Anda di halaman 1dari 3

B.

Kaedah Cerakinan

Mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.


Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut. Pendekatan ini pula bertujuan agar
murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik.
Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan
bagi memudahkan murid untuk membaca. Daripada beberapa perkataan,guru akan
membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan
satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata. Pendekatan ini akan
mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah
membaca dengan betul. Terdapat4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-
muridnya seperti latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada
sukukata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina
dan membaca ayat sempurna.
Langkah pengajaran kaedah cerakin ialah, contohnya untuk mengajar budak tahun 1
yang mana dapat memudahkan mereka untuk membaca dan mengeja. Guru perlu
menyediakan beberapa keping kad yang mana guru sudah memisahkan suku kata perkataan
tersebut. Contohnya bu+ku. Hal ini akan memudahkan para pelajar untuk memahami dengan
lebih cepat. Selain itu guru juga boleh cerakinkan huruf satu persatu contohnya b+u+k+u. Hal
ini murid dapat mengenal huruf konsonan dan huruf vocal dengan lebih cepat.
Seterusnya, semua murid perlu menyebut apa yang dilihat dan didengari mereka.
Kaedah ini ialah kaedah pandang sebut. Dengan menggunakan kaedah ini, murid dapat
memahami apa yang dipelajari dengan lebih cepat. Setiap perkataan atau huruf yang disebut
akan mudah diingati mereka.
Selain itu juga guru boleh mengadakan aktiviti yang mana para pelajar diberi kad dan
perlu padankan pada gambar yang telah dipamerkan. Sebagai contoh, guru menampal gambar
buku di papan putih dan para pelajar meletakkan suku kata dibawah gambar tersebut. Hal ini
jugak dapat mempercepatkan para pelajar untuk menguasai taknik ini. Bagi memudahkan lagi
kerja guru, guru hasrulah meggunakan gambar yang biasa dilihat mereka seperti buku, sudu,
dan batu. Hal ini kerana mereka sudah terbiasa dengan benda tersebut. Guru juga tidak boleh
menggunakan perkataan yang agak rumit dan mengelirukan yang mana akan menyebabkan
pelajar keliru dan PdP yang dijalankan tidak mencapai objektifnya.

Seterusnya pula ialah,guru juga boleh menggunakan bahan tmk seperti tayangan video
yang mana dapat menarik minat para pelajar untuk focus semasa PdP dijalankan. Tayangan
video tersebut haruslah bersesuain dengan apa yang sedang dipelajari. Contohnya guru
menayangkan video tentang buah-buahan yang mana guru boleh menggunakan kaedh
cerakinan. Sebagai contoh guru mencerakinkan perkataan du+ku. Disini murid dapat
memahami kaedah ini dengan lebih cepat.

Untuk memudahkan lagi murid memahami kaedah ini, guru haruslah menuruh setiap
murid untuk mengeja dan menyebut perkataan tersebut. Hal ini sudah pasti murid dapat
memahami kaedah cerakinan dengan lebih cepat. Dengan menyebut dan mengeja setiap suku
kata, murid sudah tentu akan mudah ingat akan kaedah ini.

Guru juga boleh haruslah menyuruh murid untuk mencipta satu ayat dari perkataan yang
dibaca mereka. Sebagai contoh, buku. Murid boleh mencipta ayat yang senang seperti buku itu
tebal. Dengan ini secara tidak lansung dapat memahirkan mereka lagi.

Akhir sekali kaedah cerakinan ialah guru akan mencerakinkan beberapa ayat yang
lengkap kepada berberapa perkataan dan suku kata bagi memudahkan murid untuk membaca.
Guru juga perlu membentangkan perkataan tersebut kepada suku kata tertentu. Dengan ini
guru dapat memperkenalkan satu persatu suku kata dalam setiap perkataan. Pendekatan ini
akan memudahkan guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca
dengan betul.
Rujukan

Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. 2012. Bahasa Melayu II Akademik.

Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura
Mohamed Barawi & Siti Hajar Idrus. 2012.Literasi Bahasa Melayu.

Prosiding Kajian Tindakan Prasekolah 2010

Sabrina Abdul Rahim. 2010. Keberkesanan kaedah gabungan bunyi dan kata dalam
meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah

Anda mungkin juga menyukai