Anda di halaman 1dari 2

Menurut Kamus Dewan (2005), pendekatan ditakrifkan sebagai langkah-

langkah ataupun cara yang digunakan bagi memulakan serta melaksanakan sesuatu
tugas. Dalam konteks pendidikan, pendekatan merupakan kaedah yang diaplikasikan
oleh para pendidik bagi mendekati atau mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dijalankan (Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd.
Zohir Ahmad, 2007). Bagi mata pelajaran Pendidikan Moral, pendekatan adalah amat
penting untuk meningkatkan keberkesanan proses PdP dan penghayatan nilai moral
dalam kalangan murid. Antara pendekatan yang lazimnya digunakan dalam
pengajaran Pendidikan Moral termasuklah pendekatan pemupukan nilai, pendekatan
bertimbang rasa dan lain-lain lagi (Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris, 2008). Dengan
mengaplikasikan pendekatan-pendekatan ini mengikut kesesuaian dan kebolehan
murid dalam proses PdP Pendidikan Moral, objektif PdP pasti dapat tercapai dengan
sempurna.

Semasa menjalankan proses PdP Pendidikan Moral, pendekatan tindakan


sosial merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk menggalakkan
para pelajar berinteraksi dengan orang lain serta mempelajari nilai murni melalui
pergaulan dengan orang lain (Boss, J. A., 1994). Matlamat pendekatan ini adalah
untuk melahirkan insan yang boleh berfungsi dalam masyarakat (Kumpulan
Pengembang Ilmu Pendidikan, 2007). Memandangkan tujuan pendekatan tindakan
sosial ini adalah bagi membolehkan murid belajar cara berinteraksi dengan orang lain
serta menghayati nilai murni semasa bergaul dengan orang lain, maka pendekatan ini
sesuai digunakan untuk mengajar nilai-nilai seperti toleransi, kerjasama, berterima
kasih, hormat dan kesederhanaan. Sebagai contoh, guru yang mengajar murid Tahun
3 tentang nilai kerjasama yang bertemakan saya dan sekolah bolehlah
mengaplikasikan pendekatan tindakan sosial dalam proses PdP beliau. Aktiviti
tindakan sosial seperti bergotong-royong di dalam bilik darjah boleh dilaksanakan
untuk memberi peluang kepada murid-murid mengamalkan semangat kerjasama
dengan rakan sekelas. Melalui pengamalan nilai kerjasama dalam aktiviti ini, murid-
murid dapat memahami kepentingan bekerjasama dengan rakan sekelas serta
menghayati perasaan selepas mengamalkan nilai kerjasama dalam aktiviti tersebut.
Dengan adanya pendekatan tindakan sosial ini, para pelajar mampu mempelajari serta
menghayati nilai murni secara efektif memandangkan mereka mengalami sendiri
pengalaman bekerjasama dengan rakan sekelas tersebut (David, C. E., 2016). Di
samping itu, aktiviti bergotong-royong di dalam bilik darjah yang menggunakan
pendekatan tindakan sosial ini turut menggalakkan murid-murid untuk berinteraksi
dengan rakan sekelas mereka.
Di samping itu, para pendidik turut boleh mengaplikasikan pendekatan
pemupukan nilai dalam proses PdP Pendidikan Moral. Pendekatan pemupukan nilai
merupakan pendekatan yang bertujuan menanam budi pekerti yang baik dalam jiwa
murid secara sedar atau tanpa sedar. (Mintz, S., 2014). Untuk menanamkan nilai
dalam jiwa pelajar, guru sepatutnya membolehkan murid-murid memahami dan
menganalisis kepentingan sesuatu nilai terlebih dahulu (Weissbourd, R., 2003).
Selepas itu, barulah murid sanggup menerima dan mengamalkan nilai tersebut
dengan penuh kerelaan. Padahal, pendekatan ini sesuai digunakan untuk mengajar
semua nilai yang terdapat dalam subjek Pendidikan Moral. Misalnya, guru boleh
menggunakan pendekatan pemupukan nilai ketika menjalankan proses PdP nilai
kerajinan yang bertemakan diri saya bagi Pendidikan Moral Tahun 1. Pada mulanya,
guru menceritakan cerita “Belalang yang Malas” kepada murid. Melalui kaedah
bercerita ini, murid akan sedar bahawa sikap malas boleh mendatangkan kesusahan
kepada diri serta memahami kepentingan nilai kerajinan. Sebagai hasil, murid-murid
akan menerima nilai kerajinan serta mula mengamalkannya dalam kehidupan
seharian mereka. Pendek kata, penggunaan pendekatan pemupukan nilai seperti ini
dapat menanamkan sesuatu nilai dalam jiwa pelajar dengan efektif dan mudah.

Tuntasnya, pengaplikasian pendekatan dalam sesi PdP Pendidikan Moral


adalah amat penting serta membawa pelbagai faedah kepada murid mahupun
pendidik. Oleh itu, guru Pendidikan Moral seharusnya berusaha melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan tentang pendekatan Pendidikan Moral supaya objektif PdP
dapat dicapai dengan berjaya serta berkesan.

Anda mungkin juga menyukai