Anda di halaman 1dari 13

Masalah Pendidikan Jilid 27 129

Pembelajaran Mobile dalam Kurikulum Masa Depan

Saedah Siraj
Universiti Malaya

Abstract

The latest teaching-learning approach. mLearning is known as learning through mobile


computational devices (Quinn, 2000). network-based learning content (Malin en, Kari, &
Tiusanen, 2003). wireless network-learning (Boerner, 2002) or technology-based curriculum
(Anderson, 2001). Emergence of a new pedagogical approach which promotes student-
centered learning experience using technologies based on mLearning will offer
opportunities, convenience, advantages and dynamic environment enabling students to
succeed in their studies. This article highlights the concept and benefits of ml.earning, and
discusses the prospects of mLearning in thefuture curriculum.

Pengenalan

Revolusi teknologi komunikasi berlaku dalam tahun 1980-an dan membawa perubahan corak
pembelajaran melalui talian dari pernbelajaran jarak jauh (dLearning) kepada pembelajaran
elektronik (eLearning) dan sekarang kepada pembelajaran mobile (mLearning). Pendidikan
jarak jauh yang konsepnya telah diterima pakai di seluruh dunia (Keegan, 2002) mula
berubah kepada pembelajaran elektronik dalam tahun 1980-an yangjuga menandakan
bermulanya era penggunaan komputer peribadi. Perkembangan teknologi yang amat pesat ini
pula telah memperkenalkan penggunaan WWW dan Internet sekitar tahun 1990-an dan
aplikasinya kepada dunia pendidikan. Ini menunjukkan bahawa perkembangan penggunaan
Internet dalam pendidikan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Dalam perkembangan yang lebih terkini, penciptaan teknologi komunikasi memberi


ruang kepada penggunaan teknologi mobile dan teknologi tanpa wayar (wireless) dalam
pendidikan (Anderson, 2001; Boerner, 2002). Dengan itu, corak pembelajaran yang dikenali
sebagai pembelajaran mobile atau mLearning mula diperkenalkan dalam masyarakat (Saedah
Siraj, 2003a, 2003b). Artikel ini membincangkan konsep Pembelajaran Mobile, kelebihan
penggunaannya dalam sektor pendidikan serta prospek pelaksanaannya dalam kurikulum
masa depan.
130 Masalah Pendidikan Jilid 27

Konsep Pembelajaran Mobile (mLearning)

Pembelajaran Mobile atau mobile learning merupakan satu langkah ke hadapan dalam
perkembangan pembelajaran elektronik (eLeaming) (Fagerberg, Rekkedal, & Russell, 2002).
Dengan penghasilan alat komunikasi mudah alih, pakar pendidikan cuba mengambil inisiatif
untuk mengaplikasikan penggunaan alat tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sebilangan penyelidikPembelajaran Mobile mengatakan bahawa peralatan mobile
membolehkan pclajar berkongsi maklumat, menyelaraskan tugas-tugas mereka secara lebih
luas dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam situasi yang memerlukan kerjasama antara
ahli (Chien, 1997; Coil, 1998; Nulden, 1999,2000; Jimenez et al., 2003; Sharples, 2000a;
Sharples et al., 2000b).

Pelbagai pandangan telah dikemukakan tentang definisi Pcmbelajaran Mobile.


Antaranya mengatakan Pembelajaran Mobile (mLearning) merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran melalui peralatan
komputer (Quinn, 2000), kandungan pengajaran berasaskan jaringan (Malinen, Kari, &
Tiusanen, 2003), jaringan-pembelajaran tanpa wayar (wireless network-learning) (Boerner,
2002) ataukurikulum berasaskan teknologi (Anderson, 2002; Milrad, 2002).

Dalam laporan penyelidikan bertajuk A Glance at the Future, (Mobile Education,


2003) definisi pembelajaran mobile adalah seperti berikut:

mLearning is learning that can take place anytime, anywhere with the help of a mobile
computer device. The device must be capable of presenting learning content and providing
wireless two-way communication between teacherts) and studenus). Typically, an
educational organization administrates both the course content and the communication
services.

Pendapat yang sarna dinyatakan oleh Chabra dan Figueiredo (2002) serta Harris (2001) yang
mengatakan Pembelajaran Mobile ialah kebolehan menerima pembelajaran pada bila-bila
masa, di mana-mana juga, dan dengan apa-apa peralatan sekaJipun. Lehner, Nosekabel dan
Lehmann (2001) berpandangan terdapat dua kekuatan dcngan Pembelajaran Mobile ini iaitu
"anytime, anywhere learning and teaching while doing." Lehner et al. (2001) berpendapat
definisi Pembelajaran Mobile meliputi dua aspek iaitu:

 Semua perkhidmatan yang berkaitan termasuk peralatan mobile atau bangunan yang
infrastrukturnya bersifat tanpa wayar (wireless)
Masalah Pendidikan Jilid 27 l31

• Definisi yang memberi fokus kepada kandungan atau maklumat elektronik

Clarke (2001) berpendapat dengan Pembelajaran Mobile pelajar boleh mendapatkan nota
kuliah dari jarak jauh, mengakses tugasan di mana jua dan pada bila-bila mas a, bekerjasama
dalam waktu yang sesuai dengan pelajar lain, selalu dapat menghubungi guru, dan juga dapat
mengakses bahan-bahan penyelidikan kc jangkauan yang lebih luas dari perpustakaan.

Definisi yang dibincangkan di atas menunjukkan bahawa Pembelajaran Mobile


adalah satu bentuk pembelajaran yang menggunakan teknologi mudah alih atau di tempat di
mana infrastrukturnya membolehkan penggunaan teknologi tanpa-wayar serta memfokus
kepada penghanlaran kandungan pembelajaran melalui peralatan elektronik mudah alih
(Saedah Siraj, 2002, 2004).

Pembelajaran Mobile adalah satu bentuk pembelajaran yang tidak terikat kepada
tempat dan masa. Peralatan teknologi mudah alih yang bersaiz lebih kecil seperti PDA
(Personal Digital Assistant), Compaq iPaq, laptop, wireless screenphone HS21O. smart
phone R380 dan sebagainya digunakan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran bagi
menyampaikan dan mendapatkan maklumat. Nota kuliah atau kandungan pembelajaran boleh
dipindahkan secara synchronization melalui komputer peribadi kcpada peralatan teknologi
mudah alih.

Kandungan kurikulum yang diperlukan dalam Pembelajaran Mobile mempunyai


potensi tidak berubah dibandingkan dcngan pernbelajaran yang rnenggunakan pendekatan-
pendekatan yang lain, tetapi corak penyampaian kandungan atau bahan yang perlu
diubahsuai mengikut jenis teknologi mobile yang bakal digunakan. Rangka masa pengajaran
dan pembelajaran, aktivitiaktiviti yang akan dijalankan, jadual pertemuan, bahan-bahan
tambahan dan cara penghantaran kerja rumah dan tugasan juga memerlukan pengubahsuaian.

Memandangkan segala perancangan tersebut memerlukan masa danjurnlah


peruntukan yang agak tinggi adalah dijangkakan Pembelajaran Mobile hanya boleh
dilaksanakan selepas perancangan yang teliti. Bagaimana pun dengan perkembangan pesat
teknologi dalam tahun 1980-an sehingga kini serta penggunaan WWW dan Internet yang
begitu tinggi memberi ruang kepada corak pembelajaran yang menggunakan Pembelajaran
Mobile berkembang dengan baik.

Kajian tentang Pembelajaran Mobile

Oleh kerana Pembelajaran Mobile merupakan perkembangan baru dalam dunia teknologi
pengajaran, jumlah universiti dan institusi yang melaksanakannya
132 Masalah Pendidikan Jilid 27

masih kecil, Bagaimanapun kebanyakan kajian berkaitan memberikan maklumbalas yang


positif untuk pelaksanaan Pembelajaran Mobile di sekolah dan peringkat pengajian tinggi.
Sudah sampai waktunya bentuk pembelajaran baru ini diterima pakai dalam tempoh terdekat
termasuklah bagi negara-negara sedang membangun. The Leonardo Da Vinci Project (2002)
melaporkan lebih 500,000,000 orang di seluruh dunia menggunakan telefon bimbit Ericsson
dan Nokia. Anggaran satu bilion telefon bimbit dipakai dalam 6 bilion penduduk di dunia
sekarang. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Ericsson pada pertengahan tahun 2001
menunjukkan negara Cina merupakan pengguna telefon bimbit terbesar di dunia dengan
jumlah 170,000,000 mengatasi USA dan Jepun. The Leonardo Da Vinci Project (2002)
membuat kesimpulan teknologi mobile telah melimpah ruah dan sudah sampai waktunya
peralatan ini diaplikasikan kepada pembelajaran mobile dengan bukti yang diberikan di
bawah ini:

 Lebih 50 peratus pekerja masakini mcnggunakan separuh daripada masa bekerja di


luar pejabat.
 Lebih daripada 75 peratus penggunaan Internet akan dikendalikan dengan
menggunakan platform tanpa wayar dalam tahun 2002.
 Peralatan mobile akan melebihi jumlah PC dalam tahun 2002 dan akan terus
meningkat sehingga mencapai 1 bilion setahun berikutnya.
 Lebih daripada 525 jenis telefon yang boleh melayari web akan dikcluarkan pada
2003.
 Pasaran dunia perdagangan mobile akan mencapai USD200 bilion pada 2004.
 Terdapat lebih daripada 1 bilion pengunjung wireless Internet di seluruh dunia pacta
2005.

Projek mLearning oleh Learning and Skills Development Agency (LSDA), yang disokong
oleh European Union Information Society Technologies Programme membabitkan
konsortiurn Cambridge Training and Development (UK), Ultralab at Anglia Polytechnic
University (UK), Center for Research in Pure and Applied Mathematics di University of
Salerno, Itali dan syarikat eLearning Lecando AB, Sweden, telah menjalankan kajian pada
Disember 2001 sehingga Januari 2002 di tujuh tempat termasuk pusat membeli belah, pusat
rekreasi dan tempat kcrja, Kajian tersebut melaporkan 57% yang menggunakan telefon
bimbit bcrpendapat kchidupan mereka telah berubah; 50% menggunakan telefon untuk
bermain games dan berjaya mempertingkatkan tahap membaca atau ejaan; suka
menggunakan telefon bimbit untuk mempelajari matematik; 89% mengatakan dengan
menggunakan telefon bimbit mereka tidak bimbang tentang kesihatan dan keselamatan
mereka.
Masalah Pendidikan Jilid 27 133

Projek Ericsson dalam Mobile Learning Pilot Project (Roberts et al., 2003) telah
menjalankan eksperimen mengenai keberkesanan penggunaan dan keupayaan teknologi
mobile PDA dan laptop dikalangan pelajar Tahun Satu kolej perakaunan di Kanada. Seramai
300 pelajar terlibat dan mereka dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan. Seramai empat orang pensyarah telah menyediakan kandungan dan pengajaran.
Berdasarkan keputusan soalselidik di akhir semester, kesemua pelajar bersetuju bahawa
kandungan digital membantu mereka dalam mempelajari perakaunan. Kumpulan pelajar
yang menggunakan PDA mengatakan intensive exercises sangat berguna. Pensyarah juga
berpendapat penggunaan PDA dan laptop mempertingkatkan pembelajaran-kendiri di
kalangan pelajar dan mempertingkatkan coaching role bagi pensyarah.

The Leonardo Da Vinci Project (2002) adalah satu program untuk masyarakat Eropah
yang bertuiuan membantu strategi latihan negara dengan memberikan bantuan kewangan
kepada projek perkongsian di negara-negara berkaitan bagi meninggikan kualiti dan
membangunkan inovasi latihan vokasional tanpa mengira taraf sosio-ekonomi. Beberapa
penyelidikan telah dijalankan dan mendapati kesan yang positif terhadap pembelajaran
dengan menggunakan teknologi mobile. Penggunaan Compaq iPaq, telefon R520 dan smart
phone R380 yang bersaiz kecil dan mudah alih menambah motivasi dan mempertingkatkan
keberkesanan pengajaran. Selain itu, terdapat juga beberapa projek lain di seIuruh dunia
(Keegan, 2002) seperti projek UniWap yang dijalankan oleh University of Helsinki, Finland
(lihar http://okhelsinki.fi/sivut/inenglish/background. html); projek Handler oleh University
of Birmingham, Great Britain (lihat, www.eee.bham.ac.uk/handier/default.asp); projek HICE
oleh University of Michigan, USA (lihat, www.handheld.hice-dev.org) dan projek Mobile
Learning oleh Northern Alberta Institute of Technology, Kanada (lihat, www.nait.ab.ca/ Mob
ileL earning).

Banyak eksperimen telah dijalankan di peringkat sekolah dan juga institusi pengajian
tinggi seluruh dunia. Green (2001) tclah menjalankan kajian bagi me1ihat kesan penggunaan
komputer laptop dengan kelengkapan perkakasan tanpa wayar di Latrobe High School.
Hasilan kajian tersebut menunjukkan bahawa guru te1ah melaporkan penggunaan teknologi
baru ini telah membawa pcrubahan yang memberangsangkan dalam bilik darjah serta
menambah kekerapan pembelajaran kolaboratif, peningkatan pembelajaran inkuiri dan
pembelajaran kendiri di kalangan pelajar, Robb (2001) teIah membuat eksperimen ke atas
450 orang pelajar gred 9 di River Hill High School untuk melihat kesan penggunaan PDA
yang dilengkapi dengan penyambungan ke WWW, e-mail, kalkulator grafik, carnus.
thesaurus, e-book dan kandungan pelajaran. Hasilan kajian menunjukkan
134 Masalah Pendidikan Jilid 27

pelajar lebih banyak melibatkan diri dalam menulis dan memperlihatkan sikap yang lebih
tekun. Ibu bapa dapat membantu pclajar mcmbuat kerja rurnahkerana kandungan daripada
PDA boleh di pindahkan ke komputer di rumah.

Pehkonen dan Turunen (2004) telah menjalankan kajian kes dengan menggunakan teknik
Delphi untuk meninjau masa depan Pembelajaran Mobile. Hasilan konsensus pakar, kajian
tersebut mengenal pasti enam senario terhadap masa depan Pembelajaran Mobile:

 Satu penyelesaian yang kolaboratif terhadap pengendalian pengetahuan


dan pembelajaran;
 Perkhidmatan penyampaian yang pantas;
 Aktiviti penilaian yang kolaboratif berasaskan bahan pembelajaran;
 Permainan simulasi yang menggalakkan pembelajaran penyelesaian masalah;
 Bidang pengajian yang bergabung dengan suasana pembelajaran bersemuka serta
dibantu oleh perala tan mobile; dan
 Sebagai agen dan tutorial yang berasaskan network-based intelligence.

Kumpulan penyelidik Projek mLcarning Universiti Malaya (Saedah Siraj et aI., 2002) telah
menjalankan kajian peringkat awal terhadap kemungkinan pelaksanaan Pembelajaran Mobile
di Malaysia dan bcberapa negara di Asia. Salah satu kajian yang telah dijalankan ialah
Penilaian Program Pembelajaran Mobile di sebuah sekolah di Kuala Lumpur (NorlidahAlias,
2003). Seramai lima orang pelajar sekolah rendah telah diberikan komputer laptop yang
dilengkapkan dengan perkakasan tanpa wayar untuk akses kepada WWw, e-mel dan lainlain.
Pelajar diberi masa satu minggu untuk menggunakan alat tersebut serta menggunakannya
untuk pembelajaran dimana-mana pun dan pada masa yang sesuai. Kandungan pelajaran bagi
mata pelajaran Sains Tingkatan I telah diambil daripada Portal Pendidikan Planetklik untuk
digunakan sebagai kandungan kurikulum dalam tempoh tersebut. Hasilan temubual
berstruktur dengan pelajar selepas kajian menunjukkan pelajar rnenggemari pcndekatan
Pembelajaran Mobile dan peningkatan pcmbelajaran adalah menggalakkan. Walaupun
kandungan bahan yang diberikan adalah lebih tinggi dari gred 6, tetapi pelajar dapat
menjawab soalan dengan baik. Kajian tersebut juga menunjukkan interaksi dengan guru
melalui e-mel juga menambah motivasi untuk belajar.

Pada keseluruhannya, dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan kesan positif


terhadap penggunaan Pembelajaran Mobile dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan
satu indikator baru kepada perubahan pendidikan yang begitu ccpat dalam milenium bam ini.
Masalah Pendidikan Jilid 27 135

Kelebihan Pembelajaran Mobile

Corak pendekatan baru Pembelajaran Mobile boleh diaplikasikan bukan sahaja kepada situasi
pembelajaran bagi mereka yang sedang atau telah bekerja, tetapi juga kepada situasi di
sekolah rendah dan peringkat menengah.

Secara umumnya pcnggunaan peralatan dalam Pembelajaran Mobile yang lebih


meluas kepada semua golongan akan membantu membanteras buta huruf di kalangan
masyarakat kawasan ban dar mahu pun luar bandar. Sifatnya yang mobile atau bentuk
pembelajaran yang tidak terhad pada tempat dan masa memberi peluang kcpada semua
golongan untuk menyambung pengajian dan pcmbelajaran mereka.

Pelaksanaan Pembelajaran Mobile akan membantu mengurangkan kadar buta huruf


bagi negara-negara kurang maju. Bagi negara yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi
dan juga negara miskin, pembangunan pendidikan memerlukan perbelanjaan yang besar
terutama untuk membangunkan infrastruktur, kelengkapan pendidikan dan pembayaran gaji
pekerja. Oleh kerana peralatan mobile dibuktikan lebih murah untuk digunakan dalam
pendidikan, maka pendekatan pembelajaran jenis ini lebih sesuai diaplikasikan untuk
membantu peningkatan celik huruf di negara-negara membangun.

Peralatan Pembelajaran Mobile boleh dihubungkan dengan komuniti yang tidak boleh
menerima tenaga elektrik terutama di kawasan luar bandar. Penduduk tersebut boleh
menggunakan tenaga solar seperti telefon solar dan komputer yang beroperasi dcngan
menggunakan tenaga solar. Oleh itu komuniti luar bandar yang tinggal di pedalaman,
kawasan bergunung-ganang, gurun, pulau terpencil dan hutan rimba boleh melanjutkan
pelajaran mereka sehingga ke peringkat tinggi.

Beberapa kajian telah membuktikan Pembelajaran Mobile sesuai digunakan untuk


pendekatan pembelajaran bagi mereka yang belajar sambil bekerja. Oleh itu Pembelajaran
Mobile boleh menggalakkan peluang pembelajaran sambil bekerja dan juga pembelajaran
sepanjang hayat. Pendekatan ini menjimatkan kos dari segi ternpat tinggal dan menjimatkan
masa dan tenaga berulang alik dari tempat tinggal ke institusi pendidikan. Selaras dengan itu,
institusi pengajian tinggijuga dapat mengatasi kekurangan temp at untuk pelajar universiti
dan juga kekurangan dari segi prasarana. Fenomena inijuga akan mengurangkan masalah
tenaga pengajar.
136 Masalah Pendidikan Jilid 27

Selain daripada menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat bagi mereka yang bekerja,
Pembelajaran Mobile boleh memperluas peluang pendidikan bagi kanak-kanak yang kurang
upaya kerana cacat atau sakit berpanjangan dan juga membuka peluang yang lebih luas
kepada wanita yang menjaga dan memelihara anak di rumah untuk melanjutkan pelajaran.

Berbanding dengan pedagogi tradisional, Pembelajaran Mobile menyediakan ruang


komunikasi yang lebih mudah dan cepat. lni memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri
secara fizikal dan mental dalam pembelajaran. Oleh kerana sifat pembelajarannya lebih
memberi pertimbangan kepada keupayaan dan kesediaan kendiri, Pcmbelajaran Mobile
membolehkan pelaksanaan penilaian segera dan dinamik terhadap kemajuan pelajar.

Selain membenarkan pelajar mengambil dan mengkaji nota mengikut masa dan
kesesuaian mereka sendiri, peralatan mobile mudah dibawa ke mana-mana untuk aktiviti
pembelajaran seperti program membaca, lawatan luar, penulisan dan kewartawanan.
Peralatan mobile seperti PDA, komputer mudah-alih dan lainlain adalah kecil dan senang
dibawa serta menjimatkan kegunaan kuasa elektrik. Melalui sistem penghantaran nota atau
kandungan pelajaran rnelalui talian mahupun tanpa wayar, kos pengendalian percetakan,
penduaan dan pengedaran nota dalarn bilik darjah juga dapat dikurangkan. Aplikasi modul
yang fleksibel ini sebenarnya boleh membantu sekolah mengatasi masalah pelajar ponteng
dan ketidakserasian pelajar dengan guru.

Dengan penggunaan Content Management System (eMS) bagi penghantaran


kandungan kursus atau matapelajaran via peralatan pembelajaran mobile (PDA, komputer
laptop dan lain-lain) kepada pelajar, sistem pembelajaran akan dapat mengatasi perkara-
perkara berikut:

 Pensyarah atau guru perlu hadir di dalam kelas untuk menyampaikan kandungan
kursus atau mata pelajaran;
 Waktu yang khusus diperlukan untuk penyampaian kandungan; dan
 Penyarnpaian kandungan terhad kepada sejumlah pelajar dan terhad kepada ruang
khusus yang disediakan seperti jumlah kerusi meja dan sebagainya.

Prospek Pembelajaran Mobile dalam Kurikulum Masa Depan

Melihat perkembangan teknologi telekomunikasi yang begitu pesat, Pembelajaran Mobile


mempunyai masa depan yang amat cerah. Bagaimanapun, ia tidak boleh dilaksanakan dalam
waktu yang terdekat untuk negara kita memandangkan
Masalah Pendidikan Jilid 27 137

perkembangan penggunaan alat teknologi dan aplikasi Internet dalam pembelajaran belum
lagi meluas. Kementerian Pendidikan telah rnelaporkan bahawa kursus-kurus Infonnasi
Maklumat dan Teknologi telah ditawarkan dalam program latihan guru pra-perkhidmatan dan
juga program latihan dalam perkhidmatan, Kursus-kursus tersebut bertujuan menghasilkan
guru-guru yang celik teknologi rnaklurnat dan mampu mengaplikasikan penggunaan
komputer dalam pengajaran mereka (Ministry of Education Malaysia, 1999).

Penyediaan prasarana di peringkat sekolah seluruh negara merupakan agenda yang


berterusan. Sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan komputer, laptop dan cakera padat yang
mengandungi program pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah
rendah mulai tahun 2004. Dari segi portal pendidikan juga, terdapat portal-portal untuk
pelajar dan guru yang telah disediakan oleh organisasi tertentu bagi rnembantu proses celik
teknologi maklumat di negara ini. Portal-portal seperti Portal Kakak Tua, Epelajar,
CikguNet, getCyberEd, mySchoolnet, dan Portal Pendidikan Utusan yang terdapat dalam
Bahasa Melayu dan bersifat tempatan boleh membantu pelajar mempertingkatkan keupayaan
pembelajaran secara tali an elektronik.

Perkernbangan tersebut menunjukkan rakyat Malaysia telah bersedia untuk menerima


perubahan teknologi terkini dalam pendidikan. Potensi negara Malaysia untuk melaksanakan
kurikulum Pembelajaran Mobile adalah besar dan dijangka dalam tempoh 5 hingga 7 tahun
lagi Pembelajaran Mobile akan menjadi salah satu pendekatan pengajaran dalam kurikulum
di Malaysia.

Bagi menentukan kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Mobile dalam kurikulum pada


masa depan, empat komponen teknikal yang asas perlu diperkenalkan seperti berikut:

 Content Management System dan produk berkaitan - Software Development Kit - pakej
bandwidth-intensive video, audio dan kandungan kursus/mata pelajaran untuk
penyampaian pembelajaran secara interaktif;
 Kelengkapan hardware dan networking berwayar atau tidak berwayar bagi
membolehkan sambungan ke Internet atau sumber ilmu;
 Net meeting - untuk menyokong pembelajaran secara kolaboratif;dan
 Personal Digital Assistants (PDA), laptop. Compaq i-Paq atau lain-lain alat teknologi
mobile dengan portable keyboard yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mengakses
nota, tugasan atau kerja rurnah dari guru, menerima e-mel dan menjalani ujian.
138 Masalah Pendidikan Jilid 27

Pembelajaran Mobile bukanlah satu revolusi teknologi yang baru, tetapi adalah
kesinambungan dari corak pembelajaran yang menggunakan WWW dan Internet yang tidak
balch ditolak kehadirannya dalam dunia pendidikan. Oleh itu, para perancang kurikulum
perlu mengambilnya sebagai satu trend yang rnemerlukan perancangan teliti untuk masa
depan (Saedah Siraj, 2001).

Terdapat satu kelainan jika dibandingkan dengan cara merancang kurikulum bagi
pendidikan sebelum ini iaitu kepelbagaian panel pakar dalam jawatankuasa perancangan.
Kurikulum Pembelajaran Mobile perlu direkabentuk dengan campurtangan pakar dalam
pembinaan software dan hardware dari bidang Kejuruteraan Komputer. Penggabungan tenaga
pakar dalam merancang prasarana, kandungan dan corak penyampaian membolehkan
Pembelajaran Mobile dilaksanakan bagi masyarakat Malaysia.

Pelaksanaan Pembelajaran Mobile dalam kurikulum masa depan merupakan satu


perubahan kepada fungsi guru itu sendiri. Guru tidak lagi mengajar sepanjang minggu di
dalam kelas tetapi menjadi pemantau dan pemudahcara di pusat pengajarannya sendiri. Guru
dan pensyarah perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan semua peralatan dan juga
program-program yang dipakai dalam Pembelajaran Mobile yang membolehkan mereka pada
waktu yang sama menjadi mahir dalam merancang arahan kepada aktiviti-aktiviti
pembelajaran, Justeru itu, pihak-pihak berkaitan hendaklah merancang lebih awal sebelum
datangnya arus teknologi tersebut di negara ini termasuk dari segi latihan dan kursus
berkaitan.

Rekabentuk kandungan kursus juga merupakan satu isu yang perlu difikirkan dalam
merancang kurikulum Pembelajaran Mobile. Pelaksanaan Pembelajaran Mobile tidak boleh
dilakukan secara spontan atau dalam jangka pendek kerana merekebentuk pengajaran dan
pembelajaran bagi kurikulum mLearning memerlukan masa dengan gabungan pakar dari
pelbagai bidang pakar mata pelajaran, pakar Artificial Intelligence, pereka grafik dan lain-
lain lagi. Satu perancangan rangka kerja bersifat kolaboratif amatlah diperlukan.

Rumusan

Pembelajaran Mobile adalah sebagai satu alternatif pendidikan dari pelbagai corak
pendidikan yang sedia ada dalam negara. Kesesuaiannya ketara bagi pelajar di peringkat
universiti dan kolej terutama bagi kursus-kursus yang memerlukan banyak kajian-kajian di
luar kampus. Bagi pendidikan sekolah rendah dan menengah, Pembelajaran Mobile sesuai
digunakan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas yang memerlukan sesuatu yang unik
berbanding dengan pembelajaran
Masalah Pendidikan Jilid 27 139

biasa. Bagi pe1ajar-pelajar kurang upaya terutamanya mereka yang tidak boleh hadir ke
sekolah, pendekatan sebegini amat berguna. Pembelajaran Mobile adalah satu corak
pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan bagi remaja yang sukakan cabaran dalam
kehidupan, dan mereka yang ingin belajar sambil bekerja seperti peserta kursus vokasional
dan teknikal. Pembelajaran Mobile sekiranya dapat dilaksanakan akan membantu rakyat dari
semua golongan mempertingkatkan mutu kehidupan dalam era teknologi moden.

Rujukan

Anderson, C. (2001). GPR and 30 wireless applications: Ultimate guide to maximizing


mobile internet technologies. Toronto: Wiley.
Anderson, 1. (2002). Revealing the hidden curriculum of eLeaming. Dalam C.
Vrasidas, & G.Y. Glass (Eds.), Current perspectives in applied information
technologies. Greenwich, CT: Information Age.
Boerner, G. L. (2002). The brave new world of wireless technologies: A primer for
educators. Syllabus Technology for Higher Education. Dimuat turun pada Jun 20, 2004,
daripada http://www.campus-technology.com/article. asp?id=6771
Chabra, 1., & Figueiredo, 1. (2002). How to design and deploy handheld learning. Dimuat
turun pada 26 Jun 2004, daripada http://www.empoweringtechnologies.net/eLeaming/
el.earning , expov5 _files/ frame.htm
Chien, Cheng-Chih (1997). The effectiveness of interactive computer simulations on college
engineering students' conceptual understanding and problemsolving ability related to
circular motion. Disertasi kedoktoran, The Ohio State University. Dissertation
Abstracts International, 58(07),2589A.
Clarke, D. P. (2001). In order for technology to improve learning. it must fit into students'
lives, not the other way around. Dimuat turun pada Jun 30, 2004, daripada
http://www.techtv.conv'callforhelp/howto/ jump!0.24331.3347882.00.html
Coil, R. A. (l998). Multiple intelligences and computer-assisted learning with adult learners:
An examination of learner outcomes. Disertasi kedoktoran, The Union Institute
University. Dissertation Abstracts International, 58(121), 4523A.
Fagerberg, 1., Rekkedal, 1., & Russell, J. (2002). Designing and trying out a learning
environment for mobile learners and teachers. Department for Research &
Development, NKI Distance Education. Dimuat turun pada Jun 30, 2004, daripada
http://www.nettskolen.com/forskning!55/NKI2001mlearning2.html
140 Masalah Pendidikan Jilid 27

Green, M. (2001). The wireless revolution: Latrobe Junior High project.


Washington DC: National Education Association. Dimuat turon pada 20 Januari 20,
2004, daripada http://www.nea.org/neatoday/0I03/cover.html
Gui Qingyang (2003). mLearning: A new development towards more flexible and learner
centered learning. Teaching English with Technology: A Journal for Teachers of
English, 3(2).
Harris, P. (2001). Goin' mobile: Learning circuits. Dimuat turun pada Jun 26, 2004, daripada
http://www.learningcircuit.org.200 11 ju1200 I/harris.html Jimenez, J. E. et a1. (2003).
Do the effects of computer-assisted practice differ for children with reading
disabilities with and without IQ-achievement discrepancy. Journal of Learning
Disbilities, 36(1), 34-37.
Keegan, D. (2002). The future of learning: From e-learning to m-learning. Dimuat turun
pada Jun 30, 2004, daripada http://www.learning.ericsson.netileonardo/
thebook/chapter4.html#milearn
Lehner, F., Nosekabel, H., & Lehmann, H. (2001). Wireless e-learning and communication
environment. Germany: University of Regensburg.
Malinen, 1, Kari, H., & Tiusanen, M. (2003). Wireless networks and their impact on
network-based learning content. Enable Network-Learning. Dimuat turun pada Julai
I, 2004, daripada http://www/enable.evitech.fi!enable99/papers/ malinen/ melinen.html
Mobile Education. (2003). A glance at the future. Dimuat turun pada J ulai 1, 2004, daripada
http.Zwww.dye.no/articles/ aglance _aCthe_future!introduction.html Milrad, M.
(2002). Mobile learning: Challenges, perspectives and reality.
Kertas kerja The Social Science of Mobile Learning Conference, Institute of
Philosophical Research of the Hungarian Academy of Sciences, Budapest.
Ministry of Education Malaysia. (1999). Integration of information and communication
technologies (ICTs) through teacher professional development and pre-service
training. [APEC Country Report].
Norlidah Alias. (2003). Penilaian pelaksanaan program M-Learning di sebuah sekolah
rendah di Kuala Lumpur berdasarkan model penilaian Stakes Countenance. Kertas
Projek tidak bercetak, Universiti Malaya.
Nulden, U. (1999). Thematic modules in Asynchronous Learning Networks: A Scandinavian
perspective on the design of introductory course. Journal of Group Decision and
Negotiation, 85(5), 391-408.
____ (2000). MobilLearn: Education for mobile people. Proceedings of
IRIS 23. Laboratorium for Interaction Technology. University of Trollhattan
UddevaIIa, Sweden.
Pehkonen, M., & Turunen, H. (2004, Julai 5). A case study on the future mobile work-based
learning. Kertas kerja MLEARN 04 • Learning Anytime Everywhere International
Conference, University of Finland, Tempere, Finland.
Masalah Pendidikan Jilid 27 141

Quinn, C. (2000). Mobile, wireless, in-your-pocket learning. Dimuat turun pada


Julai 1, 2004, daripada http://www.1inezine.com/2.l/features/cqmmwiyp. htm
Robb, R. (2001). Learning: Taking thefuture in their hands. Dimuat turun pada Julai 1, 2004,
daripada http://www.nea.org/neatoday/Ol 05/probsolu.html Roberts, J. et al. (2003).
Harvesting fragments of time. Mobile learning pilot project report. Dimuat turun pada
Julai 1, 2004, daripada http://www. mcgrawhill.ca/mlearning
Saedah Siraj. (2001). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan (Cet. 2.) Selangor: Alam
Pintar.
_____ (2002). Polisi dan halatuju dasar kurikulum masa depan. Dalam Sufean Hussin (Ed.),
Inovasi dasar pendidikan: Amalan perspektifsistem dan inovasi (ms.67-79). Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. _____ et al, (2002). Projek ml.earning. Kertas
kerja penyelidikan tidak bercetak, Universiti Malaya.
(2003a, Oktober 27-29). ml.earning for future curriculum:
Implementation prospects. Kertas kerja The First World Curriculum Studies
Conference, East China Normal University, Shanghai, China.
(2003b, Mac 25-27). M-Learning curriculum for the future.
Keynote address 11 di International Conference on M-Leaming (ICML), Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
______ (2004, Mac). At-Learning in curriculum implementation. Kertas kerja Curriculum in
the Age of Information and Communication Technology Conference, Iranian
Curriculum Development Association, Tehran, Iran.
Sayre, C. W (2001). Complete wireless design. NY: McGraw-Hill.
Sharples, M. (2000a). The design of personal mobile technologies for lifelong learning.
Computers and Education, 34, 177-193.
_____ et a1. (2000b). Structured computer-based training and decision support in the
Interpretation of neuroradiological images. International Journal of Medical
Informatics, 60(30), 228-263.
The Leonardo Da Vinci Project (2002). The future of learning: From el.earning to mLearning.
Dimuat turun pada Jun 30, 2004, daripada http://learning.
ericsson.net/mlearniugz/project , one/book.html
Toh, C. K. (2002). Ad hoc mobile wireless networks: Protocols and systems. NJ:
Prentice- Hall.

Anda mungkin juga menyukai