Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA OLEH PEGAWAI JPJ KEPADA

PELAJAR TINGKATAN 4, 5 & 6 SMKDBD TAHUN 2018

TARIKH: 13 Mac 2018 (ISNIN)


MASA : 8.00-9.00 PAGI
BERTEMPAT : DEWAN SERI BENTARA, SMKDBD
PENGACARA MAJLIS : FATIN NABIHAH (5 SRT)

Mengumumkan Ketibaan PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP32, BAHAGIAN PERLESENAN PEMANDU


JPJ SEGAMAT, TUAN RIZAL BIN ABDUL RAHMAN Diiringi oleh Tuan Pengetua SMKDBD dan barisan pentadbir
serta para pegawai JPJ Segamat masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia, TUAN RIZAL BIN ABDUL RAHMAN selaku penceramah jemputan kita pada pagi ini,
Yang Berbahagia, TUAN MUHD YUSOB BIN BAHARUM, Penolong Penguatkuasa KP29, Pegawai Penyelaras Kadet
JPJ SMKDBD,
Yang Berusaha, TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN SAKIRAN, Pengetua SMKDBD Segamat,
Yang Dihormati, HAJI ABDUL KADIR BIN RAJAK, GPK Pentadbiran SMKDBD segamat,
Yang Dihormati, ENCIK MD. MURAD BIN MD. LIP, GPK HEM SMKDBD, Segamat,
Yang Dihormati, ENCIK MUHD RAZI BIN YAKUB, GPK KOKURIKULUM SMKDBD,Segamat,
CIK TEE POH KIM, Penolong Kanan PRA UNIVERSITI,
PEGAWAI-PEGAWAI JPJ,
BARISAN GURU
DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan izin
Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul badirin agi melansungkan PROGRAM
ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA PEGAWAI JPJ KEPADA PELAJAR MENENGAH ATAS
SMKDBD TAHUN 2018. Bagi seluruh warga SMKDBD, Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Tuan Penceramah
ke program kita pada hari ini.

Bunga Mawar Cantik Tersemat,


Dipetik Gadis di Tepi Titi,
Doa Dibaca Memohon Rahmat,
Moga Majlis Sentiasa Diberkati.

Bagi Menambah keberkatan program kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Ustaz Kamal Hadi Bin Ariffin.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

_____________BACAAN DOA___________

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA USTAZ KAMAL HADI BIN ARIFFIN ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Untuk makluman semua, Program pada pagi ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan advokasi
keselamatan jalan raya kepada pelajar sekaligus dapat menimbulkan kesedaran kepentingan mematuhi jalan raya
serta pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis kesalahan lalu lintas dan kenderaan, di akhir program ini nanti.

Dengan itu tanpa membuang masa, saya menjemput penceramah kita pada hari ini iaitu TUAN RIZAL BIN ABDUL
RAHMAN untuk menyampaikan ceramah berkaitan advokasi keselamatan jalan raya kepada para pelajar.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

____________________PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN_______________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Penceramah Kita, TUAN RIZAL BIN ABDUL RAHMAN, DI
ATAS PERKONGSIAN ILMU YANG AMAT BERMAKNA BUAT SEMUA PELAJAR. Semoga program ini dapat
memberi kesedaran kepada pelajar tentang keselamatan jalan raya dan mematuhi setiap undang-undang jalan raya.

Majlis ingin menjemput TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN SAKIRAN, PENGETUA SMKDBD DIIRINGI OLEH ENCIK
MUHD RAZI BIN YAKUB, GPK KOKURIKULUM SMKDBD UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN
KEPADA PENCERAMAH KITA PADA PAGI INI.
DIJEMPUT TUAN RIZAL BIN ABDUL RAHMAN UNTUK TAMPIL KE HADAPAN BAGI MENERIMA SIJIL
PENGHARGAAN DARIPADA PIHAK SEKOLAH.

PARA HADIRIN SEKALIAN,


DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH SUDAH PROGRAM KITA PADA
PAGI INI.
AKHIR KATA, SEKIAN, WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH,WASALAMUALAIKUM W.B.T.
TERIMA KASIH.