Anda di halaman 1dari 15

Cantum, Buat dan Kongsi Dalam Tajuk Alatan Jahitan Reka Bentuk Dan Teknologi

Sekolah Rendah

Gayatri A/P Subramaniam

Dr.Ros Eliana Binti Ahmad Zuki

Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional


Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim
Johor Bahru, Johor.
Gayu_preety@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan melihat kefahaman dengan menggunakan Kaedah


Cantum, Buat dan Kongsi dalam menggunakan alatan jahitan di sekolah. Reka Bentuk
kajian ini dibentuk menggunakan kualitatif dan kuantitatif. Seramai 6 orang peserta
kajian telah dipilih dari sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting, Johor. Peserta kajian
untuk kajian tindakan ini, terdiri daripada kelas 4 Perdana. Data dikumpulkan
berdasarkan pemerhatian, temubual dan ujian. Sebanyak 3 instrumen kajian digunakan
bagi mengutip data iaitu pemerhatian, temubual dan ujian. Aspek pemerhatian
dilaksanakan dengan menggunakan borang pemerhatian dan kaedah temubual pula
dilaksanakan berdasarkan soalan berkaitan alatan jahitan. Manakala ujian pula,
mengandungi soalan berkaitan dengan tajuk alatan jahitan. Data analisis menggunakan
excel. Analisis dijalankan dengan menggunakan pemerhatian, temubual dan ujian.
Pemerhatian dianalisis mengunakan manual dari merekod tingkahlaku murid di dalam
kelas. Bagi instrumen temubual analisis dibuat menggunakan cara manual. Maklum
balas peserta kajian ditulis oleh pengkajia. Bagi instrumen ujian pula, analisis dibuat
menggunakan excel. Dapatan kajian menunjukkan kaedah kaedah Cantum, Buat dan
Kongsi dapat membantu guru menguruskan masa dalam mengajar kemahiran
menggunakan alatan jahitan. Semua peserta kajian telah berjaya menggunakan alatan
jahitan dengan betul. Selain itu, kaedah Cantum, Buat dan Kongsi ini dapat
menunjukkan peningkatan dari daya ingatan, kefahaman memahami nama dan fungsi
alatan jahitan dan juga menbantu dari menggunakan alatan jahitan dengan cara yang
betul dan tepat. Kesimpulannya, kaedah Cantum, Buat dan Kongsi dapat membantu
Kementerian Pendidikan Malaysia, guru-guru RBT dan murid-murid di sekolah.

ABSTRACT

This action research aims to exmine the effectivenees of innovation using methods
Cantum Buat dan Kongsi. 6 respondents were selected from the class of 4 Perdana of
the Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting, Johor. 3 of the instrument used to collect

1
the data, observations, interviews and tests. Data was collected through interview dan
observation the pupils. Data were analyzed using descriptive excel. The findings of this
study found that the method of using Kaedah Cantum, Buat dan Kongsi can help
tescher to manage their teaching basic using the sewing things. All respondents were
able to complet the project within the prescribed internship. Based to the Cantum, Buat
dan Kongsi method, pupils can improve their skills for use the sewing things. Besides
that, the method also can help Minister of Education, RBT teacher dan pupils to
understand the topic.

PENGENALAN

Penyelidik merupakan satu prosedur yang sistematik, saintifik , kritikal


dan dinamik digunakan oleh manusia untuk mencari makna, jawapan dan
kebenaran terhadap sesuatu fenomena yang berlaku dalam dunia. Ruhaizan
dan Miazam (2010) menakrifkan penyelidikan sebagai satu proses sistematik
yang membabitkan pengumpulan dan penganalisisan maklumat untuk
menerang dan memahami sesuatu topik, masalah atau isu. Penyelidikan juga
didefinisikan sebagai pemerolehan fakta–fakta sistematik melalui proses
pengumpulan, penganalisasian dan pentaksiran sesuatu keputusan (Khalid
2003). Penyelidikan dijalankan kerana manusia mempunyai sifat ingin
mengetahui sesuatu fenomena.

Terdapat pelbagai pandangan telah diutarakan oleh para penulis


berkaitan dengan tujuan penyelidikan dijalankan. (Creswell,2008) menyatakan
tujuan penyelidikan dalam pendidikan adalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan. Penyelidik menjalankan kajian untuk menyumbang atau
mengembangkan maklumat sedia ada, menambah lebih kefahaman tentang
sesuatu isu atau masalah. Selain itu, memperbaiki amalan melalui cadangan
penambahbaikan serta menilai pendekatan kepada amalan sedia ada semasa
menjalankan tugasannya. Dapat meyediakan maklumat perdebatan polisi dan
menjana perbincangan dan perdebatan tentang isu pendidikan atau sesuatu isu
penting dalam kalangan pembuat polisi.

2
FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada maklumat yang didapati daripada refleksi


pengajaran dan pembelajaran. Berikutan itu, kelemahan paling ketara adalah
dari segi kemahiran menggunakan alatan jahitan. Murid tidak mahir dalam
menggunakan alatan jahitan dengan cara yang betul.

Tinjauan saya pada fokus kajian ini mendapati sebilangan besar murid
saya terutama murid lelaki sangat lemah dalam mengenalpasti nama, fungsi
dan kegunaan alatan jahitan dan mengambil masa yang lama untuk
mempelajari topik ini. Ada juga murid yang langsung tidak dapat menunjukkan
minat terhadap topik mempelajaran ini. Murid–murid seperti ini sangat
memerlukan bimbingan secara individu.

Sesetengah murid mengganggap melakukan kerja amali dalam bidang


jahitan amat membosankan kerana perlunya kesabaran yang tinggi dan kerja
yang lebih teliti bagi menghasilkan sesuatu projek yang baik. Sedangkan pada
hakikatnya mereka tidak suka dengan perkara yang remeh–temeh ini. Masalah
ini disebabkan kerana jahitan ini tertumpu khas kepada kemahiran menjalankan
kerja buat sendiri dan perlu diselesaikan segera. Faktor–faktor inilah yang selalu
menyumbangkan kepada tidak berminatnya murid terhadap bidang jahitan.

Saya membuat kesimpulan bahawa segala–galanya bermula dengan


minat dan cara pengajaran guru itu sendiri. Oleh itu, fokus kajian saya adalah,
murid dapat mahir dalam penggunaan alatan jahitan dan mengenalpasti nama
dan fungsi alatan jahitan dengan betul dan jelas.

3
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

a. Mengenalpasti tahap pengetahuan murid tentang cara mengunakan


kaedah Cantum,Buat dan Kongsi.
b. Mengenalpasti keaktifan murid dalam aktiviti Cantum, Buat dan Kongsi.
c. Meninjau perubahan pencapaian murid dalam topik alatan jahitan melalui
kaedah Cantum, Buat dan Kongsi.

Soalan Kajian

i. Adakah murid dapat mengetahui cara menggunakan alatan jahitan


melalui kaedah Cantum, Buat dan Kongsi?
ii. Adakah murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ini?
iii. Apakah terdapat perubahan pencapaian murid dalam topik alatan jahitan
melalui kaedah Cantum, Buat dan Kongsi?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian untuk kajian tindakan ini, terdiri daripada 6 orang murid kelas 4
Perdana SK Pengkalan Rinting, Tampoi, Johor. Peserta kajian dipilih
berdasarkan proses tinjauan awal seperti kaedah pemerhatian dan temubual.
Mereka terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang
masih lagi tidak dapat menguasai cara penggunaan alatan jahitan dengan betul.

Jantina Lelaki Perempuan Bangsa

Bilangan 4 orang 2 orang Melayu

4
Peserta kajian yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. 4 orang
murid dari keluarga mewah dimana ibubapa mereka bekerja sebagai kakitangan
kerajaan. Manakala, 2 orang murid dari keluarga yang sederhana yang bekerja
sendiri. Prestasi akademik bagi peserta kajian adalah seperti berikutnya.
Terdapat 2 orang murid mempunyai presatsi yang sederhana dalam akademik.
Manakala 4 orang murid mempunyai prestasi yang lemah.

Pengkaji telah mengenal pasti kelemahan peserta kajian melalui ujian markah
yang lepas. Gred markah bagi 6 orang peserta kajian memang tidak
memuaskan dan tidak begitu mencapai objektif pembelajaran. Selepas
berbincang dengan guru RBT, pengkaji mengetahui tahap pencapaian peserta
kajian 6 orang tersebut. Selian itu, pengkaji memilih peserta kajian tersebut
melalui pemerhatian dijalankan semasa di bilik darjah. Pemerhatian
merangkumi aspek penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Peserta kajian tidak aktif semasa menjalankan aktiviti kumpulan.
Peserta kajian tidak berbincang bersama dengan ahli kumpulan dan tidak
memberi tumpuan semasa pengakji melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat 2 orang peserta kajian tidak bersosial dari segi interaksi
dengan rakan sekelas mereka. Selain itu, melalui kaedah temubual pengkaji
dapat mengenal pasti kelemahan peserta kajian. Setelah menemubual peserta
kajian didapati mereka kurang minat dan mereka menganggap bahawa
matapelajaran RBT merupakan satu subjek yang mencabar. Selain itu, ada
diantara mereka tidak menyukai aktiviti amali contohnya memotong kayu.
Setelah mengenal pasti kelemahan bagi 6 orang peserta kajian, pengkaji hanya
tertumpu kepada 6 orang sahaja. Sebab-sebab tertentu menyebabkan peserta
kajian tidak berminat terhadap matapelajaran RBT.

5
TINDAKAN

Tindakan yang dijalankan merujuk kepada kaedah yang dilaksanakan


sepangjang tempoh kajian. Model penyelidikan tindakan yang digunakan
adalan Model Kurt Lewin. Kurt Lewin menerangkan bahawa kajian tindakan
sebagai lingkaran beberapa tahap. Setiap tahap mempunyai beberapa langkah
iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

MERANCANG
Menghasilkan bahan
bantu mengajar untuk
tujuan kaedah
Menyediakan soalan
kajian Menyenaraikan
alat kajian

MELAKSANAKAN
MEMBUAT REFLEKSI
Melaksanakan ujian
TERHADAP TINDAKAN
sebelum intervensi
Mencari masalah yang
Melaksanakan kaedah
memerlukan penambaikan
secara berulang
dan mengumpul data
menggunakan bahan
Melihat keberkesanan bantu mengajar yang
kaedah yang dijalankan dihasilkan.

PEMERHATIAN
Mengumpul data untuk
soalan kajian
menggunakan alat
kajian
Alat Kajian:
Pemerhatian, ujian
lisan, penelitian
dokumen

Rajah 1: Model Kurt Lewin


Gelung asas proses penyelidikan tindakan

6
Berdasarkan tinjauan awal yang telah pengkaji lakukan bahawa membuat
perancang mengatasi masalah yang hadapi oleh murid dalam mengingati nama,
fungsi dan penggunaan alatan jahitan. Oleh itu, saya telah merancang
mengadakan sesi pengajaran yang khusus memberi tumpuan kepada aspek–
aspek tersebut. Pengajaran bagi masalah ini perlu dijalankan secara khusus.
Sebelum melaksanakan pengajaran tersebut, rancangan pelajaran perlu
disediakan dengan teliti supaya pengajaran yang akan dilaksanakan telah
mencapai objektifnya. Sesi pengajaran yang telah dijalankan adalah sebanyak
dua kali yang memberi tumpuan kepada tajuk alatan jahitan.

Setelah mengenal pasti masalah yang tersebut, selepas membuat refleksi


terhadap tindakan daripada pemerhatian dan aktiviti susulan yang berkaiatan
dengan tajuk alatan jahitan. Didapati masalah penggunaan alatan jahitan
dengan betul oleh peserta kajian. Saya telah memulakan sesi pengajaran
dengan kaedah tradisional.

Kaedah tradisional yang dijalankan oleh pengkaji untuk tajuk ini tidak berjaya.
Responden kajian kurang memberi maklum balas terhadap pengajaran dan
pembelajaran ini Setelah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
bagi tajuk alatan jahitan melalui kaedah tradisional, didapati responden kajian
saya tidak mahir dan tidak menunjukkan minat dalam tajuk alatan jahitan ini.
Aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kaedah tradisional tidak menarik
perhatian responden kajian saya. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, saya
telah menjalankan kaedah baru iaitu Cantum,Buat dan Kongsi. Kaedah ini telah
memberi manfaat kepada peserta dan dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Mengikut model kurt Lewin, saya mendapat maklumat tersebut daripada


membuat refleksi terhadap tindakan, iaitu murid tidak mahir dalam
menggunakan alatan jahitan. Dalam langkah kedua, dapat mengenal pasti
aspek amalan melalui mengumpul data ujian pra, pemerhatian, temubual.
Mengikut model kurt lewin langkah ketiga adalah merancang tindakan untuk
melaksanakan kaedah baru bagi mengatasi masalah tersebut. Pengkaji telah
menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan kaedah baru.

7
Antaranya ialah, menyediakan alatan jahitan dalam bentuk 3D, menyediakan
tayangan video berkaitan dengan tajuk alatan jahitan, permainan stesen dan
permainan silang kata. Selain itu, pengkaji telah menyediakan soalan ujian pos
sama seperti dengan ujian pra tetapi susun soalan tidak sama. Perancangan
tindakan ini membantu pengkaji untuk melaksanakan kaedah baru dalam
mengatasi masalah.

Berikutnya, adalah jadual 2.1 yang menerangkan langkah –langkah atau proses
pelaksanaan tindakan bagi kaedah Cantum, Buat dan Kongsi dalam
menyelesaikan masalah tersebut.

PROSUDER CATATAN
KAEDAH /  Meningkatkan kefahaman dan kemahiran murid
TEKNIK dalam mengenal pasti nama, fungsi dan
penggunaan alatan jahitan dengan betul dan tepat.
PELAKSANAAN
Langkah 1
 Guru mengedarkan silang kata yang mengandungi
nama alatan jahitan dan gambar alatan jahitan.
 Murid dalam kumpulan mencari nama alatan
jahitan berdasarkan gambar alatan jahitan yang
diberi.

Langkah 2
 Murid menyatakan tentang fungsi alatan jahitan
berdasarkan gambar alatan jahitan.

Langkah 3
 Murid dibahagikan secara berpasangan.
 Secara berpasangan murid mencantumkan

8
bahagian alatan jahitan.
 Murid menggunakan alatan jahitan dengan betul.
 Murid mengkongsikan alatan jahitan yang berlainan
dengan rakan.

Langkah 4
 Hasil kerja murid dapat disemak oleh guru.

Bahan Bantu  Alatan Jahitan, Puzzle alatan jahitan, Bahan


Mengajar Jahitan , Silang kata, Gambar alatan jahitan.

9
MERANCANG
Menghasilkan bahan bantu
mengajar untuk tujuan murid
dapat menggunakan alatan
jahitan
Menyediakan 10 alatan
jahitan

MEMBUAT REFLEKSI
TERHADAP TINDAKAN
TINDAKAN
Daripada hasil pemerhatian
dan aktiviti tindakan susulan . Peserta kajian melibatkan diri
dapat mengenalpasti dalam aktiviti Cantum,Buat dan
kemahiran murid dalam Kongsi. Pengkaji memberi
penggunaan alatan jahitan alatan jahitan kepada murid
dengan cara yang betul. untuk menggunakanyan dengan
cara yang betul

PEMERHATIAN
Pengkaji membuat penilaian
dari segi temubual dan
pemerhatian untuk mengetahui
cara menggunakan alatan
jahitan oleh murid dan
mengadakan ujian pra dan pos
selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Rajah 5.1 Langkah-langkah pelaksanaan penggunaan


‘Kaedah Permainan Cantum, Buat dan Kongsi berdasarkan Model Kurt Lewin

10
DAPATAN KAJIAN

I. Adakah murid dapat mengetahui cara menggunakan alatan jahitan melalui


kaedah Cantum, Buat dan Kongsi?

Melalui pemerhatian , 100% menunjukan bahawa peserta kajian berjaya


mengetahui cara menggunakan alatan jahitan dengan betul. Apabila pengkaji
memerhati cara peserta kajian menggunaakan melalui rakaman video yang
telah dirakam dan juga terdapat gambar - gambar yang menunjukkan dengan
lebih kukuh. Cara penggunaan alatan jahitan oleh peserta kajian diperhatikan
dari segi aspek cara memegang alatan jahitan dengan betul. Ini dapat
menyatakan bahawa peserta kajian telah mahir dalam menggunakan alatan
jahitan. Berikutnya ialah graf bar yang menunjukkan hasil pemerhaitan
selepas kaedah baru. Rajah 6.4 menerangkan tentang kaedah pemerhatian
yang digunakan oleh pengkaji.

GRAF PEMERHATIAN
7

6
BILANGAN RESPONDEN

0
KRITERIA 1 KRITERIA 2 KRITERIA 3 KRITERIA 4 KRITERIA 5

JENIS KRITERIA

Rajah 6.4 Graf Pemerhatian

11
II. Adakah murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ini?

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 95% peserta kajian berjaya melibatkan


diri dalam aktiviti permainan Cantum, Buat dan Kongsi. Pengkaji mengetahui
penglibatkan mereka melalui pemerhatian. Dalam borang pemerhatian
penglibatan peserta kajian adalah kriteria 1,2,3 dan 4. Peserta kajian
menunjukkan minat apbila pengkaji menanyakan soalan berkaitan alatan jahitan
dan juga minat mereka semasa melakukan aktiviti ini.

Jadual 1: Analisis penglibatan murid dalam aktiviti ini

BIL KRITERIA PERATUS


%
1 Murid dapat mengenal pasti 10 nama alatan jahitan 85%
2 Murid melibatkan diri dalam aktiviti dalam aktiviti kumpulan 100%
3 Murid dapat menyebut fungsi alatan jahitan 90%

4 Minat murid semasa menjawab soalan mengenai alatan jahitan. 85%

III. Apakah terdapat perubahan pencapaian murid dalam topik alatan jahitan
melalui kaedah Cantum, Buat dan Kongsi?

Dapatan kajian untuk soalan ini, menunjukkan perubahan yang baik dalam
pencapaian murid dalam topik alatan jahitan melalui Kaedan ini. Perubahan ini
boleh dilihat apabila pengkaji mengadakan ujian pra dan ujina pos. Melalui ujian ini

12
pengkaji boleh melihat perubahan yang ketara yang menunjukkan bahawa peserta
kajian memahami topic alatan jahitan dengan lebih jelas.

Jadual 2: Analisis perubahan pencapaian peserta kajian

Bil Nama Responden Markah Ujian Markah Ujian Perbezaan


Pra (%) Pos (%) (%)
1 R1 20 69 49
2 R2 45 65 20
3 R3 38 58 20
4 R4 30 65 35
5 R5 42 55 13
6 R6 40 58 18

REFLEKSI

Sebelum memperkenalkan kaedah baru, iaitu kaedah Cantum, Buat dan


Kongsi, peserta kajian tidak dapat mengetahui cara menggunakan alatan jahitan
dengan betul. Peserta kajian kurang minat terhadap matapelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi dan mereka menganggap subjek mencabar. Sedangkan ia, merupakan satu
subjek yang seonok dan memberi peluang kepada murid – murid sekolah rendah untuk
menunjukkan bakat. Oleh itu, pengkaji telah berfikir dan menukarkan kaedah
pembelajaran untuk mengatasi masalah penggunaan alatan jahitan dengan betul oleh
peserta kajian. Kaedah baru tersebut dapat mengatasi masalah tersebut dan dapat
meningkatkan pemahaman dan juga penguasan kemahiran jahitan dalam kalangan
murid.

13
Penyelidikan tindakan ini telah mendatangkan kesan positif terhadap peserta kajian.
Mereka telah menunjukkan kemajuan dalam peningkatan dalam menggunakan alatan
jahitan dengan betul. Daripada tidak tahu dan mengetahui, mereka kini telah mengenali
nama dan fungsi alatan jahitan. Selain itu, mereka berjaya menggunakan alatan jahitan
dengan betul dan juga mereka berasa gembira. Dengan itu, pembelajaran RBT menjadi
pembelajaran yang menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti “hands on” tidak
membosankan murid berbanding dengan pembelajaran secara teori sahaja.

Dalam melaksanakan amali RBT, strategi pembelajaran dan pengajaran perlu diambil
kira. Melalui strategi yang sesuai keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat
dinilai. Jika guru – guru tidak mengamalkan strategi yang betul, berkemungkinan apa
yang hendak disampai tidak akan berjaya disempurnakan dengan baik. Strategi –
strategi pengajaran yang sesuai juga perlu ada untuk menilai projek – projek yang
dibuat oleh murid.

Apabila pengkaji menukarkan kaedah pembelajaran tradisional kepada kaedah


pembelajaran permainan. Kaedah ini dapat menarik perhatian peserta kajian dan
membuat peserta kajian melibatkan diri secara aktif. Ini menunjukkan bahawa peserta
kajian dapat meningkatkan kebolehan mereka dari segi menggunakan alatan jahitan
dan juga dapat memahami dengan lebih jelas tentang nama dan fungsi alatan jahitan.
Ini menunjukkan bahawa peserta kajian mempunyai sikap yang lebih positif terhadap
pembelajaran apabila pengajaran disesuaikan dengan pendekatan pembelajaran
mereka. Ini menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh pendidik ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan memberi kesan kepada sikap murid
terhadap pendekatan tersebut. Secara keseluruhannya, penggunaan kaedah
permainan ini berjaya membantu murid dalam menggunakan alatan jahitan pada tahap
yang memuaskan.

TINDAKAN SUSULAN

Hasil kajian secara keseluruhan menunujukkan mutu hasil kerja murid berjaya
ditingkatkan dan membuktikan bahawa akdah Cantum ,Buat dan Kogsi membantu
meningkatkan kefahaman dan penguasan kemahiran menggunakan alatan jahitan

14
dalam murid. Pada masa yang sama, murid juga dimotivasikan melalui penglibatan
secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi
pada masa akan datang seperti:

i. Menambahkan bilangan peserta kajian supaya hasil kajian lebih jitu selain dapat
memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid.
ii. Mengaplikasikan kaedah Cantum, Buat dan Kongsi bagi tajuk – tajuk lain dalam
subjek RBt bukan sahaja bagi Tahun 4 malah bagi murid – murid lain juga
secara menyeluruh.
iii. Penggunaan masa perlu ditingkatkan supaya kaedah Cantum,Buat dan Kongsi
dapat mmeberi kesan kepada semua murid dan pakar dalam menggunakan
alatan jahitan.

RUJUKAN

Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan. Kuala


Lumpur Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Gawry Nayaranasamy (2009). Penggunaan Kaedah Belajar Melalui Bermain


Dalam Menguasai Nilai Operasi Nombor Dalam Kalangan Kanak-kanak
Prasekolah. Tesis tidak diterbitkanInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu : Tesis Sarjana.

Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shahabudin Yahaya, Rosli Sahat, Badrul Hisham
Alang Osman.(2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan.Institut Pendidikan
Guru KPM,, Kampus, Ipoh.

15