6 °C. Keputusan ujikaji menunjukkan nilai kekomduksian bagi semua sampel
bendalir nano adalah dibawah nilai piawai sebenar (0.2180 W/m.K). Pada nilai CNT
0.1 wt% dan 0.2 wt% ianya menunjukkan perubahan yang sedikit iaitu perbezaan

IMRAN SYAKIR
antara kedua-dua nilai kekonduksian termal adalah sebanyak 0.001 W/m.K. Namun,
pada sampel BN19 mempunyai nilai kekonduksian termal yang paling rendah iaitu
0.1516 W/m.K. Manakala, nilai kekonduksian termal yang menghampiri nilai piawai
sebenar adalah pada CNT sebanyak 0.4 wt% iaitu 0.2133 W/m.K.

Tambahan lagi, nilai piawai bagi kekonduksian termal pada suhu 25 °C ialah
0.2310 W/m.K dan dapat dilihat pada Rajah 4.1 (b). Nilai tertinggi kekonduksian
termal turut berlaku pada sampel 0.4 wt% iaitu 0.1993 W/m.K. Manakala, nilai
kekonduksian termal yang paling rendah iaitu 0.1546 W/m.K berlaku pada sampel
BN16. Pada nilai CNT sebanyak 0.1 wt% dan 0.2 wt% turut memaparkan perubahan
peningkatan kekonduksian termal yang kecil iaitu perbezaan antara kedua-dua nilai
adalah sebanyak 0.019 W/m.K.

Manakala, Rajah 4.1 (c) juga menunjukkan nilai kekonduksian termal


dibawah nilai piawai sebenar iaitu 0.2450 W/m.K pada suhu 40 °C. Nilai
kekonduksian termal yang paling tinggi berlaku pada nilai CNT sebanyak 0.4 wt%
39

iaitu 0.2096 W/m.K. Selain itu, 0.1693 W/m.K merupakan nilai kekonduksian termal
yang paling rendah dan berlaku pada nilai CNT 1.0 wt%.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa ujian kekonduksian termal


pada kajian ini tidak menunjukkan sebarang perubahan positif walaupun
penambahan karbon nano tiub dilakukan. Ini berkemungkinan disebabkan proses
ultrasonikator tidak dilakukan dengan sempurna dan proses pengagglomeratan telah
berlaku. Misalnya, sampel ditinggalkan terlalu lama di dalam makmal dan dalam
tempoh itu telah menyebabkan sampel tersebut telah mengalami pemendapan
ataupun agglomerat. Malah, sewaktu ingin melakukan proses ujian kekonduksian
termal sampel atau bendalir nano tersebut hanya mengalami proses ultrasonikator
dalam masa yang singkat. Bahkan, menurut pandangan Hays et al. (2006) semakin
lama sesuatu bendalir nano itu mengalami proses ultrasonikator ianya akan
menyebabkan bendalir tersebut mempunyai peningkatan kekonduksian termal yang
baik. Manakala, menurut Neti et al. (2012), tahap agglomerat pada partikel-partikel
nano amat mempengaruhi kekonduksian termal dan akan memberi impak negatif

IMRAN SYAKIR
pada bendalir nano tersebut misalnya tiada peningkatan nilai kekonduksian termal.
40

(a)
0.25

Kekonduksian Termal (W/m.K)


0.2

0.15

0.1 BENDALIR NANO

0.05 PIAWAI ETILENA


GLIKOL
0
0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 0.8 0.9 1
CNT (wt %)

(b)
0.25
Kekonduksian Termal (W/m.K)

0.2

0.15

0.1 BENDALIR NANO

PIAWAI ETILENA

IMRAN SYAKIR
0.05
GLIKOL
0
0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 0.8 0.9 1
CNT (wt%)

(c)
0.3
Kekonduksian Termal (W/m.K)

0.25

0.2

0.15
BENDALIR NANO
0.1

0.05 PIAWAI ETILENA


GLIKOL
0
0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 0.8 0.9 1
CNT (wt%)

Rajah 4.1 : Graf kekonduksian termal pada suhu (a) 6 °C , (b) 25 °C dan (c) 40 °C
41

4.2.3 Ujian Kelikatan

Antara objektif utama dalam hasil kajian ini ialah untuk melihat keupayaan
atau prestasi sifat-sifat termal bendalir nano. Oleh yang demikian, kelikatan juga
merupakan salah satu sifat-sifat termal yeng perlu dianalisis dalam hasil kajian ini.
Jadual 4.3 menunjukkan data-data yang didapati hasil daripada ujian kelikatan yang
dilakukan pada tiga suhu berbeza iaitu 6 °C, 25 °C dan 40 °C. Tambahan lagi, dapat
dilihat pada jadual tersebut bahawa semakin tinggi suhu, semakin rendah nilai
kelikatan. Pada suhu 6 °C nilai kelikatan yang didapati untuk piawai sebenar adalah
sebanyak 23.60 cP dan merupakan nilai kelikatan yang tertinggi berbanding suhu-
suhu lain iaitu 25 °C (10.40 cP) dan 40 °C (4.680 cP).

Jadual 4.3 : Ujian kelikatan pada suhu 6 °C, 25 °C dan 40 °C


Kod CNT Kelikatan (cP)
(wt%) 6 °C 25 °C 40 °C
Piawai - 23.60 10.40 4.680
BN14 0.1 38.13 10.57 4.710

IMRAN SYAKIR BN15

BN16
0.2

0.3
39.00

41.27
10.63

10.98
4.733

4.753

BN17 0.4 41.80 11.35 4.768

BN18 0.5 45.93 11.60 4.780

BN19 0.6 46.83 11.80 4.970

BN20 0.7 48.77 12.80 5.370

BN21 0.8 49.30 13.6 5.750

BN22 0.9 49.30 13.6 5.750

BN23 1.0 49.93 15.93 6.560

cP : Centipoise
: Pa.s

Berdasarkan Rajah 4.2 (a), (b) dan (c) ianya memaparkan kelikatan sesuatu
bendalir nano itu semakin meningkat dengan pertambahan CNT walaupun pada suhu
yang berbeza. Hal yang demikian berlaku disebabkan pertambahan nilai peratus berat
42

CNT juga mempengaruhi berat mahupun kuantiti sesuatu sampel. Semakin


meningkat nilai peratus berat CNT semakin banyak kuantiti bahan yang digunakan.
Lantas akan menyebabkan sesuatu bendalir itu menjadi semakin pekat ataupun likat.
Selain itu, dapat dilihat pada Rajah 4.2 pada sampel BN21 dan BN22 mempunyai
nilai kelikatan yang sama pada suhu 6 °C (49.30 cP), 25 °C (13.60 cP) dan 40 °C
(5.750 cP).

Pada Rajah 4.2 (a) turut menunjukkan bahawa pada nilai CNT 0.1 wt%
sehingga 0.4 wt% hanya menunjukkan peningkatan yang sedikit. Namun, pada nilai
0.5 wt% hasil ujikaji kelikatan menunjukkan peningkatan yang tinggi iaitu 45.93 cP.
Manakala, pada nilai CNT 0.8 wt% peningkatan mula mendatar dan meningkat
semula pada nilai CNT 1.0 wt% iaitu 49.93 cP.

Melalui Rajah 4.2 (b) pada nilai CNT 1.0 wt% ianya menunjukkan perubahan
peningkatan kelikatan yang ketara dan mempunyai nilai kelikatan yang tertinggi iaitu
15.93 cP. Pada 0.1 wt% hingga 0.6 wt% hanya menunjukkan peningkatan yang

IMRAN SYAKIR
sedikit.

Tambahan lagi, kelikatan pada nilai CNT sebanyak 0.1 wt% hingga 0.5 wt%
pada Rajah 4.2 (c) hanya menunjukkan peningkatan yang teramat kecil hingga
hampir menyamai nilai kelikatan piawai sebenar etilena glikol. Pada suhu 40 °C,
nilai kelikatan tertinggi turut berlaku pada 1.0 wt% iaitu sebanyak 6.560 cP.
43

(a)
60

50
Kelikatan (cP)
40

30

20
BENDALIR NANO
10
PIAWAI ETILENA GLIKOL
0
0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 0.8 0.9 1
CNT (wt%)

(b)
18
16
14
Kelikatan (cP)

12
10
8
6 BENDALIR NANO
4

IMRAN SYAKIR 2
0
0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5
CNT (wt%)
0.6 0.7
PIAWAI ETILENA GLIKOL

0.8 0.9 1

(c)
7
6
5
Kelikatan (cP)

4
3
BENDALIR NANO
2
1 PIAWAI ETILENA GLIKOL
0
0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 0.8 0.9 1
CNT (wt%)

Rajah 4.2 : Graf kelikatan pada suhu (a) 6 °C, (b) 25 °C dan (c) 40 °C
44

Penambahan karbon nano dalam etilena glikol akan mengakibatkan struktur


molekul dalam bendalir nano menjadi bertambah kompleks dan akan mengakibatkan
bendalir tersebut mempunyai kelikatan yang tinggi. Tambahan lagi, menurut
Masoumi et al. (2009) turut menunjukkan semakin tinggi nilai CNT bendalir nano
semakin tinggi nilai kelikatan tercapai. Malah, kelikatan bendalir nano meningkat
disebabkan proses pengagglomerat pada partikel nano. Oleh yang demikian,
kelikatan yang tinggi tidak baik untuk sesuatu sistem misalnya sistem penyejukan.
Jika sesuatu bendalir itu terlalu likat maka pengaliran bendalir dalam sistem
penyejukan itu menjadi sukar dan akan mengakibatkan prestasi sistem penyejukan
menjadi tidak baik.

Selain itu, suhu turut mempengaruhi nilai kelikatan bendalir nano. Semakin
tinggi nilai suhu, kelikatan bendalir akan berkurang. Ini disebabkan pada suhu yang
tinggi pergerakan partikel-partikel dalam bendalir nano adalah aktif sehingga dapat
mengatasi daya yang mengikat partikel-partikel tersebut iaitu daya Van der Waals
dan ikatan hidrogen dalam etilena glikol yang digunakan dalam menghasilkan

IMRAN SYAKIR
bendalir nano tersebut. Justeru, kelikatan bendalir tesebut akan berkurang. Malah,
saiz partikel turut memainkan peranan penting dalam kelikatan. Melalui kajian oleh
Haggenmueller et al. (2009) mengatakan bahawa saiz partikel yang besar akan
mengakibatkan peningkatan kelikatan berlaku. CNT-Nanoamor mempunyai saiz
partikel yang besar berbanding karbon nano tiub yang lain misalnya karbon nano
fiber. CNT-Nanoamor mempunyai luas permukaan spesifik sebanyak 100 m2/g
manakala nilai luas permukaan spesifik bagi karbon nano fiber ialah 43 m2/g.
Justeru, kelikatan semakin meningkat disebabkan saiz partikel CNT-Nanoamor.

4.2.4 Ujian Kecekapan Pemindahan Haba

Dalam ujian ini, tiga sampel bendalir nano yang menunjukkan sifat-sifat
termal yang baik dalam ujian kekonduksian termal dan ujian kelikatan sebelum ini
dipilih untuk menjalani ujian kecekapan pemindahan haba. Tiga sampel bendalir
nano tersebut ialah BN14, BN15 dan BN17. Ketiga-tiga sampel bendalir tersebut
menggunakan bantuan pam untuk mengepam bendalir tersebut ke dalam gegelung
tembaga. Pam yang digunakan mempunyai nilai kadar aliran hingga 800 l/h.
45

Berdasarkan Jadual 4.4, Jadual 4.5 dan Jadual 4.6, ianya menunjukkan hasil
ujian kecekapan pemindahan haba yang dilakukan pada suhu 6 °C, 25 °C dan 40 °C.
Dalam ujian ini, nilai kecekapan pemindahan haba diambil kira dari minit pertama
hingga minit kelima. Ini disebabkan pada minit-minit tersebut telah menunjukkan
nilai kecekapan pemindahan haba yang malar.

Jadual 4.4 : Ujian kecekapan pemindahan haba pada suhu 6°C


Sampel pada Suhu 6 °C
Masa Piawai Etilena 0.1 wt% 0.2 wt% 0.4 wt%
(minit) Glikol
Smasuk Skeluar Smasuk Skeluar Smasuk Skeluar Smasuk Skeluar
0 26.34 18.26 26.49 6.04 27.55 10.33 27.45 6.50
1 25.32 7.78 26.66 7.14 27.25 7.98 27.64 6.42
2 24.18 8.27 26.75 7.12 26.88 7.40 27.69 6.45
3 23.03 8.23 26.44 7.36 26.59 6.69 27.27 6.42
4 21.98 7.76 25.93 7.37 26.59 6.63 26.66 6.38
5 21.25 7.50 25.46 7.30 25.98 6.60 26.56 6.35

IMRAN SYAKIR
Jadual 4.5 : Ujian kecekapan pemindahan haba pada suhu 25 °C
Sampel pada Suhu 25 °C
Masa Piawai Etilena 0.1 wt% 0.2 wt% 0.4 wt%
(minit) Glikol
Smasuk Skeluar Smasuk Skeluar Smasuk Skeluar Smasuk Skeluar
0 26.57 25.46 29.72 27.02 29.93 26.77 30.77 25.11
1 25.94 25.47 29.80 27.00 30.06 26.16 31.54 25.29
2 25.23 25.42 29.83 26.59 29.82 26.06 31.96 25.42
3 24.83 25.32 30.03 25.86 29.25 25.98 30.72 25.34
4 24.71 25.27 30.00 25.84 28.64 25.40 30.46 25.34
5 24.73 25.26 29.81 25.80 28.50 25.36 30.30 25.28
46

Jadual 4.6 : Ujian kecekapan pemindahan haba pada suhu 40 °C


Sampel pada Suhu 40 °C
Masa Piawai Etilena 0.1 wt% 0.2 wt% 0.4 wt%
(minit) Glikol
Smasuk Skeluar Smasuk Skeluar Smasuk Skeluar Smasuk Skeluar
0 31.47 39.41 28.22 39.70 29.96 39.31 31.57 39.85
1 30.24 38.21 27.57 38.61 29.35 39.18 30.94 39.35
2 30.16 39.66 27.92 39.06 30.01 39.81 30.80 39.60
3 30.43 39.85 28.75 39.55 30.67 40.13 31.68 40.12
4 30.45 39.86 29.29 39.87 29.42 38.56 31.92 40.30
5 30.57 40.29 29.89 40.09 31.24 40.38 32.00 40.45

Berdasarkan Jadual 4.7, ianya menunjukkan suhu purata bagi sampel BN14,
BN15 dan BN17 pada suhu 6 °C, 25 °C dan 40 °C yang diambil kira daripada susur
masuk dan keluar gegelung tembaga. Suhu purata diambil kira pada minit ketiga
hingga kelima disebabkan pada minit tersebut kestabilan sampel bendalir tercapai
dalam menjalani ujian kecekapan pemindahan haba. Melalui Jadual 4.7 juga, ianya
menunjukkan berapa banyak haba yang dipindahkan kedalam gegelung tembaga
sewaktu ujian ini dijalankan. Pada suhu bilik iaitu 25 °C, pemindahan haba yang

IMRAN SYAKIR
berlaku pada piawai terlalu kecil sehingga tidak mencapai 1 °C jika dibandingkan
dengan suhu-suhu lain. Manakala, pada suhu 6 °C merupakan suhu purata yang
paling tinggi antara kesemua piawai iaitu 14.26 °C dan ia menunjukkan pemindahan
haba yang bagus berlaku pada suhu tersebut. Pada suhu 40 °C merupakan suhu
purata kedua tertinggi iaitu sebanyak 9.517 °C.

Jadual 4.7 : Suhu purata sampel pada suhu 6 °C, 25 °C dan 40 °C


Kod CNT Suhu Purata (°C)
(wt%) 6 °C 25 °C 40 °C
Piawai - 14.26 0.5266 9.517
BN18 0.1 18.60 4.113 10.53
BN19 0.2 19.75 3.217 9.247
BN21 0.4 20.45 5.173 8.423
47

4.2.4.1 Peningkatan Kecekapan Pemindahan Haba

Berdasarkan Jadual 4.8, peningkatan dalam kecekapan pemindahan haba yang


tertinggi berlaku pada suhu 25 °C dan dituruti 6 °C dan 40 °C. Pada suhu 40 °C dua
sampel bendalir nano menunjukkan nilai negatif dalam ujian kecekapan pemindahan
haba iaitu pada sampel BN15 (-2.837 °C) dan BN17 (-11.50 °C). Oleh yang
demikian, tiada sebarang peningkatan berlaku pada sampel BN15 dan BN17 pada
suhu 40°C.

Jadual 4.8 : Peningkatan kecekapan pemindahan haba pada suhu 6 °C, 25 °C dan
40 °C
CNT Peningkatan (%) Pemindahan Haba pada Suhu
Kod (wt%) 6 °C, 25 °C dan 40 °C
6°C 25°C 40°C
BN14 0.1 30.43 681.05 106.44
BN15 0.2 38.50 510.90 -2.837
BN17 0.4 43.41 882.34 -11.50

IMRAN SYAKIR
Rajah 4.3 menunjukkan perbezaan suhu pada suhu 6 °C, 25 °C dan 40 °C
pada tiga sampel bendalir nano yang berbeza. Pada suhu 6 °C, dapat dilihat melalui
graf tersebut menunjukkan bahawa bendalir nano yang mempunyai CNT sebanyak
0.4 wt% iaitu BN17 mempunyai perbezaan suhu yang tertinggi iaitu 20.45 °C dan
mempunyai peratus peningkatan sebanyak 43.41% dan melebihi nilai piawai sebenar
iaitu 14.26 °C. Perbezaan suhu yang paling rendah berlaku pada BN14 iaitu
sebanyak 18.60 °C dan mempunyai peratus peningkatan sebanyak 30.43%. Oleh
yang demikian, nilai perbezaan suhu kedua tertinggi iaitu 19.75 °C berlaku pada
BN15 dan mempunyai peningkatan sebanyak 38.50%.

Manakala, perbezaan suhu terhadap CNT 0.1 wt%, 0.2 wt% dan 0.4 wt%
pada suhu 25 °C menunjukkan bahawa pada CNT 0.2 wt% merupakan bendalir nano
yang mempunyai nilai perbezaan suhu yang terendah iaitu 3.217 °C namun
mempunyai peningkatan sebanyak 510.90%. Selain itu, bendalir nano yang
mempunyai kandungan CNT sebanyak 0.4 wt% merupakan sampel yang
mengandungi nilai perbezaan tertinggi dan diikuti 0.1 wt% iaitu sebanyak 5.173 °C
dan 4.113 °C.
48

Pada suhu 40 °C dapat dilihat nilai perbezaan suhu pada bendalir nano yang
mengandungi CNT sebanyak 0.2 wt% dan 0.4 wt% adalah dibawah nilai piawai
sebenar iaitu 9.247 °C dan 8.423 °C. Lantas hanya satu sampel iaitu BN14 (0.1 wt%)
yang melepasi nilai piawai sebenar bagi perbezaan suhu iaitu sebanyak 10.53 °C.
Justeru, pada nilai 0.2 wt% dan 0.4 wt% tiada sebarang peningkatan berlaku dalam
kecekapan pemindahan haba.

25

43.41 %
38.50 %
20 30.43 % 6 °C
Perbezaan Suhu, ∆T (°C)

25 °C

15 40 °C

106.44%
10 -2.837%
-11.50%

882.34%
5 681.05%
510.90%

IMRAN SYAKIR 0
Piawai 0.1
CNT (wt%)
0.2 0.4

Rajah 4.3 : Graf perbezaan suhu,∆T terhadap CNT wt% pada suhu 6°C, 25°C dan
40°C

Pemindahan haba amatlah dipengaruhi oleh kekonduksian termal. Justeru,


kekonduksian termal yang bagus akan mengakibatkan pemindahan haba yang bagus.
Melalui kajian ini dapat dilihat pada Jadual 4.2 terdahulu, tiada sebarang peningkatan
dalam kekonduksian termal. Namun dalam ujian ini, ianya menunjukkan bahawa
berlakunya peningkatan yang bagus dalam proses pemindahan haba. Ini mungkin
turut dipengaruhi oleh proses ultrasonikator yang dilakukan dengan sempurna
bahkan tiada sebarang pemendapan berlaku. Sebelum sebarang ujian dilakukan,
kesemua sampel bendalir nano akan menghadapi proses ultrasonikator semula. Ianya
untuk mengelakkan sebarang pemendapan berlaku.
49

Kepekatan bendalir nano turut mempengaruhi kecekapan pemindahan haba


iaitu semakin tinggi nilai CNT bendalir nano akan menyebabkan pemindahan haba
yang berlaku menunjukkan nilai yang tinggi. Ianya dapat dilihat pada Jadual 4.7,
nilai pemindahan haba meningkat dengan penambahan CNT pada suhu 6 °C. Selain
itu, faktor yang turut mempengaruhi pemindahan haba ialah panjang paip yang
digunakan dan diameter gegelung tembaga. Justeru, kehilangan haba boleh berlaku
pada paip yang digunakan dan boleh menyebabkan kadar pemindahan haba
berkurang. Oleh disebabkan itu, penurunan nilai kecekapan pemindahan haba
berlaku pada suhu 40 °C pada BN15 dan BN17.

4.2.5 Ujian Haba Tentu

Ujian haba tentu turut dilakukan pada tiga sampel terbaik iaitu BN14, BN15
dan BN17. Jumlah bendalir nano yang diperlukan dalam ujian ini hanya 0.5 g pada
setiap sampel bendalir nano. Bom kalorimeter digunakan dalam ujian ini untuk

IMRAN SYAKIR
mendapatkan nilai haba tentu pada setiap sampel. Jadual 4.9 menunjukkan keputusan
ujian haba tentu.

Jadual 4.9 : Ujian haba tentu


Kod CNT Haba Tentu
(wt%) (cal/g)
Piawai - 18 446
BN14 0.1 18 814
BN15 0.2 18 561
BN17 0.4 18 466

4.2.5.1 Peningkatan Haba Tentu

Jadual 4.10 menunjukkan peningkatan haba tentu apabila berlakunya


penambahan CNT dalam bendalir. Peningkatan haba tentu dihitung dengan
menggunakan Persamaan 4.1 dan contoh pengiraan dilampirkan pada Lampiran B.
BN14 merupakan sampel yang mempunyai nilai peningkatan haba tentu yang
tertinggi iaitu 1.995%, diikuti BN15 (0.6234%) dan BN17 (0.1084%).
50

HT. BN - HT. Piawai


Peningkatan Haba Tentu   100% (4.1)
HT. Piawai
Yang mana,
HT = Haba tentu
BN = Bendalir nano
Piawai = Etilena Glikol

Jadual 4.10 : Peningkatan haba tentu


Kod CNT (wt%) Peningkatan (%) Haba
Tentu
BN14 0.1 1.995
BN15 0.2 0.6234
BN17 0.4 0.1084

Merujuk pada Rajah 4.4, ianya menunjukkan haba tentu pada tiga sampel
bendalir nano yang mengandungi nilai CNT 0.1 wt%, 0.2 wt% dan 0.4 wt%. Dapat

IMRAN SYAKIR
dilihat pada graf tersebut semakin tinggi nilai CNT, nilai haba tentu semakin
berkurangan. Pada CNT sebanyak 0.4 wt% menunjukkan nilai haba tentu sebanyak
18466 cal/g hampir menyamai nilai piawai sebenar etilena glikol iaitu 18446 cal/g.
Namun, kesemua nilai haba tentu menunjukkan tindak balas yang positif apabila
berlakunya penambahan CNT dalam etilena glikol kerana semua nilai haba tentu
bendalir nano melebihi nilai haba tentu pada piawai sebenar etilena glikol.
51

18850
18800
18750 BENDALIR NANO
Haba Tentu (cal/g)) 18700 PIAWAI ETILENA GLIKOL
18650
18600
18550
18500
18450
18400
0 0.05 0.1 0.15 0.2 0.25 0.3 0.35 0.4
CNT (wt%)

Rajah 4.4 : Graf haba tentu melawan CNT (wt%)

Penurunan nilai haba tentu apabila nilai CNT bertambah adalah dipengaruhi
oleh kelikatan CNT dan saiz-saiz partikel dalam bendalir tersebut. Berdasarkan
kajian ilmiah yang dinyatakan sebelum ini, semakin tinggi nilai CNT semakin besar
saiz-saiz partikel dan akan menyebabkan haba tentu berkurangan.

IMRAN SYAKIR Berdasarkan nilai haba tentu yang didapati dalam ujian ini, BN14 merupakan
sampel bendalir nano yang dapat membebaskan tenaga haba yang paling rendah
berbanding BN15 dan BN17. Tambahan lagi, ketiga-tiga sampel bendalir nano
tersebut juga mempunyai keupayaan untuk menyimpan tenaga haba kerana melebihi
nilai haba tentu piawai sebenar. Disebabkan BN14 merupakan sampel bendalir yang
dapat membebaskan tenaga haba paling rendah maka ianya mempunyai keupayaan
yang tinggi dalam meyimpan tenaga haba berbanding sampel-sampel lain.
52

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 KESIMPULAN

Kajian terhadap dispersi karbon nano dalam etilena glikol adalah merupakan
salah satu inisiatif untuk meningkatkan kadar sifat-sifat termal seperti kekonduksian
termal, kelikatan, kecekapan pemindahan haba dan haba tentu. Dalam kajian ini,

IMRAN SYAKIR
karbon nano tiub yang digunakan adalah CNT-Nanoamor yang tergolong dalam
kumpulan MWCNT yang mempunyai kumpulan berfungsi hidroksil yang
memudahkan lagi dispersi berlaku dalam bendalir tersebut. Manakala, ejen dispersi
yang digunakan ialah PVP yang mempunyai peranan dalam meningkatkan kestabilan
bendalir nano dan etilena glikol sebagai bendalir asas. Malah, PVP juga merupakan
ejen dispersi yang mudah larut dalam bendalir walaupun bendalir tersebut bersuhu
sejuk.

Namun, hasil kajian menunjukkan kekonduksian termal tidak menunjukkan


sebarang peningkatan melalui penambahan CNT. Ini berkemungkinan bendalir nano
mengalami proses pengagglomeratan. Manakala, dalam ujian kelikatan menunjukkan
peningkatan yang tinggi jika nilai kepekatan CNT semakin bertambah. Hal ini
kerana, melalui penambahan CNT dalam bendalir menyebabkan struktur partikel-
partikel bendalir menjadi semakin kompleks dan menyebabkan kelikatan bendalir
semakin bertambah. Manakala, tiga sampel yang terbaik dalam kajian ini ialah BN14
(0.1 wt%), BN15 (0.2 wt%) dan BN17 (0.4 wt%) dan dipilih dalam menghadapi
ujian kecekapan pemindahan haba dan haba tentu.
53

Ujian kecekapan pemindahan haba turut menunjukkan peningkatan pada suhu


tertentu iaitu pada suhu 6 °C dan 25 °C. Nilai kelikatan CNT memainkan peranan
dalam meningkatkan nilai kecekapan pemindahan haba. Manakala pada suhu 40 °C
berlaku penurunan pada BN15 dan BN17. Ini disebabkan oleh diameter paip dan
gegelung tembaga yang mempengaruhi nilai kecekapan pemindahan haba tersebut.
Bagi ujian haba tentu, ianya juga menggunakan tiga sampel bendalir yang terbaik
untuk menjalani ujian haba tentu. Hasil ujian mendapati semakin tinggi nilai CNT
nilai haba tentu akan berkurang. Ini kerana haba tentu dipengaruhi oleh kepekatan
CNT dan saiz-saiz partikel dalam bendalir nano. Natijahnya, faktor- faktor yang
mempengaruhi sifat-sifat termal dalam kajian ini ialah kepekatan CNT, suhu dan saiz
partikel bendalir nano.

5.1 CADANGAN

Proses ultrasonikator memainkan peranan yang penting dalam kajian ini

IMRAN SYAKIR
untuk mengelakkan berlakunya proses agglomerat dalam bendalir nano. Justeru,
sebelum menjalankan sebarang eksperimen terhadap sifat-sifat termal pastikan
bendalir nano tersebut melalui proses ultrasonikator terlebih dahulu sekurang-
kurangnya satu jam ataupun lebih. Selain daripada itu, dalam ujian kecekapan
pemindahan haba untuk mengelakkan bendalir tersebut kehilangan haba pada
persekitaran luar, paip yang digunakan haruslah disarungkan dengan penebat. Lantas,
akan dapat mengurangkan berlakunya kesilapan pada data eksperimen. Selain itu,
cadangan menggunakan pam yang mempunyai kadar aliran melebihi 800 l/h. Ini
disebabkan etilena glikol mempunyai kelikatan yang tinggi berbanding air dan
mengakibatkan kadar pengaliran etilena glikol melalui paip sangat rendah.
54

RUJUKAN

Anwar G., Sadollah E., LajevardiM., Isfahanu T.D., Hadi I., dan Jamshid S. (2010).
“New Class of Coolants: Nanofluids.” Dragica Vasileska.12. m/s 251-254

Eastman J.A., Choi U.S., Li S., Thompson L.J., dan Lee S. (1997). “Enhanced
Thermal Conductivity through the Development of Nanofluids.” Material Research
Society Symposium-Proceedings. 457. m/s 3-11

Eastman J.A., Choi S.U.S., Li S., Yu W., dan Thompson L.J. (2001). “Anomalously
Increased Effective Thermal Conductivities of Ethylene Glycol – Based Nanofluids

IMRAN SYAKIR
Containing Copper Nanoparticles.” Applied Physics Letters. 78. m/s 718-720

Fovet Y., Gal J.Y., dan Toumelin-Chemla F. (2001). “Influence of pH and Fluoride
Concentration on Titanium Passivating Layer: Stability of Titanium Oxide.” Talanta.
53. m/s 1053-1063

Haggenmueller, R., Du, F.,Fischer, J.E dan Winey, K.I., (2009). “Interfacial Situ
Polymerization of Single Wall Carbon Nanotube/Nylon 6,6
Nanocomposites.”Polymer. 42. m/s 2381-2388

Hays A., Marsh C.P., Franks, R. dan Alvarado J. (2006). “The Effect of
Nanoparticles Agglomeration on Enhanced Nanofluid Thermal Conductivity.”
International Refrigeration and Air Conditioning Conference. m/s 829

Hwang Y., Lee J.K., dan Lee C.H. (2007). “Stability and Thermal Conductivity
Characteristics of Nanofluids.” Thermochimica Acta. 455. m/s 70-74
55

Jang S.P., dan Choi S.U.S. (2006). “Cooling Performance of a Microchannel Heat
Sink with Nanofluids.” Applied Thermal Engineering. 26. m/s 2457-2463

J. A. Eastman, S. U. S. Choi, S. Li, W. Yu, dan L. J. (2001). “Anomalously Increased


Effective Thermal Conductivities of Ethylene Glycol-based Nanofluids Containing
Copper Nanoparticles,” Applied Physics Letters. 78. m/s 718–720

Kanagaraj,S., Ponmozhi,J., Varanda, F.R., Silva, J.A.L.,Fonseca, A.,Oliveira,


M.S.A., dan Simoes,J.A.O., (2008). “Rheological Study of Nanofluids at Different
Concentration of Carbon Nanotubes.”Proceedings of 19th National 7 8th ISHMT-
ASME HMT Conferemce.7.m/s 1-6

Kole M., dan Dey T.K. (2010). “Thermal Condcutivity and Viscosity of Al2O3
Nanofluid based on Car Engine Coolant.” Journal of Physics D. 43. m/s 31

Kulkarni D.P., das D.K., dan Vajjha R.S. (2009). “Application of Nanofluids in

IMRAN SYAKIR
Heating Buildings and Reducing Pollution.” Applied Energy. 86. m/s 2566-2573

Li X., Zhu D., dan Wang X. (2007). “Evaluation on Dispersion Behavior of the
Aqueous Copper Nano-Suspensions.” Journal of Colloid and Interface Science. 310.
m/s 456-463

Lee S., Choi S.U.S., dan Eastman J. (1999). “Measuring Thermal Conductivity of
Fluids Containing Oxide Nanoparticles.” Journal of Heat Transfer.121. m/s 280-289

Leong K. Y., Saidur R., Kazi S. N. dan Mamun A.H. (2010). “Performance
Investigation of An Automotive Car Radiator Operated with Nanofluid-Based
Coolants.” Applied Thermal Engineering. 30. m/s 2685-2692.
.
Lu M., Hhuang C. (2013). “Specific Heat capacity of Molten Salt-Based Alumina
Nanofluid.” Nanoscale Res Lett. 8(1). 292.

Mahmodi M., (2001). “Mixed Convection Inside Nanofluid Filled Rectangular


Enclosures with Moving Bottom Wall.” Thermal Science. 15. m/s 889-903
56

Marquis., F.D.S., Chibante., dan L.P.F. (2005). “Improving the Heat Transfer of
Nanofluids and Nanolubricants with Carbon Nanotubes.” JOM. 12. m/s 32-43

Masoumi N., Sohrabi N., dan Behzadmehr A. (2009). “A New Model for Calculating
the Effective Viscosity of Nanofluids.”Journal of Physics.42.m/s5

Mukherjee S., dan Paria S. (2013). “Preparation and Stability of Nanofluids-A


Review”. IOSR-JMCE. 9(2). m/s 63-69.

Murshed S., Leong KC., dan Yang C. (2008). “Thermophysical and Electrokinetic
Properties of Nanofluids”. Applied Thermal Engineering. 28. m/s 2109.

Neti S., Mohapatra S., Yijun Y., dan Alparslan O. (2012). “Particle Agglomeration
and properties of Nanofluids.” Research Paper.14.m/s 1-10.

Pastoriza-Gallego M., Lugo L., Legido L., dan Pineiro M. (2011). “ Thermal

IMRAN SYAKIR
Conductivity and ViscosityMeasurement
Nanofluids.” Nanoscale Res Lett. 6(1). 221
of Ethylene Glycol-Based

Patel H. E., Anoop K. B. dan Sundarajan T. (2008). “Model for Thermal


Al2O3

Conductivity of CNT-Nanofluids.” Bull. Material Science. 31. m/s. 387-390

Ranakoti G., Kosti S., Nemade R. dan Dewangan S. (2012). “Heat Transfer
Enhancement by Nano Fluids.” Convective Heat and Mass Transfer. m/s. 1-6

Rouxel D., Nguyen VS., dan Hadji R. (2011). “Effect of Ultrasonication and
Dispersion Stability on the Cluster Size of Alumina Nanoscale Particles in Aqueous
Solutions.” Ultarson sonochem.18.m/s 382.

Sahooli M., Sabbagh S. dan Shariaty M. N. (2012). “Preparation of CuO/Water


Nanofluids Using Polyvinylpyrolidone and a Survey on Its Stability and Thermal
Conductivity”. Int. J. Nanosci. Nanotechnol. 8. 1. m/s. 27-34
57

Shin D., dan Banerjee D. (2011). “Enhanced Specific Heat of Silica Nanofluid.”
Heat Transfer. 133:024501

Shin D., Banerjee D. (2011). “ Enhancement of Specific Heat Capacity of High-


temperature Silica-Nanofluids Synthesized in Alkali Chloride Salt Eutectics for Solar
Thermal-Energy Storage Applications.” Int J Heat Mass Transfer. 54. m/s 1064-
1070

Singh N., Chand G., dan Kanagaraj S. (2012). “Investigation of Thermal


Conductivity and Viscosity of Carbon Nanotubes-Ethylene Glycol Nanofluids.” Heat
Transfer Engineering. 33(9). m/s 821-827

Singh A.K., dan Raykar V.S. (2008). “Microwave Synthesis of Silver Nanofluids
with Polyvinylpyrrolidone (PVP) and their Transport Properties.” Colloid and
Polymer Science. 286. m/s 1667-1673

IMRAN SYAKIR
Tzeng S.C., Lin C.W., dan Huang K.D. (2005). “Heat Transfer Enhancement of
Nanofluids in Rotary Blade Coupling of Four-wheel-drive Vehicles.” Acta
Mechanica. 179. m/s 11-23

Wang X., Xu X., dan Choi S.U.S. (1999). “Thermal Conductivity of Nanoparticles –
Fluid Mixture.” Journal of Thermophysics and Heat Transfer. 13. m/s 474-480

Waterloo maple Inc. (2008). Designing AMore Effective Car Radiator. Retrieved
from http://www.maplesoft.com/Radiator.pdf

Wei X., dan Wang L. (2010). “Synthesis and Thermal Conductivity of Microfluidic
Copper Nanofluids.” Particuology. 8. m/s 262-271.

Wei X., Zhu H., Kong T., dan Wang L. (2009). “Synthesis and Thermal Conductivity
of Cu2O Nanofluids.” International Journal of Heat and Mass Transfer. 52. m/s
4371-4374
58

Wei Y., dan Huaqing X. (2012). “A Review on Nanofluids:Preparation, Stability


Mechanisms, and Applications.” Journal of Nanomaterials. 1. m/s1-17

Wen DS.(2010).“Nanofuel as a Potential Secondary Energy Carrier.” Energy


Environ Sci. 3. m/s 591

X.F. Li., D.S. Zhu., X.J. Wang., N. Wang., J.W. Gao., dan H. Li. (2008) “Thermal
Conductivity Enhancement Dependent pH and Chemical Surfactant for Cu-H2O
Nanofluids.” Thermochim.Acta.469. m/s 98-103

Xie H. dan Chen L. (2009). “Adjustable Thermal Conductivity in Carbon Nanotube


Nanofluids.” Physics Letetrs Section A. 373. m/s 1861-1864

Yu W., Xie H., Chen L., dan Li Y. (2009). “Thermal Performance Enhancement in
Nanofluids Containing Diamond Nanoparticles.” Journal of Physics D. 42. m/s 9

IMRAN SYAKIR
Yuqing., M., Jianrong C.,dan Xiaohua W. (2004). “Using Electropolymerized Non-
Conducting Polymers to Develop Anzyme Amperometric Biosensors.” Trends in
Biotechnology. 22. m/s 227-231

Zhou L-P., Wang B-X., Du X-Z., dan Yang Y-P. (2010). “On the Specific Heat
Capacity of CuO Nanofluid.” Advances in Mechanical Engineering. m/s 1-4

Zhu D., Li X., Wang N., Wang X., Gao J. dan Li H. “Dispersion Behavior and
Thermal Conductivity Characteristics of Al2O3-H2O Nanofluids.” Current Applied
Physics. 9.m/s 131-139

Zhu T.H., Yin Y.S., dan A. (2004). “A Novel One- Step Chemical Method
Preparation of Copper Nanofluids.” Journal of Colloid and Interface Science. 227.
m/s 100-130
59

BIBLIOGRAFI

Kaptay, G. (2012). “Interfacial Forces in Dispersion Science and Technology”.


Journal Of Dispersion Science And Technology. 33. m/s 130-140

Wang, B., Tian, C., Wang, L., Wang, R., dan Fu, H. (2009). “A Green Carbon
Source for the Synthesis of Graphitic Nanocarbon, Tungsten Carbide and Graphitic
Nanocarbon/Tungsten Carbide Composites”. Nanotechnology. 21.

Djong-chi CHU. (1976). “Etylene Imine Sensitivity and Induction of Grain size
Mutations in Rice”.26. m/s 187-196

IMRAN SYAKIR
60

LAMPIRAN A

NO PERKARA AKTIVITI PSM 1 (Minggu)


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
1 Kajian Ilmiah
2 Persediaan Bahan
Eksperimen
3 Formulasi Bendalir Nano
:
CNT + PVP + Etilena
Glikol

IMRAN SYAKIR
4
5
Ujian Kestabilan
Ujian Sifat-sifat Termal:
1. Kekonduksian
Termal
2. Spesifik Haba
3. Kelikatan
4. Kecekapan
Pemindahan
Haba
6 Penilaian Data
7 Pembentangan PSM 1
8 Penulisan Laporan
61

LAMPIRAN B

Contoh Pengiraan

MWCNT
Berat peratus MWCNT = 0.1 wt%
MWCNTwt%
Berat MWCNT =  44 g
100
0.1
=  44
100
=0.044 g
Berat MWCNT

IMRAN SYAKIR
Jumlah Bendalir Nano (ml) =

=
KetumpatanMWCNT
0.044
2.1
= 0.02095 ml
PVP
10% dari berat peratus MWCNT
10
0.1  = 0.01 wt%
100
PVP wt%
Berat PVP =  44 g
100
0.01
=  44
100
= 0.0044 g
Berat PVP
Jumlah Bendalir Nano (ml) =
KetumpatanPVP
0.0044
=
1.2
= 0.003666 ml
62

Etilena Glikol
wt% Etilena Glikol = 100 – 0.1 – 0.01
= 99.89 wt%
EG wt%
Berat Etilena Glikol =  44 g
100
99.89
=  44
100
= 43.95 g
Berat EG
Jumlah Etilena Glikol =
Ketumpatan EG

43.95
=
1.113
= 39.49
Jumlah Bendalir Nano = Jumlah MWCNT + Jumlah PVP + Jumlah EG
= 0.02095 + 0.003666 + 39.49
= 39.51 ml

IMRAN SYAKIR
Peningkatan Haba Tentu

Peningkatan haba tentu 


HT. BN14  HT. Piawai
HT. Piawai
 100%

18814  18446
=  100%
18446
= 1.995%

Anda mungkin juga menyukai