Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TAWAU
KM. 36, JALAN BALUNG
BEG BERKUNCI NO. 27
91009 TAWAU
SABAH

KERTAS KERJA

PROJEK INTERNSHIP
PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI SEJARAH

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR TAWAU
(5 BESTARI)

PADA
07 MAC 2018 (RABU)

MASA
06.50 – 07.50 PAGI

ANJURAN
NOOR FATILAH BINTI YUSOP
PISMP SEJARAH
SEMESTER 8 AMBILAN JUN 2014
IPG KAMPUS TAWAU

DENGAN KERJASAMA
WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR TAWAU
1.0 NAMA PROJEK
Pertandingan mencari perkataan tersembunyi Sejarah

2.0 PENGENALAN
Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi Sejarah ini adalah salah satu projek
Internship yang dijalankan bagi memenuhi program latihan di lapangan yang bertujuan
untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan
sebenar tugas guru permulaan. Melalui pengendalian projek ini, mahasiswa pendidik
dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktivti rutin yang telah menjadi
amalan dan budaya sekolah.

3.0 MATLAMAT
Projek Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi Sejarah ini berfokus kepada
memberi kefahaman menyeluruh kepada mahasiswa pendidik IPG Kampus Tawau
berkaitan dengan tanggungjawab dan komitmen individu sebagai seorang guru supaya
dapat membuat penambahbaikan kaedah penyampaian pengajaran Sejarah. Pada masa
yang sama projek ini juga dapat menarik minat murid untuk mengingat fakta. Di samping
itu, mahasiswa juga dapat melatih diri dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu
program.

4.0 OBJEKTIF
Projek ini dilaksanakan supaya mahasiswa pendidik dapat:

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam


situasi sebenar di sekolah.
2. Merancang, melaksana projek yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah.
3. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai
situasi.
4. Meningkatkan kefahaman murid dalam mengingat fakta Sejarah.
5. Menarik minat murid untuk mempelajari Sejarah lebih mendalam.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid tahun 5 Bestari, Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar Tawau.
6.0 PENGANJUR
Noor Fatilah binti Yusop PISMP Sejarah / Pendidikan Jasmani / Reka Bentuk dan
Teknologi, Semester 8 dengan kerjasama warga Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar
Tawau

7.0 TARIKH
07 Mac 2018 (Rabu)

8.0 TEMPAT
5 Bestari, Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar Tawau

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


*Rujuk Lampiran 1

10.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Projek Pertandingan Mencari Perkataan tersembunyi Sejarah ini akan dijalankan selama
sejam (2 masa interaksi PdPc) dari jam 06.50 pagi hingga 07.50 pagi pada 07 Mac 2018

11.0 TENTATIF PROGRAM


*Rujuk Lampiran 2

12.0 PENUTUP
Semoga projek ini akan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan dengan
kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan projek ini akan dapat memberi manfaat
kepada banyak pihak sama ada bagi pihak institut, mahasiswa pendidik, sekolah dan
murid-murid kelas sasaran. Diharap kertas kerja ini mendapat sokongan dan
pertimbangan serta kelulusan dari pihak tuan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ _________________________
(NOOR FATILAH BINTI YUSOP) (Encik Taupid Bin Irwan)
Guru Pelatih, Mentor Guru Pelatih,
PISMP Sejarah Program Internship semester 8,
Semester 8 Ambilan Jun 2014 Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar
IPG Kampus Tawau Tawau

Disahkankan oleh,

________________________
(ENCIK SUHAIDI BIN ADININ)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar
Tawau
LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

Taklimat awal berkenaan pertandingan


06.50 AM
- Syarat dan peraturan

07.00 AM Pengedaran bahan pertandingan

07.10 AM Pertandingan bermula

07.25 AM Pengumpulan bahan pertandingan

07.35 AM Penilaian dan semakan

07.45 AM Penyampaian hadiah

07.50 AM Bersurai
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN
PROJEK PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI SEJARAH

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Kos


1 Kertas A4 35 keping x RM0.10 RM 3.50

2 Hadiah 3 set RM 30.00


3 Papan syarat dan peraturan pertandingan 1 RM 2.00
4 Kos cetakan 35 keping x RM0.10 RM 3.50
JUMLAH RM 39.00