Anda di halaman 1dari 7

Kesan-kesan perbezaan individu dalam bilik

darjah
March 7, 2017

(SIRI SATU)

BERIKUT menjelaskan secara ringkas kesan­kesan perbezaan individu dalam sesuatu
kelas. Aspek perbezaan itu ialah dari segi fizikal, intelek (kognitif), emosi, sosial dan
rohani (budaya dan agama).

Kesan­kesan perbezaan individu

–Fizikal: Terdapat saiz murid­murid tinggi, sederhana, kecil, gemuk, kurus, kuat dan
lemah.

–Intelek (Kognitif): Terdapat intelek murid pintar cerdas, sederhana, IQ rendah,
kecerdasan pelbagai, berkeperluan khas.

–Emosi: Terdapat kompetensi kecerdasan emosi murid tinggi, sederhana dan rendah,
termasuk negatif dan positif.

–Sosial: Terdapat golongan murid berbeza dari segi status ekonomi, personaliti seperti
konsep kendiri.
Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan­perbezaan ini sememangnya tidak dapat
diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara sepenuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan
pelajaran yang begitu berat.

Untuk membantu murid­murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan
satu­satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.

–Rohani (budaya dan agama): Terdapat golongan murid berbeza dari aspek rohani
kerana terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza dan
menganuti agama yang tidak sama.

Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran­pembelajaran

Faktor­faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia
melahirkan murid yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara
satu yang lain. Ini bermakna, setiap murid di dalam bilik darjah adalah unik dan
berbeza di antara satu sama lain.

Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran­pembelajaran mengikut perbezaan
potensi individu. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan
yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya untuk
melayan murid yang berbeza dari aspek jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.

Mengikut kajian pakar­pakar pendidikan, kanak­kanak pada kesuluruhannya
mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya.
Murid­murid yang lemah dalam pelajaran sememangnya memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa
menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis.

Guru harus merancang aktiviti pengajaran­pembelajaran mengikut perbezaan potensi individu dengan
menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan
sebagainya, untuk melayan murid yang berbeza dari aspek jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.

Mereka kurang mampu membuat keputusan diri sendiri dan kurang memahami konsep
yang abstrak. Oleh itu, ramai murid menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran
mereka. Untuk membantu murid­murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka,
program pemulihan merupakan satu­satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang paling berkesan.

Murid­murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi,
pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan
mereka belajar juga berbeza.

Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan­perbezaan ini
sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara sepenuhnya.
Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru
terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.

Dalam keadaan ini, murid­murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah
tentu tidak boleh mengikuti apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid­murid ini
ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran­kemahiran asas
yang ditentukan.

Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan serta merta supaya
masalah­masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat
dipulihkan lagi.
Faktor­faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan murid yang
berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu yang lain.

Murid­murid yang lemah dalam pelajaran sememangnya memerlukan perhatian dan
bimbingan guru semasa menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis.

Murid­murid dalam golongan ini biasanya kurang bermotivasi untuk belajar, tidak tahu
cara belajar, termasuk cara menyelesaikan masalah, di samping tidak berdisiplin
semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa.

Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak, serta cepat lupa
kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid­murid ini memang memerlukan
banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara
individu.

Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka
mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.

Dalam menangani perbezaan individu ini, pelbagai strategi pendidikan diadakan yang
mana akan disambung minggu hadapan dalam siri kedua.