Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-
bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara
olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi
seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran
Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang
betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti
berikut :
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa
kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan
dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor
seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari
yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari
merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang
untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan
dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran
yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi.
Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari
yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor
yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah
semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai
kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan
semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang
kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak
langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan
yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang
ALATAN
Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan
kekuatan kaki dan latihan pecutan.
a) Latihan mendorong
- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan
- Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan
- Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi
berlari untuk mengelakkan diri disentuh
- Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan
Gaya Berdiri
i) Persediaan
- peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke
garisan' diberi.
ii) Ke garisan
- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada
garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-
40 cm dan mengimbangkan badan.
- bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
- condongkan badan.
- kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki
hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.
iii) 'sedia'
- condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan
- bngkokkan lebih lutut kaki hadapan
- kaki belakang tolak ke tanah.
- badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan
wisel.
- pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.
Gaya Dekam
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya
panjang.
Fasa Permulaan
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.
2. Gaya sederhana
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
2. Gaya sederhana
- gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3. Gaya panjang
- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak
dari bahagian hadapan blok hadapan.
Fasa Pecutan
- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok
permulaan.
Kedudukan tangan
- tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain,
diletak di belakang garis mula.
- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10
meter lebih dari jarak lariannya.
- Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian
torso ke hadapan.