Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
BAB 4
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
Dewey – Pelajar mesti dilibatkan dengan aktiviti bermakna dan bersesuaian (hands-on,
minds-on, hearts-on) dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar
Piaget – Sediakan aktiviti yang merangsang minda bersesuaian dengan tahap
perkembangan kognitif pelajar
Vygotsky – Sediakan persekitaran belajar yang kaya secara sosial di mana terdapat
penerokaan konsep antara pelajar dan guru serta pelajar lain
Bruner – Galakkan pelajar menemui sendiri prinsip dan konsep. Bincang konsep secara
aktif dan kaitkan dengan kefahaman sedia ada pelajar
Rajah 4.1 di bawah menunjukkan model pengajaran 4-fasa yang berasaskan konstruktivisme.
Fasa 4: Refleksi/Penutup
Pendekatan Inkuiri
Inkuiri ialah proses membentuk persoalan, mencari, menyusun, dan menilai maklumat,
menyiasat sesuatu fenomena dengan menjana hipotesis, mereka bentuk eksperimen atau
aktiviti penerokaan dan/atau penyiasatan, mengumpul, menganalisis, dan mensintesis data,
serta menyampaikan dapatan dan kesimpulan. Berdasarkan definisi ini pendekatan inkuiri
Konstruktivisme, Pendekatan Inkuiri & Masteri serta Aplikasi dalam P&P 31
Kesesuaian kaedah inkuiri ini banyak bergantung kepada matlamat atau tujuan sesuatu proses
pembelajaran itu di samping faktor lain seperti kesediaan guru, kebolehan pelajar, kelengkapan
makmal dan akses kepada sumber pembelajaran (misalnya bahan bercetak, model-model,
Internet dan sebagainya). Dari sudut matlamat pembelajaran dan pembinaan insan, kaedah ini
sesuai digunakan apabila
Aktiviti meneroka dalam pembelajaran inkuiri boleh terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti bagi
membantu pelajar membina pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai yang diharapkan.
Berikut merupakan sebahagian aktiviti pelajar yang jika dirancang dan diadun dengan baik
mampu mengekalkan minat pelajar sepanjang tempoh pembelajaran inkuiri:
Inkuiri dikatakan terbuka atau bebas jikalau pelajar diberi kebebasan mengenal pasti dan
memilih persoalan dan masalah sendiri untuk disiasat atau diselesaikan dan diikuti mereka
bentuk dan melaksanakan pelan penyiasatan mereka.
Inkuiri dikatakan terbimbing jikalau guru mengajukan soalan dan seterusnya bersama-sama
pelajar merancang penyiasatan sebelum pelajar melaksanakan perancangan itu.
Kerja amali yang telah disediakan langkah-langkah terperinci (recipe-based laboratory) yang
biasanya dijalankan pelajar di sekolah dan institusi pengajian lain mempunyai darjah
bimbingan yang sangat tinggi. Oleh itu sebahagian pendidik tidak mengiktiraf ia sebagai
aktiviti inkuiri kerana pelajar hanya perlu mengikut langkah-langkah yang diberi tanpa perlu
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Jadual 4.1 di bawah menunjukkan perbezaan
antara amali inkuiri dan amali berasaskan resipi (Wenning, 2005).
Jadual 4.1 Perbezaan antara amali berasaskan resipi dengan amali inkuiri
Konstruktivisme, Pendekatan Inkuiri & Masteri serta Aplikasi dalam P&P 34
Namun inkuiri terbimbing dan terbuka ini lebih sesuai dilihat sebagai penghujung satu
kontinuum pendekatan inkuiri seperti digambarkan dalam rajah 4.3.
Pendekatan Masteri
90% pelajar mampu mempelajari apa yang biasa diajar di sekolah jikalau mereka
diberi masa yang mencukupi dan pengajaran yang sesuai
Masa yang mencukupi bermakna masa yang diperlukan untuk menunjukkan
penguasaan objektif. Masa yang diperlukan berbeza bagi pelajar yang berbeza.
Pengajaran yang sesuai bermakna
o Pengajaran dibahagikan kepada unit-unit pengajaran yang lebih kecil
o Objektif atau hasil pembelajaran ditentukan lebih awal dan dijelaskan kepada
pelajar
o Memastikan pelajar menguasai objektif setiap unit (dengan melakukan
penaksiran dan penilaian berasaskan rujukan kriteria) sebelum berpindah
kepada unit lain
John Carroll (1963): Kebolehan pelajar merupakan fungsi masa yang digunakan
bahagi masa yang diperlukan. Jika pelajar diberi masa yang diperlukan dan dia
menggunakan masa tersebut, dia akan mencapai objektif.
Konstruktivisme, Pendekatan Inkuiri & Masteri serta Aplikasi dalam P&P 35
Bloom (1968): Membuat formulasi berdasarkan idea Caroll bahawa faktor utama
pembelajaran ialah masa dan kaedah pengajaran yang berkesan
Melaksanakan aktiviti pemulihan jika hasil pembelajaran belum tercapai dan pengayaan
jika sebaliknya.
Meneruskan ke unit 2
akses kepada internet dan sebagainya). Setiap kumpulan membentangkan dapatan masing-
masing. Ini dikuti dengan penaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) iaitu
pensyarah memberi maklum balas hasil pembentangan pelajar. Pensyarah mengakhiri
pengajaran subtajuk ini dengan mengajukan beberapa soalan secara lisan untuk menaksir
pencapaian hasil pembelajaran.
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
Pelan instruksi/pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau
bahagian daripada sukatan pelajaran, disusun dengan teliti dan mengandungi perihalan
komponen berikut:
6. PELAN PENAKSIRAN
Senarai tugasan penaksiran dan hasil akhir tugasan
Alat menaksir dan menilai pencapaian hasil pembelajaran seperti ujian bertulis,
laporan, soalan-soalan, rubrik, dll. bagi setiap fasa pembelajaran dan selepas selesai
satu unit pengajaran.
Contoh rancangan pengajaran harian mata pelajaran fizik tingkatan 4 yang menggunakan
integrasi model pengajaran konstruktivisme 4 fasa dan pembelajaran inkuiri
Konsep saintifik:
Tekanan dalam cecair
a. bertindak dalam semua arah
b. meningkat dengan peningkatan kedalaman
c. meningkat dengan peningkatan ketumpatan
Konstruktivisme, Pendekatan Inkuiri & Masteri serta Aplikasi dalam P&P 39
Langkah berjaga-jaga:
Tiada
Aplikasi Idea 1. Kedudukan tangki air Tunjukkan masalah di slaid Pelajar Strategi:
(10 min) yang tinggi memastikan (rujuk lampiran 1) menyelesaikan Perbincangan
tekanan air tinggi. masalah dalam kumpulan diikuti
2. Bentuk bekas tidak kumpulan persembahan
mempengaruhi
tekanan air Pelajar Sumber
3. Satu soalan membentangkan pengajaran: slaid
melibatkan P=hρg dapatan PP
Refleksi/ Tekanan dalam cecair Taksir kefahaman pelajar Pelajar berbincang Strategi:
Penutup e. bertindak dalam dengan memberi kuiz dalam kumpulan Penyoalan
(5 min) semua arah pendek. Tingkatkan untuk menjawab keseluruhan kelas
f. berkadar langsung keterujaan dengan kuiz dan membuat
dengan kedalaman mengadakan pertandingan kesimpulan Sumber
g. berkadar langsung antara kumpulan pelajaran dengan pengajaran: slaid
dengan ketumpatan Tunjukkan ringkasan idea menyatakan idea PP
h. boleh ditulis sebagai utama di slaid. utama serta
P=hρg Beri tugasan membaca untuk mengaitkannya
tajuk seterusnya iaitu dengan idea asal.
tekanan gas dan 4 soalan
menyelesai masalah dalam
buku latihan.
Perkara umum yang perlu diambil kira apabila merancang pengajaran secara keseluruhan:
Rancangan pengajaran memandu tindakan dan oleh itu perlu fleksibel dan boleh ubah
mengikut keperluan. Namun ada baiknya menghafal idea, soalan dan langkah-langkah
penting.
Apakah tugasan atau Bagaimanakah rupa kerja pelajar yang dianggap cemerlang,
kerja rumah yang akan baik, boleh diperbaiki dan tidak baik?
saya berikan?
Apakah isi kandungan, unit, atau kurikulum yang boleh
Apakah aktiviti yang akan membantu pelajar mencapai apa yang dihasratkan? Apakah
saya lakukan di bilik pembelajaran atau komponen penting yang pelajar perlukan?
darjah? Bagaimanakah pembelajaran ini berkaitan dengan unit
tumpuan?
Berapa lamakah masa
yang diperlukan untuk Apakah strategi pengajaran yang boleh membantu pelajar
unit ini? belajar? Apakah pengubahsuaian yang mungkin diperlukan?
Bagaimanakah teknologi boleh digunakan?
Penaksiran yang
bagaimanakah yang akan Adakah pelajar mencapai apa yang dihasratkan? Adakah pelajar
saya gunakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan hasil
melihat pencapaian pembelajaran? Adakah strategi pengajaran perlu diubahsuai?
pelajar?
Apakah bentuk pertolongan dan bimbingan yang diperlukan
Bagaimana penggredan pelajar semasa penaksiran yang tidak menjejaskan kesahan?
yang akan saya lakukan?
Apakah skalanya? Apakah Sejauh manakah pencapaian setiap pelajar? Apakah yang perlu
skor min yang dimurnikan, dipinda, diajar semula dalam unit berikutnya?
sepatutnya? Adakah penaksiran sah? Adakah rubrik yang digunakan sah?
Adakah strategi pengajaran dan penaksiran perlu ditambahbaik,
Apakah unit seterusnya? atau adakah diagnosis keperluan pelajar secara individu
diperlukan?
*Diadaptasi dari SBE Design Team, Nothern Colorado BOCES, 2000. http://www.bused.org/rsabe/rsabe03.pdf
Kon pengalaman Dale seperti rajah 4.5 juga boleh dirujuk apabila merancang pengajaran dan
pembelajaran.
Perhatian: Peratusan yang terdapat pada kon pengalaman Dale merupakan model yang tidak merujuk kepada mana-
mana kajian secara khusus dan oleh itu tidak harus diguna pakai sebagai fakta, hanya sebagai rujukan kasar.
Oleh sebab kandungan subtajuk ini lebih kepada pembinaan unit pengajaran yang melibatkan
langkah-langkah tertentu, kaedah paling sesuai ialah penerangan secara terus menggunakan
bahan bantu mengajar seperti nota di slaid PowerPoint dan beberapa contoh unit pengajaran
yang telah siap dibina. Selepas penerangan, pelajar bekerja dalam kumpulan seramai 2-4
orang dan diagihkan tajuk tertentu dalam kurikulum mata pelajaran masing-masing supaya
keseluruhan tajuk dalam kurikulum tersebut dipenuhi. Setiap kumpulan membina draf satu unit
pengajaran berdasarkan satu tajuk utama ini (satu tajuk utama bersamaan satu unit).
Contohnya dalam mata pelajaran fizik tingkatan 4, terdapat 5 tajuk utama iaitu (i) memahami
fizik (ii) daya dan gerakan, (iii) daya dan tekanan, (iv) haba, dan (v) cahaya.
Pembinaan dan penyusunan unit pengajaran ini akan berterusan sepanjang semester
dan dengan setiap input baru yang pelajar dapati daripada minggu pengajaran berikutnya,
mereka akan menambah dan memurnikan isi kandungan unit pengajaran masing-masing.
Pelajar diberi markah kerja kursus berdasarkan unit pengajaran yang dibina (80%). Di akhir
semester, semua unit pengajaran ini dapat dikumpulkan dan setiap pelajar akan mendapat unit
pengajaran lengkap bagi semua tajuk utama dalam sesuatu mata pelajaran. Pada semester
berikutnya, unit pengajaran yang dibina ini boleh diuji apabila pelajar melaksanakan
mikropengajaran masing-masing. Masa antara 30-35 minit setiap pelajar perlu diberi untuk
membolehkan setiap pelajar mendemonstrasi dan membuat latihan kemahiran mengajar
masing-masing di samping memberi gred.
Konstruktivisme, Pendekatan Inkuiri & Masteri serta Aplikasi dalam P&P 43
RUJUKAN
Carroll, J. (1963). A model for school learning. Teachers College Record, 64, 723-733.
Trowbridge, L. W., Bybee, R. W. & Powell, J. C. (2008). Teaching secondary school science:
Strategies for developing scientific literacy (9th ed.). New Jersey: Merill
Wenning, C.J. (2005a). Levels of inquiry: Hierarchies of pedagogical practices and inquiry
processes. Journal of Physics Teacher Education Online, 2(3), 3-11. Diperolehi dari:
http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/