Anda di halaman 1dari 3

Bagaimana isu pemuliharaan harimau boleh diviralkan dalam internet?

Selamat sejahtera dan salam harimau Malaya. Saya hadir di sini untuk
membincangkan mengenai bagaimana isu pemuliharaan harimau boleh diviralkan dalam
internet? Pertama sekali, mari kita lihat definisi pemuliharaan. Pemuliharaan bermaksud
langkah membiakkan tumbuhan dan haiwan yang hampir pupus bagi mengelakkan
hidupan tersebut terus pupus. Mari kita sama-sama lihat sebuah video.Harimau merupakan
spesies kucing terbesar dan antara haiwan yang agak terkenal di seluruh dunia. Harimau
digunakan sebagai ikon keberanian yang boleh dilihat dengan jelas dalam jata negara kita
yang menunjukkan bahawa negara kita adalah satu negara yang gagah dan berani dalam
menempuh cabaran seperti harimau.

Harimau mati meningalkan belang,

Manusia mati meningalkan nama.

Peribahasa ini izhar membuktikan bahawa betapa pentingnya interaksi antara


hubungan manusia dengan harimau yang telah dibuktikan sejak zaman dahulu sehingga
terciptanya satu peribahasa yang dikaitkan dengan ikon keberanian iaitu harimau. Walaupun
harimau terkenal dengan sifat memburunya, tetapi malang tidak berbau. Hal ini kerana
harimau telah berdepan dengan penganiayan oleh manusia sepanjang beberapa dekad
yang lalu, yang didorong oleh permintaan terhadap bahagian-bahagian badan harimau yang
digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan juga sebagai hobi. Sepanjang abad yang
lalu, bilangan harimau di seluruh dunia telah menemui anjakan paradigma yang negatif
disebabkan oleh pemburuan harimau. Statistik yang dikeluarkan jelas menunjukkan bahawa
hanya 3200 ekor harimau yang tinggal daripada 100000 ekor yang dianggarkan.

Di Malaysia, Kesatuaan Antarabangsa bagi pemuliharaan Alam Semulajadi (ICUN)


telah menyenaraikan Harimau Malaya sebagai sangat terancam secara rasmi di bawah
senarai rasmi ICUN untuk spesies terancam yang bermaksud spesies tersebut berdepan
dengan risiko yang tinggi untuk hilang daripada muka bumi ini. Selepas mendengar
pernyataan saya tadi, apakah fikiran yang sedang bermain di kotak pemikiran anda
sekarang ? Adakah senario tersebut terahat di dalam hati anda ? Adakah anda tercari-cari
apakah yang boleh anda lakukan untuk menyelamat spesies tersebut yang memerlukan
bantuan untuk terus hidup di permukaan bumi ? cuba anda berfikir sejenak. Perbincangan
sebegini ataupun forum hanya akan bernaung di dalam 4 dinding ini sahaja dan batu-batu di
dalam dinding sahaja akan memendam rahsia tersebut. Cuba anda fikir bagaimana nak
mengeluarkan rahsia tersebut daripada batu-batu dan simen tersebut. Cuba fikir bagaimana
nak viralkan rahsia tersebut. Cuba anda memfokuskan kepada kata kunci yang saya sebut
tadi, iaitu viral. Kalau ada satu video yang luar biasa, kita akan memviralkan video
mengunakan internet tersebut iaitu kita akan berkongsi dengan orang lain dalam bilangan
yang banyak sehingga semua orang akan bergosip mengenainya.

Ini merupakan salah satu cara anda boleh lakukan untuk menyelamatkan kepupusan
harimau yang semakin hari semakin berpisah daripada generasi yang belum melihat
keindahan bumi ini. Antaranya kita boleh meviralkan isu kepupusan harimau dalam platform
media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan Wechat serta media sosial yang
lain. Hal ini kerana dalam abad teknologi yang ke-21 ini, seorang manusia yang biasa akan
menatap mukanya di telefon bimbit pintarnya sejurus selepas bangun untuk mengetahui
apakah yang telah berlaku di sekitarnya sepanjang tempoh tidurnya dan juga sebelum
bermimpi pada waktu malam tanpa mengucapkan selamat malam kepada yang disayangi.
Sebagai contohya, seseorang yang prihatin terhadap golongan pemburu handalan tersebut,
mereka boleh mencari artikel-artikel memgenai kepupusan tersebut dan menyebarkannya
menerusi media sosial sehingga ia boleh menarik perhatian orang yang bertanggungjawab
untuk mengambil tindakan yang proaktif. Anda juga boleh memastikan bahawa aritkel
tersebut terpahat dalam halaman Facebook ataupun newsfeed setiap orang di sekeliling
anda. Kita juga boleh memastikan bahawa isu tersebut menjadi terkenal ataupun dalam
bahasa media sosial trending dalam Twitter supaya orang ramai boleh mengetahui apakah
nasib harimau pada zaman ini iaitu #savetiger ataupun #avoidtigerextinct.

Selain itu, anda sebagai pelajar ataupun sebagai pengguna media sosial yang paling
banyak dengan golongan yang lain, anda boleh mengambil bahagian dalam ataupun
mewujudkan sendiri sesuatu iklan mengenai kepupusan harimau di dunia. Anda boleh
mewujudkan iklan tersebut dalam bentuk poster digital, video ataupun mengedit sesuatu foto
harimau yang menyayat hati. Selepas anda mencipta sesuatu iklan terbut, anda boleh
memuat naiknya dalam platform media sosial. Sebagai contoh, sekirannya anda merupakan
seorang peminat video dan sering memasuki aplikasi YouTube dalam telefon, maka anda
boleh memuat naiknya dalam aplikasi tersebut dan mengkongsikan video tersebut melalui
link video tersebut. Apabila orang mula sedar perbuatan kejam yang dilakukan terhadap
harimau melalui video tersebut, maka mereka akan mula mengurangkan penggunaan
barangan yang diperbuat daripada bahagian-bahagian harimau. Bagi pihak yang memburu
harimau sebagai aktiviti bersuka ria juga akan mula menyayangi haiwan liar tersebut dan
aktiviti pemburuan haram akan menemui penurunan secara mendadak. Oleh sebab itu, saya
meminta para bakal pendidik semua supaya mencipta sesuatu iklan yang mampu
menyentuh hati semua pihak tanpa mengira umur, bangsa dan juga negara.

Sekirannya anada berasakan bahawa mencipta video memerlukan masa dan juga
kerja yang banyak, anda juga boleh menandatangani petisyen khas yang diwujudkan untuk
isu-isu yang memerlukan sokongan orang ramai seperti isu pepupusan harimau. Petisyen
diwujudkan untuk mendapatkan sokongan daripada orang ramai di kawasan tertentu
ataupun di seluruh dunia untuk sesuatu isu yang penting. Petisyen tersebut tidak semestnya
terdapat dalam bentuk hitam putih dan boleh dibuat dalam talian dengan cara yang lebih
muda. Petisyen-petisyen seperti ini diwujudkan supaya nasib harimau-harimau yang
semakin hari semakin menuju ke akhirat menjadi tumpuan orang ramai dan harimau-
harimau tersebut mendapat keadilan di tempat yang septutnya seperti mahkamah.
Contohnya, sekirannya bilangan orang menandatangani petisyen tersebut menepati
piawaian yang ditetapkan, maka aktiviti-aktiviti yang mengundang kepada pepupusan
harimau dapat dibendung seperti perampasan lesen kepada pemburu-pemburu berdaftar
dan juga lesen peniaga yang berniaga menggunakan bahagian harimau tanpa menyedari
kesedarannya hanya untuk mendapat keuntungan yang tidak sah.

Menerusi platform yang disediakan dalam talian juga, kita boleh mencegah
kepupusan harimau serta memulihara harimau tersebut dalam habitat semulajadinya. Untuk
mengimplementasikan langkah-langkah pemuliharaan, pihak-pihak yang bertanggungjawab
memerlukan sumbangan yang banyak daripada orang ramai. Untuk itu, mereka telah
memperkenalkan satu skim yang mudah yang boleh diakses oleh orang ramai menerusi
platform media massa untuk memberikan sumbangan mereka dlaam cara yang mudah dan
tepat. Sebagai contoh, orang ramai boleh membeli cenderamata ataupun dikatakan sebagai
merchandise dalam bahasa inggeris yang berkaitan dengan harimau menerusi dalam talian
seperti Shoppe, Lazada dan juga Mudah.com. Apabila seseorang membeli barang-barang
tersebut menerusi akaun rasmi persatuan yang bertanggungjawab, maka duit yang
diberikan akan disalurkan kepada aktiviti pemuliharaan harimau.

Sebagai kesimpulannya, saya ingin menyatakan di sini bahawa kita boleh


menggunakan internet sebagai salah satu alat ataupun boleh dikatakan sebagai senjata
dalam menangani isu kepupusan harimau dan tidak hanya bergantung kepada benda-benda
yang maujud sahaja.

Anda mungkin juga menyukai