Anda di halaman 1dari 4

Sejak negara menikmati arus kemodenan ,isu semangat patriotik yang kian

luntur terutamanya dalam kalangan remaja bukan lagi merupakan suatu isu
yang hangat diperkatakan kerana sudah menjadi suatu kelaziman dalam era
yang serba mencabar ini. Masalah ini pula semakin hari semakin parah ibarat
retak menanti belah. Saban hari pula terpapar pada dada-dada akhbar
tempatan tentang isu para remaja terlibat dengan aktiviti yang mencemarkan
nama baik negara kita dengan melanggar undang-undang yang menjadi asas
kepada pembentukan kerajaan kita. Situasi ini sekiranya tidak mengalami
sebarang perubahan yang drastik pasti akan membawa kepada kerosakan yang
berkekalan. Umumnya, tiada penyakit yang tiada penawarnya. Oleh itu, ibu
bapa perlu mengingatkan diri mereka tentang tanggungjawab mereka untuk
memastikan jiwa anak-anak mereka kekal membara dengan semangat patriotik
yang kukuh.
Sebagai pembuka kata dan biacara , anatara langkah ialah ibu bapa juga
hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku
novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada
anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak
dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku
sejarah dan novel dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai isi kandungan yang
berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan bahawa usaha ibu bapa
dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting.
Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan
bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-
buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan
dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah
dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat
patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi
menjadi penawar.
Dari aspek perbicaraan yang lain ,ibu bapa boleh sentiasa membawa anak-anak
melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Sebagai contohnya, ibu bapa
hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ,
terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat
menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar
belakang dan asal-usul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat bersejarah seperti
Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan sebagainya boleh
dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah
merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja
dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan
silaturahim yang erat antara keluarga. Tambahan pula , anak anak juga boleh
mengenang jasa tokoh tokoh yang pembentukan negara hasil perjuangan oleh
tokoh pejuang bangsa seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut
dan sebagainya. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan
amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Sejajar dengan itu , ibu bapa juga haruslah menjadi suri teladan kepada anak-
anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan,
pertuturan dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada
anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera di rumah
atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan terhadap negara.
Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara kerana
perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak
berjalan betul, tetapi diri sendiri tidak betul. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa
menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak kerana ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak
menyertai program larian 1Malaysia, ceramah tentang Sejarah Negara, atau
lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan
sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta
akan negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri
teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan
Jika skop perbincangan kita dicapahkan, ibu bapa juga haruslah membawa
anak-anak menyertai sambutan-sambutan negara seperti Hari Kebangsaan
pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan sebagainya. Dengan
menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai
dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama
mengibarkan Jalur Gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar
cerita-cerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk
memerdekakan negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan
sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan
sebegini diadakan. Kisah di sebalik kemewahan dan kedamaian negara akan
dapat dirungkaikan dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan dalam diri
mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi
melihat Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan
ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada
kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Jelaslah bahawa, jika
ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari Kemerdekaan setiap
tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat dipupuk
dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa, ibu bapa perlu meluangkan masa
untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan sejarah
kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik
kerana “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Sebagai contohnya,
sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai
pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk
Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, dan Kapten Hasan ketika menentang
Inggeris. Ibu bapa boleh juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang
terdahulu, betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman
penjajahan di negara kita. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari Internet untuk mendapatkan
maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak.
Dengan mempunyai maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat
informasi yang betul dan akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah.
Tegasnya, ibu bapa perlumelaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi
membentuk jiwa anak-anak yang bersemangat patriotik.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa
‘tiada anugerah yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain
tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia’. Hal ini amat jelas membuktikan
betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan
personaliti anak-anak. Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangat besar dalam
memastikan semangat patriotik terus hidup subur dalam kehidupan anak-anak.
“Jangan tanya apayang boleh dibuat oleh negra untukmu tetap tanyalah apa
yang boleh kamu buat untuk negara “kata Abraham Lincoln .Oleh itu, ibu bapa
seharusnya mengorak langkah yang lebih proaktif seperti yang terkandung
dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan bagi memastikan semangat
patriotik tidak luntur dalam kehidupan anak-anak mereka

Anda mungkin juga menyukai