Anda di halaman 1dari 2

BERITA»Kes

Jumaat, 2 Februari 2018 | 11:09pm

ENAM daripada tujuh beradik termasuk kanak-kanak 10 tahun yang didapati positif dadah dalam pemeriksaan di sebuah rumah di
Kampung Desa Keda Kampung Bukit. - Foto Ihsan AADK

Wajar pisahkan 7 beradik positif dadah


ALOR SETAR: Kanak-kanak 10 tahun dan enam beradiknya yang lain perlu dipisahkan untuk mengelakkan mereka
terus terjebak dengan dadah serta gejala sosial yang lain termasuk sumbang mahram dan kecurian di kawasan
kampung berkenaan. Pensyarah Program Psikologi dan Kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya
Dr Noor Azniza Ishak berkata, beliau mencadangkan supaya pihak berkaitan untuk memisahkan adik-beradik
berkenaan untuk kebaikan mereka.

Beliau berkata, mereka perlu diletakkan di pusat pemulihan atau diberi perhatian sepenuhnya bagi mengelakkan
terjebak dalam gejala lebih buruk. Noor Azniza berkata, daripada penilaiannya, semua mereka yang berusia 10
hingga 30 tahun itu dipercayai kurang kasih sayang selepas kematian ibu bapa. Lebih memburukkan keadaan, kanak-
kanak berusia 10 tahun yang berlainan ibu pula turut tidak merasai belaian kasih sayang keluarga.

"Disebabkan itulah dia tidak berminat untuk belajar tetapi nasib tidak baik apabila tinggal bersama kakak dan
abangnya yang juga menagih dadah, menyebabkan dia ingin mencuba atas rasa ingin tahu.
"Dalam kes ini, saya fikir kanak-kanak dan abangnya yang masih remaja berusia 16 dan 17 tahun serta dua kakaknya
itu mungkin masih baru mencuba dadah manakala dua lagi abangnya termasuk seorang yang masih direman Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta abang kedua yang juga pengawal keselamatan adalah penagih.

"Kalau kita tak lakukan dari sekarang, mungkin mereka akan mencari benda lain, kalau tak dapat syabu, mungkin
mereka akan mencari dadah lain kerana ketagih," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas laporan semalam mengenai tujuh beradik didapati positif dadah jenis syabu termasuk murid berusia
10 tahun ketika pemeriksaan oleh pihak berkuasa di rumah mereka di Desa Keda, Kampung Bukit Pokok Sena.

Pemeriksaan AADK Kota Setar/Pokok Sena bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga
Wilayah Kedah (KEDA) dan penghulu Bukit Lada yang kemudian melakukan ujian saringan awal terhadap mereka
sebelum mendapati emuanya positif dadah.

Mengikut laporan itu, kanak-kanak itu dibawa JKM ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan ditempatkan di wad
kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala dua abangnya yang berusia 16 dan 17 tahun pula diberi
rawatan sebagai pesakit luar manakala empat beradik yang lain diletakkan di bawah pengawasan AADK.
4104 dibaca
Awat hangpa jadi lagu ni...?

ENAM beradik termasuk kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang didapati positif dadah. FOTO Ihsan AADK

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

MURID lelaki, 10, bersama enam adik-beradiknya didapati positif dadah dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh
Agensi Antidadah (AADK) Kedah di Desa KEDA Kampung Bukit, Pokok Sena, hari ini. Pemeriksaan pada 10 pagi
dilakukan AADK Kota Setar/Pokok Sena dengan diketuai Ketua Unit Pencegahan AADK Kota Setar Suria Azlina
Shaarin bersama kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan
Penghulu Bukit Lada.

Ikon AADK Kedah Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, pihaknya bersama anggota beberapa agensi terkejut
mendapati air kencing kanak-kanak berkenaan positif dadah jenis syabu ketika melakukan pemeriksaan di rumah
keluarga itu.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati tujuh beradik yang berusia 10 hingga 30 tahun positif dadah.
"Mereka mempunyai lapan beradik, tetapi kakak sulung tinggal di negeri lain, manakala abang kedua berusia 30 tahun
yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dipercayai terjebak dengan dadah selepas kematian bapa mereka empat
tahun lalu.

"Sejak itu, adik-beradiknya yang lain turut terjebak dengan dadah dengan dua daripadanya perempuan termasuk
seorang bergelar ibu tunggal," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan sebagai usaha menyelamatkan tujuh beradik itu daripada hanyut
dengan dadah. Katanya, sebelum ini murid Tahun Empat terbabit belajar di sebuah sekolah rendah di Padang Terap,
tetapi dia pulang ke rumah untuk tinggal bersama keluarga sambil mendakwa kehidupannya tidak selesa.

"Difahamkan, dua kakak dan empat abangnya adalah anak daripada ibu lain yang sudah meninggal dunia akibat
kanser sejak 10 tahun lalu, manakala kanak-kanak itu daripada ibu baru, namun tidak pernah datang menjenguknya.
"Abang keempatnya masih direman oleh AADK selepas ditahan minggu lalu kerana terbabit dengan dadah, manakala
abang keenam dan ketujuh berusia 16 dan 17 tahun sudah tidak bersekolah," katanya.

Menurutnya, dua beradik perempuan berusia 25 dan 22 tahun pula tidak bekerja, namun mereka ditanggung oleh
abang kedua yang juga menagih dadah. Katanya, kanak-kanak itu kini dijaga oleh JKM dan ditempatkan di wad kanak-
kanak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut, manakala dua abangnya menerima rawatan sebagai
pesakit luar di HSB.

"Empat beradik yang lain berada di bawah pengawasan AADK, dan kita akan melihat sama ada perlu dihantar ke
pusat pemulihan atau sebaliknya, namun turut diberi kaunseling,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2018 @ 5:35 PM

Anda mungkin juga menyukai