Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG

SK PARIT RAMBAI 2018

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat
tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.
Kerjasama dan perhatian dari hadirin sekalian saya dahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Mohd Othman


bin Yusof, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai
dengan diiringi oleh En Mohd Jasmi bin Ramlan, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Parit Rambai, En. Noraizam bin Sukiman,
Yang Dipertua PIBG, guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG.
Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu


LAGU Negaraku
NEGARAKU *************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir tuan puan memeriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Datuk Mohd Othman bin Yusuf, Ketua UMNO


Bhg Tanjung Piai

Yang Berusaha En Mohd Jasmi bin Ramlan, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Parit Rambai

Yang Dihormati, En Noraizam bin Sukiman, YDP PIBG Sekolah


Kebangsaan Parit Rambai

Guru Penolong Kanan HEM, Puan Khairunisa bt Hj Sarbani

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En Mohd Nawab b Unos

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Parit Rambai, barisan Guru-guru,


tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan rezeki kelapangan untuk sama-sama berkumpul di
Dewan ini bagi MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah
Kebangsaan Parit Rambai kali ke 47.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis dirai tak akan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama


kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari
Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz ……………………......untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada …………………. atas


pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung
akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Bacaan ayat Warga dewan yang dimuliakan,


suci al_Quran
Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Dengan
ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan adik
Nurdinie Aleeya bt Noraizam untuk mengalunkan bacaan ayat –ayat
suci al-Quran dari Surah………. Ayat…………. Dipersilakan.

Ucapan Warga dewan yang dimuliakan,


Guru Besar
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang
Berusaha En Mohd Jasmi bin Ramlan, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Parit Rambai. Majlis dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas ucapan
sebentar tadi.
Ucapan NYDP Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis
menjemput dan mempersilakan En. Noraizam bin Sukiman, YDP
PIBG Sekolah Kebangsaan Parit Rambai untuk menyempurnakan
bingkisan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Noraizam bin Sukiman


atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan
Perasmian Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin yang dimuliakan,


Sebelum mendengar ucapan perasmi kita pada hari ini,suka untuk
saya maklumkan kepada hadirin sekalian, sebentar tadi Majlis
pelancaran Wakaf Tok Moy iaitu bangunan pondok menunggu SK
Parit Rambai telahpun disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Datuk
Mohd Othman bin Yusof. Untuk pengetahuan semua, pondok
menunggu tersebut telah dibina aas dana yang telah disumbangkan
daripada Datuk Mohd Othman bin Yusof pada tahun 2016.
Alhamdulillah, pihak sekolah dan seluruh warga SK Parit Rambai
sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan Datuk
kepada sekolah ini. Semoga Allah membalas jua dengan kebaikan.

Seterusnya, majlis sangat berbesar hati memberi laluan, peluang dan


kesempatan kepada Yang Berbahagia Datuk Mohd Othman bin
Yusof, Ketua UMNO Bhg Tanjung Piai untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG
SK PARIT RAMBAI bagi tahun 2018.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan Perasmi*******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia Datuk Mohd Othman bin Yusof atas ucapan
perasmian sebentar tadi

(jika ada sumbangan)… ……………………………………


Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,
Cenderahati Seterusnya majlis menjemput sekali lagi,
YDP PIBG SK Parit Rambai, En Noraizam bin Sukiman diiringi
Tuan Guru Besar, En Mohd Jasmi bin Ramlan untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia, Datuk Mohd Othman bin
Yusof.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

>>>>>>>penyampaian cenderahati>>>>>>>>>>

Terima kasih kepada YDP PIBG atas kesudian menyempurnakan


acara sebentar tadi.

Penutup Mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili AJK PIBG dan seluruh warga SK Parit


Rambai, merakamkan penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Datuk Mohd Othman bin Yusof
atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 47 SK Parit
Rambai.

Seterusnya, dijemput Yang Berbahagia Datuk Mohd Othman


bin Yusof, diiringi YDP PIBG, En Noraizam bin Sukiman dan
Tuan Guru Besar, En Mohd Jasmi bin Ramlan untuk
menikmati sedikit jamuan. Dipersilakan.

***** Ibu bapa sekalian juga dijemput untuk menikmati


bungkusan makanan yang diedarkan tadi.

MESYUARAT Seterusnya, Majlis diserahkan kepada YDP PIBG SKPR


PIBG 2018 Encik Noraizam Bin Sukiman untuk meneruskan agenda
mesyuarat Agung PIBG SK Parit Rambai Bagi Tahun 2018.

CABUTAN Tuan-Tuan Dan Puan-Puan,


BERTUAH
Demikian Tadi Mesyuarat PIBG Tahun 2018, Diharapkan
Dengan kata sepakat yang sudah dicapai tadi akan
menjadikan PIBG lebih bersatu padu demi membangunkan
sahsiah dan meningkatkan tahap kecemerlangan anak-anak
SK Parit Rambai.
Seterusnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara
cabutan nombor bertuah. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput ………………………………………. untuk
membuat 10 cabutan nombor bertuah hadirin sekalian diminta
bersedia dengan nombor masing-masing
………………………………………………………………………

Untuk membuat 10 cabutan seterusnya dipersilakan


…………………………………. untuk membuat cabutan.

Panggil 10 no bertuah

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


…………………………………… atas kesudian mencabut
nombor bertuah itu tadi dan tahniah diucapkan kepada hadirin
yang bertuah pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Dengan cabutan nombor bertuah itu tadi, maka berakhirlah


mesyuarat agung pibg tahun 2018. Saya mewakili
jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua hadirin yang telah menyumbang secara
langsung atau secara tidak langsung bagi menjayakan majlis
ini.

Dengan penuh takzim, majlis turut merakamkan setinggi-


tinggi penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan para ibu
bapa yang sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini
berjalan dengan lancar.

Kain yang carik cuma dihujung


Dibuat alas mengelap kendi
Budi yang baik tetap dijunjung
Tahun hadapan berjumpa lagi

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh : Sri Mulyani binti Embok Epek, 9 Mac 2018