Anda di halaman 1dari 6

Apa itu Penjodoh Bilangan?

 Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama


dengan kata bilangan.
 Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu
benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
 Berikut adalah beberapa contoh penjodoh bilangan
serta penggunaannya

1 . Helai- untuk benda-benda yang nipis dan lebar.


Contoh- daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput

2 . Kuntum- untuk bunga


Contoh- mawar, matahari, tulip, anggerik, melati, raya, kekwa

3. Buah- untuk benda besar dan padu , yang tidak mempunyai bentuk
tertentu
Contoh- kereta , negeri , rumah , kotak , kampung , komputer
Contoh Ayat

Helai
1. Ibu membeli dua helai seluar panjang di pasaraya.

2. Amir melukis gambar seekor ikan di atas sehelai kertas.

3. Encik Ismail memakai sehelai baju kemeja berwarna biru.

Kuntum
1. Encik Alias mengahdiahkan sekuntum bunga mawar kepada
isterinya.

2. Kakak memasukkan beberapa kuntum bunga tulip ke dalam pasu


kaca.

3. Adik melukis lima kuntum bunga matahari yang sedang mekar.

Buah
1. Ayah membeli sebuah kereta baharu.

2. Lima buah rumah telah musnah dalam kejadian kebakaran itu.


3. Terdapat dua puluh buah komputer di makmal komputer sekolah
saya.

Nota

1. Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan


kata bilangan.

2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda


mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta


penggunaannya.

Penjodoh Bilangan dan Penggunaan:

baris:
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok,
orang dan sebagainya

batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan
sebagainya

biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan
sebagainya

cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan
sebagainya

das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam

ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-
sayuran, dan sebagainya

jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi
bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya

keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan
sebagainya

ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan
sebagainya

laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya

lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut,
dan sebagainya

sikat:
Untuk pisang
ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya

utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali,
dan sebagainya