Anda di halaman 1dari 2

GERAI JUALAN TIDAK LAGI DIGUNAKAN

BSN merupakan Inasis yang mempunyai cafe yang berada jauh di belakang blok menyebabkan
ramai yang malas untuk pergi membeli di cafe berkenaan yang menyebabkan wujudnya gerai-
gerai jualan di sepanjang jalan berjalan kaki antara blok belakang dan blok depan. Namun, gerai
jualan yang terdapat di Inasis BSN tidak digunakan. Hal ini kerana terdapat perbalahan antara
penjual cafe Inasis dan penjual gerai jualan yang terdapat di sepanjang laluan berjalan kaki
antara blok F ke blok A Inasis BSN. Perbalahan berlaku kerana harga sewa gerai tersebut murah
berbanding harga sewa di cafe Inasis. Selain itu, kawasan gerai jualan di kawasan laluan di Inasis
BSN ini lebih ramai pelanggan dari pelanggan di cafe, berlaku sedemikian disebabkan oleh gerai
tersebut berada di kawasan yang strategi dan makanan yang dijual jauh lebih sedap dan murah
berbanding makanan yang dijual oleh cafe Inasis. Gerai tersebut menjadi perhatian pelajar
kerana keenakkan nasi kerabu yang di jual serta murah daripada nasi kerabu yang dijual di
Inasis-Inasis lain. Namun, gerai tersebut terpaksa tutup kerana perbalahan tersebut. Dengan ini
membuatkan gerai tersebut terbiar dan dipenuhi dengan sampah seperti daun-daun kering dan
juga tempat monyet serta kera bermain.

Kesan kepada masalah ini membuatkan pelajar Inasis BSN tidak dapat menikmati makanan
sedap dan murah yang terdapat di gerai tersebut. Pelajar terpaksa membeli makanan yang
terdapat di cafe Inasis masing-masing dengan harga yang jauh lebih mahal dari gerai yang
terdapat di laluan pelajar Inasis BSN. Selain itu, gerai yang terbiar menyebabkan berlakunya
pembaziran dan membuatkan kawasan laluan pelajar menjadi suram. Gerai tersebut yang dibiar
menjejaskan pandangan mata pelajar dan juga pengunjung yang datang ke inasis BSN ini, hal ini
kerana gerai tersebut telah ditinggalkan yang menyebabkan daun-daun kering berselerak
dikawasan tersebut dan juga telah menjadikan kawasan tersebut tempat bermain binatang seperti
monyet dan kera.

TANDAS UNTUK PELAJAR PEREMPUAN TETAPI TERDAPAT KAWASAN UNTUK


MEMBUANG AIR KECIL UNTUK PELAJAR LELAKI.

Inasis BSN ialah Inasis yang hanya dihuni oleh pelajar perempuan sahaja, yang pada asalnya
Inasis BSN ialah inasis campuran dengan pelajar lelaki juga. Namun dengan adanya peraturan
yang baharu bahawa Inasis BSN hanya untuk pelajar perempuan sahaja menyebabkan beberapa
masalah berlaku. Masalah yang berlaku antaranya ialah terdapat tempat membuang air kecil
untuk kegunaan lelaki terbiar ini menyebabkan berlakunya pembaziran. Hal ini kerana sekarang
Inasis BSN telah dihuni oleh semua pelajar perempuan menyebabkan tempat membuang air kecil
khas untuk pelajar lelaki tersebut terbiar begitu sahaja. Selain itu, bagi pelajar yang baru belajar
di UUM menyababkan timbulnya tanda tanya apabila mereka menggunakan tandas di Inasis
BSN disebabkan adanya kemudahan lelaki di kawasan Inasis BSN yang penghuninya sekarang
dikalangan pelajar perempuan sahaja.

Dengan ini, membuatkan pelajar senior terpaksa menerangkan kenapa dan bagaimana semua ini
berlaku. Selain itu, kawasan bagi membuang air kecil yang sepatutnya digunakan pelajar lelaki
dibiarkan dan sering menjadi tempat membuang air besar oleh kucing. Seterusnya membuatkan
kawasan tersebut busuk dan menimbulkan ketidakselesaan bagi penghuni yang menggunakan
tandas tersebut. Namun tidak semua blok mempunyai tempat khas untuk membuang air kecil
untuk pelajar lelaki, hanya beberapa blok sahaja iaitu blok C, blok D, blok E dan juga blok F.
Selain itu, kawasan yang seharusnya digunakan oleh pelajar lelaki telah mengalami kerosakkan
kerana dibiarkan dan menyebabkan pembaziran yang tidak sepatutnya terjadi.

Anda mungkin juga menyukai