Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 18 September 2012


Matapelajaran : Bahasa Malaysia (LITERASI)
Tahun : 1 Arif
Masa : (60 minit)
Tajuk : Mengenal Huruf Vokal
SK : 1.2
2.1
SP : 1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi
vokal dan suku kata terbuka
dengan betul dan tepat.
: 2.1.1 Membaca bentuk-bentuk, abjad dan membunyikan
huruf vokal dengan sebutan yang betul.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
1. Murid berupaya menamakan huruf vokal dengan betul
2. Murid berupaya menyebut huruf vokal dengan betul
Nilai Murni : Rajin, Berkerjasama, Berusaha bersungguh-sungguh
KBT : mengklasifikasikan
KP : Verbal-linguistik
Bahan bantu mengajar : kad huruf, CD lagu, radio, gelung rotan, kad gambar, lembaran kerja.
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Set Induksi 1. Lagu Vokal 1. Guru memperdengarkan “lagu vokal”. Bahan Bantu Mengajar:
(5 minit) 2. Murid diminta meneka tajuk lagu. Radio, CD lagu.
3. Seorang murid dipilih secara rawak untuk
menyatakan tajuk lagu.
4. Guru meminta murid meneka huruf
seterusnya mengaitkan isi pelajaran.

Langkah 1 1. huruf vokal a,e,i,o,u 1. Guru memperdengarkan “lagu vokal”. Bahan Bantu Mengajar: Kad
(20 minit) 2. Murid dan guru sama-sama menyanyikan huruf, radio, CD lagu vokal.
lagu tersebut.
3. Guru menunjukkan lima keping kad
huruf vokal.
4. Murid membunyikan huruf vokal bersama
guru.
5. Guru membunyikan huruf vokal a, i, u, e,
e, o, sambil menunjukkan kad huruf
vokal dan melatih murid membunyikan
huruf tersebut.
6. Murid membunyikan huruf tadi secara
berulang-ulang(latih tubi).
Langkah 2 1. menulis huruf vokal 1. Guru mengedarkan lembaran kerja. Bahan Bantu Mengajar:
(15 minit) 2. Murid menulis huruf vokal dengan Lembaran kerja
menyambung titik.

Langkah 3 1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan Bahan Bantu Mengajar: Kad


(15 minit) dan setiap kumpulan mendapat satu kad huruf, Gelung rotan, radio
rahsia . dan CD “lagu vokal"
2. Guru meletakkan gelung rotan di setiap
sudut kelas dan meletakkan kadbod yang
telah ditulis huruf.
3. Setiap kumpulan membuka kad rahsia
seterusnya mencari gelung rotan yang
mempunyai huruf yang sama.
4. Murid berdiri mengelilingi gelung rotan
dan guru memperdengarkan lagu huruf
vokal.
5. Murid menyanyi bersama-sama sambil
menunjukkan kad-kad huruf vokal yang
diperolehi sambil menggoyangkannya.
Penutup Rumusan 1. Murid dipilih secara rawak menyebut Bahan Bantu Mengajar: Kad
(5 minit) huruf yang ditunjukkan. huruf a, i, u, e, o.
2. Murid-murid lain akan menyebut
perkataan berdasarkan kad huruf
tersebut.
3.Guru merumus isi pelajaran.
Nama: Yamku Suziza bt Mohd Samsudin

No. Kad Pengenalan: 750918-06-5194

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad
lantaran kesibukan tugas seharian.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek Literasi Bahasa WAJ
3102, kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami berasa begitu bimbang dan
tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang
Bahasa Melayu amatlah sedikit,nampak mudah kerana ia bahasa seharian kita
namun, ilmu tentang bahan bantu mengajarnya kurang diketahui. Namun demikian,
cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba
menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan membahagikan tugas,
kemudian mencari nota yang berkaitan melalui internet.

Saya mulakan dengan membina bahan untuk tulisan mekanis.semasa


membuat penyelidikan banyak ilmu yang saya pelajari . Ilmu itu selama ini saya
kurang ambil tahu seperti cara memegang pensel, postur badan, kedudukan kertas
serta kerusi meja juga memainkan peranan yang penting dalam penulisan.

Banyak cara boleh digunakan dalam penulisan huruf sama ada huruf besar
atau huruf kecil. Antaranya ialah dengan menyambungkan titik. Di sini saya gunakan
butang baju sebagai titik yang dilekatkan di atas sekeping kadbod. Kemudian, saya
labelkan nombor mengikut urutan. Menulis huruf dengan berbantukan titik yang
bernombor merupakan aktiviti akhir sebelum murid-murid melaksanakan aktiviti
menulis yang sebenarnya. Kenapa saya memilih butang baju? Ini kerana saya mahu
murid – murid merasa dengan jarinya mengikut nombor turutan.

Tugasan saya yang seterusnya ialah menyediakan satu Rancangan Mengajar


Harian Bahasa Melayu untuk murid yang tidak menguasai 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Dalam tugasan ini kami berkolaborasi dengan bahan yang
dibina. Pada mulanya agak sukar untuk menulis RPH Bahasa Melayu kerana sudah
sepuluh tahun saya tidak menulisnya. Namun dengan bantuan rakan-rakan
sepasukan dan guru-guru di sekolah saya bertugas, akhirnya ianya dapat disiapkan.

Tugasan ini bertajuk huruf vokal, rakan sekumpulan yang lain telah siap
mencipta sebuah lagu vokal untuk digunakan sebagai satu penggabungjalinan
dengan matapelajaran Bahasa Melayu dengan matapelajaran muzik.Saya telah
memilih untuk membina satu RPH Tahun satu. Ini kerana Tahun Satu ada program
Lierasi dan saya fikir ianya bersesuaian dengan tugasan saya ini. Di sekolah saya
tidak mengajar Tahun satu, jadi pengetahuan saya mengenai KSSR adalah kurang.
Dengan adanya tugasan ini, saya telah faham sedikit sebanyak tentang KSSR.
Ianya telah memberikan saya satu pengetahuan dan pengalaman yang amat
berguna.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai
mata pelajaran Bahasa Melayu terutama sekali dalam pembinaan BBM untuk murid
yang lemah. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap berusaha
bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa dalam membina bahan bantu mengajar.

Anda mungkin juga menyukai