Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERHIMPUANAN

‫الر ِحي ِْم‬ َّ ِ‫بِ ْس ِم هللا‬


َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َ‫ص َحابِ ِه أ َ ْج َم ِع ْين‬
ْ َ ‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آ ِل ِه َوأ‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال‬, َ‫ب ْالعَالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ ِّ ‫ا َ ْل َح ْم ُد ِ ََّلِلِ َر‬
Ya Allah, Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi.
Hanya pada-Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaan-Mu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit,
lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang
sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru, berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu.
Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu.
Semoga dengannya, kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing
dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

‫ َوالَ ت َ ْج َع ِل‬، ‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬


ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ ْ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم‬ َ ‫اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا‬

َ‫ان َوالَ ت َ ْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ ِللَّ ِذيْن‬ َ َ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن‬
ِ ِ‫سبَقُ ْونَا ب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬
ٌ ‫َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْو‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬

َ ‫سنَة ًَوقِنَا َع َذ‬


‫اب النَّار‬ َ ‫األخ َرةِ َح‬ َ ‫ِ َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬ ِ َّ ِ ‫ َو ْال َح ْمد‬، ‫سلَّ َم‬
ِ ِّ ‫َُلِل َر‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

© VTO, JAN 2018

Anda mungkin juga menyukai