Anda di halaman 1dari 76

Bidang : Akademik

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran - Kepentingan Mata Pelajaran

Objektif : Murid dapat:

1. Memberi maklumat tentang kepentingan setiap mata pelajaran


dalam Tahap 2.
2. Mendedahkan kepentingan setiap mata pelajaran di peringkat
sekolah rendah.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Kertas A4

Langkah- : Set induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut beberapa
mata pelajaran yang mereka pelajari.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang


tentang kepentingan setiap mata pelajaran.

2. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut mata


pelajaran menggunakan kertas A4 yang diberikan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap


mata pelajaran Tahap 2:

a. Bahasa Malaysia
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. Sains
e. Pendidikan Agama Islam / Moral
f. Kemahiran Hidup
g. Kajian Tempatan
h. Pendidikan Seni Visual

1
i. Pendidikan Jasmani / Pendidikan Kesihatan
j. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Penilaian : Melalui catatan maklumat yang dibuat oleh murid.

Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran membolehkan


Rumusan : murid memperolehi kemahiran asas, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai
murni.

Falsafah : Ilmu Panduan Hidup

Bidang : Akademik
2
Tajuk : Kemahiran Belajar - Kemahiran Menggunakan Kamus

Objektif : Murid dapat:


1. Memahami kepentingan penggunaan kamus.
2. Mencari sumber maklumat dengan tepat dan cepat.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Kamus Bahasa Melayu, Laptop / LCD, Lampiran A 4A

Set induksi:
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan murid tentang
cara mencari makna perkataan yang tidak difahami.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan perkataan-
perkataan yang jarang atau tidak pernah didengar oleh
murid. Contoh – ( cangkir, jamung )
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid
menggunakan kamus.
3. Murid merujuk kamus untuk mencari makna perkataan yang
dipaparkan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan petikan
berkaitan kepada murid.
5. Murid membaca, menggunakan kamus dan mencatat
perbendaharaan kata dalam buku nota.

Penilaian : Murid dapat mencari makna perkataan menggunakan kamus.

Rumusan : Pendedahan tentang kepentingan menggunakan kamus dalam


pembelajaran yang berkesan.

3
Falsafah : 1. Membaca jambatan ilmu.
2. Kaya perbendaharaan kata, luas pengetahuan.

4
Lampiran A 4A

Tuan Rumah Menang

Terengganu melonjak tangga keenam selepas


menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada aksi Liga Super yang
terpaksa dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
semalam selepas ditunda kelmarin akibat hujan lebat.

Tuan rumah hanya memerlukan lapan minit untuk membuka


jaringan menerusi bekas penyerang bawah 20 tahun
kebangsaan, Abdul Manaf Mamat yang mengejutkan pelawat
menerusi gerakan serangan pertama mereka.

Dominasi pasukan bimbingan Ken Worden itu berterusan


pada babak kedua, namun terpaksa menanti sehingga masa
kecederaan untuk menjaringkan gol kedua menerusi sepakan
percuma Zairo Anuar Zailani.

5
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Mendengar Berkesan

Objektif : 1. Murid dapat mengetahui tentang peringkat-peringkat dalam proses


mendengar.
2. Murid dapat menggunakan deria mata, telinga, hati dan minda
dalam proses mendengar.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Laptop / LCD, Rakaman bunyi-bunyian (alat muzik / bunyi haiwan /


kenderaan ), Lampiran A 4B

Set Induksi:
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling memperdengarkan rakaman bunyi-
bunyian. Contoh: alat muzik / bunyi haiwan / kenderaan
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
tentang bunyi-bunyian tersebut.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyenaraikan
bunyi-bunyian tersebut mengikut urutan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepentingan
mendengar aktif dalam proses pembelajaran.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang langkah-
langkah dalam proses mendengar.
Proses Mendengar
i. Dengar
ii. Lihat
iii. Faham / Menghayati
iv. Buat catatan

5. Murid diminta menjalankan aktiviti yang diberikan oleh Guru


Bimbingan dan Kaunseling seperti berikut:

6
Buletin Utama
Cadangan aktiviti:
- Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan
- Seorang murid (mewakili kumpulannya) diminta
menyampaikan berita berpandukan petikan yang diberi
oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
- Satu kumpulan bertindak sebagai pengganggu
penyampaian berita (membuat bising: tepuk tangan/
ketawa/ menyanyi/ dll)
- Satu kumpulan bertindak sebagai pendengar dan pelapor
isi-isi penting
- Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan
pentingnya mendengar dengan menggunakan kombinasi
telinga dan mata secara optimum

Penilaian : Murid diberikan ujian dengan menulis semula bahan yang didengar
daripada Penyampai Berita.

Rumusan : Kemahiran mendengar adalah salah satu proses yang berterusan.

1. Komunikasi dua hala lebih berkesan berbanding


Falsafah : komunikasi sehala.
2. Rajin bertanya bertambah ilmu

7
Lampiran A 4B

8
Bidang : Akademik

Tajuk : Pengurusan Masa ( 8X3 )

Objektif : Murid dapat:


1. Mengenal pasti aktiviti yang perlu seorang murid lakukan
2. Menentukan bagaimana mengurus masa dengan berkesan
3. Mengenal pasti kepentingan pengurusan masa

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Kalkulator ( Untuk kegunaan guru ), Lampiran A 4C

Set induksi:
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling membuka perbincangan dengan
meminta murid menyenaraikan aktiviti harian mereka .
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memberi
anggaran masa setiap aktiviti yang disenaraikan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan panduan mudah
pembahagian masa dengan kaedah 8 X 3.
8 jam TIDUR
8 jam REHAT ( Beribadat , riadah )
8 jam BELAJAR ( Termasuk waktu belajar di sekolah )
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi panduan dan
meminta murid mengisi jadual waktu persendirian pada hari
persekolahan dan juga cuti sekolah.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memasukkan
nama mata pelajaran pada hari dan masa yang sesuai .
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih murid secara rawak
untuk membentangkan hasil kerja mereka dan menggalakkan
murid lain untuk bertanya atau memberi pendapat.

9
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.

Penilaian : Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk dijadikan


panduan dalam mengurus masa.

Rumusan : Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.

Falsafah : Masa itu nyawa

10
Lampiran A 4C

JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN


HARI/MASA 7.30pg-
2.00ptg
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD

11
:
Bidang Akademik

Tajuk : Masihkah Kau Ingat

: Murid dapat:
Objektif - Mengaplikasi teknik mengingat dalam proses pembelajaran.

: 60 minit
Masa
:
Sasaran Tahun 4
:
Bahan Lampiran A 4D, Klip Video ( bahan tambahan )

Langkah- : Set induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menayang 5 keping gambar secara
pantas dan meminta murid menyebut semula gambar tersebut dalam
tempoh 1 minit.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menayangkan klip video yang


sesuai dan memberi 5 soalan berkaitan klip video tersebut. Murid
tidak dibenarkan mencatat.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengulang tayang klip video


dengan membenarkan murid mencatat. Guru Bimbingan dan
Kaunseling memberikan 5 soalan yang berbeza.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membandingkan


dapatan aktiviti pertama dan kedua. Guru Bimbingan dan
Kaunseling memberi penekanan pentingnya konsep mencatat dan
mengulang dalam proses mengingat.

Penilaian : Catatan murid berdasarkan aktiviti yang diberi

Rumusan : Teknik mengingat dapat membantu murid mencari isi penting

Falsafah : Ilmu itu hendaklah difahami dan diamalkan


“Ilmu yang tidak diamalkan laksana pohon tidak berbuah” – Bidalan Arab

12
Lampiran A 4D

Kad Imbasan

13
Klip Video

Masihkah Kau Ingat

Contoh Soalan:

1. Berapakah orang lelaki yang muncul dalam klip video tersebut?

2. Berapa jumlah kon yang terdapat dalam klip video tersebut?

3. Apakah yang dibawa oleh perempuan yang berbaju hijau?

4. Apakah yang ditakuti oleh orang yang melalui khemah itu?

5. Bagaimanakah situasi di tempat tersebut?

* Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru. Sebarang jawapan yang


diberi oleh murid boleh diterima jika bersesuaian.

14
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Kenali Minat Anda

Murid dapat:
Objektif : 1. Mengenali minat masing-masing
2. Menyesuaikan minat dengan kerjaya yang ingin diceburi

60 minit
Masa :

Sasaran : Tahun 4

Bahan Gambar pekerjaan / suasana di tempat kerja, Lampiran K 4A


:

Langkah- : Set induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar suasana di
tempat kerja.

1. Soal jawab secara lisan dengan murid.

2. Beberapa orang murid mencatat contoh pekerjaan yang mereka


lihat dan diketahui.

3. Perbincangan pekerjaan yang mereka minati dan murid


menyatakan bidang tugas kerjaya tersebut .
Contoh : Kerjaya Polis. Apakah bidang tugasnya?

4. Membuat lembaran kerja ( Suaikan kerjaya dengan bidang


tugas )

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang kerjaya yang dibincangkan.

Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberikan

Rumusan : Setiap orang mempunyai minat yang berbeza .Namun secara realiti ,
adakalanya minat dan kerjaya yang diceburi tidak sama jadi jangan
putus asa .

15
Falsafah : Minat mempengaruhi individu dalam memilih kerjaya.

Lampiran K 4A
16
1. Minat saya ialah:

a. _________________________________
b. _________________________________
c. _________________________________

2. Saya boleh jika anda boleh buat.



Saya boleh.............

a. Membaca
b. Menulis
c. Mengira
d. Melayari Internet
e. Menjahit
f. Memasak
g. Lain-lain:

i. ..................................................................

ii. ..................................................................

iii. ..................................................................

iv. ..................................................................

Bidang :

17
Kerjaya

Tajuk : Aku dan Kerjaya.

Objektif : Murid dapat:


1. Menyatakan usaha yang dilakukan demi mencapai kejayaan.
2. Mengenali potensi diri bagi mencapai cita-cita kerjayanya.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4
:
Bahan Kertas mahjong, pen marker, Lampiran K 4B

Langkah- : Set induksi:


langkah
Lakonan tanpa suara oleh seorang murid yang sukarela
menggayakan perwatakan kerjaya yang diminatinya.

1. Murid meneka perwatakan kerjaya yang dilakonkan.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang


kerjaya yang telah dilakonkan.

3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

4. Kemudian murid diminta untuk membuat peta minda berkaitan


dengan usaha untuk mencapai kerjaya yang dipilih .

5. Pembentangan hasil dapatan dan Guru Bimbingan dan


Kaunseling membuat rumusan.

Penilaian : Menyiapkan peta minda yang diarahkan.

:
Rumusan Usaha perlu ada untuk mencapai sesuatu kerjaya yang dipilih.

Falsafah : Kerjaya yang dipilih harus disertai dengan usaha yang berterusan.

Lampiran K 4B

18
PETA MINDA

DOKTOR GURU
_______________________________ _______________________________

_______________________________ _______________________________

_______________________________ _______________________________

_______________________________ _______________________________

_______________________________ _______________________________

USAHA UNTUK MENCAPAI


KERJAYA YANG DIPILIH

AHLI PENIAGAAN JURUTERA


_______________________________ _______________________________

_______________________________ _______________________________

_______________________________ _______________________________

_______________________________ _______________________________
MODUL 3 TAHUN 4
_______________________________ _______________________________

Bidang : Kerjaya

19
Tajuk : Aktiviti ko-kurikulum dan kerjaya
Murid dapat:
Objektif :
1. Menjuruskan aktiviti kokurikulum ke arah kerjaya yang sesuai.
2. Mengaplikasikan nilai-nilai yang diterapkan dalam aktiviti
kokurikulum kepada kerjaya.

60 minit
Masa :

Tahun 4
Sasaran :
Jigsaw puzzle (gambar kerjaya), Lampiran K 4C
Bahan :
Langkah- : Set induksi:
langkah
Murid mencantumkan semula gambar ( Seperti ‘jigsaw - puzzle’ ) di
papan putih.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyoal murid berkaitan


gambar. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengaitkan gambar
dengan aktiviti ko-kurikulum.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid


menyenaraikan persatuan dan kelab yang ada di sekolah.

3. Perbincangan kumpulan .
- Menyatakan kerjaya-kerjaya yang berkaitan dengan persatuan /
kelab / unit beruniform dan nilai-nilai murni yang dapat diamalkan
daripada persatuan kelab / unit beruniform yang disertai.

4. Pembentangan hasil dapatan dan rumusan oleh Guru


Bimbingan dan Kaunseling.

Penilaian : Borang pengurusan grafik dilengkapkan

Setiap aktiviti kokurikulum yang diceburi dapat memberikan nilai yang


Rumusan :
sesuai.
Nilai murni yang terdapat di dalam kokurikulum membantu dalam
Falsafah
: kerjaya kita .

Lampiran K 4C

AKTIVITI KOKURIKULUM SAYA IALAH:

20
i.........................................
ii........................................
iii......................................

Nilai-nilai murni aktiviti persatuan saya ialah:-

NILAI-NILAI MURNI
DALAM AKTIVITI
BERPERSATUAN

: Kerjaya
Bidang
Tajuk : Aku Seorang Ahli Perniagaan

21
Objektif : Murid dapat:
1. Menyatakan jenis-jenis dan tugas ahli perniagaan
2. Menyenaraikan kelebihan menjadi ahli perniagaan

: 60 minit
Masa
: Tahun 4
Sasaran
: Lampiran K 4D
Bahan
Langkah- : Set induksi:
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar orang sedang
berniaga.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyoal murid tentang gambar


yang ditunjukkan.

2. Murid dibahagikan kepada kumpulan.

3. Murid menyenaraikan jenis-jenis perniagaan dan kelebihan


menjadi ahli perniagaan.

4. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil


perbincangan.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumus isi perbincangan.

Penilaian : Murid menyenaraikan tugas dan kelebihan menjadi ahli perniagaan.

Rumusan : Bidang perniagaan adalah kerjaya yang boleh diceburi.

Falsafah 90% rezeki adalah dari bidang perniagaan.


:

Lampiran K 4D

22
Suasana Pekerjaan

Senaraikan tugas dan kelebihan menjadi ahli perniagaan.

Tugas Ahli Perniagaan

Kelebihan Menjadi Ahli Perniagaan

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Masa Depanku


23
Objektif : Murid dapat:
- Menerangkan perbezaan antara matlamat jangka pendek dan
jangka panjang.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Kad aktiviti, kertas warna, pen marker, krayon dan bahan hiasan
Lampiran K 4E dan Lampiran K 4F

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menyoal tentang cita-cita murid.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan Kad Matlamat


Jangka Pendek dan menjelaskannya. Contoh: 5A - UPSR

2. Sesi perbincangan: Murid menyatakan matlamat mereka secara


individu.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan Kad Matlamat


Jangka Panjang dan menjelaskannya.

Contoh: Ijazah - Saya ingin mendapatkan ijazah dalam bidang


kedoktoran.

4. Sesi perbincangan: Murid menyatakan kerjaya pilihan.

5. Murid mencatat dalam lampiran yang diberi oleh Guru


Bimbingan dan Kaunseling serta menghiasinya dengan lakaran
yang disukai.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan matlamat jangka pendek dan jangka


panjang.

Rumusan : Setiap individu perlu ada matlamat hidup yang jelas.


Falsafah Perancangan matlamat yang betul dapat menjamin kehidupan yang
sempurna

Lampiran K 4E

24
Matlamat Jangka Pendek
Nama :

Tahun :

Sasaran Pencapaian :

Penilaian Semasa
Matapelajaran UPSR
Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian 4

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sains

Keputusan

Tandatangan : Tarikh :

Lampiran K 4F

Matlamat Jangka Panjang


25
Potong perkataan di bawah dan lekatkan di ruang yang disediakan.

Sila Lekat Di sini

Tamat Tingkatan
Universiti Penganggur Tiga

Mempunyai
Pusat Serenti Pondok Buruk Pekerjaan Yang Baik

Menjadi Orang
Ternama Kereta mewah Penagih Dadah

Rumah Besar Hidup Susah Keluarga Bahagia

Keluarga Porak
Basikal Peranda
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Hidup Bermasyarakat

26
Objektif : Murid dapat:
1. Mengenali jiran dan masyarakat sekeliling
2. Hidup perlukan masyarakat
3. Bersikap toleransi dan tolong-menolong

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Lampiran PS 4A

Langkah- : Set induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid bercerita tentang jiran
mereka.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran PS 4A


yang menunjukkan gambar gotong royong.

2. Murid diminta memberikan maklum balas terhadap gambar yang


terdapat dalam Lampiran PS 4A.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menulis


kenyataan berdasarkan gambar yang terdapat pada Lampiran
PS 4A.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang faedah hidup bermasyarakat.

Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberikan

1. Manusia memerlukan orang lain untuk menjalani kehidupan


Rumusan : 2. Hidup perlukan jiran dan masyarakat
3. Setiap individu saling menyumbang antara satu sama lain.

Falsafah : Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

27
Lampiran PS 4A

28
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

29
Tajuk : Kemahiran Mengawal Emosi

Murid dapat:
Objektif :
1. Mengetahui cara mengawal emosi dalam semua keadaan.
2. Mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku akibat
emosi yang tidak stabil.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Keratan Akhbar

Langkah- : Set Induksi :


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat lakonan gaya orang yang
tidak rasional. Contoh: ketawa seorang diri, bercakap seorang diri, dan
lain-lain.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan keratan akhbar


mengenai tindakan yang tidak rasional. Contoh: bergaduh,
merempit, mengamuk dan sebagainya.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling merangsang murid dengan


soalan-soalan berdasarkan petikan akhbar.

- Soalan berdasarkan pertanyaan Apa, Siapa, Bila, Di mana,


Bagaimana dan Mengapa perkara itu terjadi.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan ulasan terhadap


jawapan murid.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tindakan yang


perlu diambil ketika berada dalam keadaan emosi tidak stabil /
tidak rasional.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan akibat tidak


dapat mengawal emosi.

30
Penilaian : Penglibatan murid semasa aktiviti perbincangan dan soal jawab.

Perbuatan tidak dapat mengawal emosi mendatangkan kesan kepada


Rumusan : individu yang terlibat dan orang lain perkara ini boleh dihindarkan
dengan cara mengawal emosi.

Falsafah : Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Katakan Tidak!


31
Murid dapat:
Objektif :
1. Mengetahui dan membezakan antara perkara yang positif dan
negatif.
2. Mengatakan tidak kepada gejala-gejala negatif.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Keratan akhbar dan gambar-gambar gejala negatif, kertas lukisan /


kertas A4

: Set induksi :

Guru Bimbingan dan Kaunseling memanggil beberapa orang murid


melakonkan perbuatan tidak bermoral tanpa suara.
Contohnya: merokok, mencuri, vandalisme dan sebagainya.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan petikan


akhbar berkaitan isu gejala negatif melibatkan murid-murid.

2. Meminta murid menyenaraikan apa yang dilihat berkaitan


Langkah- nilai negatif.
langkah
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan perkara
negatif dan meminta murid menyatakan ‘tidak’ pada gambar
perbuatan negatif yang ditunjukkan.

4. Seterusnya murid melukis poster ‘Katakan Tidak’ kepada


gejala negatif. Contoh: rokok, buli, arak, dadah dan lain-lain.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang aktiviti yang dijalankan.

1. Melalui penglibatan dalam perbincangan dan soal jawab.


Penilaian :
2. Poster dihasilkan melalui aktiviti melukis.

32
Rumusan : Murid bijak menolak secara berhemah terhadap perkara-perkara
negatif.

Falsafah : Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan

33
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Berfikiran Positif

Objektif : Murid dapat:

1. Berfikir secara positif.


2. Menjauhi gejala-gejala yang tidak sihat.
Masa
: 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Lampiran PS 4B (Senikata lagu undang-undang pengakap)

Set induksi:
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menyanyikan lagu undang-undang
pengakap dan meminta murid meneka nama lagu yang dinyanyikan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan senikata lagu


undang-undang pengakap dan meminta murid menjelaskan apa
yang mereka faham tentang isi yang terdapat dalam lirik lagu
tersebut.

2. Menyebut nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu tersebut.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menjelaskan 3


perkara yang menunjukkan pemikiran positif iaitu suci fikiran,
suci perkataan dan suci perbuatan.

4. Murid menyanyikan lagu undang-undang pengakap bersama-


sama.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan tentang


pemikiran positif.

Penilaian : Murid dapat membezakan antara pemikiran positif dan negatif.

34
: Pada masa kini banyak gejala sosial yang sering disalah tafsir dan
Rumusan
perbuatan itu boleh mempengaruhi murid-murid.

Falsafah : Berfikiran positif pemangkin gaya hidup sihat.

35
Lampiran PS 4B

UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG


PENGAKAP PENGAKAP PENGAKAP
Bidang taat: berguna
Dipercayai Psikososial Dan Kesejahteraan
Dipercayai taatMental
berguna Dipercayai taat berguna
Bersaudara berbudi Bersaudara berbudi Bersaudara berbudi
kasihkan binatang kasihkan binatang kasihkan binatang
Tajuk : Saya Anak Bermaruah
Menurut perintah Menurut perintah Menurut perintah
Tabah hati, berjimat Tabah hati, berjimat Tabah hati, berjimat
Murid dapat :
Suci fikiran
Objektif : Suci fikiran Suci fikiran
Suci perkataan Suci perkataan Suci perkataan
1. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri
Suci perbuatan Suci perbuatan Suci perbuatan
2. Berusaha menghindari diri dari gejala negatif

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Lampiran PS 4C (Borang maklumat diri)

Lampiran PS 4D (Borang kelebihan dan kelemahan diri)

UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG


Langkah- : Set induksi:
PENGAKAP PENGAKAP PENGAKAP
langkah
Dipercayai taat berguna
Guru Bimbingan Dipercayai taat berguna
dan Kaunseling Dipercayai
mengeluarkan wang kertas taat
RM10berguna
Bersaudara berbudi Bersaudara
yang tertera gambar DYMM Agongberbudipertama Tuanku Bersaudara
Abdul Rahman berbudi
kasihkan binatang kasihkan binatang
Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad. Kemudian mempersoalkankasihkan binatang
Menurut perintah
mengapa kebanyakan Menurut perintah
murid tidak mengenali tokohMenurut perintah
tersebut
Tabah hati, berjimat Tabah hati, berjimat
sedangkan wang digunakan setiap hari dalam kehidupan.Tabah hati, berjimat
Suci fikiran Suci fikiran Suci fikiran
Suci perkataan Suci perkataan Suci perkataan
1. Penerangan tentang aktiviti cara mengisi borang
Suci perbuatan Suci perbuatan Suci perbuatan
yang akan diedarkan.

2. Murid melengkapkan borang maklumat diri di


Lampiran PS 4C

3. Murid menyenaraikan kekuatan dan kelemahan diri di

36
Lampiran PS 4D

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengambil hasil


kerja murid secara rawak dan membacanya.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.

Penilaian : Murid dapat melengkapkan Lampiran PS 4C dan Lampiran PS 4D

Rumusan : Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan diri.


Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki disamping berusaha untuk
memperbaiki diri ke arah kebaikan.

Falsafah : Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan


nama.

37
Lampiran PS 4C

Arahan : Lengkapkan Maklumat Diri Anda

DIRI SAYA

Nama :…………………………………………………
Nama panggilan :……………………………………………
Alamat : …………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………….
Nama Bapa :…………………………………………………………
Nama Ibu :…………………………………………………
Bil. Adik-beradik :………………………………..
Anak yang ke :…………………………
Cita-cita :
1. …………………………………………………

2. …………………………………………………

Hobi :
1. ………………………………………………..

2. ………………………………………………..

Makanan kesukaan :…………………………………………………..…


Minuman kesukaan :………………………………………………………
Tinggi saya :……………… cm

38
Berat saya :……………… kg
Idola saya :………………………………………………
Kawan karib saya :……………………………………………………
Tempat yang selalu saya lawati :………………………………………………………
Tempat yang ingin saya lawati :………………………………………………………

Orang yang paling saya sayangi :


1. ………………………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………………………

Orang yang banyak membantu dan berjasa kepada saya :


1. ………………………………………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………………………

39
Lampiran PS 4D

+ve -ve

40
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Aduhai Ayahku

Objektif : Murid dapat:

1. Mengetahui peranan dan tanggungjawab bapa sebagai ketua


keluarga

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Kertas mahjung, kertas A4, pen marker

Langkah- : Set induksi :


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-gambar

41
berkaitan dengan pekerjaan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang


pekerjaan bapa murid.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Murid diminta menyenaraikan peranan dan tanggungjawab
seorang bapa.
4. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.

Guru Bimbingan dan Kaunseling dan murid membuat rumusan tentang


peranan dan tanggungjawab bapa dalam keluarga .

Penilaian : Murid berupaya menyenaraikan peranan dan tanggungjawab bapa.

Rumusan : Bapa berperanan mencorak kehidupan keluarga.

Falsafah : Keberkatan hidup bermula dari keredhaan ibu bapa

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Istimewanya Ayah dan Ibuku

Objektif : Murid dapat:

1. Mengetahui keistimewaan yang ada pada ibu bapa masing-


masing.
2. Membezakan antara sikap positif dan negatif.
3. Menyenaraikan sikap-sikap positif ibu dan bapa.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Lampiran IB 4A dan Lampiran IB 4B

Langkah- : Set induksi :

42
langkah

Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan petikan sajak Ayah


dan Ibu. Murid diminta mendeklamasikan sajak tersebut.

1. Seorang murid diminta untuk memilih salah seorang idolanya


sama ada ibu atau ayah.

2. Murid tadi diminta untuk menceritakan mengenai sikap idolanya


yang sangat disukai.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta semua murid memilih


idola mereka.

4. Murid diminta menulis ciri-ciri peribadi idola yang disukai


berdasarkan lampiran yang diedarkan.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan mengenai sifat-


sifat positif yang perlu ada pada seorang ibu dan ayah.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang tajuk.

Penilaian : Murid dapat melengkapkan ciri-ciri idola masing-masing berdasarkan


lembaran kerja yang diberi.

Rumusan : Setiap anak perlu menanamkan nilai kesyukuran dalam diri kerana
dikurniakan ibu bapa yang mempunyai banyak keistimewaan.

Falsafah : Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia

43
Lampiran IB 4A

Arahan : Lukiskan gambar idola anda.

IDOLA SAYA IALAH :.................................................................

44
ISTIMEWANYA IBU / AYAH SAYA KERANA :

1.___________________________________________________________

2.___________________________________________________________

3.___________________________________________________________

4.___________________________________________________________

5.___________________________________________________________

6.___________________________________________________________

7.___________________________________________________________

8.___________________________________________________________

9.___________________________________________________________

10.___________________________________________________________

Lampiran IB 4B

AYAH IBU

AYAH IBU DUA JIWA SUNGGUH MULIA


KASIH SAYANG MEREKA TIADA TANDINGANNYA
TIADA NILAIANNYA TIADA GANTINYA

AYAH BEKERJA TAK HIRAUKAN PENAT LELAH


DEMI KEBAHAGIAAN ANAKNYA YANG TERCINTA
MENGHARAPKAN NANTINYA JADI INSAN YANG MULIA …

IBU TAK JEMU-JEMU MELAYANI MAHUMU


SEMUA YANG DIINGINKAN CUBA DITURUTINYA …
ABADI KASIHNYA SEHINGGA ... KE SYURGA …

AIR MATA KEDUANYA PERSIS PERMATA


PASTIKAN TERBITNYA NANTI
DARI HATI YANG SUCI
BUKANNYA KECEWA DENGAN SIKAP ANAKNYA…

45
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Kad Hikmah

Objektif : Murid dapat :

1. Mengetahui tarikh lahir setiap ahli keluarga.


2. Memupuk sikap berkasih sayang antara ahli keluarga.
3. Melahirkan penghargaan mereka kepada ahli keluarga
melalui kad yang disediakan.
Masa
: 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Kertas Lukisan, pensel warna dan kertas warna

Set induksi :
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut
jenis-jenis kad ucapan.

46
1. Murid diminta menyenaraikan nama ahli keluarga dan
tarikh lahir mereka dalam kertas lukisan.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid


menyediakan kad hari lahir yang mempunyai gambar,
tarikh lahir dan nama ahli keluarga.

3. Kad hari lahir yang telah siap dihantar kepada ahli


keluarga.

: Murid menyediakan kad hari lahir yang mempunyai gambar ahli


Penilaian
keluarga.

Rumusan : Mengingat tarikh lahir setiap ahli keluarga boleh mengeratkan


jalinan kekeluargaan

Falsafah Keluarga sejahtera membawa bahagia


:

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Kasih sayang

Objektif : Murid dapat:

1. Mengetahui dan mengenali ahli keluarga dengan lebih


dekat lagi.
2. Mengeratkan dan menambahkan rasa kasih sayang di
kalangan ahli keluarga.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 4
Bahan Lampiran IB 4D
:
Set induksi :
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menunjukkan
gambar ahli keluarga masing-masing.

47
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan carta
kenali ahli keluarga.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan cara


mengisi carta kenali ahli keluarga.

3. Murid-murid mengisi carta tersebut berdasarkan


pengetahuan sedia ada mereka mengenali ahli keluarga.
Kegemaran
4. Bagi murid yang tidak dapat mengisi bahagian tersebut
Ahli Makanandengan lengkap
Minuman Warna Hobi
boleh menyambung Cita-cita
tugasan di rumah .
Bapa
Penilaian : Murid mengenali ahli keluarga mereka dengan lebih dekat lagi.
Ibu
Rumusan
Kakak : Membantu murid mengetahui dengan lebih jelas tentang
pentingnya mengenali ahli keluarga masing-masing.
Abang
Falsafah : Kasih sayang tidak boleh dijual beli
Adik

Lampiran IB 4D

SOAL SELIDIK KENALI AHLI KELUARGA

Arahan : Isikan maklumat mengenai ahli keluarga anda.

48
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Main masak-masak

: Murid dapat:

1. Memahami tanggungjawab setiap ahli keluarga.


Objektif
2. Memainkan peranan sebenar setiap ahli keluarga.
3. Membentuk kerjasama yang kukuh dalam kalangan ahli
keluarga.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Plastesin dan kertas warna

Set induksi :
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar sebuah
keluarga bahagia yang sedang menjamu selera kepada murid-
murid.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid-


murid kepada beberapa kumpulan.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan peranan


dan membuat agihan tugas kepada setiap ahli dalam
kumpulan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta ahli keluarga


menyediakan satu hidangan (makan tengah hari ) untuk
ahli keluarga.

4. Murid membentuk plastesin (peralatan dapur dan bahan


masakan).

5. Murid melakonkan peranan mereka.

49
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling memerhati dan
membimbing setiap aktiviti lakonan mereka.

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan


secara keseluruhan tentang tanggungjawab setiap ahli
keluarga melalui perbincangan.

Contoh :

a. Adakah mereka berjaya menghasilkan hidangan


makan tengah hari tersebut?

b. Apakah perasaan mereka semasa melakonkan


peranan yang diberi?

c. Siapakah ahli yang paling penting dalam


keluarga?

Penilaian : Melakonkan peranan sebagai salah seorang ahli keluarga.

Rumusan : Setiap ahli keluarga mempunyai peranan yang besar dalam


membentuk keluarga bahagia.

Falsafah : Keluargaku penyeri hidupku

50
Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Potensi Diri / Kemahiran Membuat Keputusan

Objektif : Murid dapat:

1. Mengenalpasti bakat dan kemampuan diri.


2. Mengawal emosi dalam apa jua situasi.
3. Merancang dan menentukan tindakan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : 1. Lampiran PD 4A
2. Kertas A4.

Langkah- : Set induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar
kemalangan jalan raya. Dicadangan gambar kemalangan jalan
raya dari keratan akhbar atau Lampiran PD 4A

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid


menyatakan beberapa kemalangan yang mereka
ketahui.

2. Murid diminta menyatakan tindakan yang pernah diambil


ketika mereka menghadapi situasi kemalangan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih satu situasi


kemalangan dan meminta murid menyenaraikan
langkah-langkah yang perlu diambil.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membincangkan


keputusan yang diambil oleh murid.

51
5. Murid membuat rumusan berdasarkan tajuk yang
dibincangkan.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil


ketika menghadapi kemalangan.

Rumusan : Murid perlu bertenang dan prihatin terhadap diri serta


persekitaran ketika menghadapi sebarang situasi.

Falsafah : Berfikir sebelum bertindak

52
Lampiran PD 4A

53
Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Pengurusan Diri / Awal Remaja

Objektif : Murid dapat:


1. Menguruskan diri dengan baik.
2. Menjaga kebersihan diri.
3. Menyayangi diri sendiri.
4. Menjaga penglihatan, pendengaran, sentuhan dan
tutur kata.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : 1. Gambar murid lelaki dan perempuan


2. Lampiran PD 4B

Langkah- : Set induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar remaja
yang berlainan jantina.

Murid diminta mencari dan menyatakan perbezaan dari gambar


tersebut dan mengaitkan dengan diri mereka sendiri.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan perubahan


yang berlaku dalam proses akil baligh ( lelaki dan
perempuan) serta menekankan kepentingan menjaga
penglihatan, pendengaran, sentuhan dan tutur kata dalam
pergaulan.

2. Murid menyenaraikan adab-adab dalam pergaulan dari


aspek penglihatan, pendengaran, sentuhan dan tutur kata
seperti dalam Lampiran PD 4B.

54
Contoh:

Penglihatan (tidak menjeling / merenung terlalu lama).


Pertuturan (tidak mengejek / memaki, pujian).
Sentuhan (tidak memukul , meraba, bersalaman)

3. Murid membentangkan senarai yang telah dilengkapkan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan dari


perbincangan dan menekankan aspek pencegahan.

Contoh:

Pergaduhan antara pelajar biasanya berpunca daripada


perbuatan menjeling, diikuti dengan ejek-mengejek dan
akhirnya bergaduh. Pencabulan biasanya bermula dengan
renungan jahat, disusuli dengan pujukan seterusnya
sentuhan.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan adab-adab dalam pergaulan dari


aspek penglihatan, pendengaran, sentuhan dan pertuturan.

Rumusan : 1. Murid perlu mengetahui perubahan fizikal pada diri sendiri.

2. Murid perlu menghormati bentuk fizikal seseorang.

Falsafah : Hormatilah orang di sekeliling anda.

55
Lampiran PD 4B

Boleh Jangan

PENGLIHATAN

Boleh Jangan

PERTUTURAN

Boleh Jangan

SENTUHAN

56
Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Asas Komunikasi

Objektif : Murid dapat:


1. Berkomunikasi dengan yakin dan berkesan.
2. Menggunakan laras bahasa yang betul.
3. Melatih diri untuk bersopan-santun dalam pertuturan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Kertas A4.

Langkah- : Set induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan
dialog dalam situasi majlis hari lahir yang pernah mereka hadiri.
Contoh: Murid mengucapkan tahniah semasa majlis hari lahir.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid lain


memberi komen tentang dialog yang terdapat dalam
lakonan tersebut.

2. Murid dan guru berbincang tentang kepentingan


berkomunikasi dengan laras bahasa yang betul dan
bersopan-santun.

3. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk


menulis dialog dan melakonkannya. (contoh: situasi di
pasar, situasi perayaan kaum)

4. Guru membuat rumusan tentang kepentingan


berkomunikasi dengan betul dan berkesan.

57
Penilaian : Murid berkomunikasi dengan betul melalui dialog serta lakonan
mengikut situasi.

Rumusan : Murid perlu melatih diri untuk berkomunikasi dengan yakin dan
berkesan.

Falsafah : Komunikasi yang baik membentuk peribadi mulia.

58
Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Semangat Cintakan Sekolah / Benci Vandalisme

Objektif : Murid dapat:

1. Memupuk semangat sayangkan harta benda sekolah.


2. Menghargai kemudahan yang disediakan.
3. Menanam sikap benci kepada vandalisme.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : 1. Gambar vandalisme .


2. Kertas lukisan.

Langkah- : Set induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar
vandalisme dan murid diminta memberi ulasan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid


menyatakan tempat yang kerap berlakunya vandalisme
di kawasan sekolah.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid


menyatakan tindakan yang perlu diambil ketika mereka
berhadapan dengan vandalisme.

3. Murid melukis poster dengan tajuk ‘Kami Benci


Vandalisme’.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan


berdasarkan tajuk yang dibincangkan.

59
Penilaian : Murid dapat melukis poster ‘Kami Benci Vandalisme’.

Rumusan : 1. Murid perlu bertanggungjawab menjaga harta benda


sekolah dan kemudahan awam.

2. Menanam sikap membenci vandalisme di kalangan


murid.

Falsafah : Sayangi dan hargailah kemudahan yang disediakan.

60
Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Semangat Cintakan Sekolah / Menjaga Kebersihan

Objektif : Murid dapat:

1. Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah.


2. Menanam sikap sukakan kebersihan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : 1. Lampiran PD 4C
2. Wisel.
3. Cebisan kertas / sampah.

Langkah- : Set induksi:


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan contoh gambar
tentang sikap murid terhadap kebersihan dan murid diminta
memberi ulasan dari gambar tersebut. Rujuk Lampiran PD 4C

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid


menyatakan tempat yang paling kotor di sekolah dan
menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk
membersihkan kawasan tersebut.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan


kawasan untuk mereka bergotong royong membersihkan
kelas.

3. Murid bersaing untuk memastikan kawasan mereka


bersih sehingga Guru Bimbingan dan Kaunseling
menamatkan dengan tiupan wisel.

4. Murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah


dijalankan.

61
Penilaian : Murid melaksanakan aktiviti bergotong royong membersihkan
kelas.

Rumusan : 1. Murid perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan.


2. Menanam sikap sukakan kebersihan.

Falsafah : Kebersihan mencerminkan peribadi unggul.

62
Lampiran PD 4C

63
Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Potensi Diri

Objektif : Murid dapat:

1. Bersedia menerima teguran dan pandangan orang lain.


2. Menanamkan budaya bermaaf-maafan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Kertas A4

Langkah- : Set induksi:


langkah
Murid memilih pasangan dengan mencari sahabat karib mereka
di dalam kelas.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memilih


pasangan masing-masing (sama jantina)

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas


kosong A4 kepada semua murid.

3. Murid diminta mencatatkan sikap positif yang terdapat


pada diri pasangan masing-masing.

4. Setiap murid akan membaca catatan mengenai


pasangan masing-masing di hadapan kelas.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta pandangan


murid lain sama ada mereka mempunyai pandangan
yang sama.

Penilaian : Murid dapat mengenalpasti sikap positif yang ada pada


pasangan masing-masing.

64
Rumusan : 1. Murid dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan
yang ada pada diri sendiri supaya lebih berkeyakinan.

2. Murid dapat mengekalkan sikap positif yang ada pada


mereka.

3. Sentiasa menerima cadangan, nasihat atau teguran


secara terbuka dan tidak berdendam.

Falsafah : Tidak ada manusia yang sempurna.

65
Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Jauhi Rokok.

Murid dapat:
Objektif :
1. Menyenaraikan 5 ciri negatif perokok.
2. Membezakan perokok dan bukan perokok.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Lampiran PP 4A, Kertas A4

Langkah - : Set induksi:


Langkah
Murid melihat gambar yang dipamerkan. Rujuk Lampiran PP 4A

1. Setiap murid diberi peluang untuk menyatakan perasaan mereka


setelah melihat gambar.

2. Murid diminta menyenaraikan secara bertulis keburukan merokok.

3. Murid diminta membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan keburukan merokok.

Rumusan : Tabiat merokok adalah amalan yang tidak baik.

Falsafah : Merokok membahayakan kesihatan.

66
Lampiran PP 4A

KOLEKSI GAMBAR KUMPULAN PEROKOK

Bidang : Pendidikan Pencegahan (Alkohol)

Tajuk : Mitos dan Realiti Alkohol

Objektif : Murid dapat:

1. Memberikan tanggapan sebenar mengenai alkohol.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Lampiran PP 4B, Lampiran PP 4C

67
Langkah- : Set induksi:
langkah
Murid melihat gambar jenis-jenis minum beralkohol yang ditunjukkan
oleh guru.

1. Setiap murid diberi Lampiran PP 4B dan Lampiran PP 4C.


Guru Bimbingan Dan Kaunseling menerangkan perkara
sebenar di sebalik tanggapan salah tersebut.

2. Murid diminta membuat rumusan mengenai keburukan tabiat


ketagihan alkohol.

Penilaian : Soal selidik.


Jumlah ’ ya’ Bahagian A lebih banyak daripada Bahagian B
menunjukkan murid dipengaruhi oleh tanggapan salah berkaitan
ketagihan alkohol.

Rumusan : Tidak semua tanggapan yang baik, merupakan perkara baik.

Falsafah : Jauhi alkohol untuk kesejahteraan hidup.

Lampiran PP 4B

Sila tandakan ( _/ ) sekiranya pernyataan tersebut anda setuju, tandakan ( X ) sekiranya


pernyataan tersebut anda tidak setuju.

BAHAGIAN A

YA TIDAK
Penggunaan alkohol membuat seseorang individu berasa seperti
1 dewasa.
Alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan
2 diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut
Alkohol membuatkan seseorang itu nampak "cool" dan berjaya.
3
Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi keseronokan.
4
Adalah lebih baik mengambil alkohol semasa remaja supaya anda
5 boleh berhenti mengambilnya semasa dewasa ketika anda

68
mempunyai lebih tanggungjawab.
Alkohol dapat membantu melepaskan anda dari permasalahan
6 dalam hidup.

BAHAGIAN B

YA TIDAK
Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah lebih matang dan
1 dapat berfikir secara rasional. Mereka juga kurang bermasalah.
Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan
2 merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat.
Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan
alkohol.
Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini jelas tidak "cool"
3 dan juga merbahaya.
Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila seseorang itu
4 mengambil bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak mabuk.
Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan lama
dan mudah dilupakan.
Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang penting.
5 Malahan, Alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke
peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang
muda menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat apabila
dewasa kelak.
Menghilangkan masalah melalui penggunaan alkohol
6 merupakan penyelesaian jangka pendek sahaja. Menggunakan
alkohol sebagai cara untuk menangani masalah adalah tidak
benar. Penggunaannya akan menimbulkan lebih banyak
masalah dalam jangka pendek dan panjang.

Lampiran PP 4C

Mitos Realiti tentang kegunaan alkohol


Penggunaan alkohol membuat Remaja yang tidak mengambil alkohol
1 seseorang individu berasa seperti adalah lebih matang dan dapat berfikir
dewasa. secara rasional. Mereka juga kurang
bermasalah.
Alkohol memudahkan mereka Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh
2 mendapat ramai kawan dan lebih dipercayai dan merupakan kawan
diterima sebagai sebahagian dari yang sentiasa mengambil berat.
kumpulan tersebut Perhubungan
antara kawan juga lebih sihat tanpa

69
penggunaan alkohol.
Alkohol membuatkan seseorang Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana
3 itu nampak "cool" dan berjaya. ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.
Alkohol menghilangkan rasa Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila
4 bosan dan memberi keseronokan. seseorang itu mengambil bahagian dalam
aktiviti sihat dan tidak mabuk.
Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol
tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.

Adalah lebih baik mengambil Remaja juga mempunyai tanggungjawab


5 alkohol semasa remaja supaya yang penting. Malahan, Alkohol boleh
anda boleh berhenti mengakibatkan ketagihan hingga ke
mengambilnya semasa dewasa peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat
ketika anda pada usia yang muda menjadikan
mempunyai lebih tanggungjawab. seseorang
itu lebih baik dan sihat apabila dewasa
kelak.
Alkohol dapat membantu Menghilangkan masalah melalui
6 melepaskan anda dari penggunaan alkohol merupakan
permasalahan dalam hidup. penyelesaian jangka pendek sahaja.
Menggunakan alkohol sebagai cara untuk
menangani masalah adalah tidak benar.
Penggunaannya akan menimbulkan lebih
banyak masalah dalam jangka pendek dan
panjang.

Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )


Bidang :

Jauhi Inhalan
Tajuk :

Murid dapat:
Objektif :
1. Menonjolkan idea-idea kreatif dalam lukisan.
2. Menyampaikan maklumat berkaitan berdasarkan lukisan.
:
Masa 60 minit

70
:
Sasaran Tahun 4
:
Bahan Kertas lukisan, pensel warna, Lampiran PP 4D

Set induksi:
Langkah - :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan beberapa contoh
gambar berkaitan inhalan sebagai panduan.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang gambar
yang dipamerkan. Bersoal jawab dengan murid mengenai gambar.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas lukisan dan
pensel warna kepada murid-murid.
3. Murid melukis poster yang mengandungi kata-kata yang
menggambarkan kebencian pada inhalan.
4. Lukisan dipamerkan di papan kenyataan kelas.

Murid menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing.


Penilaian :

Guru menyemai sikap benci inhalan.


Rumusan :

Jauhi Inhalan Hidup Pasti Ceria


Falsafah :

71
Lampiran PP 4D

Tr agedi 10 Apr il 2000


(3 r emaj a mati menghidu gam)

72
Pendidikan Pencegahan Dadah
Bidang :

Tajuk : Dadah, Cegah Sebelum Terjebak.

Murid dapat:
Objektif :
1. Membentuk tingkahlaku yang baik
2. Menyatakan rasa benci terhadap dadah

Masa :
30 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan Bahan berkaitan Bahaya Dadah, ‘Dadah Musuh Negara’ dan alatan
:
multimedia, ikrar anti dadah (sumber : PPDa)

Langkah - : Set induksi :


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling memulakan aktiviti dengan meminta
seorang murid membaca ikrar “Kami Benci Dadah”.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat pengajaran secara


kelas tentang penyalahgunaan dadah yang dibenci oleh setiap
agama.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab secara lisan


dengan murid mengenai soalan-soalan berikut:-
i.Mengapakah semua agama menentang penyalahgunaan
dadah?
ii. Apakah hukum penyalahgunaan dadah kepada individu
menurut agama anutan murid ?

3. Setiap murid dibimbing dan diberi peluang untuk memberikan


jawapan masing-masing.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan tentang


jawapan yang diberikan oleh murid mengikut perspektif agama.

1. Sesi Soal jawab


Penilaian :

73
2. Pemerhatian

Falsafah : Amalan tanpa ilmu adalah sia-sia

74
Pendidikan Pencegahan

Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS

Murid dapat:
Objektif :
1. Menyatakan punca jangkitan penyakit HIV / AIDS.
2. Menyenaraikan cara-cara mencegah jangkitan pada diri dan ahli
keluarga.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Carta HIV / AIDS, Brosur HIV / AIDS ( disediakan oleh Guru Bimbingan
dan Kaunseling )

Langkah- : Set induksi :


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan carta Punca dan Akibat
Penyakit HIV / AIDS.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid


tentang carta yang ditunjukkan.

2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan


diberi tugasan seperti Lampiran PP 4E. Setiap kumpulan
membuat pembentangan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan mengenai


akibat penyakit HIV / AIDS

Penilaian : Murid dapat menjawab soalan dalan Lampiran PP 4E

Amalkan gaya hidup sihat


Falsafah :

75
Lampiran PP 4E

Tugasan Kumpulan

Kumpulan 1 : Punca-punca HIV

Kumpulan 2 : Kesan HIV ke atas pesakit

Kumpulan 3 : Kesan psikologi kepada diri pesakit

Kumpulan 4 : Cara-cara mencegah HIV

76