0 Olahraga
OLAHRAGA
SEJARAH AWAL
Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga, walaupun
matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi lebih kepada salah
satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports , acara pertama yang
dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama
Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi . Beliau melompat sejauh 23
kaki 1 inci.
PERKEMBANGAN AWAL
sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara
lain meneruskan pertandingan . Ini berlarustan sehingga abad ke 17.
Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece
( tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno ), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah
olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga , tidak
mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak
dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung
dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk
menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik
yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada
jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar.
Olaraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan .
Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh . Pada Sukan Olimpik
yang diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil
bahagian termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting
di dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara
yang penting di dalam hidup ialah berusaha'.
Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu
pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada
tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat
sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik
dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan
kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.
Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas,
iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan
wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah
penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini , walaupun mendapat
tentangan , namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang
terlibat.
Olahraga Wanita
Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku
kepada kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita
bukan sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak
dibenarkan, termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum
masihi lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah
mengadakan kejohanan olahraganya sendiri.
Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-
tahun sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki.
Walaupun semasa olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah,
termasuk ke England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu
menguruskan sukan ini untuk kaum wanita.
OLAHRAGA
Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1. Acara balapan
2. Acara-acara padang
Acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi
sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan
termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak
sedarhana dan jauh dan berjalan kaki.
1. Lari Pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter
2. Lari berganti-ganti
a) 4 x 100 meter
b) 4 x 200
c) 4 x 400
3. Lari berpagar
c) 400 meter
4. Steeplechase
a) 3,000 meter
a) 800 meter
b) 1,500 meter
c) 3000 meter
d) 5000 meter
e) 10,000 meter
6. Berjalan kaki
a) 20 km
b) 50 km
ACARA-ACARA PADANG
1. Acara lompatan
b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.
2. Acara Balingan :
a) lempar cakera
b) rejam lembing
c) lempar tukul
d) lontar peluru.
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang
dipertandingkan dalam temasya olahraga :
a) Decathlon
b) Penthathlon
c) Marathon
d) Merentas desa