Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN SEWAKTU

PERJUMPAAN MINGGUAN TKRS


TAJUK: KOMUNIKASI

Jurulatih boleh menyediakan satu litar yang mengandungi arahan-arahan dengan menggunakan isyarat
rimba. Setaip jarak, satu petujuk atau isyarat diletakkan bersama satu tugasan. Tugasan tersebut boleh
digabung jalin dengan simpulan, pertolongan cemas ataupun lain-lain kemahiran. Setiap seksyen dilepaska
secara berperingkat untuk mengasan isyarat. Isyarat mungkin dalam bentuk penunjuk arah yang dibuat
dari susunan batu-batu kecil, ranting kayu atau apa sahaja yang sesuai. Kod Morse boleh digunakan
untuk menyampaikan arahan untuk tugasan

TUGASAN ARAHAN
T1 Anda hendaklah menyelesaikan sesi mengesan jejak dengan mengikut isyarat yang
diberikan
T2 Namakan 8 mata angin utama
T3 Terjemahkan Kod Morse untuk mendapatkan arahan seterusnya
T4 Senaraikan 5 jenis simpulan dan 2 jenis ikatan
T5 Sediakan satu sorakan dan persembahkan di CP penamat

TAJUK: SIMPULAN

Menghasilkan barisan terpanjang dengan menggunakan tali yang diberi. Tali hendaklah disambung dengan
menggunakan simpulan yang dipelajari.

TAJUK : MASAKAN RIMBA


Memasak, menghidang minuman petang menggunakan teknik masakan rimba. Bahan yang diberikan
adalah tepung,ubi kayu, keledek, teh, gula, buluh, mancis

PERTOLONGAN CEMAS

Setiap seksyen diberikan arahan yang sama.

Seorang mangsa kemalangan mengalami kecederaan di beberapa tempat. Sebagai seksyen penyelamat,
seksyen hendaklah memberikan rawatan awal serta memindahkan mangsa dari tempat kejadian ke
kawasan selamat setelah diberikan bantuan awal.

Jenis kecederaan

Patah kaki kanan, luka tusukan di dahi, patah tangan dan luka di lutut.

Alat yang disediakan- Pembalut tiga segi, streatcher jika ada, jam randik

KHEMAH

Pertandingan memasang, membuka dan melipat khemah pasang siap. Dua orang setiap seksyen.

Peralatan- Khemah, jam randik

KEBOMBAAN

AKTIVITI 1

Membawa, membentang dan menggulung hos dari point ke point.

Tiga point disediakan. Point pertama membentang hos, Point keduapoint menggulung hos dan point ketiga
memindahkan hos dari point kedua ke point ketiga

AKTIVITI 2

Mengenal dan melabel alat pemadam api/membuat panggilan kecemasan

Anggota diberikan gambar pemadam api dan diminta melabelkan dengan tepat setiap komponen pada
pemadam api

Alat pemadam api sebenar dipamerkan dan anggota mengenal komponen yang sebenar serta
menerangkan fungsi komponen tersebut

Anggota diajar cara membuat penggilan kecemasan dengan betul


AKTIVITI 3

Pemindahan mangsa

Anggota dilatih cara untuk memindahkan mangsa dengan pelbagai teknik yang diamalkan oleh pihak
bomba. Aktiviti boleh dilakukan secara berkumpulan

Contoh

1 Penyelamat
2 Penyelamat
3 Penyelamat
4 Penyelamat

KHIDMAT MASYARAKAT
1. Gotong royong- beserta laporan
2. Menulis tentang tokoh di sekolah- guru,Guru Besar, Penolong kanan, pengerusi PIBG
3. Menulis sejarah tempat tinggal
4. Menulis tentang tokoh tempatan- Tok Janggut, Hang Tuah, Bahaman
5. Menulis tentang tokoh kebangsaan- Perdana Menteri, Bekas Perdana Menteri
PERKHEMAHAN
1. Mengenal peralatan dan fungsi pada khemah
2. Memasang dan membuka
3. Teknik memasang khemah dan melipat khemah
4. Etika penggunaan khemah yang betul
5. Khemah ikhtiar hidup
6. Konsevasi
MEMBINA MODEL GEJET
1. Membina model gejet
Pembinaan model gejet boleh dilakukan menggunakan lidi satay, benang dan juga gamUHU.
2. Inovasi gejet
Menghasilkan inovasi terhadap gejet yang sedia ada
3. Menyenarai jenis gejet
Menyenarai dan melukis gambar/cetak dari internet

PENYEDIAAN MAKANAN MUDAH


1. Masakan rimba-kentang, telur
2. Menghasilkan sandwich untuk minum petang
3. Memuat turun resepi dari internet dan menampal dalam buku log
4. Menyediakan hidangan minum petang yang ringkas

KETATANEGARAAN
1. Menyanyikan lagu-lagu patriotic
2. Menyalin senikata
3. Pertandingan nyanyian lagu patriotic
4. Melukis poster hari kebesaran Negara
5. Tayangan video filem patriotik –Lt Adnan, Sjn dll
KAWAD KAKI
1. Kawad static
2. Kawad dinamik
3. Kawad formasi
4. Menaik dan menurunkan bendera
ALAM SEKITAR
1. Mengenal pelbagai jenis bunga yang terdapat di sekolah
2. Mengenal tumbuhan herba
3. Program kitar semula
4. Program “go Green”
5. Pertandingan Poster alam sekitar
6. Kraftangan dari bahan terbuang
PENGURUSAN DIRI
1. Kekemasan dan kebersihan diri
2. Kebersihan bilik di rumah
3. Menghasilkan hiasan dalam bilik
4. Menghasilkan jadual pembelajaran kendiri
KEBUDAYAAN
1. Mengenali kebudayaan pelbagai kaum
2. Mengenali kebudayaan Islam
3. Pertandingan kebudayaan antara seksyen
4. Kuiz kebudayaan
PERTANDINGAN
1. Pertandingan Masakan Rimba
2. Pertandingan Ikatan dan Simpulan
3. Pertandingan kawad Sebaris
4. Pertandingan Mini Orienteering
5. Pertandingan Lagu Patriotik
6. Pertandingan Poster
7. Pertandingan kraf barangan terbuang
8. Pertandingan Kad Ucapan Hari Guru, Bulan Kemerdekaan,Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas,
Depavali,Gawai,Pesta Menuai, Hari Ibu dll
9. Pertandingan Hiasan Papan kenyataan Unit Uniform
10. Pertandingan Sudut Unit Uniform