Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN

• Markah penuh 30 dibahagikan kepada:


Isi - 20 markah
Bahasa - 10 markah

Panduan mengira perkataan

• Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:


- nama khas (Kota Bharu)
- perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)
- penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas)
- tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran (Yang Amat Berhormat)
• Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak
akan diperiksa. Dibolehkan lebih 5 pp untuk menyempurnakan frasa/ayat.
• Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah.

1. MULAKAN RUMUSAN DENGAN Petikan membincangkan…


2. JANGAN ADA PERKATAAN tentang SELEPAS Petikan membincangkan…
3. Sinonim perkataan selepas tentang dalam soalan
Contoh sinonim:
• kesan/akibat/implikasi/impak
• langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi
• masalah/halangan/kekangan
• faedah/kepentingan/manfaat/kebaikan/keistimewaan
• Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab
• Tujuan/matlamat/objektif
• Ciri-ciri/kriteria/elemen
SOALAN SPM 2010

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan

Subjek : Petikan membincangkan


Sinonim : kelebihan/keistimewaan/manfaat
Keterangan : makan coklat
Sasaran/Impak : terhadap manusia/dalam kehidupan manusia
Lokasi : (jika bersesuaian)

Contoh Pendahuluan:

Petikan membincangkan kelebihan makan coklat dalam kehidupan manusia

Sejak turun-temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis


makanan dan minuman yang digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap
lapisan masyarakat di seluruh dunia. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat
menikmati coklat. Pada masa itu, coklat ialah makanan yang dikhaskan untuk raja-raja,
perwira dan pembesar negara. Kini, coklat yang dihasilkan daripada buah koko itu dapat
dinikmati oleh semua orang. Hal ini menyebabkan industri berasaskan koko semakin
berkembang dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak negara.

Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksidan, kalsium,


fosfat dan vitamin A, B, C dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat
melegakan otot. Namun demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, coklat boleh
menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam
esofagus, iaitu bahagian saluran makanan yang terletak di antara tekak dengan perut.
Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia. Hasil
penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan gembira yang
amat sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat mencair
di dalam mulut.

Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu


merehatkan minda seseorang. Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat
menimbulkan perasaan relaks kerana bahan kimia teobromina yang terdapat dalam
coklat boleh memberikan rangsangan psikologi seolah-olah diri sentiasa bertenaga. Walau
bagaimanapun, bahan kimia yang memberikan kesan relaks kepada manusia itu boleh
menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda. Hal ini
terjadi kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai sistem penghadaman yang dapat
melakukan proses penguraian terhadap bahan kimia tersebut.

Manfaat lainnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu
memakannya. Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali
sebulan, mereka diramalkan dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak
memakan coklat langsung. Selain itu, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok
kerana fungsinya yang dapat mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada
membeku di dalam jantung. Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat
untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru. Kandungan bahan kimia
dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk. Namun begitu, manusia
perlu berhati-hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti.

Isi Tersurat:

S1 pengambilan coklat dapat melegakan otot


S2 coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada
pemakannya
S3 Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan
minda seseorang
S4 pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks
S5 coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya
S6 coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok
S7 Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran
pernafasan di dalam paru-paru
S8 Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan
batuk
Isi Tersirat:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan

T1 membuka lebih banyak ladang koko/menggalakkan penanaman koko


T2 mewujudkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
T3 memberi bantuan kewangan kepada pengusaha industri coklat
T4 mempelbagaikan produk berasaskan coklat
T5 menjadikan produk coklat hasil eksport negara
T6 mewujudkan Jabatan/Kementerian khusus
T7 mempromosikan kempen kebaikan coklat
T8 penggunaan teknologi moden dalam industri coklat

(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Kesimpulan:

Kesimpulannya, pengusaha industri berkaitan coklat perlu mengadakan pelbagai


promosi agar keistimewaan coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang.
CONTOH RUMUSAN LENGKAP:

Petikan membincangkan kelebihan makan coklat dalam kehidupan manusia.

Antara kebaikan makan coklat ialah pengambilan coklat dapat melegakan otot.
Coklat juga dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya.
Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu
merehatkan minda seseorang. Seterusnya,pengambilan coklat juga dapat menimbulkan
perasaan relaks .Tambahan pula, coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu
memakannya. Lagipun, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok.

Cara-cara memajukan industri coklat ialah kerajaan memberi bantuan kewangan


kepada pengusaha industri coklat. Selain itu, pengeluar mempelbagaikan produk
berasaskan coklat. Pihak media massa juga berperanan mempromosikan kempen kebaikan
makan coklat dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, pengusaha industri berkaitan coklat perlu mengadakan pelbagai


promosi agar keistimewaan coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang.

(119 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai