Anda di halaman 1dari 1

Rujukan kami : SPE-UTM/Petr./Jld.

9 (040) 19 SEPTEMBER 2016


Rujukan tuan :

Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd. Ismail bin Abd. Aziz


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan ALUMNI),
Pejabat Naib Canselor,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Melalui,
Ir Dr Mohd Zaidi B Jaafar,
Ketua Jabatan Kejuruteraan Petroleum
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim.

Yang Berbahagia Prof. Dr.,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMINTA TAJAAN DARI PIHAK DALAM UNIVERSITI BAGI
PROGRAM SPE BBQ NIGHT 2016.

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak Society of Petroleum Engineers Student Chapter (SPE - UTM SC) akan
menganjurkan program ‘SPE BBQ Night 2016’ yang bertarikh 29 September 2016 dan bertempat di Dataran L50,
Pusat Kokurikulum.

3. Program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai kerjasama bagi pelajar baharu serta mengeratkan
hubungan silaturrahim antara pelajar. Selain itu, program ini juga akan memupuk sikap
bertanggungjawab bagi setiap pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini.

4. Sehubungan itu, kami memerlukan penajaan dari pihak dalam universiti untuk menjayakan program ini.

5. Oleh itu, kami ingin meminta jasa baik dari pihak Yang Berbahagia Prof. Dr. bersetuju untuk meluluskan
permohonan ini . Dengan terlaksananya cadangan ini, kami percaya dapat memberikan impak yang besar kepada
program ini sekaligus menaikkan nama univeristi. Segala kerjasama dan bantuan yang diberikan kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________________________
(MOHAMAD AMIN BIN ABDUL JALIL )
Pengarah
Program ‘SPE BBQ Night 2016’
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim.
No tel : +017-5496069
E-mel : aminjayy8@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai