Anda di halaman 1dari 1

1.

PRINSIP – PRINSIP LATIHAN

a. Prinsip lebihan bebanan


Prestasi fizikal akan meningkat bila berlaku penambahan dalam beban kerja. Penambahan
beban kerja perlu dilakukan secara progresif setelah badan atau sistem biologi dapat
mengadaptasi kepada beban kerja yang dikenakan. Penambahan ini boleh dilakukan dengan
memanipulasikan pembolehubah-pembolehubah berikut :

i. Intensiti latihan : iaitu kualiti kerja yang dikenakan seperti kelajuan larian atau ulangan
maksima (RM – Repitition Maximum).

ii. Frekuensi latihan : iaitu kekerapan latihan dilakukan seperti 2 sesi sehari atau 5 sesi
seminggu.

iii. Jangkamasa : iaitu masa yang diambil bagi menjalankan sesuatu latihan seperti 1 jam sesesi
atau 12 jam seminggu.

b. Prinsip Perbezaan Individu


Tidak semua individu mengalami kadar peningkatan prestasi yang sama bagi satu latihan fizikal
yang dikenakan. Program latihan seharusnya dirancang khusus untuk individu kerana terdapat
perbezaan antara individu seperti matlamat, keupayaan fizikal dan tahap kecergasan fizikal.

c. Prinsip Kekhususan
Komponen-komponen fizikal atau sistem tenaga adalah berbeza antara satu sukan dengan
sukan yang lain. Latihan fizikal yang dijalankan perlulah khusus kepada kehendak individu atau
kehendak sesuatu sukan yang diceburi. Sekiranya individu lemah dalam daya tahan
kardiovaskular, maka kaedah latihan yang dapat meningkatkan komponen ini perlulah
diberikan.

d. Prinsip Kebolehbalikan
Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara
berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. Pada umumnya penurunan dalam daya
tahan mengambil masa yang lebih singkat daripada masa yang diambil untuk
meningkatkannya. Prestasi fizikal akan menurun dengan ketara jika latihan tidak dilakukan lebih
daripada 72 jam.

e. Prinsip Kepelbagaian Latihan

Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti
atau bagi mengelakkan kebosanan.

Anda mungkin juga menyukai