Anda di halaman 1dari 16

Tajuk Amali: Jambatan Wheatstone

Tujuan:

Untuk menentukan kerintangan, 𝜌 bagi dawai konstantan SWG 34 dengan jambatan


Wheatstone.

Teori:

Kerintangan merupakan malar bahan dan sifat bahan pengalir yang melawan
atau mengurangkan aliran arus elektrik untuk melaluinya. Simbol bagi kerintangan ialah
ρ (Rho) dan unitnya ialah ohm meter (Ω m). Kerintangan boleh dikaitkan dengan
rintangan, R. Rintangan merupakan satu keadaaan yang menghalang pergerakan arus
melaluinya. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi nilai rintangan, antaranya ialah
panjang pengalir, 𝑙, luas permukaan , A, Kerintangan, 𝜌, dan suhu pengalir, T .Nilai
rintangan dawai bertambah jika panjang dawai tersebut bertambah. Rintangan, R
berkadar terus dengan panjang, 𝑙 dawai tersebut dengan persamaan:𝑅 ∝ 𝑙.

Selain itu, luas permukaan , A. Rintangan, R berkadar songsang dengan luas


1
keratan rentas dawai, A , dengan persamaan:𝑅 ∝ 𝐴.

Seterusnya, kerintangan, 𝜌 adalah berkadar langsung dengan nilai rintangan,


R , dengan persamaan:𝑅 ∝ 𝜌.

Sementara itu, suhu pengalir, T juga mempengaruhi nilai rintangan. Semakin


tinggi suhu pengalir, semakin tinggi nilai rintangan. Diberi persamaan:𝑅 ∝ 𝑇.

Gabungan faktor-faktor tersebut boleh digambarkan dalam bentuk persamaan


𝜌𝑙
matematik yakni 𝑅 = 𝐴
. Di mana, R = Rintangan (Ω), 𝑙 = panjang pengalir (m), A = luas

permukaan (𝑚2 ) , dan 𝜌 = kerintangan (Ω m).

Untuk menentukan kerintangan dawai, persamaan berikut boleh digunakan:

𝑅𝐴
𝜌=
𝑙

Di mana, R = Rintangan (Ω), 𝑙 = panjang pengalir (m), A = luas permukaan (𝑚2 ) ,


dan 𝜌 = kerintangan (Ω m).

Penggunaan jambatan Wheatstone dapat menentukan 𝜌 dengan mengetahui


R, 𝑙 dan A terdahulu. Jambatan Wheatstone dicipta oleh Charles Wheatstone pada
tahun 1843 dan digunakan untuk mengukur perubahan rintangan yang peka (Fullik,
1994 ). Jambatan Wheatstone ialah litar jambatan yang mempunyai empat lengan,
setiap lengan mempunyai perintang tetap atau perintang boleh ubah.

Gambar rajah 1 : Jambatan Wheatstone

Dalam jambatan Wheatstone di atas, rintangan perintang R yang belum


diketahui perlu ditentukan. Nilai perintang boleh ubah S telah diketahui. Dua perintang
P dan Q di mana nisbah rintangan mereka juga diketahui. Perintang yang tidak diketahui
niali rintangan iaitu R disambung ke sebuah galvanometer. Rintangan perintang boleh
ubah S dilaras sehingga mencapai titik keseimbangan iaitu apabila galvanometer
menunjukkan sifar. Hal ini bermaksud tiada arus elektrik melalui titik B dan D. Oleh itu,
arus dalam P dan Q adalah sama, I1 dan arus dalam R dan S juga sama, I2. Dengan
menggunakan Hukum Kirchhoff II bagi peraturan gelung (loop rule) ,sekeliling mana-
mana gelung tertutup dalam litar, jumlah beza keupayaan merentasi semua elemen
adalah sifar:

ABDA: I1P - I2R = 0 jadi I1P = I2R, (1)

BCDB: I1Q - I2S = 0 jadi I1Q = I2S, (2)

(1) 𝐼1 P 𝐼1 R
:
(2) 𝐼2 Q
= 𝐼2 S

𝑃
Oleh itu, 𝑅 = (𝑄) 𝑆

Jambatan Meter merupakan pengubahsuaian yang dibuat terhadap Jambatan


Wheatstone dan adalah bentuk litar yang paling ringkas berdasarkan jambatan
Wheatstone.

Gambar rajah 2: Jambatan Meter


Jambatan Meter ialah satu susunan yang mempunyai dawai berpanjang satu
meter dan titik terminal yang sesuai supaya dapat digunakan dalam Jambatan
Wheatstone dengan menghubungkan perintang yang sesuai merentasi terminal. Dawai
berpanjang satu meter yang seragam digunakan sebagai dua perintang iaitu P dan Q.
Rintangan boleh ditukar dalam jambatan Meter biasa dengan meluncur satu joki
melepasi dawai tersebut (Aman Rao, 1996). Kedudukan joki dilaraskan di sepanjang
𝑃
dawai sehingga arus yang melalui galvanometer bernilai sifar. Dalam keadaan ini, 𝑄
=
R𝑅
, nisbah panjang dawai gelongsor di dua belah mencapai keseimbangan, nisbah P
R𝑆

dan Q sama dengan rintangan R dan S dengan menganggap dawai gelongsor


mempunyai diameter dan luas keratan rentas yang seragam.

Pernyataan masalah: Apakah kerintangan , 𝜌 bagi dawai konstantan SWG 34?

Pembolehubah :

Pembolehubah dimanipulasi : Panjang dawai konstantan, x


Pembolehubah bergerak balas : Rintangan dawai konstantan, R
Pembolehubah dimalarkan : Nilai rintangan perintang piawai, P

Radas dan Bahan:

1. Satu set jambatan Meter


2. Satu suis pasang-tutup
3. Satu perintang karbon 5Ω (tolerans 5%) sebagai perintang piawai
4. Satu Galvanometer sifar pada pusat
5. Satu dawai perintang (dawai konstantan SWG 34, panjang 1 m)
6. Dua sel kering
7. Satu pemegang sel kering
8. Satu joki
9. Satu tolok skru mikrometer
10. Satu pembaris meter
11. Wayar
12. Satu pemotong wayar
13. Pen marker
14. Gunting
Prosedur:

Gambar rajah 3: Penysunan radas.

1. Radas telah disediakan seperti dalam rajah di atas.


2. Satu perintang tetap karbon 5Ω (tolerans 5%) sebagai perintang piawai telah
dipasang pada P.
3. 100.0 cm dawai konstantan SWG 34 telah diukur dengan pembaris meter dan
dipotong dengan gunting.
4. Bacaan 90.0 cm telah diukur dari 100.0 cm dawai konstantan SWG 34 tersebut
dengan pembaris meter dan ditandakan dengan pen marker lalu dipasang
sebagai x.
5. Litar pintas telah dipastikan tiada.
6. Joki telah diletakkan di atas dawai gelongsor pada tempat yang berbeza
sehingga kedudukan keseimbangan didapati iaitu semasa galvanometer
menunjukkan nilai 0, sius pasang S terus ditutup.
7. Nilai a dan b pada pembaris meter telah direkod.
8. Langkah 4 hingga 7 diulangi dengan menggantikan bacaan 90.0 cm kepada
bacaan 80.0 cm, 70.0 cm, 60.0 cm dan 50.0 cm.
9. Setelah ralat sifar diambil dari tolok skrew mikrometer, diameter dawai
konstantan, di telah diukur tiga kali dengan tolok skrew mikrometer dan purata
bacaan dicari.
10. Analisis telah dibuat untuk menentukan nilai dengan menggunakan persamaan:
Untuk mendapatkan nilai rintangan, R bagi setiap panjang dawai konstantan, x,
𝑅 𝑎
=
𝑃 𝑏
𝑎
Di mana R = rintangan dawai x (Ω), P = rintangan perintang piawai (Ω), dan 𝑏
=

nisbah panjang pada pembaris meter yang mencapai titik keseimbangan.


11. Sebuah graf rintangan dawai konstantan, R, melawan panjang dawai konstantan,
x telah diplotkan.
12. Nilai kerintangan dawai konstantan SWG 34 dikira daripada kecerunan graf dan
luas keratan rentas dawai konstantan dengan menggunakan persamaan:
𝑅𝐴
𝜌=
𝑥
𝑅
𝜌= 𝐴
𝑥

Di mana, R = rintangan (Ω), 𝑥 = panjang dawai konstantan (m), A = luas keratan


𝑅
rentas dawai konstantan (𝑚2 ) , 𝜌 = kerintangan (Ω m), dan 𝑋
= kecerunan graf.

Jadual Hasil Eksperimen :

Panjang Panjang Panjang dawai Panjang dawai Rintangan, Ralat


dawai, x dawai, X gelongsor, a gelongsor, b R (Ω) peratusan
(±0.1cm) (±0.001m) (±0.1cm) (±0.1cm) dalam R
(%)
90.0 0.900 65.0 35.0 9.29 0.44
80.0 0.800 62.2 37.8 8.23 0.43
70.0 0.700 59.3 40.7 7.29 0.41
60.0 0.600 55.2 44.8 6.16 0.40
50.0 0.500 50.4 49.6 5.08 0.40
40.0 0.400 45.1 54.9 4.11 0.40
30.0 0.300 38.5 61.5 3.13 0.42
20.0 0.200 29.0 71.0 2.04 0.49

Diameter

Kali mengambil Bacaan Kali Pertama Kali Kedua Kali Ketiga


Diameter dawai konstantan 0.21 0.21 0.21
SWG 34 yang diambil, di
(±0.01mm)
Ralat sifar (±0.01mm) -0.03
Diameter dawai konstantan 0.24 0.24 0.24
sebenar, ds (±0.01mm)
(di - ralat sifar)
Purata diameter, dp 0.24
(±0.01mm)

Purata diameter, d dalam 2.4 × 10−4


unit m (±0.0001m)
Graf dan Kiraan Data:

Cara mengira data bagi menghasilkan jadual dan graf adalah seperti berikut.

1. Menukarkan panjang dawai dari unit cm kepada m dengan persamaan:


(𝑥) × 10−2 = 𝑋 𝑚
*Catatan: imbuhan cm = 10−2.

2. Menghitung panjang dawai gelongsor pada bahagian a dengan persamaan:


(100 - b)cm = a cm

3. Menghitung rintangan, R dengan persamaaan:


𝑅 𝑎
=
𝑃 𝑏

𝑎
𝑅= (𝑃)
𝑏
*Catatan: P merupakan nilai rintangan perintang piawai iaitu 5 Ω.
4. Mengira ralat peratusan dalam R dengan persamaan:
𝛿𝑅 𝛿𝑎 𝛿𝑏
× 100% = ( + ) × 100%
𝑅 𝑎 𝑏

Panjang 1. (±0.001m) 2. (±0.1cm) 3. (Ω) 4. (%)


dawai,x
(±0.01cm)
90.0 Panjang dawai: Panjang dawai Rintangan, R Ralat peratusan R=
𝑎 0.1 0.1
90.0 cm gelongsor, a = (𝑃)
𝑏 ( + ) × 100%
= 90.0𝑚 × 10−2 = (100 - b)cm 65.0 35.0
65.0
= 35.0 (5Ω) =0.44%
= 0.900 m = (100 – 35.0)cm
= 9.29 Ω
= 65.0 cm
80.0 Panjang dawai: Panjang dawai Rintangan, R Ralat peratusan R=
𝑎 0.1 0.1
80.0 cm gelongsor, a = (𝑃)
𝑏 ( + ) × 100%
= 80.0𝑚 × 10−2 = (100 - b)cm 62.2 37.8
62.2
= 37.8 (5Ω) =0.43%
= 0.800 m = (100 – 37.8)cm
= 8.23 Ω
= 62.2 cm
70.0 Panjang dawai: Panjang dawai Rintangan, R Ralat peratusan R=
𝑎 0.1 0.1
70.0 cm gelongsor, a = 𝑏 (𝑃) ( + ) × 100%
= 70.0𝑚 × 10−2 = (100 - b)cm 59.3 40.7
59.3
= (5Ω) =0.41%
40.7
= 0.700 m = (100 – 40.7)cm
= 7.29 Ω
= 59.3 cm
60.0 Panjang dawai: Panjang dawai Rintangan, R Ralat peratusan R=
𝑎 0.1 0.1
60.0 cm gelongsor, a = 𝑏 (𝑃) (55.2 + 44.8) × 100%
= 60.0𝑚 × 10−2 = (100 - b)cm 55.2
= (5Ω) =0.40%
44.8
= 0.600 m = (100 – 44.8)cm
= 6.16 Ω
= 55.2 cm
50.0 Panjang dawai: Panjang dawai Rintangan, R Ralat peratusan R=
𝑎 0.1 0.1
50.0 cm gelongsor, a = 𝑏 (𝑃) ( + ) × 100%
= 50.0𝑚 × 10−2 = (100 - b)cm 50.4 49.6
50.4
= (5Ω) =0.40%
49.6
= 0.500 m = (100 – 49.6)cm
= 5.08 Ω
= 50.4 cm
40.0 Panjang dawai: Panjang dawai Rintangan, R Ralat peratusan R=
𝑎 0.1 0.1
40.0 cm gelongsor, a = 𝑏 (𝑃) ( + ) × 100%
= 40.0𝑚 × 10−2 = (100 - b)cm 45.1 54.9
45.1
= (5Ω) =0.40%
54.9
= 0.400 m = (100 – 54.9)cm
= 4.11 Ω
= 45.1 cm
30.0 Panjang dawai: Panjang dawai Rintangan, R Ralat peratusan R=
𝑎 0.1 0.1
30.0 cm gelongsor, a = (𝑃)
𝑏 ( + ) × 100%
= 30.0𝑚 × 10−2 = (100 - b)cm 38.5 61.5
38.5
= 61.5 (5Ω) =0.42%
= 0.300 m = (100 – 61.5)cm
= 3.13 Ω
= 38.5 cm
20.0 Panjang dawai: Panjang dawai Rintangan, R Ralat peratusan R=
𝑎 0.1 0.1
20.0 cm gelongsor, a = (𝑃)
𝑏 ( + ) × 100%
= 20.0𝑚 × 10−2 = (100 - b)cm 29.0 71.0
29.0
= (5Ω) =0.49%
71.0
= 0.200 m = (100 – 71.0)cm
= 2.04 Ω
= 29.0 cm

Kiraan berdasarkan Graf Rintangan, R melawan Panjang Dawai, X untuk


mendapati kecerunan, m penting untuk menentukan kerintangan, 𝜌 dawai konstantan
𝑅𝑖𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛,𝑅 (Ω)
SWG 34 kerana m mewakili 𝑃𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝐷𝑎𝑤𝑎𝑖,𝑋(𝑚)
dalam persamaan rintangan:

Berdasarkan Persamaan Rintangan Berdasarkan Persaman Linear


𝜌𝑋 𝑦 = 𝑚𝑥 + 𝑐
𝑅=
𝐴 Pintasan-y, c merupakan nilai 0
Kerintangan, 𝜌 perlu ditentukan dalam
berdasarkan graf.
eksprimen ini.
𝑅𝐴 𝑌 = 𝑚𝑋 + 0
𝜌=
𝑋

𝑅 𝑌 = 𝑚𝑋
𝜌= 𝐴
𝑋
Dengan mengkaji hubungan antara persamaan rintangan dan persaman
𝑅𝑖𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛,𝑅 (Ω)
linear, didapati bahawa 𝑃𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝐷𝑎𝑤𝑎𝑖,𝑋(𝑚) diwakili oleh m dalam graf.

𝑅
=𝑚
𝑋
R = Rintangan (Ω), 𝑋 = panjang dawai konstantan (m), A = luas keratan rentas dawai
konstantan (𝑚2 ) , 𝜌 = kerintangan (Ω m) dan m = kecerunan graf, c = pintasan-y.

Persamaan untuk menentukan kecerunan, m:

𝑦1 − 𝑦2
𝑚=
𝑥1 − 𝑥1

(9.8 − 0.5)
𝑚=
(0.95 − 0.05)

𝑚 = 10.33

Dengan menggantikan m ke dalam persamaan hubungan antara persamaan


rintangan dan persaman linear:

𝑅(Ω)
=𝑚
𝑋(𝑚)

𝑅(Ω)
= 10.33Ω 𝑚−1
𝑋(𝑚)

𝑅 𝑅
Mengikut persamaan 𝜌 = 𝑋 𝐴, selain 𝑋
atau dikenali sebagai kecerunan, m

perlu dihitung, luas keratan rentas, A juga perlu dicari untuk menentukan kerintangan,
𝜌 bagi dawai konstantan SWG 34. A mempunyai persamaan berikut:

𝑑 2
𝐴 = 𝜋( )
2

Di mana d = diameter dawai konstantan.

Bacaan diameter telah diambil tiga kali setelah ralat sifar pada tolok srew
mikrometer diambil. Ralat sifar pada tolok srew mikrometer ialah -0.03mm. Diameter
yang diambil tiga kali juga dicatat dalam jadual:
Diameter dawai konstantan 0.21 0.21 0.21
yang diambil, di (±0.01mm)
Ralat sifar (±0.01mm) -0.03
Diameter dawai konstantan 0.21 –(-0.03) 0.21 –(-0.03) 0.21 –(-0.03)
sebenar, ds (±0.01mm) =0.21+0.03 =0.21+0.03 =0.21+0.03
(di - ralat sifar) =0.24 =0.24 =0.24
Purata diameter, d
(±0.01mm) 0.24 + 0.24 + 0.24
purata diameter, d =
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑎𝑚𝑒𝑡𝑒𝑟 3
( 𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑐𝑎𝑎𝑛 )
= 0.24

Purata diameter, d dalam 0.24𝑚𝑚 = (0.24 𝑚 × 10−3 )


unit m (±0.0001m) = 2.4 × 10−4m

Untuk mencari nilai luas keratan rentas dawai konstantan SWG 34, A dikira
dengan langkah berikut:

𝑑 2
𝐴 = 𝜋( )
2
2
2.4 × 10−4 𝑚
𝐴 = 𝜋( )
2

𝐴 = 𝜋(1.44 × 10−8 𝑚)

𝐴 = 4.524 × 10−8 𝑚2

Nilai luas keratan rentas dawai konstantan SWG 34, A ialah 4.524 × 10−8 𝑚2.

Dapatan:

Dengan menggantikan kecerunan, m dan luas keratan rentas dawai konstantan,


A ke dalam persamaan, nilai kerintangan, 𝜌 dapat ditentukan seperti langkah berikut:

𝑅
𝜌= 𝐴
𝑋

𝜌 = (10.33 Ω 𝑚−1 )(4.524 × 10−8 𝑚2 )

𝜌 = 4.67 × 10−7 Ω 𝑚

Nilai kerintangan, 𝜌 bagi dawai konstantan SWG 34 akhirnya ditentu, nilainya


ialah 4.67 × 10−7 Ω 𝑚.
Analisis:

Ralat peratusan rintangan, R dikira adalah untuk memastikan tahap ketepatan


(0.44+0.43+0.41+0.40+0.40+0.40+0.42+0.49)%
yang sama. Purata ralat peratusan rintangan, 𝑅 = 8

= 0.42%

Berdasarkan graf, rintangan dawai konstantan SWG 34, R adalah berkadar


langsung dengan panjang dawai, X. Dengan mendapatkan kecerunan, m daripada graf,
dan mengira luas keratan rentas dawai, A, lalu menggantikan ke dalam persamaan,
kerintangan, 𝜌 dawai konstantan SWG 34 dapat ditentukan iaitu 4.67 × 10−7 Ω 𝑚.

Mengikut teori iaitu nilai yang diketahui dari pre-lab, kerintangan dawai
konstantan yang diterima ialah 4.9 × 10−7 Ω 𝑚, tetapi berbanding dengan eksperimen
ini, 4.67 × 10−7 Ω 𝑚 , nilai kerintangan mempunyai ralat peratusan sebanyak 4.69%.

(𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 − 𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑠𝑎𝑦𝑎) 4.9 × 10−7 − 4.67 × 10−7


× 100% = × 100%
𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 4.9 × 10−7

= 4.69%

Ralat peratusan dalam eksperimen ini adalah disebabkan oleh beberapa ralat
yang tidak boleh dielakkan seperti diameter dawai gelongsor yang digunakan sudah
mempunyai ketidakseragaman, pemanasan dawai konstantan dan dawai gelongsor
yang tidak dapat diambil kira dan rintangan wayar sambung. Oleh itu, rintangan wayar
sambung diabaikan dalam eksperimen ini.

Komen:

Dalam kehidupan harian, jurutera menggunakan pengetahuan terhadap


kerintangan bagi wayar yang digunakan dalam telekomunikasi dan industri tenaga
untuk memastikan kerja dijalankan dengan lancar, jambatan Wheatstone digunakan
secara meluas hingga hari ini dalam sensor bersaiz makro dan bersaiz mikro (Avison,
1984).

Jambatan Wheatstone boleh digunakan dengan amplifier beroperasi untuk


mengukur parameter fizikal seperti suhu, tekanan, cahaya, dan lain-lain. Kita juga boleh
mengukur kapasitan, kearuhan dan galangan dengan menggunakan variasi pada
jambatan Wheatstone.

Semasa membuat eksperimen, data titik keseimbangan b tidak konsisten


apabila menggunakan panjang dawai, x bernilai 70.0 cm dan 60.0 cm, iaitu nilai b = 47.0
cm semasa x = 70.0 cm dan nilai b = 45.2 cm semasa x = 60.0 cm. Nilai b meningkat
semasa panjang x berkurang, tetapi dua nilai x tersebut didapati bertentangan dengan
urutan. Oleh itu, bagi dawai berpanjang 70.0 cm dan 60.0 cm, penentuan titik
keseimbangan b diambil sekali lagi untuk memastikan ketepatan data. Oleh itu, nilai
yang diambil pada kali kedua digunakan dalam pengiraan

Panjang dawai, Kali pertama mengambil panjang Kali kedua mengambil panjang
x (±0.1cm) dawai gelongsor, b (±0.1cm) dawai gelongsor, b (±0.1cm)
90.0 35.0
Nilai meningkat.
80.0 37.8
70.0 47.0 40.7
Nilai menurun. Nilai meningkat.
60.0 45.2 44.8
50.0 49.6
40.0 54.9
Nilai meningkat.
30.0 61.5
20.0 71.0

Semasa eksperimen, apabila saya memotong wayar dengan pemotong wayar,


pemotong wayar itu terlalu dekat dengan tangan saya. Selepas mendapat teguran
daripada pensyarah, saya faham bahawa kita hendaklah sentiasa berwaspada dan
berhati-hati semasa mengambil radas supaya tidak menyebabkan kecederaan.

Selain itu, semasa saya mentandakan dawai konstantan dengan pen marker,
pen marker yang digunakan seharusnya dakwat jenis kekal, tetapi saya tersalah guna
pen marker papan putih. Oleh itu, saya mengukur panjang dawai dengan pembaris
meter dengan banyak kali dan hal ini menggunakan masa yang panjang. Saya
mempelajari bahawa haruslah menandakan dawai konstantan terlebih dahulu,
bukannya mengukur setiap kali panjang x selepas habis set tersebut. Saya juga
mempelajari bahawa kita haruslah membuat eksperimen secara berorganisasi dan
sistematik supaya tidak kelam kabut semasa eksperimen.

Catatan:

Bagi meningkatkan kejituan pengukuran, kedudukan P dan X harus ditukarkan.


Langkah ini adalah untuk mengelakkan ralat yang disebabkan oleh ketidakseragaman
dawai dan ralat hujung. Oleh sebab pengurusan masa yang tidak sesuai, tidak sempat
kumpulan saya menukarkan kedudukan tersebut.
Langkah Berjaga-jaga

Untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu, beberapa langkah berjaga-jaga


perlu dilakukan semasa menjalankan eksperimen dengan mengurangkan ralat.

Antara ralatnya adalah ralat hujung (end errors), ralat hujung adalah ralat yang
terdapat pada dawai gelongsor. Ralat ini berlaku kerana rintangan pada hujung dawai
gelongsor yang dipateri pada logam lengan adalah berbeza dengan bahagian dawai
gelongsor lain. Oleh itu, semasa mencari titik keseimbangan, joki harus diletakkan pada
bacaan jauh dari hujung dawai gelongsor iaitu hanya mendapatkan nilai pada 10.0
hingga 90.0 cm. Selain itu, langkah berjaga-jaga ini perlu diambil supaya ralat peratusan
dapat dikurangkan dalam menentukan nilai rintangan,R dawai konstantan SWG 34.
Sekiranya titik keseimbangan adalah dekat dengan hujung dawai gelongsor (kurang
daripada 10.0 cm dan besar daripada 90.0 cm), ralat peratusannya akan lebih besar
dan kurang tepat daripada titik keseimbangan yang diambil di bahagian sebaliknya, iaitu
dalam lingkungan 10.0 hingga 90.0 cm, kerana semakin besar ralat peratusan, semakin
rendah ketepatan keputusan.

Seterusnya, ralat sifar pada alat pengukuran harus diambil sebelum


mendapatkan bacaan. Ralat sifar adalah ralat pada alat pengukuran semasa bacaan
menunjuk bukan sifar apabila kuantiti yang diukur adalah sebenarnya sifar. Ralat sifar
pada tolok skrew mikrometer telah diambil bacaan iaitu -0.03 mm. Diameter dawai
konstantan seterusnya diukur tiga kali pada kawasan dawai yang berbeza dan tidak
pernah dilipat kerana dawai menjadi tidak sekata setelah digulung pada terminal.
Bacaan diameter sebenar seterusnya dikira dengan tolak ralat sifar daripada bacaan
pada tolok skrew mikrometer. Bacaan purata diameter akhirnya dikira.

Sementara itu, ralat paralaks yang dihadapi perlu diatasi apabila mengambil
bacaan galvanometer. Ralat paralaks merupakan kesilapan pengukuran yang berlaku
apabila seseorang membaca tanda skala dari kedudukan yang salah. Untuk menangani
kelemahan ini, galvanometer digerakkan ke tempat yang selari dengan mata supaya
kedudukan mata betul-betul tegak di depan tanda skala semasa mengambil bacaan
apabila menentukan titik keseimbangan. Pastikan bayang jarum galvanometer pada
cermin selari dengan jarum galvanometer.

Eksperimen jambatan Wheatstone sangat sensitif, oleh itu perlulah berwaspada


semasa mengatur radas bagi memastikan kejituan keputusan.

Untuk memastikan ukuran panjang dawai konstantan lebih tepat, bacaan


semasa mengukur panjang dawai, x bukannya diambil pada hujung pembaris meter.
Bacaan telah diambil mula dari 1.0 cm. Sebagai contoh, semasa mengambil panjang
dawai 90.0 cm, bermula menukur dari 1.0 cm dan akhir dengan 91.0 cm. Dawai yang
diukur panjangnya turut ditanda dengan pen marker untuk menentukan tempat
sambung dawai.

Semasa sambungkan dawai konstantan, pastikan tanda marker betul-betul


bersentuhan dengan terminal untuk meningkatkan ketepatan keputusan kerana sedikit
kesilapan sahaja akan menybabkan titik keseimbangan yang agak jauh dari nilai
diterima. Dawai konstantan yang berbentuk lengkuk akan menyebabkan dawai
bersentuhan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain, oleh itu panjang dawai,
x akan tidak tepat kerana arus mengalir pada panjang dawai yang lebih pendek. Untuk
mengelakkan masalah ini, satu benda penebat elektrik iaitu kotak tolok skrew
mikrometer digunakan untuk letak ke atas dawai konstantan supaya tidak bersentuhan
antara satu bahagian dengan bahagaian yang lain.

Apabila melaraskan kedudukan joki untuk menentukan titik keseimbangan, joki


perlu sentuh ke dawai gelongsor dengan lembut tetapi bukannya menekan atau
menggeser joki menerusi dawai gelongsor. Jika tidak, dawai gelongsor akan menjadi
nipis, luas keratan dawai berubah, dan diameter dawai menjadi tidak seragam. Jika
𝑅 𝑎
ketebalan dawai gelongsor tersebut tidak seregam, maka nisbah 𝑃 = 𝑏 tidak lagi tepat.

Joki juga perlu pastikan dipegang bersudut tepat (90°) dengan dawai gelongsor kerana
jika luas permukaan joki yang bersentuhan dengan dawai gelongsor tidak sama,
rintangan akan berbeza, titik keseimbangan juga akan tidak tepat.

Setelah menentukan titik keseimbangan a dan b, iaitu semasa galvanometer


menunjukkan nilai sifar, pastikan plug suis pasang-tutup dicabut keluar dengan cepat.
Semasa mencatat data dan mengukur panjang dawai, plug suis juga perlu dicabut.
Perkara-perkara ini adalah untuk mengelakkan kesan pemanasan dawai konstantan
dan dawai gelongsor yang akan menyebabkan rintangan meningkat dan mempengaruhi
ketepatan data.

Di samping itu, semasa menyambung wayar ke jambatan Meter, wayar yang


dipotong dengan pemotong wayar mesti digulung supaya luas keratan rentas bahagian
wayar yang disalut lapisan getah dan yang tidak disalut lapisan getah sama agar
rintangan wayar boleh diabaikan. Sekiranya gulung dawai wayar tersebut dengan
mengikut arah jam, pastikan juga mengikut arah jam semasa menggulungnya pada
terminal. Hal ini adalah disebabkan jambatan Meter amat sensitif terhadap sambungan.
Semua sambung wayar juga perlu dipastikan bahawa ketat digulung pada setiap
terminal supaya arus mengalir dengan lancar.
Kesimpulan:

Nilai kerintangan, 𝜌 bagi dawai konstantan SWG 34 boleh ditentukan dengan jambatan
Meter dan prinsip jambatan Wheatstone. Kerintangan,ρ bagi dawai konstantan SWG
34 ialah 4.67 × 10−7 Ω 𝑚.
Rujukan:

Aman Rao. (1996). Meter Bridge. Basic Facts On Physics. (pg 205). Dicapai pada 23

Feb 2016. New Delhi: Anmol Publications Pvt.Ltd.

Avison, J. (1984). Resistivity. The World of Physics. (pg 247). Dicapai pada 23 Feb

2016. UK: Thomas Nelson and Sons Ltd.

Breithaupt, J. & Dunn, K. (1995). The Wheatstone Bridge. Study Guide A Level

Physics. (pg 191-192). Dicapai pada 23 Feb 2016. London: Letts Educational
Ltd.

Burley, I., Carrington, M., Kobes, R. & Kunstatter, G. (n.d.). Computer Based Learning

Unit, University of Leeds IUN/FYDE Introductory Physics Notes. Kirchhoff's


Laws. Dicapai pada 24 Feb 2016 daripada
http://theory.uwinnipeg.ca/physics/curr/node8.html

Encyclopedia Britannica. (n.d.). Sir Charles Wheatstone. Dicapai pada 24 Feb 2016

daripada http://global.britannica.com/biography/Charles-Wheatstone

Fullick, P. (1994). Wheatstone Bridge. Heinemann Advanced Science: Physics. (pg

311). Dicapai pada 23 Feb 2016. London: Heinemann Educational Publishers.

Muncaster, R. (1993). 37 THE WHEATSTONE BRIDGE. A-Level Physics (Ed. ke-4).

(pg 556-559). Dicapai pada 23 Feb 2016. UK: Stanley Thornes (Publishers) Ltd.

Panel Penulis Fizik UTM 1992. (1992). Tetimbang Wheatstone. Prinsip Asas Fizik

(Jilid III) Keelektrikan dan Kemagnetan. (pg 104-106). Dicapai pada 23 Feb 2016.
Kuala Lumpur: Mas’adah (M) Sdn. Bhd.
Poh, L.Y., Nagappan, S. & Lim, S.C. (2004). Wheatstone Bridge. Physics for STPM

Volume 2. (pg 94-96). Dicapai pada 23 Feb 2016. Selangor: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Physics Catalyst. (27 Jun 2015). Meter Bridge Experiment using Wheatstone Bridge

Principle. Dicapai pada 24 Feb 2016 daripada


http://physicscatalyst.com/article/meter-bridge-experiment-using-wheatstone-
bridge-principle/

Simran Goyal. (2 Ogos 2011). Constantan. Chemistry learner. Dicapai pada 24 Feb

2016 daripada http://www.chemistrylearner.com/constantan.html#constantan-


wire-resistance

The Engineering Tool Box. (n.d.). Resistivity, Conductivity and Temperature Coefficients

for some Common Materials. Dicapai pada 25 Feb 2016 daripada


http://www.engineeringtoolbox.com/resistivity-conductivity-d_418.html

Anda mungkin juga menyukai