Anda di halaman 1dari 3

Peristiwa Israk Mikraj merupakan suatu “turning point” dalam kita memahami sirah perjalanan dakwah

baginda s.a.w. Seolah-olah suatu petanda besar bahawa fasa (marhalah) dakwah Nabi s.a.w bakal
memasuki ke era yang lebih mencabar, selepas kematian Saiditina Khadijah r.a dan Abu Talib, selaku dua
pelindung utama dakwah di Mekah. Allah s.w.t menyebut hikmah di sebalik kejadian peristiwa Israk
Mikraj ini sebagai :

‫ِلنُ ِر َيهُۥ ِم ْن َءا َٰ َيتِنَا‬


“ Untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami ” ( Al-Isra : 1 )

Hikmah ini juga disebut di dalam ayat yang lain :

‫ت َربِ ِه ْٱل ُكب َْر َٰى‬


ِ َ‫لَقَ ْد َرأ َ َٰى ِم ْن َءا َٰي‬
“ Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan
luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya “ ( An-Najm : 18 )

Sepertimana telah berlaku pada Nabi Musa a.s, apabila diperlihatkan kepadanya tanda-tanda Allah yang
Maha Besar, Allah s.w.t mengarahnya untuk hadapi pertentangan langsung dengan Firaun :

َ ‫ِلنُ ِريَكَ ِم ْن َءا َٰيَتِنَا ْٱل ُكب َْرى ٱ ْذهَبْ إِلَ َٰى فِ ْر‬
َ ‫ع ْونَ إِنَّهُۥ‬
‫طغ ََٰى‬
“(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-
tanda kekuasaan Kami yang besar. Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas”.
( Tahaa : 22-23 )

Said Hawwa mengulas persamaan hikmah disini menunjukkan kepada sebuah marhalah Al-Mujabahah (
Pertentangan ) terhadap kuasa jahiliyyah. Nabi Musa a.s dipersiapkan kekuatan menghadapi Firaun
dengan diperlihatkan tanda-tanda kekuasaan-Nya, Nabi Muhammad s.a.w juga dipersiapkan kekuatan
untuk memimpin fasa hijrah dan daulah beberapa tempoh selepas kejadian Israk Mikraj, sekiranya kita
mengambil pendapat peristiwa tersebut berlaku selepas tahun kesepuluh kenabian.

Sesetengah ulama seperti Ibnu Asakir berpendapat peristiwa Israk Mikraj berlaku sebelum Rasulullah
s.a.w diangkat sebagai nabi, terdapat juga pandangan seperti As-Sudi yang mengatakan peristiwa
tersebut berlaku pada bulan Dzulkaedah setahun sebelum hijrah, dan juga pandangan yang mengatakan
berlaku pada 27 Rejab mengikut pandangan ‘Abd al-Ghanī Al-Muqdisi. Pendapat yang paling ramai
disebut oleh ulama, seperti Az-Zuhri, An-Nawawi, Al-Qastallani, dan Ibnu Jauzi, adalah pada Rabiul
Awwal selepas 10 tahun kenabian.

Namun, 27 Rejab merupakan tarikh yang masyhur dipegang oleh umat Islam, dan ia bukan suatu isu
yang besar kerana apa yang penting adalah memperingati kisah dan pengajarannya.

Apakah kekuatan disebalik peristiwa Israk Mikraj ini?

Sekiranya kita meneliti peristiwa agung ini, kita akan disuntik dengan keimanan yang tegap. Hanya
dengan keimanan yang penuh, seseorang manusia itu mampu menerima khabar peristiwa Israk Mikraj.
Antara pemandangan penting yang terdapat di dalam peristiwa ini melalui riwayat Muslim :
 Menaiki buraq putih sehingga ke Baitul Maqdis
 Dibawa oleh Jibril ke langit pertama sehingga ke langit ketujuh, serta berjumpa dengan Nabi
Adam a.s, Nabi Isa a.s, Nabi Yahya a.s, Nabi Yusuf a.s, Nabi Idris a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Musa
a.s, dan Nabi Ibrahim a.s.
 Menerima perintah solat di Sidatul Muntaha serta berlaku dialog bersama Nabi Musa a.s

Dari pemandangan-pemandangan ini, seseorang yang membataskan kepercayaan hidupnya kepada


logik akal dan zahir tidak mampu menerimanya sebagai sesuatu yang benar. Peristiwa ini mengangkat
martabat iman melebihi kemampuan akal manusia. Mengangkat hubungan manusia yang terikat dengan
hukum-hukum logik bumi, kepada hubungan yang tunggal kepada Allah s.w.t semata-mata, yang Maha
Berkuasa, bebas dari apa sahaja keterikatan. Sebab itu, peristiwa ini tidak mudah diterima oleh
penduduk Mekah yang terikat sudut pandangan, paradigma, kepercayaan kepada hukum-hukum zahir
yang hanya boleh dilihat mata kasar seperti amalan ketuhanan berhala. Diceritakan oleh Aishah r.a
melalui riwayat oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak ;

“ Setelah mana Nabi Muhammad s.a.w diisra’kan ke Masjid Aqsa( selesai peristiwa Isra Mikraj), maka
ramai manusia bercakap-cakap tentang berita tersebut, dan sebahagiannya telah murtad dari beriman
dan membenarkan baginda s.a.w “

Kesan dari peristiwa tersebut amat besar dan berat. Namun, di sebalik pendirian (mauqif) menolak
keimanan terhadap peristiwa ini, muncul pendirian agung yang lahir dari sanubari iman yang jernih dan
benar.

“ Kemudian mereka bergegas menuju kepada Abu Bakar r.a, lalu berkata ; Adakah engkau mempercayai
sahabat engkau ( Nabi Muhammad s.a.w) telah diperjalankan di malam hari (Isra’) ke Baitul Maqdis?

Lalu dia menjawab : Adakah baginda berkata sebegitu?

Mereka berkata : Ya

Lantas Abu Bakar membalas : Sekiranya baginda berkata begitu, maka benarlah “

Namun, golongan manusia ini tidak mampu menerima ‘logik’ Abu Bakar r.a yang begitu mudah, lalu
menegaskan lagi.

“ Atau juga kamu mempercayainya bahawa dia telah diperjalankan dalam masa satu malam sahaja ke
Baitul Maqdis dan dikembalikan sebelum terbitnya fajar? “

Tanpa ragu-ragu, Abu Bakar r.a mengungkap sebuah pendirian teguh hasil dari keimanannya.

‫اء‬ َ ُ ‫ص ِدقُهُ فِي َما ُه َو أ َ ْبعَ ُد ِم ْن َذ ِلكَ ؛ أ‬


َّ ‫ص ِدقُهُ ِب َخبَ ِر ال‬
ِ ‫س َم‬ ُ َ ‫ ِإنِي أل‬،‫نَعَ ْم‬
“ Ya, sesungguhnya aku mempercayainya lebih jauh dari itu, aku membenarkannya dengan segala berita
dari langit “

Maka sejak dari itu, Abu Bakar digelar As-Siddiq.


Peristiwa Israk Mikraj adalah satu simbol perjuangan berasaskan wahyu dan meletakkan kepercayaan
yang tertinggi terhadapnya, melebihi batasan pancaindera manusia yang terbatas dengan makna zahir
dan ukuran material. Asas agama ini adalah apa yang diturunkan dari langit ( Al-Quran), serta bagaimana
ia ditafsirkan di alam realiti bumi oleh Rasulullah s.a.w ( As-Sunnah). Maksud bagi seseorang itu
beragama Islam adalah beriman dengan kedua-duanya, walaupun ianya tidak mampu difahami dan
dicongak dengan matematik mahupun formula saintifik.

Itulah kekuatan yang mudah tetapi agung dan hakiki.

Kekuatan yang tidak dibatasi dengan hukum-hakam manusia dan bumi.

Kebergantung semata-mata kepada Allah s.w.t, dan mengangkat arah wajah dan kekuatan lansung
kepada-Nya, jauh meninggalkan apa sahaja yang disangka sebagai kekuatan oleh penduduk bumi.

Anda mungkin juga menyukai