Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENDAHULUAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk membincangkan tentang isu – isu kritikal dan langkah-
langkah dalam menangani komen- komen melampau dalam media sosial seperti whatsapp,
twitter, instagram dan sebagainya dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Tugasan ini juga
bersandarkan kepada sumber yang relevan dan pendapat umum yang berkaitan dengan topik
perbincangan. Kesimpulan akhir tugasan ini akan disimpulkan dalam kesimpulan.

2.0 PENGENALAN

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah


Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum
boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu.
Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan
sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut
norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005.
Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun
2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian
yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat
memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah
merealisasikan Wawasan 2020.

Matlamat SEGAK
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat
dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

Objektif SEGAK
Murid akan dapat:
1. Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal
2. Melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah
3. Menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu
4. Melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik
5. Pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Prosedur
Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku
panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid
dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb.
Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian
ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan
murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian
ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah
seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku (3 minit)


2. Tekan Tubi (1 minit)
3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit)
4. Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu


dibuat sebelum melakukan ujian ini. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai
aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan
Ogos. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada
bulan yang sama.

Persediaan
1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan aerobik.
2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian.
Keselamatan

1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :

(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal;

(b) mengidap penyakit kronik; dan

(c) tidak sihat pada waktu ujian.

2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.

3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.

4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.

5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.

6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

Prinsip Latihan
Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-
prinsip latihan kecergasan seperti berikut:

Prinsip tambah bebanan


•Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan
kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat
seterusnya meningkatkan kecergasan.
Prinsip perbezaan individu
•Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan
mengikut keupayaan individu.
Prinsip kekhususan
•Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu dan
jenis sukan yang diceburi.
Prinsip kebolehbalikan
•Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara
berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.
Prinsip kepelbagaian latihan
•Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi
mengelakkan kebosanan.
Aktiviti Memanaskan Badan
Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini
seperti;
1. Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki.
2. Lari setempat, lompat, skip atau turun naik bangku.

Aktiviti Menyejukkan Badan


Murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan
seperti;
1. Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit.
2. Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan.

Pelaporan
1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.
2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
3. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah.

Anda mungkin juga menyukai