Anda di halaman 1dari 2

TAJUK CERITA: PUTERI DUYUNG

Suatu masa dahulu, Puteri Duyung tinggal di kerajaan air dengan kakaknya. Puteri duyung

telah jatuh cinta dengan dunia atas laut.

Puteri Duyung sering berenang ke permukaan laut dan merenung langit bercahaya dan

rumput panjang menghijau di daratan. Dia merasakan bahawa tanpa keajaiban bumi dan

langit , dia tidak boleh menjadi gembira.Satu malam, berlaku rebut dan Puteri Duyung naik

ke permukaan laut.

Tiba-tiba, dia melihat kapal karam di lautan dan seorang putera yang hampir lemas

meminta bantuan. Puteri Duyung berenang dengan pantas untuk menyelamatkan putera

daripada lemas dan membawanya ke pantai. Putera itu sangat kacak dan Puteri Duyung telah

jatuh cinta kepadanya.

Kemudian, seorang gadis muda yang merupakan seorang puteri menghampiri tempat

putera diletakkan. Puteri Duyung bersembunyi di sebalik batu dan melihat puteri berasa

cemas. Puteri membnagunkan putera itu.Putera amat berterima kasih kepada puteri itu

kerana menyangka puteri yang menyelamatkannya. Putera membawa puteri ke istana.

Puteri Duyung pula sedih dan menyelam ke dalam air untuk kembali ke istana

bapanya. Masa berlalu tetapi Puteri Duyung tidak dapat melupakan putera yang

diselamatkannya dan mahu bertemu dengannya. Jadi, Puteri Duyung menemui ahli sihir laut

dan memintanya menjadikan dia seperti manusia. Ahli sihir akan menyediakan ubat yang

akan member Puteri Duyung sepasang kaki tetapi dengan syarat dia mahukan suara Puteri

Duyung.
Ahli sihir berkata,’jika kamu menjadi isteri putera , kamu tidak akan menjadi ikan

duyung lagi! Jika putera berkahwin dengan orang lain, kamu akan bertukar menjadi buih

selepas perkahwinan putera.” Puteri Duyung bersetuju dan dia pun berubah menjadi seorang

gadis yang cantik.

Puteri Duyung sampai di istana dan berharap putera akan mengakuinya sebagai

penyelamat. Satu pesta besar-besaran telah diadakan di istana. Pengawal istana tidak

membenarkan Puteri Duyung masuk ke dalam. Apabila mendengar muzik dari istana, Puteri

Duyung mula menari. Pengawal membenarkannya masuk ke istana setelah melihat tarian

yang indah itu.

Puteri Duyung sangat kecewa apabila mendengar pengumuman tentang perkahwinan

putera dengan gadis yang disangkakannya menyelamatkannya. Ia adalah tidak benar.Dan apa

yang benar adalah Puteri Duyung sebenarnya yang telah menyelamatkan putera tetapi Puteri

Duyung tidak dapat memberitahu kepada putera kerana dia telah kehilangan suaranya. Dia

berlari keluar istana dan sampai ke tepi laut.

Sedih dengan apa yang berlaku, Puteri Duyung terjun ke laut dan menjadi buih. Sejak

itu dipercayai bahawa Puteri Duyung masih boleh dilihat duduk di atas batu berhampiran

tempat dia mula-mula bertemu dengan putera itu.