program Bina Insan Guru yang telah diadakan bagi semester ketujuh di Institut Perguruan
Tuanku Bainun. Program Bina Insan Guru (BIG) dikhaskan kepada guru pelatih agar
dapat menjadi satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti guru yang
dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang
dirancangkan dalam BIG guru pelatih dapat mengenal diri dan mampu memgaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai
seorang insan guru.
Program ini bertujuan untuk melahirkan bakal generasi guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan berprofesional berdaya saing dalam menangani pelbagai
cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Saya telah berpeluang untuk melibatkan diri
dalam program BIG fasa keenam di mana hendak melawati guru cemerlang yang dipilih.
Penglibatan dalam aktiviti Bina Insan Guru ini telah memberikan peluang kepada saya
untuk meneroka ilmu dan pengetahuan yang baharu. Penglibatan dalam BIG fasa ini,
telah memberikan peluang kepada saya untuk bertemu dengan seorang guru cemerlang
dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Perempuan.
Guru yang kami melawati telah berkongsikan kisah hidupnya dalam proses
mencapai gelaran guru cemerlang. Saya telah memperolehi beberapa ilmu yang baharu
mengenai perancangan pengajaran dan pembelajaran kepada murid, kaedah dan teknik
yang dapat dipraktikkan, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Beliau juga turut
berkongsikan pengalamannya sebagai seorang guru dalam dalam tempoh
perkhidmatannya selama 20 tahun. Beliau sebagai guru muzik telah memperkenalkan
kami dengan beberapa alatan muzik yang direka sendiri khas kepada murid. Beliau telah
bersusah payah membentuk sebuah bilik muzik di sekolah tersebut tanpa bantuan
kewangan yang diperuntukkan.
Ini menunjukkan sikap seorang guru yang ingin berusaha demi kebaikan
muridnya tanpa mengharapkan apa-apa disebaliknya. Melalui ini, saya mendapati
bahawa peranan guru bukan sekadar mengajar sahaja, tetapi perlu berusaha untuk
melahirkan seorang pemimpin yang unggul di masa hadapan. penglibatan dalam aktiviti
BIG ini telah membantu diri saya untuk mempelajari beberapa perkara baharu yang dapat
dijadikan teladan di masa akan datang. Saya juga telah menimba pengalaman secara
langsung yang memberikan gambaran yang jelas mengenai beberapa perkara yang
penting. Sebagai bakal guru, Ilmu ini penting agar dapat dipraktikkan di sekolah yang
saya akan ditempatkan dan membantu murid mencapai kecemerlangan dalam akademik.
Program Bina Insan Guru adalah sesuatu keperluan di alam pembelajaran guru pelatih
agar dapat membentuk guru cemerlang, gemilang, terbilang untuk masyarakat dan
negara.