Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2016

SK MERITAM

No ATURCARA SKRIP PENGACARA


1. Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Ketua Kampung Meritam, Tuan Haji
Tetamu Mahmud Bin Haji Gampal .
Jemputan
2. Perarakan Majlis mengumumkan perarakan masuk para peserta Majlis Khatam Al-Quran .
masuk peserta
Majlis Khatam
Al-Quran Majlis mengucapkan terima kasih dan mempersilakan semua hadirin duduk.

3. Kata-kata Bismillahirrahmannirahim.
Aluan Assalamualaikum w.r.t.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia

Tuan Haji Mahmud Bin Haji Gampal


Ketua Kampung Meritam

Yang Berusaha
En. Raman Bin Tusin
Guru Besar SK Meritam

Penolong-penolong kanan

Guru-guru, guru-guru KAFA, para Ibubapa


dan, murid-murid sekalian.
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-
Nya, dapat juga kita berhimpun bersama-sama dalam majlis yang bermakna ini,
iaitu, Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan Meritam 2016.
Bagi pihak jawatan kuasa sambutan Majlis Khatam Al-Quran dan seluruh warga
SK Meritam, kami mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibubapa dan
murid-murid ke majlis ini.
4. Bacaan Doa Al-Quran diturunkan sebagai penyuluh,
Membaca dikurniakan pahala dan juga rahmat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Najahuddin Bin Zulkipli. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Najahuddin
Bin Zulkipli atas bacaan doa itu tadi.
5. Majlis Khatam Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Ustaz Mohd Najahuddin untuk
Al-Quran memulakan Majlis Khatam Al-Quran . Majlis mempersilakan.
bermula.
6. Bacaan Dzikir Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Majlis Khatam Al-Quran telah
selesai disempurnakan oleh murid-murid. Seterusnya, majlis diteruskan lagi
dengan menjemput kumpulan Dzikir dari Kampung Meritam untuk
memperdengarkan alunan dzikir. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Dzikir Kampung Meritam atas alunan
dzikir sebentar tadi.
7. Ucapan Alu- Muslimin muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,
Aluan
Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu program sekolah yang diadakan
dua tahun sekali yang bertujuan untuk melahirkan generasi yang celik Al-Quran.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha En. Raman Bin Tusin,
Guru Besar SK Meritam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Raman Bin
Tusin di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
8. Ucapan Majlis Khatam Al-Quran diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji
Perasmian Mahmud Bin Haji Gampal, Ketua Kampung Meritam untuk menyampaikan sepatah
dua kata dan seterusnya merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Sekolah
Kebangsaan Meritam 2016.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Mahmud Bin Haji
Gampal, Ketua Kampung Meritam atas ucapan perasmian beliau sebentar tadi.

9. Penyampaian
Sijil & Hadiah
Amanat sudah diterima, ucapan perasmian pun sudah. Maka tibalah kita di acara
untuk penyampaian sijil dan hadiah.

Majlis Khatam
Al-Quran Tahun Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput Encik Raman Bin Tusin, Guru
4–6) Besar Sekolah Kebangsaan Meritam untuk mengiringi Tuan Haji Mahmud Bin Haji
Gampal , Ketua Kampung Meritam untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada
peserta Majlis Khatam Al-Quran 2016.

Dipersilakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mendahului senarai, dipersilakan adik ……………………………….…………………daripada
Tahun …………………………..
Seterusnya, dipersilakan adik……………………………………daripada Tahun
………………………………… (RUJUK BUKU PROGRAM)

Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta Majlis Khatam Al-Quran Sekolah


Kebangsaan Meritam.
.
10. Cenderahati Sebagai tanda terima kasih kami atas kesudian Yang Berbahagia merasmikan
majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada
peserta Majlis Khatam Al-Quran, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
yang berusaha En. Raman Bin Tusin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam
untuk menyampaikan Cenderahati kenang-kenangan kepada yang Berbahagia
Tuan Haji Mahmud Bin Haji Gampal, Ketua Kampung Meritam.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


11. Penutup Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T.

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya , Majlis


Khatam Al-Quran dapat dilaksanakan dengan lancar. Bagi pihak JK Pelaksana
Majlis Khatam Al-Quran 2016 pada hari ini mengucapkan jutaan terima kasih di
atas kesudian Para Hadirin sekalian memeriahkan majlis ini. Pihak majlis sekali lagi
merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis pada pagi ini.
Mohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang kami
mengacarakan majlis ini.

Akhir sekali,

Dipersilakan Yang Berusaha En. Raman Bin Tusin , untuk menjemput Tuan Haji
Mahmud Bin Haji Gampal ke bilik jamuan.

Para Hadirin dipersilakan menikmati jamuan yang telah disediakan.

Akhir kata daripada saya sekian, Sehingga kita bertemu lagi. Salam bahagia dan
salam hormat dari kami. Assalamualaikum WBt....