Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Gaya hidup yang sihat adalah slah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan
golongan orang dewasa yang mengamalkan cara kehidupan yang aktif dan cergas.
Gaya hidup sihat boleh dicapai dengan mengamalkan perlakuan aktiviti fizikal sekerap
yang mungkin dan juga mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Setiap golongan
daripada pelbagai kategori umur dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi dan mengamalkan pemakanan
yang rendah lemak, gula dan garam. Menurut penyelidik-penyelidik di bidang sains
sukan, corak gaya hidup sihat dapat mengurangkan obesiti yang menjadi punca kepada
penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kini,
masyarakat kita mula mengamalkan gaya hidup sihat ekoran daripada kesedaran
bahawa penyakit kronik wujud daripada corak kehidupan yang tidak sihat.Ini sebab isu
kesihatan di golongan orang dewasa meningkatan dalam penyakit-penyakit yang teruk
dan akan membawa maut.

Pemakanan yang seimbang adalah salah satu cabaran yang penting dalam
menguruskan gaya hidup yang sihat bagi golongan orang dewasa pada zaman ini.
Sebab kebanyakan pilihan yang terdapat diluar,menyebabkan mereka tidak dapat
makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.Oleh sebab itu menyebabkan
kebanyakan orang dewasa sekarang mendapat penyakit kronik seperti obesiti,penyakit
tinggi,kencing manis dan sebagainya pada umur yang muda.Cara yang boleh
mengatasi masalah ini, kita patutlah mengubah cara makan,haruslah makan dengan
seimbang dan berkhasiat. Pemakanan yang seimbang dan sihat memerlukan pemilihan
seimbang daripada kumpulan makanan seperti sumber tenaga (karbohidrat, protein dan
lemak) dan lain-lain nutrien. Makan daripada pelbagai jenis makanan juga akan
membantu anda mengelakkan makan terlalu banyak. Amalan memakan terlalu banyak
adalah tidak baik untuk kesihatan. Kesederhanaan bererti makan sedikit daripada
setiap satu, tetapi tidak berlebihan. Tidak ada makanan yang bagus atau tidak bagus,
yang ada hanya diet bagus atau teruk. Semua jenis makanan adalah diet yang sihat jika
anda makan secara sederhana. Selain itu juga, pemilihan makanan yang sesuai untuk
jangka masa panjang boleh menjamin diet yang sihat.

Senaman juga salah satu cabaran yang penting untuk gaya hidup bagi golongan
dewasa sekarang.Kebanyakan orang dewasa sekarang sebab makan dengan masa
yang tidak tetap dan tidak membuat senaman yang mencukupi mengakibatkan berat
badan mereka dalam situasi yang tidak sesuai untuk umur mereka. Pengarang Aris
Fazil, Borhan, Abd. Halim (2003), telah mentakrifkan; ‘kecergasan secara amnya,
sebagai kemampuan untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan sempurna dari
segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.’
Kementerian Kesihatan Malaysia pula telah menerangkan bahawa kecergasan
bermaksud ‘berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan
melaksanakan tugas harian dengan efisien tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat
melibatkan diri dalam aktiviti riadah, di samping masih memiliki tenaga untuk
menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan.’
Bagi Wee (2001), kecergasan keseluruhan iaitu ‘kecergasan fizikal, mental, emosi,
rohani dan social.’Golongan sekarang haruslah meluangkan masa untuk membuat
senaman yang sesuai bagi diri sendiri untuk menjaga dan menubuhkan satu cara hidup
yang sihat bagi kendiri,ia juga dapat menjauhkan diri daripada penyakit-penyakit yang
akan membawa maut kepada diri.
Cabaran ketiga bagi golongan orang dewasa pada zaman ini dengan hidup
dengan sihat iaitu cara rehat dan waktu rehat yang sihat dan mencukupi. Rehat
bermaksud suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu
aktiviti sama ada aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti ringan dan untuk mengurangkan
rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga,tetapi orang muda
sekarang suka aktiviti dalam permainan internet,telefon bimbit dan bahan elektronik
yang sedia ada menyebabkan mereka tidak dapat berehat dalam situasi yang bagus.
Tidur yang mencukupi akan membuatkan seseorang itu bersedia utk melakukan suatu
aktiviti dgn cerdas dan cergas.Ini ialah isu yang sangat penting untuk menubuh satu
gaya hidup yang sihat pada zaman ini. Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup serta
beraktiviti di waktu istirehat dan waktu senggang merupakan salah satu komponen gaya
hidup sihat dan sememangnya sangat penting dalam kehidupan kita.Tidak mendapat
cukup tidur dan rehat serta tidak melakukan sebarang aktiviti di waktu istirehat dan
senggang, maka kesihatan fizikal dan mental anda akan terjejas.Dibiarkan berterusan
akan membawa kesan yang lebih buruk pada kesihatan.Cara untuk mengatasi masalah
rehat kita boleh melatih diri tidur pada waktu tertentu setiap hari walaupun masih belum
mengantuk dan sediakan persekitaran tidur yang kondusif iaitu bersih, selesa, tidak
bising dan mempunyai pengudaraan yang baik,ia akan memberikan bantuan untuk
membina satu suasana yang selesa bagi kita rehat.
Gaya hidup individu yang cergas dan sihat merupakan salah satu daripada asas
yang penting untuk memastikan negara kekal maju dan membangunkan. Biasanya
apabila taraf hidup kita meningkat, cara hidup kita akan berubah dan pemakanan juga
berubah sehingga kita lupa kepada pentingnya menjaga kesihatan diri.Justeru itu, tidak
hairanlah ramai individu masa kini berisiko menghidap pelbagai jenis penyakit seperti
hipertensi, kanser paru-paru, kencing manis dan buah pinggang. Hipertensi adalah satu
penyakit berbahaya kerana ia membebankan jantung dan ini menyebabkan
arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit
jantung dan strok. Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit
kronik degeneratif seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung
dan sakit jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, sakit buah pinggang
dan otak serta boleh membawa kepada kematian.Itulah sebab kita patutlah
mengamlkan gaya hidup yang sihat pada sekarang,bukan saja tunggu kedatangan
masalah kesihatan barulah kita sedar bahawa kesilapan gaya hidup menyebabkan
masalah yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai