Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Namun, kekurangan kemampuan kantin sekolah menampung kedatangan tetamu


amat ketara sekiranya ada pertandingan-pertandingan besar dijalankan di sekolah
ini. Ditambah pula kantin using ini telah berusia lebih 40 tahun, tentulah banyak
kerosakan yang berlaku sama ada disebabkan oleh factor semulajadi mahupun
kerana kehadiran binatang iaitu monyet yang seringkali member banyak masalah
kepada sekolah ini.
Kertas kerja ini menjelaskan betapa pentingnya perlaksanaan projek ini bagi
mencapai objektif yang akan dinyatakan dengan sokongan daripada semua pihak
untuk merealisasikan impian sekolah ini mempunyai kantin yang kondusif dan
selesa.
OBJEKTIF
Objektif kertas kerja ini dimajukan adalah untuk memaklumkan tentang usaha
membina semula kantin SJK (T) Sepang yang dilengkapi dengan bilik stor simpanan
barang makanan serta Bilik Makan Guru dan Tetamu. Dengan terbinanya sebuah
kantin yang baharu, beberapa masalah / kekurangan dapat diatasi lalu boleh
mewujudkan suasana kantin yang kondusif dan selesa.
MATLAMAT
Kantin yang kondusif dapat menyediakan kemudahan yang secukupnya bagi
keperluan pelanggan iaitu murid-murid, guru-guru, pekerja-pekerja sekolah serta
para tetamu yang berkunjung di sekolah ini bagi menyertai pertandingan yang
dijalankan di sekolah ini. Selain itu dapat mengelakkan murid daripada ancaman
binatang iaitu monyet semasa menikmati hidangan semasa waktu rehat.
LATAR BELAKANG
Sejarah sekolah menjelaskan kantin sekolah ini dibina pada tahun 1970 -an lagi dan
mempunyai luas saiz pembinaan 25 kaki x 45 kaki persegi sahaja. Pembinaan kantin
tidak mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Dengan ini, pengurusan
sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sepang
menyedari kepentingan kantin yang agak kondusif untuk murid-murid sekolah ini
khasnya. Kelengkapan seperti sinki dan tempat penyediaan makanan oleh
pengusaha kantin masih dalam keadaan usang dan perlu dibaiki dengan kadar
segera. Tambahan pula, kebanyakan pembinaan kantin sekolah pada masa kini
adalah disusun atur dan dilengkapi bilik makan guru / tetamu. Objektif pembinaan
kantin baharu adalah untuk menyediakan kemudahan kondusif untuk murid-murid
meluangkan masa semasa waktu rehat khasnya. Kemudahan kantin yang sempurna
akan menjamin kualiti pendidikan yang menekankan amalan kebersihan dalam
kalangan murid-murid sekolah.
Dengan keperluan semasa di SJK (T) Sepang mengalami perubahan fizikal sejak
tahun 1985 sehingga hari ini. Sekolah ini masih tidak mengalami perubahan fizikal.
Kantin sekolah masih kekal dengan bangunan usang. Sebenarnya, sekolah ini
memerlukan bangunan kantin yang penuh dengan kemudahan yang lebih teratur.
Tambahan pula, kantin sekolah perlu dikembangkan tidak semata-mata tertumpu
untuk meluangkan masa rehat sahaja malah menjadi tempat kegiatan yang
mengembangkan emosi, rohani dan kesejahteraan murid-murid sekolah. Kantin
sekolah perlu memainkan peranan yang lebih besar dengan menjadi nadi yang
mencorak kehidupan harian murid sekolah di sini teruk tanpa dinding menyebabkan
kersukaran dalam penyediaan makanan yang
bersih. Sinki yang tidak teratur dan kemas menyebabkan keceriaan kantin sekolah tidak
begitu cantik dan teratur. Bumbung yang usang dan berlubang menyebabkan kantin
tidak boleh digunakan pada musim hujan. Lantai kantin juga sentiasa basah ketika musim
hujan.
CADANGAN PEMBINAAN SEMULA DAN PENGUBAHSUAIAN
Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas, cadangan pembesaran kantin sekolah
ini adalah di atas dua tujuan utama iaitu:
Untuk membolehkan lebih ramai murid dapat meluangkan masa rehat yang baik,
selamat dan selesa sepanjang masa.
Keadaan usang dengan gangguan monyet dapat dielakkan dengan pemasangan gril
yang bersesuaian di sekitar kawasan kantin serta membina bilik makan bagi guru-
guru dan tetamu yang berkunjung ke sekolah ini.
Setelah siap kelak, di harapkan bangunan kantin ini dilengkapi dengan pentas mini,
sudut informasi, ruang bacaan, cabinet dapur yang bermozek, bilik penyimpanan
barang serta bilik makan guru / tetamu yang lebih kondusif dan selesa. Juga
diharapkan kantin baharu nanti dapat memuatkan sekurang-kurangnya lebih 300
orang murid dalam satu-satu masa semasa waktu rehat atau aktiviti tertentu.
ANGGARAN KOS DAN JANGKA MASA PEMBINAAN.
Adalah dianggarkan pembinaan bangunan kantin baharu seluas 3000 kaki persegi
menelan belanja lebih kurang RM100,000 (Satu Ratus Ribu Ringgit Malaysia).
Jumlah ini termasuk bayaran khidmat juruperunding (arkitek, jurutera dsb), kos
merobohkan bangunan sedia ada dan juga kos pentadbiran dan pembinaan
bangunan.
Jangka masa pembinaan adalah dianggaran enam (6) kelapan (8) bulan. Dengan
memperuntukkan masa selama 12 bulan (satu tahun) menyediakan bangunan yang
baharu, diharapkan pada tahun 2015 nanti sekolah ini telah mempunyai sebuah
kantin yang kondusif dan selesa untuk pelanggannya iaitu murid-murid, guru-guru,
pekerja-pekerja sekolah serta para tetamu yang hadir untuk menyertai apa jua
pertandingan yang dijalankan di sekolah ini
RUMUSAN
Dari laporan yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat
utama pembinaan semula kantin sekolah adalah untuk meluaskan kepelbagaian
fungsinya sebagai nadi kehidupan seharian murid-murid semasa waktu
persekolahan mereka.
Dengan terbinanya bangunan ini, adalah menjadi harapan murid-murid sekolah ini
agar kegiatan pada waktu rehat termasuk pengurusan diri akan dapat berfungsi
dengan lebih teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan dapat
dikecapi oleh semua pihak samaada murid-murid, guru-guru, pekerja-pekerja
sekolah mahupun para tetamu yang bertandang ke sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai