Anda di halaman 1dari 21

Peranan Seni Dalam Pendidikan Dan Penghubungkaitan Di Antara Seni Visual, Muzik Dan

Pergerakan

1.0 Pengenalan

Pendidikan menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga


Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara
yangmemberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan
inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat relevan dengan
aspirasipendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang
membolehkanfikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud
dan disebabkan itu elemen seni dalam pendidikan banyak diterapkan dalam KSSR bagi mata
pelajaran di peringkat sekolah rendah.

1.1 Definisi Seni

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni
bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara,
seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan
pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni
juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman
memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran
haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif
untuk seseorang individu.

Dalam membincangkan Seni Dalam Pendidikan, terlebih dahulu, kita harus mengetahui
konsep seni itu sendiri. Mengikut Kamus Dewan ( 2012 ), seni didefinisikan sebagai karya
(sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu
yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni,
bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan
adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang
berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam
menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Rena Upitis (
2011 ) pula berpendapat bahawa seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk – bentuk yang
dapat melahirkan kesenangan hati yang lahir daripada rasa estetika.

1
Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai
kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila
dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai
aspek.

1.2 Definisi Pendidikan

Pendidikan menurut Akhmal. et.al. ( 2011 ) pendidikan mempunyai beberapa skop


definisi yang menurut beliau pendidikan adalah suatu usaha yang dilakukan bagi
membangunkan potensi yang ada di dalam diri manusia. Pendidikan dapat dihuraikan menerusi
dua sudut pandangan. Sudut pandangan yang pertama adalah berkaitan dengan masyarakat.
Masyarakat memandang pendidikan sebagai suatu proses pewarisan atau penyaluran
kebudayaan yang mengandungi nilai – nilai budaya oleh generasi tua kepada generasi muda
secara berterusan supaya kelangsungan hidup sesebuah masyarakat dapat berlaku. Sudut
pandangan yang kedua pula adalah menjurus kepada individu. Menerusi sudut individu,
pendidikan merupakan proses membangunkan dan menggilap potensi-potensi serta
mengembangkan kebolehan serta memindahkan sesautu kesimpulan penyelidikan yang
merupakan satu tarnsisi memberi dan menerima antara potensi individu dan budaya daripada
satu generasi ke satu generasi yang lain.

1.3 Seni Dalam Pendidikan

Menurut Faridah Nazir.et.al ( 2015 ) Seni dalam Pendidikan secara umumnya meliputi tiga
kompenan utama iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni pergerakan. Ketiga–tiga kompenan ini
adalah sebagai asas kepada pentingnya Seni Dalam Pendidikan bagi menggembangkan
potensi murid–murid melalui pembelajaran secara optimum , menyeluruh dan menyeronokkan
ketika di alam persekolahan. Pengajaran mata pelajaran ini secara tidak langsung dapat
menimbulkan minat murid–murid untuk belajar sambil bermain. Melalui pengajaran dan
pembelajaran Seni Dalam Pendidikan, aktiviti utama yang diberikan penekanan kepada
imaginasi, ekspresi, inkuiri, kreativiti dan kepelbagaian kecerdasan murid–murid. Seni dalam
pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting.
Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik

2
1.3.1 Peranan Seni Pendidikan Terhadap Murid

Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan
penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi
seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam
kehidupan. Melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang diterapkan di sekolah rendah
sememangnya bersifat global bersedia bagi membentuk murid–murid ke arah matlamat yang
telah dirangcangkan. Dalam Falsafah Pendidikan Negara, ada dinyatakan tentang usaha yang
berterusan ke arah memperkembangkan bakat dan potensi individu. Maka kebolehan dan
minat murid–murid yang ada tidak patut disia- siakan kerana peranan Pendidikan Seni Visual
amat penting untuk pembentukan individu yang seimbang dan bersepadu ini. Tanpa warna
kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak
menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen
Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan
sesebuah kebudayaan, emosi dan maksud dalam karya seni visual. Bagi proses pembelajaran
di sekolah untuk mengembangkan kreativiti murid-murid.

Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan
kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan
sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak
kanak-kanak lagi. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu
dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan
lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid
digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini
akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk
faedah sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan
pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

Pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid

3
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan
konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan
murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,
manipulasi dan persepsi visual.

Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Hal ini disebabkan kanak-
kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak dilahirkan dengan
kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Kreativiti yang terdapat di dalam diri kanak-kanak
adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan bimbingan
yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja. Bukan itu sahaja Seni visual ini juga
dapat memberi keyakinan, murid akan lebih fokus dalam pelajaran serta dapat menyelesaikan
masalah sikap seseorang murid itu sendiri melalui hasil karya yang dibuat. Hal ini telah
dijelaskan oleh Jensen ( 2001) yang menyatakan bahawa :

“There is mounting evidence that experiences in the arts develop self-confidence.


Researchs report, for example, that arts learning fosters co-operative, focused behaviour,
problem-solving,and the development of fair-minded citizens”

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan
sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita
mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang
untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya
akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi
titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita
tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama
yang terkandung dalam Muzik digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan
susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.Apakah pengaruh irama atau muzik terhadap
perkembangan murid. Utusan online ( 2009 ) Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME)
contohnya, mengalu-alukan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sejak sekian
lama prihatin dalam menerapkan pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah.

4
Mata pelajaran muzik yang diserapkan menerusi ko-kurikulum sekolah memang suatu
pendekatan yang seiring dengan keperluan negara dalam menuju ke arah negara maju. Bak
kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebung. Kita sepatutnya mengambil contoh negara-
negara maju seperti Jepun yang mewajibkan setiap murid gred 1 hingga 9 (tahun 1 hingga
tingkatan 3) mengikuti pelajaran muzik selama 120 minit seminggu. Boleh dikatakan setiap
sekolah di Jepun menyediakan kemudahan dan peralatan serta bahan pengajaran lengkap
untuk pengajaran matapelajaran muzik. Sementara di Jerman pula, setiap murid dari peringkat
tadika hingga ke gred 12 (tingkatan 2) pula diwajibkan mengikuti mata pelajaran muzik
sekurang-kurangnya 90 minit seminggu. Pendedahan dalam bidang muzik terutamanya
daripada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak amat penting dan dipercayai banyak
mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak. Tidak hairanlah ramai pakar psikologi Barat
yang mendedahkan muzik pada peringkat dalam kandungan lagi dengan muzik-muzik tertentu
seperti klasikal bagi membantu perkembangan otak janin.

Selain itu, irama dapat merangsang minda murid untuk memberikan tumpuan apa yang
sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi
hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti
dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan
aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Irama yang diaplikasikan dalam
pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung,
elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung
kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Pelajar akan menjadi
lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok

Melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran


yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri
dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya yang dapat membawa kepada
perkembangan jasmani, emosi, fizikal , intelek dan sosial. Menurut artikel Parenting Series (
2011) pergerakan aktiviti fizikal latihan pergerakan kanak- kanak dapat memberikan
pengalaman dalam pergerakkan dengan membina jasmani dengan cara koordinasi otot dan
kelembutan badan. Pada peringkat kanak-kanak sememangnya aktif dan permaian merupakan
satu kaedah dalam membantu perkembangan kanak- kanak.

5
1.3.2 Peranan Seni Dalam Pendidikan Kepada Pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan


seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru dengan
pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan
Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain.
Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
ekspresi, inkuiri dan kecerdasan. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan
memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di
antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik adalah seperti melahirkan guru
yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketerampilan dan profesional di mana guru
yang kreatif serta inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan
lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru
dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan
mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada
murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

Selain itu, Seni dalam Pendidikan juga membantu guru melaksanakan dengan mudah
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini disebabkan para guru dalam memahami diri dan
persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait
semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan
proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran dan seterusnya objektif atau matlamat
guru akan tercapai.

Kelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran juga dapat
diaplikasikan dalam pengajaran.Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983)
mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi
penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.
Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana
manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai
teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta
kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran

6
yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman
unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat
dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.

2.0 Penghubungkaitan Antara Seni Visual, Muzik Dan Pergerakan Dengan Mata
Pelajaran Bahasa Malaysia

Secara umumnya seni adalah berkaitan dengan hal- hal yang berkenaan keindahan atau
estetika yang merangkumi aspek – aspek jasmani dan rohani individu masyarakat. Seni
disifatkan sebagai sesuatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta
pengetahuan yang nyata. Daripada perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang –
bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan
penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu
lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan.

Tidak dinafikan bahawa keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk
pengajaran penerokaan ,pengembangan kreativiti, proses – proses berfikir secara kritis dan
kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej
kendiri yang utuh.

Apabila kita memperkatakan tentang penghubungkaitan dalam seni dalam pendidikan


perlu diketahui terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan penghubungkaitan. Menurut
Abdul Aziz Abdul Talib (1993) menyatakan bahawa penghubungkaitan membawa maksud
menghubungkaitkan pelbagai bidang dan pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran
dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut
pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi
pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada
penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan
penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap
kefahaman belajar murid- murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-
murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar.

7
Berikut merupakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mengandungi elemen
muzik, pergerakan dan seni. RPH ini telah dilaksanakan kepada murid pemulihan khas SK
Pusat Juasseh,Kuala Pilah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


PENDIDIKAN KHAS PEMULIHAN

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia (Pemulihan Khas)


Tajuk : Perkataan KV + KV
Tahun : 2 Jujur
Bilangan Murid : 2 orang
Tarikh : 26 Mac 2015
Hari : Khamis
Masa :9.00 pagi – 10.00 pagi

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya :


i) Menyebut dan mengenal nama benda dalam gambar
yang ditunjukkan oleh guru.
ii) Menyatu dan memadankan dua suku kata KV
berdasarkan gambar.
iii) Mengeja perkataan KV + KV dengan sebutan yang
betul.
iv) Menulis perkataan KV + KV dengan betul.

Kemahiran : 1.Menyebut kemahiran suku kata dan perkataan.


2.Membatang dan membaca perkataan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenal suku kata KV.

Penerapan Nilai : 1. Rajin berusaha


2.Berani

8
Bahan Bantu Mengajar : 1.CD lagu Mari Membaca
2.Radio
3.Kad perkataan KVKV
4.Kad gambar bola, sudu, susu, kuku, kaki, dadu, duku
dan baju

Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran

Set Induksi Kotak Misteri ( Terdapat 1.Guru mengucapkan Nilai :


Buku Biru ‘ Mari Membaca ‘ )
(5 minit) selamat pagi dan bertanya 1. Mendengar

khabar kepada murid. arahan

2. Berani

2.Guru mempamerkan

sebuah kotak yang di BBM :

dalamnya mengandungi 1.Buku Mari

buku Mari Membaca Membaca.

3.Murid memberikan jawapan

objek yang ada di dalam

kotak misteri tersebut.

4.Guru mengaitkan aktiviti

9
tersebut dengan isi

pelajaran yang akan

diajarkan nanti.

Langkah 1 1.Lagu Mari Membaca 1.Guru memperdengarkan Teknik :

(20 minit) (Melodi Chan Mali Chan lagu Mari Membaca kepada Menyebut.

dan diubahsuai lirik murid.

Nilai :
Elemen
Muzik iaitu 2.Kad gambar susu, sudu, 2.Murid dan guru Berani
nyanyian
kuku, kaki, duku, dadu, menyanyikan lagu tersebut
lagu Mari
Membaca baju dan bola. bersama-sama.

3.Beberapa bahan maujud 3.Guru mempamerkan BBM :

seperti bola, sudu, dadu , beberapa kad gambar iaitu 1.Lagu Mari

buku, susu, sudu, buku, bola, Membaca

kuku, kaki, duku dan dadu. 2.Kad

gambar.

4.Murid-murid menyebut 3.Kad

nama benda dalam kad perkataan

gambar yang dipamerkan. KVKV

4.Beberapa

5.Guru menunjukkan kad bahan

perkataan KVKV. Murid maujud

menyebut suku kata yang seperti

dipamerkan. bola, sudu,

10
Contoh : bola , baju , kaki dadu, buku,

kuku , dadu , susu, sudu .

Langkah 2 1.Memilih dan menyebut 1.Murid memilih kad gambar. Teknik :

(15 minit) nama objek dalam gambar. 1.Menyebut

2.Murid menyebut nama 2.Mengeja

2.Melakukan pergerakan objek dalam gambar 3.Mendengar

atau aktiviti berdasarkan tersebut.

Elemen objek dalam gambar. Nilai :


pergerakan
3.Murid melakukan 1.Berani
iaitu murid
melakukan 3.Mengeja suku kata dan pergerakan atau aktiviti
aksi seperti
membaling perkataan KVKV. yang boleh dilakukan BBM :
bola,
makan dengan objek tersebut. 1.Kad
menggunak 4.Melabelkan kad perkataan Gambar
an sudu
dan lain- dan gambar Contoh : Jika murid memilih 2.Kad
lain.
gambar bola dan bahan perkataan

maujud bola, murid akan KVKV

melakukan aktiviti seperti 3.Beberapa

membaling atau bahan

menendang bola. maujud

seperti

4.Murid mengeja perkataan bola, sudu,

KVKV. dadu, buku,

11
5.Murid membatangkan

perkataan KVKV

berdasarkan kad perkataan

dan kad gambar.

6.Murid melabelkan perkataan

dan gambar.

Langkah 3 Menulis perkataan KVKV 1.Murid menulis di lembaran Teknik :

(15 minit) kerja. 1.Menyebut

2.Mengeja

Elemen 2.Murid menulis, menyurih 3.Mendengar


Seni
dan mewarnakan lembaran
Visual
iaitu murid kerja gambar dan perkataan Nilai :
menyurih,
mewarna- KVKV. 1.Berani
kan
perkataan
dan 3.Guru memantau dan BBM :
gambar
membimbing murid 1.Kad

membuat lembaran kerja. Gambar

2.Kad

perkataan

12
Penutup Lagu Mari Membaca 1.Guru dan murid BBM :

(5 minit) menyanyikan lagu Mari 1.CD lagu

Membaca. Mari

Membaca

2.Guru mengucapkan terima

kasih kepada murid.

Dalam tajuk ini saya memilih kemahiran menyebut suku kata dan perkataan serta membatang
dan membaca perkataan KVKV. Dalam langkah set induksi, saya telah melakukan aktiviti
meminta murid menjawab atau meneka objek yang terdapat dalam Kotak Misteri. Murid
diberikan pembayang dan mereka dapat menjawab dalam masa beberapa minit. Ini bertujuan
menggalakkan murid berfikir dan berdikari.

Aktiviti Set Induksi : Murid menjawab soalan dan meneka


objek yang terdapat di dalam Kotak Misteri

13
Bagi langkah yang seterusnya iaitu langkah pertama, saya telah menerapkan elemen
muzik untuk menjadikan pengajaran ini lebih menyeronokkan. Saya telah memperdengarkan
kepada murid iaitu lagu Mari Membaca (melodi Chan Mali Chan) . Murid telah menyanyikan
lagu ini bersama-sama. Penerapan elemen muzik ini sememangnya dapat membantu murid
kerana boleh dikatakan hampir 90% murid berminat dengan melodi dan muzik. Selain itu
dengan melakukan pergerakan dengan mengikut irama muzik, seseorang murid itu akan lebih
fokus dan secara tidak langsung elemen didik hibur telah saya suntik dalam pengajaran dan
pembelajaran saya. Bukan itu sahaja dengan adanya elemen muzik dalam pengajaran dapat
menarik perhatian terhadap penghayatan murid serta dapat belajar menggunakan kemahiran
berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential.

Langkah pertama : Guru dan murid menyanyikan lagu Mari


Membaca bersama-sama

Bagi langkah pengajaran yang kedua, saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab
guru untuk memastikan murid- murid dapat mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi
pengajaran yang disampaikan semaksima mungkin. Maka dengan itu aktiviti yang dirancangkan
dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan
mereka. Aktiviti pergerakan yang murid saya lakukan ialah mereka melakukan aksi pergerakan
seperti membaling bola, menyambut bola, menendang bola, menyuap makanan dan lain-lain

14
lagi. Aktiviti pergerakan ini akan dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri
daripada segi emosi sosial, fizikal,rohani dan nilai- nilai murni. Graham,G (1992) menyatakan
bahawa pergerakan bermaksud proses memandu murid – murid untuk memperoleh kecekapan
pergerakan menerusi teknik- teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan memberi
penekanan kebebasan dan ekspresi yang berteraskan penerokaan , penemuan dan kreativiti.

Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat
dan sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk
memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.

Langkah kedua : Murid melakukan pergerakan seperti membaling


dan menyambut bola.

Seterusnya melalui elemen seni visual juga ada saya terapkan dalam langkah
pengajaran ketiga serta langkah pengukuhan. Aktiviti ini sebenarnya bertujuan untuk
mencungkil minat ,bakat dan kebolehan murid- murid dalam menghasilkan atau berinteraksi
dengan sesuatu produk seni seperti yang ditegaskan oleh Faridah Nazir. et.al (2015). Mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual yang mantap dan bersifat global bersedia membentuk murid-

15
murid ke arah matlamat yang telah dirancangkan. Melalui aktiviti menyurih dann mewarnakan
perkataan dan gambar, murid dapat mengukuhkan lagi pemahaman mereka tentang apa yang
telah mereka pelajari sebelum itu.Murid- murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang
dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran mereka.

Langkah ketiga : Murid melakukan aktiviti menyurih perkataan dan


mewarnakan gambar

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat
memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan
dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran
untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah
pembelajaran yang berkesan.

Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung
kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini. Guru juga perlu mengambil langkah dalam

16
memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi
lebih berkesan.Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah
yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan
menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran
guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan
pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan
dan teknik.

Selain itu, aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai pengukuhan


kepada kemahiran yang diperoleh daripada mata pelajaran yang lain kerana dapat membantu
pengusaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran
dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan individu secara seimabng, harmonis dan
bersepadu. Melalui pengintegrasian tiga mata pelajaran seni ini akan dapat menarik minat
murid. Matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
membentuk murid-murid dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi
bentuk, tekstura dan irama. Murid–murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang
melibatkan pelbagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Mereka dapat melahirkan idea dan
kreativiti mereka dengan bebas.

17
Refleksi

Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan


potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran
juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid
supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Hal
ini akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah
diri dan masyarakat, bangsa dan negaranya. Bagi mencapai hasrat itu, guru
memainkan peranan penting. Seseorang guru harus merancang, melaksana dan
membuat penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran agar menepati citarasa dan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Dalam tugasan yang kedua saya telah menghasilkan sesi pengajaran penuh
terhadap murid Tahun 2 Jujur yang bertajuk Perkataan KVKV yang telah menerapkan
3 elemen seni dalam pendidikan iaitu elemen seni visual, pergerakan dan juga muzik.

Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, saya telah mempelajari beberapa


elemen yang dikehendaki dalam sesuatu subjek yang diajarkan di sekolah. Elemen
pertama yang saya laksanakan iaitu elemen muzik pada langkah pertama dapat
memberikan perasaan seronok murid terhadap pengajaran terutama apabila mereka
menyanyi bersama-sama guru. Kebiasaannya mereka hanya bernyanyi ketika mata
pelajaran muzik, tetapi apabila mata pelajaran Pemulihan, mereka dapat juga menyanyi
sambil belajar. Ini memberikan mereka semangat untuk terus mengikuti pengajaran
yang seterusnya.

Selain itu, menerusi elemen pergerakan yang saya masukan pada langkah
kedua mampu menarik minat murid agar lebih fokus dalam pengajaran serta
penumpuan penuh mereka terhadap kemahiran yang saya ajar. Mereka dapat
mempelajari sesuatu yang baharu, di mana setiap aktiviti akan disertakan dengan
pergerakan yang mereka lakukan. Contohnya ialah pergerakan membaling bola atau
menolak bola seperti yang mereka lakukan itu.

18
Penggunaan elemen seni dalam aktiviti pengukuhan yang saya laksanakan juga
dapat melahirkan idea dan membina kraetiviti murid. Misalnya, murid melakukan aktiviti
menyurih perkataan dan mewarnakan gambar. Ini membentuk minat kepada murid
kerana sebahagian besar murid tahap satu gemar melukis dan mewarnakan gambar.

Sesungguhnya unsur Seni Dalam Pendidikan dalam pengajaran dan


pembelajaran mampu menyuburkan minat belajar dan menamkan sikap positif
terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu kerana elemen ini berupaya menyuburkan
kemahiran bersosial seperti semangat kerjasama, berani dan bertanggungjawab dalam
diri murid khasnya.

19
RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib. ( 1993 ). Menguji Kemahiran Bahasa, Prinsip, Teknik dan Contoh.

Kuala Lumpur : Dewana Bahasa dan Pustaka

Akhmal Annas Hasmari et.al ( 2011 ). Pendidikan, Kurikulum dan Masyarakat : Satu

Integrasi, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Faridah Nazir.et al.( 2015 ). Seni Dalam Pendidikan Sealangor: Sasbadi Sdn. Bhd

Jensen. E. ( 2001 ). Arts With The Brain in Mind. Alexendria, V.A : Association for

supervision and curuculum Development.

Kamus Dewan. (2012 ).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Parenting series. ( 2011). Physical Activity in Early Childhood: Setting the Stage for Lifelong

Healthy Habits.

Rena Upitis. ( 2011 ). Arts Education for the Development of the Whole Child :Ontario

University Kingston.

20
21

Anda mungkin juga menyukai