Anda di halaman 1dari 10

OSH LEGISLATION

Assignment # 3 : OSH Legislation

1. Tujuan kertas kerja :

a. Menerangkan Fungsi dan Objektif Akta Kilang & Jentera (AKJ) 1967, keperluan
pendaftaran keselamatan dan kesihatan.
b. Menerangkan objektif Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.
Menjelaskan konsep, polisi dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
pekerjaan serta tanggungjawab majikan dan pekerja.
2. Pengenalan
 Visi kerajaan Malaysia adalah untuk mencapai status sebuah negara maju pada
tahun 2020.
 Peningkatan dari teknologi berasaskan proses yang mudah kepada teknologi
yang lebih canggih memerlukan banyak tenaga kerja dan kepakaran.
 Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosio ekonomi serta
politik di Malaysia adalah di antara faktor yang menyebabkan pertambahan
jumlah kilang-kilang diseluruh negeri.
 Di Malaysia pendedahan di tempat kerja dikawal selia di bawah Akta Kilang dan
Jentera (AKJ) 1967 dan juga di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (AKKP) 1994.
 Kedua-dua Akta di Malaysia ini adalah untuk memastikan pekerja dilindungi dari
semua risiko yang datang dari bahaya di tempat kerja. Peraturan, garis panduan
dan kod amalan telah disediakan untuk menyokong kedua-dua Akta tersebut.

2.1 Sejarah di Malaysia Akta Kilang & Jentera dan Akta keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan.
Sejarah Pergerakan dan Perspektif
1. Sebelum 1914 - Era Keselamatan Dandang (Boiler Safety)
2. 1914 – 1952 - Era Keselamatan Jentera
3. 1953 – 1967 - Era Keselamatan Industri – AKJ 1967, Peraturan
4. 1968 – 1994 - Era Keselamatan dan kebersihan (hygiene) Industri
5. Selepas 1994 - Era Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan – AKKP 1994,
Peraturan

2.2 Fokus perundangan & penggubalan AKJ 1967 dan AKKP 1994

1
OSH LEGISLATION
1. Terdapat dua jenis isu yang besar dalam undang-undang ini iaitu : isu-isu
teknikal dan isu-isu pengurusan.
2. AKKP 1994 memberi tumpuan kepada isu-isu pengurusan manakala AKJ 1967
lebih fokus kepada isu-isu teknikal.
3. AKJ 1967 dan peraturan-peraturan subsidiari telah digubal untuk melindungi
pekerja-pekerja yang bekerja dengan jentera.

3 Akta Kilang dan Jentera (AKJ) 1967

- Latarbelakang:
Pada tahun 1967, AKJ 1967 telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia.
Pada tahun 1970, Akta Kilang dan Jentera serta lapan peraturan-peraturan di
bawah akta itu dikuatkuasakan. Akta ini digubal untuk mengatasi kelemahan
dalam Ordinan Kejenteraan 1953, Mereka tidak dilindungi jika mereka bekerja di
tempat kerja yang tidak menggunakan jentera.

3.1 Tujuan Akta Kilang dan Jentera (AKJ) 1967

1. Untuk mengawal operasi sesebuah kilang


2. Untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal kilang mematuhi garis panduan
dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja kilang.
3. Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dilindungi
4. Membuat pendaftaran dan pemeriksaan peralatan jentera dan mesin.

3.2 Peraturan-Peraturan dan Perintah di bawah AKJ 1967

Terdapat 14 Peraturan-Peraturan di bawah AKJ 1967, antaranya:

 Peraturan-Peraturan KJ (Lif Elektrik Penumpang-Penumpang dan Barang-


Barang) 1970

 Peraturan-Peraturan KJ (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970

 Peraturan-Peraturan KJ (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan


Pemeriksaan) 1970

2
OSH LEGISLATION
 Peraturan-Peraturan KJ (Dandang Stim dan Pengandung Tekanan Tak Berapi)
1970

 Peraturan-Peraturan KJ (Pendedahan Bising) 1997

 Peraturan-Peraturan KJ (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan


Kejuruteraan (Keselamatan)) 1986

3.3 Kawalan kepada Jentera, Pekerja dan Tempat Kerja:

a. Mesin-mesin yang digunakan juga perlu dibuat pendaftaran kepada pihak


yang berkenaan. Akta pendaftaran (akta ke-18 dalam Akta Kilang)
bertanggungjawab dalam pendaftaran mesin-mesin dan alatan elektrik
yang digunakan.
b. Sesebuah kilang boleh dikenakan tindakan undang-undang seandainya
tidak membuat pendaftaran peralatan yang ditetapkan. Adalah menjadi
tanggungjawab akta ini untuk menjaga keselamatan peralatan yang
digunakan supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

i) Jentera Yang Memerlukan Sijil Kelulusan Penggunaan (Dari JKKP):

 Mesin angkat (Hoisting Equipment) - PMA

 Dandang Stim (Steam Boilers) – PMD

 Pengandung Tekanan (Pressure Vessels) – PMT

ii) Sijil Kelayakan Pekerja (Orang Kompeten):


 Pemandu Kren (Mobile, Tower)
 Pemasang Perancah (Scaffolder)
 Pemandu : Dandang, Enjin Stim, Enjin Pembakaran Dalam (ICE)
 Jurutera : Dandang, Enjin Stim, Enjin Pembakaran Dalam (ICE)

iii) Tempat Kerja:


 Pemantauan dan Pengawasan Perubatan

3
OSH LEGISLATION

3 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994

Digubal pada tahun 1994 yang dikenali sebagai Akta Keselamatan dan Kesihatan
(AKKP 1994). Satu undang-undang yang lebih moden dan dikemaskini berbanding AKJ
1967.
 meliputi semua kategori pekerja dan pekerjaan

 meliputi semua hazard baru yang diperkenalkan di tempat kerja seperti


pendedahan kepada bahan kimia, bahan-bahan toksik, bahan-bahan
karsinogenik, bahan kimia neurotoksin, agen biologi yang berbahaya dan
berjangkit , serta alat dan peralatan berbahaya yang telah dikaitkan secara
langsung dengan penyakit dan kecederaan di tempat kerja.

 Beberapa insiden yang berlaku di dalam dan luar negara juga telah mendorong
Kementerian Sumber Manusia mengambil inisiatif yang serius untuk
menggalakkan dan mempromosikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
tempat kerja di Malaysia.

 Penalti yang lebih keras dikenakan terhadap majikan yang gagal untuk
melindungi pekerja mereka berikutan letupan kilang bunga api Bright Sparklers di
Sungai Buloh pada Mei 7, 1991 yang mengorbankan 22 pekerja.

4.1 Objektif AKKP

1. Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

2. Melindungi keselamatan orang lain selain dari pekerja di tempat kerja tersebut.

3. Menggalak persekitaran yang sesuai (dari segi fisiologi dan psikologi)

4. Membolehkan penggantian secara berperingkat perundangan berkaitan dengan


Peraturan dan Kod Amalan yang diluluskan, secara bergabung dengan Akta ini
untuk memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.

4
OSH LEGISLATION

4.2 Falsafah AKKP

“Kewajipan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak


pada mereka yang mewujudkan risiko dan mereka yang bekerja dengan risiko
tersebut”

Akta ini menekankan kepada

 Pengaturan Kendiri

 Permesyuarahan

 Kerjasama dan penglibatan pekerja

4.3 Prinsip Panduan AKKP

“Setakat yang praktik…….”

• Teruknya bahaya dan risiko yang terlibat

• Pengetahuan dan teknologi sediaada

• Kesesuaian cara menghapuskan / mengurangkan bahaya dan risiko

• Kos yang terlibat.

4.4 Kewajipan am Majikan dan orang yang bekerja

“Setakat yang praktik…….”

1. Mengada dan menyenggara loji dan sistem kerja selamat.


2. Membuat perkiraan bagi menjamin keselamatan dalam pengunaan,
pengendalian, penanganan (handling), penyimpanan dan pengangkutan loji dan
bahan.
3. Mengadakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkaitan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan.
4. Laluan keluar dan masuk ke tempat kerja yang selamat

5
OSH LEGISLATION
5. Penyediaan Persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta kemudahan
kebajikan pekerja

Lain-lain peruntukan berkaitan kewajipan am Majikan

6 Kewajipan MAJIKAN untuk tidak mengenakan caj PPD ke atas pekerja


(Seksyen 26).
7 MAJIKAN tidak boleh mendiskriminasi terhadap pekerja (memecat,
mencederakan atau mengubah kedudukannya). (Seksyen 27)
8 Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan
penyakit pekerjaan dan siasatan. (Seksyen 32)

Kepada Syarikat / Majikan:

Penalti : RM 50,000 / 2 tahun penjara atau kedua-duanya

4.5 Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal

“Setakat yang praktik……”

1. Memastikan loji / bahan direkabentuk dan dibina supaya selamat dan tanpa
risiko

2. Mengatur untuk menjalankan ujian dan pemeriksaan

3. Menyediakan maklumat yang mencukupi

4. Membuat atau mengatur penyelidikan untuk mengurang atau menghapus


bahaya loji atau bahan

5. Memastikan cara membina atau memasang loji yang selamat

4.6 Kewajipan am Pekerja

1. Memberi perhatian keselamatan dan kesihatan sendiri dan orang lain

2. Bekerjasama dengan majikan atau orang lain di dalam perlaksanaan Akta ini

3. Memakai dan mengguna alat pelindung diri


6
OSH LEGISLATION
4. Mematuhi arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Kepada Pekerja:

Penalti: RM 1,000 / 3 bulan penjara atau kedua-duanya

4.7 Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Tujuan:

1. Mempamerkan komitmen dan keperihatinan syarikat terhadap keselamatan dan


kesihatan pekerja.

2. Asas kepada pembangunan dan perlaksanaan program keselamatan dan


kesihatan di tempat kerja.

3. Mencakupi semua aktiviti kerja dan proses membuat keputusan di dalam


syarikat.

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


(PERNYATAAN DASAR AM KESELAMATAN DAN KESIHATAN MAJIKAN)
(PENGECUALIAN) 1995

Seksyen 16 AKKP hendaklah terpakai kepada tiap-tiap majikan dan tiap-tiap


orang yang bekerja sendiri kecuali mereka yang menjalankan sesuatu
perusahaan dengan tidak lebih daripada lima orang pekerja.

4.8 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKKP)

Objektif:

1. Untuk meningkatkan kerjasama dan permesyuarahan di antara majikan dan


pekerja di dalam meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

7
OSH LEGISLATION
2. Untuk mengadakan saluran komunikasi dua-hala yang menyalurkan maklumat
yang bersangkutan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Untuk meningkatkan minat dan motivasi semua kumpulan pengurusan dan pekerja di
dalam isu berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

SYARIKAT YANG MENGAMBIL BEKERJA 40 ORANG ATAU LEBIH


PEKERJA ADALAH DIKEHENDAKI MEWUJUDKAN
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

- JKKKP di anggotai pengerusi dan Setiausaha :

i. Bagi Syarikat yang mengambil bekerja 100 orang Pekerja atau kurang

Minima 2 wakil pekerja dan 2 wakil pengurusan

ii. Bagi Syarikat yang mempunyai lebih dari 100 orang Pekerja:

Minima 4 wakil pekerja dan 4 wakil pengurusan

4.9 Fungsi JKKKP – Penyiasatan Kemalangan

AKKP menghendaki semua kemalangan Industri disiasat:

Tujuan penyiasatan:

1. Untuk mengetahui punca kemalangan

2. Untuk mengambil langkah pencegahan dari kemalangan yang serupa berulang

3. Untuk merekodkan semua fakta berkenaan kemalangan tersebut untuk pelbagai


tujuan (tuntutan dll)

4. Untuk kajian trend jangka panjang dan kos kemalangan

8
OSH LEGISLATION
FMA 1997 berbanding OSHA 1994 adalah seperti yang ditunjukkan di atas meja ini:

FMA 1967 OSHA 1994

Hanya meliputi keselamatan dan Cover semua aktiviti ekonomi &


kesihatan pekerjaan dalam sektor kerajaan kecuali angkatan
Skop perkilangan, perlombongan, kuari, bersenjata & pelaut
kerja-kerja kejuruteraan dan
pembinaan

Meliputi 24% daripada kuasa Meliputi 90% daripada kuasa


manusia manusia

- Preskripti - Kawal selia


- Terlalu bergantung kepada - Disokong oleh kod amalan,
Pendekatan kerajaan garis panduan dan lain-lain
- Prihatin untuk pemeriksaan - Tanggungjawab tripartit
oleh pihak berkuasa - Kerjasama pekerja &
peraturan penyertaan

- Memberi tumpuan kepada - untuk melindungi, kesihatan


kawalan kilang & jentera dan kebajikan pekerja &
Objektif - Pendaftaran & pemeriksaan mereka di tempat kerja untuk
mesin
pelawat contoh, kontraktor dan
- Kurang peruntukan untuk
kesihatan sebagainya

5. Kesimpulan
 AKKP 1994 lebih menyeluruh bagi memberi perlindungan keselamatan dan
kesihatan kepada semua orang yang bekerja berbanding skop terhad di bawah
AKJ 1967.

 Menekankan penubuhan badan penasihat tiga pihak peringkat kebangsaan;

 Definisi yang jelas bagi majikan untuk melindungi pekerja mereka; tanggung-
jawab pengeluar, pengimport, dan pembekal loji;

 Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan (JKKP)

 Keperluan pegawai-pegawai keselamatan dan kesihatan.

9
OSH LEGISLATION

 Peruntukan AKKP 1994 adalah tambahan kepada undang-undang lain yang


berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan. Undang-undang lain yang
berkaitan seperti AKJ 1967 masih dikuatkuasakan.

10